Kawan - Kawan

Sunday, January 8, 2012

Ronda-Ronda Di KL

Ini aku cerita sepanjang pengalaman ronda-ronda di KL semalam. Aku dan kawan seramai 5 orang cadang nak ke Sogo. Dari 06-07/01 ada sale untuk member card. Kami bertolak dari stesen LRT Sg Besi pukul 8.30 pagi. Nasib baik pegi dengan kawan-kawan,tidaklah aku terpinga-pinga bila nak beli tiket tu .Pertama kali memang aku "blur" bila kaunter dah tiada.Sebarang pembelian hanya melalui mesin . haha. Kalut gaklah.



Ini lagi satu yang membuatkan aku terperanjat. Kalau dulu pakai kad tapi sekarang dibuat token. Memang lama tak guna pengangkutan awam.haha. naik LRT menuju ke Bandaraya. Walau sampai awal tapi dah ramai orang. Aku pun turut sama menyelit untuk mencuci mata dan shopping. Dah alang-alang sampai,rembatlah jugak 2-3 helai baju. Masa di sini sempatlah jugak aku perhatikan ramai orang lelaki yang pegang handbag@memegang anak di tepi-tepi sudut.Mungkin memberi peluang kepada si isteri untuk memilih barang.Bagi aku mereka patut diberi pujian sebab sanggup menunggu dengan penuh kesabaran. Masa diperuntuk selama 3 jam dan kira-kira pukul 12.30 kami bertolak balik. Di sini kami berpecah sebab aku berhenti di Masjid Jamek sementara kawan2 yg lain balik ke Serdang.



Di Masjid Jamek , aku singgah di Masjid India.Sementara nak tunggu masuk waktu Zohor aku merehatkan badan dan kaki yang dah sakit.hehe. Letih woo berjalan.




Kebetulan semalam ada pasar malam.Aku sekadar berjalan-jalan di situ sambil rembat 2-3 helai tudung. Pukul 3.30 aku gerak ke KL Sentral untuk pergi LCCT. Di sini aku tak sempat nak pusing2 sangat takut terlewat. Naik bas ke LCCT dan sampai pukul 5.00 petang. Flight pukul 6.25 dan kebetulan aku dah check-in by website,sempatlah aku makan2 di Fourt Court. Walau mahal tapi dah takde pilihan.Ingat nak makan di mekdi atau kfc tapi penuh.Memandangkan aku pun dah lapar terpaksalah masuk ke situ dan order mee kari dan milo ais.




Tepat jam 7.30 sampailah aku di Langkawi. Gambar2 ni bukan aku yg snap tapi diimport di sini.
Kalau nak tengok gambar2 yang cantik boleh pergi ke blog tersebut.Pemilik blog memang meminati fotografi.



Nonanoti: Walau letih tapi seronok. Boleh "release tension". Kira tujuan "out-station" mencapai matlamat...hehe.


31 comments:

Shila said...

wah2...

best nya asik jenjalan je.

siap sopping2...

jeles2..

hahah..

dill said...

semalam dill g kl juge :)
tapi tak singgah sogo. g kedai buku minerva je :)

dill.

Tie HT said...

BEST..LAMA DAH TK JLN2 SANA
:)

Cikgu Ma said...

nak turun KL cari kain pasang..hehe

PCL said...

Orang lelaki zaman sekarang especially suami mithali mmg mcm tu..haha, biakan isteri membeli belah dgn senang hati...:P

lieynanilaz said...

cikgu ma...kain pasang memang murah2 di sini..bolehlah kalau nak cari untuk raya...:)

pakcik PCL..kredit to suami2 mithali...:)

L said...

da lama xp tempat2 g2. huuu
jom baca sekejap =)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/iman-kita.html

L said...

da lama xp tempat2 g2. huuu
jom baca sekejap =)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/iman-kita.html

zati embong said...

GB ke dik?patutlah cam familiar watermark 2.hihi

Chik Att said...

lama tak ronda KL .... semanjak gerabak panjang ni... pikiir 10 kali ...

Mishter Izwän said...

since bile LRT pakai token, ase nye bawu 6bln tak naik LRT, hehehe


feel free to visit me at speechless009.blogspot.com

msredcheesecake said...

Best nya shopping.... Saya pun da lama tak naik lrt... Rasa nak naik plak...

Renjer Sungai said...

renjer tak berape suke g kl ni..udara tak best hehe :P

~Sal Ismail~ said...

penat yg berbaloi xpe, puas hati~ =)

Unknown said...

sakan naaa hangpa shopping..haha..

safurara said...

rara yg duk dekan ni pon mls giler nk g sogo.kalau duet banyak mmg suke g.hehehe

dalila said...

lama akak x naik bas.... mmg tringin rasa mcm muda2 dlu.. ronda2 KL guna bas dan train..

MizzTina said...

rajinny berjalan..

Unknown said...

dah lamo tak ronda2 KL naik perkhidmatan awam...

Asrul "iLham" Sany said...

gua slalu jejalan naik tren sebab kete takdok T_T

Rina Rahamat said...

wah jauhnya outing dr langkawi smpi ke KL..seronott

Dr K said...

dah berkurun saya tak naik LRT. Baru tau lepas baca entri ni, dah tak pakai kad, pakai cip coin tu...mmg takde kaunter langsung ke? so susah la kalau mesin rosak.

Unknown said...

SALAM,
Hari Ahad tu ada mini gathering kat rumah LF .... kalau singgah Bangi hari tu, kan best.

Nieda said...

sempat lagi shopping tu ....bestnyer

lieynanilaz said...

Dato'...tu lah takde rezeki nak jumpa lagi..tau shortlist tu pun bila dah balik sini...

Ijah EmoTemo said...

syokk ni jenjalan pusing2 kl hehehe

Cho Zila said...

syiok shopping kecoh2 gini... suami akak idakler semithali gitu... kalau nak shopping bertenang kena gi shopping sorang2...

Lydia Miza said...

cam dekat je ngan kl ek?7 lbh dah smpi

ct kektus said...

kite kalau shopping, tak ada nya penat. suka adalah. tapi, tak lah selalu. sekali sekala je. :)

BeloG MTT said...

Wahhh. Guna token eh sekarang? Lama sangat dah tak naik public transport nihh. :P

aksarafendi said...

aritu first time gne token..nsb baik le cra gune tu sng..tp time tu kaunter bukak jugak..saje nk cari pgalaman bru..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...