Kawan - Kawan

Wednesday, March 28, 2012

Sukar untuk terima namun aku redha...

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang semalam. (tarikh keramat 27/03/2012)

Kejadian ini berlaku ke atas diri sendiri. Sesuatu perkara yang selalu aku mohon supaya dijauhkan dan sentiasa dipelihara diri ini semasa di jalanraya. Namun kuasa Allah siapa yang menduga dan mampu menolak. Andai jika dah ditetapkan sesuatu itu akan berlaku pasti akan berlaku.

Sebenarnya semalam berlaku kemalangan tak sampai 1 km daripada rumah. Perjalanan balik dari opis sampai satu simpang traffic light menunjukkan warna merah. Aku berhenti dan merupakan kenderaan pertama di hadapan.

Bila lampu dah bertukar hijau dan ku lihat kenderaan dari arah bertentangan berhenti,aku masuk gear dan terus bergerak secara perlahan membelok ke kanan. Entah macam mana tiba-tiba melintas satu kenderaan dengan laju dari arah sebelah kiri dan kedengaran satu bunyi yang kuat.

Kereta ku telah melanggar kereta tersebut namun alhamdulillah kenderaan itu bergerak ke hadapan dan berpusing sebelum berhenti di tengah2 jalan .Kereta ku pun terus bergerak perlahan sebelum berhenti di tepi jalan berhadapan kedai2 menjual kuih dan Idaman Suri.

Saat itu aku tidak boleh gambarkan perasaan ini. Tidak panik tapi rasa macam kosong dan blurr sebab ini pengalaman pertama eksiden. Ada 2-3 lelaki yang mengetuk pintu cermin dan menyuruh ku matikan enjin dan keluar dari kereta. Mereka juga meminta ku menelefon saudara atau kawan. Ketika itu aku hanya menelefon housemate dan kawan opis. Masa tu memang ramai orang dan masing-masing sibuk bertanya untuk mengetahui hal sebenar.

Alhamdulillah syukur tiada kecederaan di antara kami. Orang yang dari kereta lagi satu ada berjumpa dengan ku namun tiada kata-kata yang keluar dari mulutnya. Ketika itu aku hanya memandang dan lidah ni rasa kelu nak bertanya kenapa dia memandu laju dan melanggar lampu isyarat. Polis sampai kira-kira setengah jam kemudian dan mengambil gambar di tempat kejadian. lepas tu aku dan kawan pergi ke balai untuk membuat laporan. Ku lihat pemandu kereta yang berlanggar dengan ku telah selesai membuat laporan. Apa yang aku terkilan bila pasangan suami isteri (sambil mengendong anak lelaki berumur 2-3 tahun) itu hanya memandang endah tak endah dan tiada kata yang keluar dari mulutnya.

Aku terus membuat laporan dan menceritakan perkara sebenar apa yang berlaku. Aku redha dengan kejadian ini dan anggap mungkin ada kekhilafan yang telah aku buat secara sedar atau tidak. Mungkin kejadian ini utuk menyedarkan diriku. Aku ambil perkara ini dengan fikiran yang positif dan apa yang penting sekarang adalah untuk uruskan pembaikan kereta. Kereta itu akan dihantar ke proton kerana masih baru.Baru 2 tahun aku pakai. Bila dah jadi begini agak payah untuk bergerak dan pagi tadi pun aku menumpang bos pegi opis. Harap2 semua ini boleh diselesaikan dengan cepat.

nonanoti : aku agak terkilan bila pagi tadi dengar di radio.polis trafik memaklumkan bahawa kedua-dua pemandu mendakwa lampu hijau....huhuhu. Tak sangka orang itu tidak jujur dalam membuat laporan.

Tuesday, March 27, 2012

Mutiara Kata






Kegembiraan memerlukan rasa aman

Harta memerlukan sedekah

Kemuliaan memerlukan aksi/amal

Kekuasaan memerlukan sikap rendah hati


Sumber : Koleksi Mutiara Kata Al-Qarni


Saturday, March 24, 2012

Mutiara Kata

Rasulullah s.a.w Bersabda : Jangan mengucapkan kata-kata yang kamu akan menyesalinya kemudian. (Riwayat Abu Majah dan Ahmad)

Sumber : Koleksi Mutiara Kata Al-Qarni

Notanoti : sekadar berkongsi dan peringatan untuk diri sendiri juga.

Thursday, March 22, 2012

"Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya"



Aku suka dengan perumpamaan ini. Minta maaf jika tiada kaitan dengan entry ini. Tiba-tiba ini yang terlintas untuk tajuk.


Inilah yang dikatakan kalau berbudi pada tanah insyaallah pasti akan mendapat hasil yang lumayan sekiranya rajin diusahakan.


Alhamdulillah dengan hasil jualan ini boleh tampung duit belanja dapur. Ada sahaja "supplier" yang datang ke rumah untuk mengambil bekalan. Biasanya dari penjual/peruncit yang berniaga di pasar . Adalah juga sayur-sayur lain tapi atas permintaan.

Tanaman serai ini diusahakan oleh orang tua ku . Tanah depan rumah yang tak berapa luas telah digunakan dengan sehabis baik.


Keliling rumah memang penuh dengan sayur ngan buahan seperti keladi,pisang,kelapa,rambutan,mata kucing, ubi kayu dll.


Tapi jangan harap akan nampak pokok bunga depan rumah. Mak tak berminat ke arah itu. Yang ada pun cuma 2-3 jenis pokok bunga kertas .


Notanoti : hati ni cepat rasa sayu/sebak bila bapak selalu buat ayat "kalau korang ingat kat aku yang tua ni jenguk2lah sementara kami belum menutup mata".



Wednesday, March 21, 2012

Mutiara Kata




Bersama airmata pasti ada senyuman

Bersama kesedihan ada kegembiraan

Bersama cubaan ada anugerah

Bersama musibah ada anugerah

Semuanya merupakan ketentuan yang pasti

Dan prinsip hidup yang digariskan Allah s.w.t


sumber : Koleksi Mutiara Kata Al-Qarni

Tuesday, March 20, 2012

Lebihan Makanan Jangan Dibuang, Gunakan Imaginasi Untuk Merekacipta..

Ini projek cuti hujung minggu baru ni. Lebihan makan tengahari rasa sayang nak buang aku buat nasi goreng untuk makan malam.


belen sambal belacan aku buat sebagai rencah.

selongkar fridge ada sayur sawi sikit, kasi warna dalam nasi.


Lepas tu masukkan nasi. Gaul rata.


Siap. Nasi goreng vegetarian. Simple gilerr!!



Monday, March 19, 2012

Kisah Hari Ni


Hari ni banyak urusan di luar

atas alasan membeli beberapa pokok

sebagai hiasan landskap persekitaran


Aku bukanlah orang yang pakar

berkaitan dengan pokok-pokok ni

ikut pun sebab aku kan tukang bayar

yang tukang pilihnya orang lain..keh keh.


Dalam perjalanan balik opis

singgah beli cucur udang

untuk dinikmati di dalam pajero

rasa memang sedap!!


Friday, March 16, 2012

Giveaway Bloglist Craft n Crochet





Tarikh tutup : 17 Mac 2012



Berminat nak join!! klik sini


nak tau pasal hadiah..klik sini

Thursday, March 15, 2012

Brunch.....

Korang dah makan. Aku baru je lepas brunch ( breakfast+lunch).

Nak tau makan apa,....Meh aku tunjuk

*

*

*

*

*

pulut ayam

credit to blog shaz



Dek aku terliur kat member opis yang makan semalam. Tak tahan tengok dan dia pun kata sedap aku kirim dengan mek ani agar belikan juga. Nasib baik kedai buka dan yang buat ni memang betul-betul orang siam...So bagi aku rasa memang terbaik!!...pulut tu tekstur lembut dan ayam tu terasa rempahnya..harga pun cuma rm3.80 jer .

Notanoti : rasa minggu depan nak order lagi lah...ahakss.Tapi kalau tukar pulut tu dengan nasi pun best gak kan...hehe.

Wednesday, March 14, 2012

Operasi Menyelamat....

Kisah semalam....

Kisah benar yang berlaku ke atas diri sendiri..Malulah juga nak cerita tapi nak cerita jugak.haha. Selepas aku selesai melepaskan hajat kecil, pulas tombol tapi pintu tak terbuka.cuba lagi sekali pun tetap sama gak.Aku cuak. Pulas2 tapi tak berbuka jugak pintu ni..Hadoi.Aku cuba tendang pintu tapi tak boleh jugak. Last2 aku gegar pintu dengan ketuk2 sambil jerit minta tolong.


Sebelah tandas ni pantry dan kebetulan ada member tengah makan..dengar jeritan terus masuk:

member : awat!!

aku : cer try buka pintu ni...dari dalam tak leh arr..

member : cuba pulas 2-3 kali nasib baik boleh. hohoho.

Kebetulan bos pun ada kat pantry.Masa aku keluar tu dia tanya kenapa. Aku jawab tombol tu jammed kot. Dia suruh aku masuk balik nak tengok betul ke dak. Cepat2 aku jawab tak mo..Serik dah..haha.Kawan yang tolong tu masuk dan dia pun terkunci..haha.Bos cuba pulas tak leh.Aku try pun tak boleh juga. Dicuba beberapa kali pun tetap macam tu juga.Akhirnya bos telefon staff maintenance suruh bawa tangga sekali.

Kawan aku ni datang berlenggang, di kerjakan tombol tu guna screw driver,kad pun tak leh, kena ambik tangga juga. Kawan aku yg terkurung tu doklah bising suruh cepat sebab dia dah panas kat dalam tu. Kawan datang bawak tangga dan panjat ke dalam. Dicuba lagi dan akhirnya berjaya.

Kecoh opis bila cerita ni heboh..haha. Kes 2 orang terkunci dalam bilik air. Nasib baik time keje dan ada orang....bolehlah buat operasi menyelamat. Kawan2 lain bantai gelak.Mencik!!...haha.


Notanoti : kawan maintenance cuma letak selak jerk...tak payah nak tukar tombol yg canggih manggih (ada ke ayat ni)...ini kali kedua tombol rosak dalam tempoh tak sampai 3 bulan.

Tuesday, March 13, 2012

Cantikkah!!....



cuma nak tunjuk langsir baru (ayat riak..abaikan..haha)



Bila dipandang alangkah elok kalau sofa itu hanya memuatkan 2 0rang untuk si dara dan teruna duduk bersemayam. Di kiri kanan ada bunga pahar...keh keh. (gateiii nak kawen..haha)


Notanoti : musim cuti sekolah ni kan ramai orang naik pelamin...sekadar imaginasi yang tak pasti bila akan menjadi kenyataan...hehe.

Monday, March 12, 2012

Pagi yang terang...


Selamat pagi semua....

hari ni awal sampai

pukul 7.35 aku dah tercongok kat opis

agak luar biasa...keh keh

*

*

*

*

*

ini kes aku tumpang kereta orang...

kebiasaan sampai 5-10 minit sebelum pukul 8...haha.

Sunday, March 11, 2012

Kosong

Ku lihat sekeliling
sepi kosong
sepudar hatiku
untuk melangkah masuk

Aku termenung
sambil melepaskan keluhan berat
tiba-tiba ku rasa hiba
hanya aku je yang ada

Nonanoti : ramai yang bercuti dan aku mencik situasi sebegini. Secara rasminya aku melantik diri sebagai penjaga opis. Mood nak buat keje pun ke laut. Agak-agak korang apa yang aku nak buat ri ni?? keh keh.

Thursday, March 8, 2012

Berita gembira yang dinanti....

Sana sini kedengaran mereka rancak berbual
ada yang gembira,ada juga yang memberontak
Mereka memberi hujah (dah macam dalam parlimen pulak aku tengok)
untuk menegakkan pendapat masing-masing.

Ada yang dah mencongak/mengira
imbuhan yang bakal diperoleh
dan kelihatan terukir senyuman
yang sukar dimengerti oleh orang lain


Bagi penjawat awam mungkin sudah tau berita yang dinanti-nantikan
Segala teka-teki sudah terjawab
mungkin keputusan yang di umum oleh PM
adalah yang terbaik buat semua

aku bersyukur dengan rezeki yang diperoleh
walau gembira namun di sudut hati
turut berduka dengan nasib orang lain
yang bekerja di sektor swasta /bekerja sendiri


Kena sentiasa melihat rumput di bumi
dan bukan mendongak di langit
takut-takut rasa bersyukur itu tidak pernah cukup
dan menjadi seorang yang tamak dengan harta duniawi

Wednesday, March 7, 2012

Cintaku beralih arah



Selamat tinggal pada jenama yang lain.......

Tuesday, March 6, 2012

Hujan....

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...

Notanoti : sekarang tengah hujan lebat dan kepala ni semakin lama semakin menunduk ke meja...haha.

Monday, March 5, 2012

Pening

Minggu depan cuti sekolah.Pada yang berkahwin mesti dah macam2 plan yang dirangka.Waktu sebegini akan ramai yang ambil peluang untuk bercuti bersama keluarga. Yang ada kat opis pun mungkin staff yang belum berumahtangga. Time nilah ahkak2 atau abang2 akan memujuk rayu yg bujang2 ni untuk mengganti tugas mereka. Dulu situasi ni sering aku alami masa kat tempat keje lama dan kat sini pun tak terkecuali juga.

Atas meja aku ni dah ada 3 borang cuti.2 orang mohon cuti selama seminggu dan lagi seorang akan bercuti sehari pada minggu depan. Kesemua ada 4 orang iaitu 2 bertugas di kaunter tiket dan 2 di pusat jualan. Bila dah 3 drpd 4 bercuti serentak serba salah plak aku nak lulus cuti. Nampak gayanya terpaksalah aku mengganti bertugas pada hari tersebut...hohoho.

notanoti : inilah nasib orang bujang...keh keh.

Friday, March 2, 2012

Selamat Hari Lahir

sumber gambar carian dari google.



Selamat Hari Lahir kepada kamu yang menyambutnya hari ini.

Sahabat

telah lama kita bersama

masihkah kau ingat seandainya

bukan kamu yang menerima diri ini

aku tidak tahu di mana aku merempat di bumi asing ini


Dari tingkat 3 kau bersusah payah

berusaha untuk memperoleh tingkat 1

dan dengan ikhlas kau membawa ku bersama

agar aku tidak terkapai-kapai


tidak ku sangka

sudah 3 tahun kita serumah

walau persahabatan kita ada pasang surutnya

dan seringkali berselisih faham


sejujurnya

aku bertuah memperoleh

sahabat seperti mu

yang sering ada di sisi

tika susah dan senang

Notanoti : Ucapan ini ditujukan kepada my housemate dan program hari ini adalah menghabiskan masa bersama untuk round satu pulau....

Thursday, March 1, 2012

"Segmen: Aku ada blog"


Hari pertama bulan Mac terasa nak menjoinkan diri dalam segmen.


Segmen ini mudah dan kalau korang nak join boleh masuk sini untuk mengetahui syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.



Tarih tutup : 13hb.Mac.2012 jam 11.60 malam.


a. Nama samaran korang sebagai blogger - lieynanilaz
b. Nama blog korang - kisah kehidupan
c. Url blog korang - http://lieynanilaz.blogspot.com
d. Usia blog korang - 1 tahun 2 bulan

Done!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...