Kawan - Kawan

Tuesday, August 30, 2011

Jom Tambahkan Follower

Nak join!! klik SINI




Kepada semua blogger khususnya yang baru,ambiklah peluang ni untuk menambah kenalan dan follower di blog masing-masing.

Sunday, August 28, 2011

Duit Raya RM1000 dari Blog Denaihati 2011


Aku nak join contest plak.Kali ni dianjurkan oleh En.DenaiHatiHadiah yang ditawarkan pun lumayan iaitu sebanyak RM1000.00 kepada 10 orang pemenang.Nak menang kenalah ikut segala syarat2 yang ditetapkan.Takdelah susah sangat tetapi kena rarin mengodek blog beliau.

Di bawah ni antara link2 entri yang aku dapat:

muhasabah ramadhan
cinta dari kaabah
fadilat memberi makan orang berbuka puasa
zakat fitrah seluruh malaysia2011
buffet ramadhan hotel dan restoran malaysia 2011

bazar ramadhan seluruh malaysia 2011
ramadhan bulan rahmat pengampunan dan pembebasan dari api neraka

Friday, August 26, 2011

Segmen: Bloglist MerdekaRaya by Faridah Nazurah



Cik Faridah Nazurah ingin membubarkan bloglist bulan Ogos. So kalau berminat jangan segan2 untuk masuk ke SINI. Segmen akan tamat pada 30 Ogos 2011.

Thursday, August 25, 2011

Ummi 1st Lucky Draw!!!


Nak join!! klik banner atau masuk SINI

Mangsa tag
Ninie
Aiyn

Wednesday, August 24, 2011

Segmen Tambah Follower : Edisi Kuih Raya


Nak join klik SINI
Tarikh tutup : 1 Syawal


Join segmen lagi.Kali ni dianjurkan oleh cik lunalanun. Segmen yang amat bersesuaian dengan hari raya.Dah tak lama pun 4-5 hari lagi.Mungkin sekarang ni ramai yang buat kuih atau sibuk mengemas rumah.hurm...kuih raya yang aku suka....kalau biskut tu aku lebih suka yang ada coklat....yg lain agak kureng sket melainkan tart nenas.Tapi yang paling aku suka ialah popia simpul berintikan serunding ikan bilis.Tiap-tiap tahun akan tempah kat kakak kepada kakak ipar..memang sedap!!!sebalang tu kalau makan sambil mengadap tv...memang boleh habis...hehe..


credit to http://mzhany.blogspot.com

Tuesday, August 23, 2011

Monday, August 22, 2011

"Blogwalking sebelum raya"


Tengah buat blogwalking tadi, terlihat di blog cik lulu menganjurkan segmen. Walaupun aku baru jerk join segmen bro Hasrul yang lebih kurang sama jerk ngan segmen ni,tapi aku tertarik nak join. Mungkin dengan menyertai segmen2 seperti ini aku boleh menyampaikan ucapan kepada rakan-rakan semua sambil berziarah.


Di kesempatan ini,aku ingin mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI" kepada semua rakan-rakan blogger khususnya bagi pembaca blog ini. Ampun maaf dipinta seandainya ada kata-kata yang mengguris dan menyinggung perasaan kalian.


Berminat nak join!!!klik SINI . Segmen tamat pada 23hb Ogos 2011 jam 3 petang.

Segmen Di Bangku Kosong: "Ziarah Raya Blog"

Sempena hari raya yang beberapa hari lagi akan menjelma,sudilah kiranya kita saling kunjung-mengunjungi walaupun di alam maya jerk untuk mengeratkan silaturrahim.

blog ini kepunyaan lieynanilaz atau nama sebenar Zalina. Raya tahun ni beraya di rumah orang tua di Sg.Besar,Selangor. Haruslah kan...belum berkahwin lagi jadi x perlu nak pening-pening bergilir-gilir di rumah mertua....hehe..

Di kesempatan ini,aku ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" kepada semua rakan blogger.Ampun maaf dipinta sekiranya ada tulisan/kata2 yang menyinggung dan mengguris hati rakan2 semua.




Berminat nak join!!! klik SINI . Tarikh tutup pada 24 Ogos jam 7 malam.

Sunday, August 21, 2011

Tak Tau Nak Boh Tajuk....

Alhamdulillah aku selamat sampai ke kampung....Bertolak dari Langkawi dengan menaiki feri pukul 9.00 pagi ke Kuala Kedah.Adik dah sedia menunggu dengan kereta ku...terpaksa import adik sebab mak tak bagi balik sorang..huhu...risau dengan keselamatan ku gamaknya..so bila dah import driver tu haruslah ku tanggung segala kos....


Dari Kuala kedah singgah di kedai cuci kereta dulu...yolah kereta tu dah kena air laut...haruslah dibasuh untuk menghilangkan air masin ....tak elok untuk body kereta...takut berkarat...Lepas tu singgah plak di Shahab Perdana,cadangnya nak amik tiket untuk adik waktu nak hantar aku balik ke utara nanti....tiket tu dah booking online tapi harus juga mengambil tiket(itu yg tercatat pada slip yang aku print)...tapi bila p kat kaunter...boleh kerani tu kata..tak payah kak...tiket nanti kami bagi masa atas bas nak bertolak...adoiiiii.....buang masa kami jerk...dahlah nak cari stesen bas tu terpusing2...nasib baik jumpa...

Lepas tu perjalanan diteruskan dan tak singgah kat mana-mana pun....Jalan pun lancar jerk dan tak banyak kenderaan.Cuma di Penang ada sikit jem disebabkan oleh kerja2 memotong dahan2 pokok..Tugas memandu memang diambil sepenuhnya oleh adik..aku nak drive pun tak dikasinya. kalau lelaki yang drive paham2 jerklah....lajunya nasib baik tak sampai tahap maksimum....jangan sampai kena saman udahlah...risau gaklah kot2 plat keretaku yg comel itu akan naik di balai polis..huhu..Mintak dijauhkanlah....duit pun semakin susut ni haaaa,,,,


Sampai di kampung pukul 5 petang...Seronok bila dah selamat sampai...tengok bumbung rumah lega rasa...bumbung yang terbang kini berganti baru...cuma dapur jerk x siap lagi...dah alang2 nak baiki bumbung..mak suruh pakcik buat sekali kabinet dapur..lepas ni penatlah nak mengemas..huhu...

entri ni ditulis pada pukul 10 malam bila dah habis layan drama Stanza Cinta...mata pun dah berat..mengantuk dan letih...nak zzzzzzzzzz....

nota : di kampung adik pasang wifi..ni yang boleh online..insyaallah blog akan diupdate sekiranya tidak sibuk dengan urusan2 yang lain....

Thursday, August 18, 2011

Selamat Hari Raya

Di kesempatan ini, aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan

"Selamat Hari Raya Aidilfitri"

kepada semua rakan-rakan blogger . Ampun dan maaf dipinta seandainya selama persahabatan di alam maya ini ada terguris dan terkasar bahasa sama ada yang sengaja atau tidak disengajakan.





nota : mula bercuti dari 21/08-04/09/2011. blog akan sepi seketika,kat kg takde line internet.doakan semoga aku selamat dalam perjalanan pergi dan balik.

Wednesday, August 17, 2011

SEGMEN SKYTECH : SEGMEN JOM KENAL DAN TAMBAH RAKAN BLOGGER



Nak join !! klik SINI

Segmen tamat pukul 11.59 malam


Kali ni segmen dianjurkan oleh Ezad Skytech. Mudah jerk pun cuma kena jawab beberapa soalan yang simple . Jom tengok :


Nama Panggilan Blogger : Lieynanilaz
Tarikh Mula Berblog : Tarikh secara tepat x ingat tapi awal tahun ni

Rakan Blogger Terkini : 224
Target Tambah Rakan Blogger : 10


Jom join ramai-ramai.......

Tuesday, August 16, 2011

Mood Nak Balik Kampung

Beberapa hari yang lalu tak dapat nak online
line internet ada masalah...
tapi ada hikmahnya jugak aku boleh konsentrate buat keje
semakin hari semakin dekat tarikh aku nak balik kg
keje2 pun kena kasi settle dulu lah..
Kalu idak berhari rayalah aku kat pulau ni..
takmo..takmo..mau tenggelam ini pulau dek airmataku..


Bos pun dah kasi warning suruh settle keje dulu
maklumlah aku cuti lama dari orang lain
padahal cuti lom tau approve ke dak
sesuka hati jerk nak terus bercuti

Memang kalau Hari Raya aku akan bercuti lama
Aku ni dok jauh..masa nilah aku akan berjumpa
dan berkumpul dengan adik badik dan sedara mara

Ada lagi beberapa hari jerk nak balik kg..
mood nak buat keje pun dah ke laut
lagi2 bila radio dah memutarkan lagu2 raya
macam nak terus terbang jer balik...huhu


nota : mentang2 aku balik dengan keta,memasing kirim barang macam2,


Thursday, August 11, 2011

"Segmen Kad Raya Untuk Korang"

Kali ni join segmen yang dianjurkan oleh cik kunangkunang. Zaman serba canggih sekarang...ucapan2 banyak wish kat fb,twitter atau sms kat henfon..dah makin kurang nak hantar kad raya macam dulu2...alangkah seronok kalau cik kunangkunang sudi nak bagi kad raya..dua belah tangan aku tadahkan...hehe..





"SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN BLOGGER"

Ampun dan maaf ku pinta....nak bagi duit raya pun boleh gak..haha...


Nak Join !! klik SINI

Segmen akan ditutup pada 12/08/2011 jam 11.59 malam


Wednesday, August 10, 2011

"Segmen Ramadhan Jejaka Terhangat: Makanan Buka Puasa Kegemaranku".



Assalamualaikum....



Join segmen lagi.Kali ni dianjurkan oleh jejaka terhangat. Pergi bazar mesti kecur liur tengok makanan yang dijual.Masa nilah kena pandai kawal nafsu.Kalau tidak akan berlaku pembaziran.

Masa berbuka aku suka makan kuih yang pedas...yg manis x berapa minat sebab aku memang x suka makan benda2 yg manis...Antara yang aku suka adalah popia basah. Inti yang penuh dengan sayur-sayuran + sos membuatkan 1.00 4 ketul x cukup...hehehe...Lagipun makan sayur kan baik untuk kesihatan.



cilok dari google



Nak tau syarat2 segmen...masuk jerk SINI

Tarikh tutup : 29 Ramadhan 1432H


nota : balik Sg.Besar nanti nak cari nasi ambenglah..lama x makan dan susah nak dapat sekarang ni...:)

Tuesday, August 9, 2011

JOM HEBOH BLOG BARU!!

Okeh...aku join segmen lagi...memandangkan aku pun takde idea nak buat entri...join segmen boleh tambah kenalan...hehe....segmen ini dianjurkan oleh bro Hasrul.Syaratnya mudah jerk..hanya untuk blogger2 yang kurang dari 500 follower...Nak join!! klik SINI. Cepat!Cepat! Tutup pada 10/08/2011.



Sunday, August 7, 2011

BEN SHAARI AJAK KENAL BLOG INI

Nak join!!Klik SINI

Tutup pukul 12 malam ni

Aku join segmen Ben Ashaari lagi.Aku mula berblog pada awal tahun ni.Kalau x silap bulan Mac atau April.Start berblog pun atas dorongan kawan baik - Tihara yang tak henti-henti memujukku atas alasan mudah untuk mengetahui perkembangan memasing...Lama kelamaan aku semakin jatuh cinta untuk terus menulis di dalam blog.

Aku dapat tau pasal segmen terus dari blog BA tau..boleh dikatakan tiap-tiap hari aku akan jenguk blog ni...hehehe..

okeh...ni list blog-blog yang aku dah intai...
1.http://gula-gulapelangi.blogspot.com/2011/08/papa-ben-ajak-kenal-blog-ini.html
2.http://cthaslinda.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
3.http://inspirebunny.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
4.http://syafiqorangmelaka.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
5.http://beehac.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
6.http://genkcorner.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
7.http://suarahatisipujaanhati.blogspot.com/2011/08/encik-ben-ajak-kenal-blog-ni.html
8.http://aimanayie.blogspot.com/2011/08/segmen-kenali-blog-ku.html
9.http://cheksunnyboomboom.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
10.http://cinonetstory.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
11.http://freedomismine-kimiez.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
12.http://anisempoi.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
13.http://naimulfirdaus.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenali-blog-ini.html
14.http://missgaban.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
15.http://misskamalia.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
16.http://ceritasana-sini.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
17.http://sayakongsicerita.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
18.http://ekahafizy.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
19.http://lieyda-cacamerbau.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
20.http://shanasituaku.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
21.http://umikasum.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
22.http://sitiumairahsaat.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
23.http://koreanpoplovers-amalina.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
24.http://kasihsuci-whh.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
25.http://ceriterahmad.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
next

Yang lain aku akan terjah kemudian...ini jerk yang sempat..blog2 korang memang cantik,sempoi dan memang terbaeklah...teruskan berblogging ya...keep it up!!!.....:)

Contest : Saya Anggun Berbaju Kurung

Assalamualaikum..



Rasanya untuk bulan yang mulia ni aku banyak join segmen..Kali ni dianjurkan oleh kucings yang hensem...puji lebih2 ni agak2 boleh menang dak..hihi..Hadiah pun lumayan..


Alahai..banner untuk kontest ni pun menarik...sejuk mata memandang si gadis manis bertudung dan berbaju kurung.






okeh untuk kontest ni aku pertaruhkan gambar di bawah.

V

V

V

V

V

V

V

V
Gambar ni diambil ketika majlis doa selamat meraikan pemergian bos ke Tanah Suci untuk mengerjakan Haji pada tahun lepas. Majlis pun ala kadar jerk dan jemput imam untuk membaca doa dan 3-4 orang masjid yang terdekat ngan opis.Baju yang aku pakai tu pun baju raya. Aku ni memang peminat kaler pink.Boleh dikatakan banyak gak koleksi..hehe..Dan yang paling penting orang kata aku sweet dan berseri-seri bila pakai baju kaler pink...wahhhh...jangan korang muntah plak...batal pose...hahaha..


Saturday, August 6, 2011

PROMOSI BLOG SECARA PERCUMA ! C' AYOB

Nak join klik SINI


Memandangkan bro Ayob ni yang menjemput ...tajuk pun menarik...aku pun dengan segera join...hehe...Walaupun blogger baru tapi dia ada inisiatif buat segmen cenggini..Terima kasih.Jom join ramai-ramai terutamanya kepada blogger2 baru...Jangan terkejut blogger otai pun ramai yang join tau!!




Thursday, August 4, 2011

Dugaan Di Bulan Puasa

Pagi tadi sedang aku khusyuk buat keje(konon)...tetiba:

member : ina...awat kete hang tu?

aku : awat??

member : cer hang tengok...macam pancat..

aku terus bergegas ke parking...memang betul tayar sebelah kiri bahagian belakang terus leper..aduhhh....satu hal plak nak tukar tayar...mana ler aku reti bab2 gini..dengan muka seposen aku mintak tolong member lelaki tolong tukar tayar...dahlah cuaca panass...memang menduga iman betul..kering tekak beb..

nota : seb baik kat opis...leh jugak mintak tolong member...lepas keje nanti kene pegi kedai tayarlah jawabnya ...

Wednesday, August 3, 2011

SEGMEN : SINGGAH SAHUR PUCUKANDUBI

Nak join klik banner atau masuk SINI

Kebiasaannya aku memang akan bangun sahur....waktu bangun pun nak dekat2 imsak..ni mudah bagi aku untuk terus bersiap-siap pegi keje (nak elak tidur balik..hehe)...Roti menjadi menu utama...tak berapa lalu nak makan nasi,minum air banyak2 dan cocoa collagen power plus untuk memberi tenaga dan kecergasan di siang hari..

nota : semalam terlepas sahur...terjaga bila terdengar azan berkumandang..huhu..

Tuesday, August 2, 2011

Segmen Kancil8349 : Pengalaman Korang Semasa Dan Selepas Solat Terawih



Nak join klik banner atau masuk SINI


okeh..join segmen ni sebab tertarik dengan tajuk...hehe...masa zaman budak2 dulu selalu ikut mak pegi surau...dok kg memang meriah...nawaitu pegi pun bukan betul2 nak terawih tapi lebih nak main ngan kawan2..ngeh..ngeh..ngeh...


Ada satu peristiwa yang kelakar bagi akulah...masa tu umur aku 10-11 tahun...selalu pegi surau dengan mak tapi entah macamana leh terpegi ngan kawan2...kami dalam 5 orang..pegi pun jalan kaki jerk...tengah dok jalan2 sorang kawan aku bagi idea berlari sampai surau...apalagi berlarilah kami ni dengan sore yg lemak merdu memecahkan keheningan malam...tetiba "bedebuk"...semua terdiam..."adoiii"..terdengar bunyi....rupanya2 aku terjatuh ke dalam lubang...haha..dok lari2 tak perasan pun dan malam plak tu mana nak nampak...abis telekung yang aku pakai kotor terkena tanah...kawan2 dok pakat gelak...geram gaklah...sudahnya tak jadi pegi surau...kawan2 tolong hantar aku balik rumah...berjalan terdencot2 dan luka kat buku lali...kat umah plak abang bantai gelak bila kawan aku cerita siap buat lakonan gaya aku jatuh tu (dia ada kat belakang aku).....haih...bila mak balik dari surau...telinga aku tahan dengar jerklah bebelan...hehe...


Kalau selepas terawih plak...aku tak sabar nak tunggu moreh...kalau kat kampung setiap rumah ada giliran untuk membawa juadah moreh...budak2 lagikan..masa nilah nak bantai makan pun...macam2 ada..hehe..Itulah sedikit sebanyak kenangan masa aku budak2...

Monday, August 1, 2011

RAMADAN # 1 : SAHUR DI KALA BUDAK...

Nak join!! klik SINI

tutup : pukul 11 malam ni



Hari pertama berpuasa BA buat segmen...tajuk pun menarik boleh mengimbau kenangan ketika budak2 dulu...zaman nilah yang paling best...bebas buat apa saja yg penting seronok dan hepi bermain ngan kawan2..okeh..okeh...back to segmen..hehe..



masa zaman ni kalu time sahur tu...jenuh gaklah mak nak kejut kami adik badik...siap mak piat telinga soh kami sahur gak...well kalu dah kena paksa bangun...mesti mamai2 dan malas nak berjalan gi dapur...kekadang dah dok atas kerusi..kepala leh lentok kat meja...sambung zzzzz....hahaaha..



(gambar ni dari blog Mat Gebu)


Walaupun BA suruh senaraikan nama makanan...tapi masa budak2 aku lebih teruja ngan minuman macam sirap bandung,soya dan air tebu.Masa nak tunggu berbuka tu,doklah mengadap makanan sambil2 tanya mak...lambat lagi ke nak azan...hahaha....mulut ni x sabar nak menghirup minuman yang menyelerakan seperti gambar tuh....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...