Kawan - Kawan

Thursday, May 31, 2012

Mutiara Kata

sumber : cilok dari facebook.com


nonanoti : 2 hari menyepi dek gara2 talian telefon,fax dan internet kena sambar kilat. Ini baru pulih. Petang2 sikit aku jalan2 rumah korang yerk. Tengah pulun buat kerja sebab malam ni nak balik kampung...yeayyy. Doakan semoga selamat dalam perjalanan pergi dan balik. 

Sunday, May 27, 2012

Kisah semalam dan hari ini..


Dah bermula cuti sekolah. Maknanya faham-fahamlah. Ramai yang akan mengadakan kenduri. Bila dah dijemput tu wajib pula untuk menghadiri. Breakfast di rumah pun sekadar makan roti untuk alas perut.Semalam saja aku pergi ke 3 jemputan. Plan nak pergi pukul 12 tengahari tapi ada beberapa halangan pukul 1 baru pergi ke rumah yang pertama. Jemputan ni tak jauh dari rumah dan merupakan kawan my housemate. Ini jemputan kenduri berkhatan. Lepas tu kami pergi ke rumah kedua pula. ini kenduri kahwin kakak opismate my housemate. Memandangkan dah kenyang di rumah pertama walau makan hanya sedikit(kes beringat ada rumah lain..haha) tapi aku hanya meratah lauk. dah tak boleh nak masuk nasi dah.

Lepas tu kami ke rumah ketiga pula. Memang dah target tak lama2 di satu rumah. Lepas habis makan terus je jumpa tuan rumah. Ini jemputan kawan opis. Dia buat kenduri perkahwinan adik ipar+berkhatan.Kat rumah kawan kami sekadar makan pencuci mulut iaitu serawa pisang+keledek. Balik tu memang kekenyangan.


Okeh habis sudah cerita semalam. Pagi ni masuk2 opis jer kepala dah pening cium bau . Siapalah yang letak buah durian kat opis. Baunya saja sudah bikin pusing.Ada 3 biji. Kebetulan tak ramai yg ada kat opis. cepat2 kopek dan buah tu masuk dalam tuppaware siap-siap.Simpan dalam peti ais. Rehat tadi dah licin!!.

Alhamdulillah pokok durian yang ada kat opis ni ada juga buah yang boleh dinikmati. Jenis apa jangan tanya,aku hanya pandai makan jerk...haha.


sumber : cilok dari google.com

Thursday, May 24, 2012

Wednesday, May 23, 2012

Tuesday, May 22, 2012

Monday, May 21, 2012

Sibuklah Sangat!!

Terabai rumah ku ini
Bukan disengajakan tetapi
tuntutan tugas memerlukan
aku untuk lebih fokus

Bukan itu sahaja
Aku pun agak sibuk untuk mengemas
rumah sewa baru
walau bukan rumah sendiri
tetapi dalamannya yang agak kotor
dengan contengan2 di dinding
membuatkan aku terpaksa melabur
duit sedikit agar tidak sakit mata memandang

Selesai projek mengecat
(ini upah orang yerr)
buat pulak projek dril mendril
ini ku mohon pertolongan kawan seopis

sekarang tugas yang amat tidak disukai
operasi kemas barang-barang
serta pindah memindah
adohai pasti meletihkan!!

Thursday, May 17, 2012

Mutiara Kata

Memberi maaf adalah lebih lazat daripada membalas dendam
bekerja lebih nikmat daripada menganggur
qanaah lebih bernilai daripada harta
dan kesihatan lebih baik dari kekayaan

sumber : koleksi Mutiara Kata Al-Qarni

Wednesday, May 16, 2012

Pagi yang Sejuk..


Suasana pagi yang dingin dan sejuk.Menyegarkan minda dan fizikal.Rasa tenang.

Notanoti : tepat pukul 7 pagi aku dah tercongok kat opis dan jadi tukang buka pintu. Pagi ni kawasan opis digunakan oleh staff2 polis seramai 70 orang untuk aktiviti kecergasan (jogging). Dah namanya menumpangkan kenalah ikut time bos keluar...huhu.

Tuesday, May 15, 2012

Melaka Bandaraya Bersejarah

Aku sambung cerita pergi ke Melaka. Semalam ingat nak update tapi tak sempat sebab banyak urusan di luar. Kena ambilalih kerja member yang pergi kursus 3 hari di HQ.

Hari Jumaat (11/05/2012) bertolak pukul 8.00 pagi dari KL. Singgah kat Masjid Putra dan Taman Botani,Putrajaya. Masa diberi cuma 1 jam. Dah puas jalan-jalan,terus pergi ke Nilai. Makan tengahari dulu dan terus membeli-belah. Kat sini ramai yang memborong frame ayat-ayat suci dan cermin . Aku sekadar membeli 2 helai blous . Nak beli frame bagai tak larat nak hangkut masuk feri.haha.

Selesai shopping,kami meneruskan perjalanan ke Melaka. Sampai pukul 5 petang. Jalan-jalan di sekitar Dataran Pahlawan.

Malam selepas Maghrib kami pergi semula ke Dataran Pahlawan,Bandar Hilir.


Kami naik Menara Taming Sari dulu. Harga tiket sebanyak rm15.00. Malam operasi hanya sampai pukul 10 sahaja. Dari atas boleh lihat pemandangan indah sekitar bandar yang dipenuhi dengan cahaya lampu. Aku agak gayat (dalam hati cepatlah benda ni turun..haha.). Masa yang diambil hanya 7 minit. Yang naik pun tak sampai 10 orang.


Lepas tu kami naik pula bot River Cruise menyusuri laut/sungai. Masa yang diambil selama 40-45 minit. Tiket masuk adalah RM10.00. Ada taklimat daripada botman sepanjang perjalanan berkaitan bangunan sejarah yang dilalui. Perkhidmatan tamat pada jam 11 malam.
Ikan patin masak tempoyak . Berhenti makan di RNR Tapah (perjalanan pergi) dan RNR Sg.Perak (perjalanan balik) memang aku tak lepaskan peluang makan lauk ni. Antara feveret dan kebetulan tiada di belah Kedah.
Negeri Melaka kan terkenal dengan asam pedas . Tapi kami tak berpeluang makan sebab menu ini tidak disediakan di hotel...huhu. Tapi sempat makan di Nilai..Bolehlah. Habis dah cerita di Melaka. Stori panjang2 nanti korang muntah hijau plak..hehe.

Notanoti : gambar2 ni semua hasil cilok dari google.com. Bila dah tranfer gambar dalam pc, upload ke sini gambar tak elok. ambil gambar dari internet bolehlah plak. Aku pun tak tau apa masalah sebenar..huhu.

Sunday, May 13, 2012

Kuala Lumpur

credit : google.com

Ini aku cerita sedikit pasal  pergi lawatan ke KL & Melaka (10-12/05/2012).
Bertolak pukul 7.30 pagi tapi biasalah kalau pergi ramai2 ni mesti akan slack juga.
Dalam group ni hampir salah seorang tak dapat pergi gara2 lambat.(group minggu lepas seorang dah tertinggal,nasib baik bos bagi masuk group ni). Pergi lawatan ni terpaksa dipecah kepada 2 group. 
Nasib baik sempat walau orang feri dah marah2. Mungkin kebetulan ada pesakit yang perlu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah,Alor Setar dan penghantaran banduan ke tanah besar. Kami duduk bersekali dengan geng2 polis.

Perjalanan mengambil masa satu jam setengah dan bila sampai di Kuala Kedah bas dan sedia menunggu. Oh ya lupa plak group ni seramai 20 orang dan 2 orang sebagai guide. Pergi ni menggunakan travel agent. Di gurun kami berhenti sekejap untuk breakfast . Kemudian perjalanan diteruskan tapi biasalah rombongan cik kiah ni berhenti-henti di RNR atas permintaan sekiranya nak jumpa "mr.tan". Kami berhenti makan tengahari dan solat di Tapah.

Sampai di KL pukul 5.15 petang. Alhamdulillah perjalanan lancar. Kami menginap di hotel Citin betul-betul bersebelahan Masjid India dan berdepan dengan Bazar bumbung hijau. Lepas check-in kami terus shopping di sekitar jalan TAR. Kalau sampai sini memang rambang mata . rasa semua nak beli..haha. Kat sini kena pandai tawar harga. Mungkin kami sampai dah petang dan kebanyakan kedai nak tutup , kami guna kesempatan dengan baik dengan tawar sehabis boleh..hehe. Balik ke hotel pun dah pukul 10 malam.

notanoti : Berhabis duit jugalah aku dengan beli kain pasang 5 helai untuk raya+baju kerja. Itu belum termasuk dengan memborong tudung..haha. Nanti aku update pasal Melaka plak.

Wednesday, May 9, 2012

Tumpuan

memberi tumpuan
mata memandang ke hadapan
harap input masuk ke kepala
bukan menerawang entah ke mana

Kalau dalam keadaan begini
dalam suasana dingin
mata akan menjadi layu
tumpuan menjadi lemah

tetapi saat begini
apa yang ditunggu
adalah jamuan/hidangan
yang dihidang

bila tiba saat itu
kelihatan ramai yang gembira
wajah yang suram
menjadi ceria

notanoti : ketika ini aku berada di dalam bilik taklimat. Ada kursus daa. nasib baik dibuat kat my opis. esok skip sebab pegi lawatan...yeayyy.

Tuesday, May 8, 2012

Kerja Oh Kerja

Selamat Petang
Setelah 2 hari tak menjenguk
bersawang dah rumah..haha.

tuan rumah agak kebizian
disebabkan dek kerna bulan Mei
ramai yang buat event kat jabatan ini
agak tertonggeng2 kami
yang tak seberapa ramai ni
nak menyediakan tempat/kemudahan

Ada juga event yang bertembung tarikh
nasib baik dari HQ (tapi department lain2)
so mereka tidak kisah sekiranya tempat
tidak berapa memuaskan dari segi facilities
asalkan sampai juga ke langkawi
(kadang aku pun tak paham mentaliti mereka..datang sini atas urusan keje atau nak shopping lebih..haha.)


Kesian
pada bos yang aku tengok nampak serabut
sebab jadualnya penuh
dengan event2/kursus/mesyuarat

Diharap program2 yg diatur
tidak dihentam oleh pihak2 yang lain
kami akan cuba membantu
apa yang termampu bagi menjayakan majlis

notanoti : hanya esok sahaja kerja.lusa akan pergi lawatan ke KL dan Melaka...yeayyyy.

Sunday, May 6, 2012

Cerita Dulu - Dulu

Hari Ahad yang blues.selalunya monday blues tapi memandangkan sini ahad keje aku ubah.haha. Teringat masa aku mula2 sampai sini agak kekok untuk stabilkan diri. Yelah kalau kat lembah klang keje hari isnin aku kena set dalam kepala hari ahad keje bukan cuti dan cuti pada hari jumaat dan sabtu.

Lagi satu bab pertuturan/percakapan. Orang utara ni cakap kasar sikit tapi mesra . Dulu aku pun lambat juga nak tangkap apa yang mereka cakap.Lama kelamaan aku dah mula paham. Tapi sejujurnya aku pun bukanlah fasih sangat nak berbahasa utara sikit2 tu bolehlah.

Makanan pula ada bermacam variasi . Tekak aku pun kena sesuaikan juga. Kat sini terkenal dengan gulai. Ada sesetengah negeri panggil kari. Aku ni kureng sikit ngan gulai tapi lama2 dah boleh. Tapi lebih suka gulai ikan. Kalau kat sini kuah agak cair. Banyaklah lagi seperti daging rebus cicah sambal kerisik. Ini banyak dibuat masa kenduri kahwin. Bihun sup pun berlainan dari negeri lain. Ada juga makanan yang diimport dari Thailand seperti somtam, kerabu dan pulut ayam. Kalau cerita pasal makanan sampai esok pun tak habis..haha.

Yang menarik lagi kat sini kenduri kahwin dibuat tak kira hari . Mula-mulanya agak terkejut juga sebab kat selangor jarang nak buat kenduri pada hari bekerja .  Tapi kat sini dah jadi perkara biasa . Satu kelebihan pada orang-orang yang bekerja boleh terus singgah makan . Ingat bila buat waktu kerja mesti takde ramai orang yang datang . Kemeriahannya sama jer dengan buat pada hujung minggu. Sekurangnya takdelah hujung minggu terima sampai 6-7 kad jemputan. Boleh pening nak susun jadual rumah mana nak pergi dulu.



Thursday, May 3, 2012

Layanzzz....










Bergambar bersama di atas menara (sila rujuk gambar pertama). Sejuk sebab berkabus.
Ini my ex-housemate . Kebetulan minggu lepas dia datang bercuti. Itu yang ambil kesempatan berjalan - jalan sakan..haha.
Masa minum petang kami makan pizza Artisan . Mungkin kat tempat lain takde kot .
Tapi dari segi citarasa aku lebih suka pizza hut lagi.

Ini sebagai hiasan di atas meja kat menara .

Lokasi : Gunung Raya, Langkawi.

Sebenarnya kat atas ni takde apa pun. Cuma boleh lihat pemandangan yang cantik dan boleh nampak Thailand juga. Masa kami sampai ni dah petang dan keadaan berkabus. Rasa sejuk sangat!!. Kalau nak feeling2 rasa macam di oversea bolehlah singgah di sini...haha.

Wednesday, May 2, 2012

Sejuk Damai Aman



Luas saujana pemandangan. sejuk mata yang melihat
Ku rasa tenang. Subhanallah!!

Lokasi : Cameron Bharat Plantations,Cameron Highlands

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...