Kawan - Kawan

Saturday, December 31, 2011

Sayangilah Mereka

♥ Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat..
♥ Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu..
♥ Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang..
♥ Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai..::
Bila hati kita terguris, kita kata ..." Mak memang tak pernah faham... "::
Bila hati kita terhiris, kita kata ..." Ayah memang tak ambil kisah... "

TETAPI...

♥ Bila hati mak kita terguris, mak kata ..."Tak apa , dia masih muda... "
♥ Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata ... "Tak mengapa , belum sampai akalnya... "
♥ Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari hingga bagai hilang kaki..."
♥ Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena..."
♥ Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal...
♥ Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga...

#Maka, hargailah dan sayangilah selagi mereka masih ada di dunia
Anak yang soleh tidak akan melupakan ibubapanya hatta di hujung doanya , maka perbanyakkanlah berdoa kepada mereka...

Sumber : Google.com

Notanoti : Selamat Tahun Baru 2012. Semoga kehidupan kita akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun lepas.....:)

Wednesday, December 28, 2011

WW : Earth Song

What about sunrise
What about rain
What about all the things
That you said we were to gain.. .
What about killing fields
Is there a time
What about all the things
hat you said was yours and mine…
Did you ever stop to notice
All the blood we’ve shed before
Did you ever stop to notice
The crying Earth the weeping shores?


Aaaaaaaaaah AaaaaaaaaahOooooow


What have we done to the world
Look what we’ve done
What about all the peace
That you pledge your only son…
What about flowering fields
Is there a time
What about all the dreams
That you said was yours and mine…
Did you ever stop to notice
All the children dead from war
Did you ever stop to notice
The crying Earth the weeping shores



Aaaaaaaaaaah AaaaaaaaaaahOooooow


I used to dream
I used to glance beyond the stars
Now I don’t know where we are
Although I know we’ve drifted far


Aaaaaaaaaaah AaaaaaaaaaaahAaaaaaaaaaah Aaaaaaaaaaaah
Oooooow Oooooow


Hey, what about yesterday
(What about us)
What about the seas
(What about us)
The heavens are falling down
(What about us)
I can’t even breathe
(What about us)
What about the bleeding Earth
(What about us)
Can’t we feel its wounds
(What about us)
What about nature’s worth
(ooo,ooo)
It’s our planet’s womb
(What about us)
What about animals
(What about it)
We’ve turned kingdoms to dust
(What about us)
What about elephants
(What about us)
Have we lost their trust
(What about us)
What about crying whales
(What about us)
We’re ravaging the seas
(What about us)
What about forest trails
(ooo, ooo)
Burnt despite our pleas
(What about us)
What about the holy land
(What about it)
Torn apart by creed
(What about us)
What about the common man
(What about us)
Can’t we set him free
(What about us)
What about children dying
(What about us)
Can’t you hear them cry
(What about us)
Where did we go wrong
(ooo, ooo)
Someone tell me why
(What about us)
What about babies
(What about it)
What about the days
(What about us)
What about all their joy
(What about us)
What about the man
(What about us)
What about the crying man
(What about us)
What about Abraham
(What was us)
What about death again
(ooo, ooo)
Do we give a damn

Notanoti : Tengah layan lagu ni dek kerana tengok Halaqah tajuk "hijau" malam tadi . Marilah sama-sama menjaga bumi Allah ini.

Tuesday, December 27, 2011

Aktiviti Cuti Krismas!!

Ini cerita masa cuti Krismas . Aku dengan 6 orang opismate telah sepakat untuk ke Sg.Petani. Naik feri awal pukul 7.30 pagi. Masa di jeti aku kelam kabut cari kawan-kawan.Janji jumpa di jeti.Bila tak jumpa dengan yakin p beli tiket dan terus pegi ke feri. Mungkin kawan2 dah masuk feri. Tup-tup dapat call dari opis yang kawan-kawan dok kalut tunggu aku padahal aku dah masuk feri..kah kah kah. Diorang dapat feri pukul 8.30 pagi dek kerana tunggu aku, tapi nasib boleh naik feri pukul 7.30 gak sebab seat banyak kosong. Sampai kat jeti Kuala Perlis tahan telinga jerklah kena bambu ngan kawan-kawan.



cik ina,ratu kebaya dan hantu kak limah , roti massimo dah masuk ke langkawi, dapat gak merasa roti yang lembut ini. Jeng - jeng aku beli roti ni untuk buat roti puff..beli yang paling besar plak tu..hambikk.

Ini intinya yerk.Gigih aku buat inti dulu . Resepi boleh klik SINI.

Tapi ada yang aku ubah sikit.Jangan mare ya ratu kebaya.
Projek lipat-melipat ni aku buat sebelah malam. Sambil buat sambil aku tengok drama cerekarama.Aku lupa tajuklah..hehe. Bila dah siap dilipat aku simpan dalam fridge dulu. Gigih bangun pukul 5 pagi semata-mata nak goreng roti puff ni. Memang sedap weh!!..ini kawan-kawan yg puji tau....licin beb!!.Manalah tau makcik-makcik yang pegi rombongan cik kiah ni ada anak teruna,berkenan nak jadikan aku menantu..kah kah kah.

Ada kisah pergi ke Sg.Petani, sebenarnya aku dan geng pergi ke kenduri opismate . Tapi yang kami pergi ni sebelah perempuan sebab kawan aku ni tak buat di pihak lelaki. Lepas pergi kenduri jalan-jalan plak di Alor Setar, dah alang-alang keluar dari pulau apa salahnya shopping dan cuci mata . Habis gaklah ratus2 dek kerna terjebak membeli kain pasang di Jakel. habis duit bonus..kui kui kui. Naik feri pukul 7.00 tapi feri bertolak pukul 8.15 malam. Sampai di rumah pukul 10 malam . Walau letih tapi puas .





Wednesday, December 21, 2011

WW

sumber dari google


Dari Abu Hurairah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda :"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu,akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu"

(Hadis Sahih Riwayat Muslim)

Tuesday, December 20, 2011

Masak Lemang Cara Moden

Sekarang kan zaman teknologi. Berbagai-bagai benda dicipta untuk kemudahan manusia yang sibuk berkerjaya. Tidak terkecuali dengan majikanku yang terkenal dengan penyelidikan. Salah satu rekacipta yang berjaya adalah mesin lemang. Kaedahnya sama je macam masak lemang cara traditional. Cuma berbeza adalah ianya mesra alam dan memudahkan kerja.Tak perlu nak tunggu berjam-jam dan dok jaga api.



Inilah mesin lemang. Terdapat 13 batang besi lemang. Ada yang bersaiz besar tau. Yang ini kami beli yang kecil.Tujuan beli untuk mempelbagaikan jualan dan dapat meningkat hasil pendapatan. Beli bulan lepas tapi dok tersadai jerk kat pantry sebab takde yg tau guna mesin ni. Sudahnya terpaksa kami import tenaga pakar dari luar. kihkih.




Beras pulut kena rendam semalaman. Untuk 13 batang kena guna 6 kilo beras pulut. tak kisahlah nak guna beras pulut biasa atau beras pulut susu. Kami guna cuma 5 kilo beras pulut susu.



Ini antara barang-barang yang diperlukan. Ada penimbang,garam,bekas penyukat dan santan. Setiap batang ada sukatan yang sama bagi rasa tu sekata. Masa demo cikgu dok sukat segala jenis bahan.




Ini batang lemang. Saiznya panjang sikit daripada buluh . Aku tak ukur plak..hehe.


Batang besi ni boleh dibuka seperti gambar tu supaya mudah nak keluarkan bila dah masak.




batang besi yang kat atas akan dimasukkan ke dalam batang besi ni plak sebelum dimasukkan ke dalam lubang yang ada di mesin.



Ini cara-cara gulung daun pisang supaya mudah nak masuk dalam batang besi.Ini bukan cikgu yerr tapi anak murid yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan mesin lemang.Nak mudah guna empulur@batang pisang yang kita lurut daunnya. Seeloknya guna daun yang warnanya hijau tua.





ok.Ini lah cikgu demo. Kami import dari Alor Setar. En.Zaman memang mahir dalam bab2 ni. Tu pasal jemput dia untuk mengajar cara guna mesin ni. Ni dia tengah tunjuk cara nak masuk daun tu. Kena buat elok2 agar daun tak terkoyak dan masuk cantik.




Lepas tu boleh masukkan beras pulut. Kemudian masukkan santan yang telah dicampur sedikit garam. Bila dah siap set suhu pada 170-180'C dan bakar selama 2 jam. Kena tengok2 gak sebab mesin ni bukan automatik akan off sendiri. Hasilnya lemang memang terbakar elok dan tidak berkerak. Aku tak sempat nak snap lemang tu sebab masing2 dok sibuk nak potong dan makan. Siap ada yang sponsor gulai daging dan serunding.


Tengok.Masing-masing tak sabar nak makan. Bayangkanlah kebetulan waktu lemang masak time staff balik. Tu yang berebut -rebut nak makan.




Monday, December 19, 2011

Gelagat Menggamit Kenangan

"ikan...ikan...ikan...."

Kala ini sering aku kedengaran suara itu saban petang. Seorang lelaki separuh umur membawa motor dan di belakang ada satu tong menjual bahan mentah seperti ikan dan makanan laut. Harga yang ditawarkan agak murah berbanding di market.Ini berdasarkan kata kawan yang pernah membeli.


Jeritan ini tetiba menggamit kenangan ketika zaman aku masih kecil. Di kampung memang akan ada apek tua yg membawa motor menjual ikan dan sayur . Mak dan jiran-jiran sering membeli untuk kegunaan sehari-hari . Kadang ada juga terdengar makcik2 ni mengoder ikan sekian sekian untuk hari esok.

Tak sangka di taman perumahan aku masih ada orang yang sudi masuk untuk menjual ikan walau pasar tidaklah jauh mana. Kanak-Kanak sering mengajuk kata-kata abang ini dan mengikut dari belakang. Walau kedengaran agak kurang sopan tapi terhibur melihat gelagat mereka.

Sunday, December 18, 2011

jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Belum Tiba Masa

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,...
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan apa yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.


Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.


Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,Jarakkan kami,Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.


Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

sumber cilok dari google.

Notanoti : sekadar peringatan untuk diri sendiri...

Friday, December 16, 2011

Segar Dari Ladang

Gambar-gambar di bawah merupakan sebahagian buah-buahan yang ada di ladang opis.
















Notanoti : Makanlah buah-buahan tempatan kerana ia baik untuk kesihatan.....:)


Thursday, December 15, 2011

Macam-Macam



Sama tak....hehe.


Macho tak...kah kah kah



Senyummmm.....






Wednesday, December 14, 2011

WW:Makanan Nostalgik




Nonanoti : Petang semalam berpeluang makan tapai pulut daun keladi.....:)


Tuesday, December 13, 2011

Walau Berbeza Tapi Kami Kawan








Notanoti : Tengah takde idea,godek2 pc member terjumpa picture ni, cuba renung di sebalik yang tersirat.....:)



Monday, December 12, 2011

Kau Pergi......

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan

Walaupun berat tapi kulepaskan jua

Semoga akan ada lagi pertemuan

Yang bakal menggamit memori terindah




Sunday, December 11, 2011

Cerita LIMA lagi!!

LIMA dah berakhir semalam. Dari hari khamis lagi ada beberapa jalan di Langkawi ni sesak. Lagi-lagi jalan yang di airport dan pantai chenang. Memang ramai orang luar yang masuk untuk menyaksikan LIMA.

Sejak dari tahun 2006 aku menjejakkan kaki ke sini,LIMA 2011 pertama kali aku masuk ke Dewan Pameran. Tahun2 sebelum ni aku hanya tengok pertunjukan dari opis sahaja yang kebetulan dekat dan berada di atas bukit. Tahun ni masuk pun sebab ada kawan yang bekerja sebagai tentera udara bertugas sempena LIMA. Kalau tak kerana kawan aku tu takdenyerrr aku nak masuk..haha. Tiket tahun ni pun murah.Hanya rm10.00 berbanding rm30.00 tahun sebelum ni. Dibuka untuk orang awam pada 09-10hb/12 sahaja. Tapi rezeki aku masuk free sebab kebetulan aku nak masuk dewan terserempak dengan member opis yang nak keluar dewan. Dia bagi pass suami,dapatlah pengecualian beli tiket.

Berpeluang masuk ke sini dapatlah lihat beberapa jet atau kapal milik TUDM dan dari negara2 luar. Kebetulan aku masuk pertunjukan udara nak bermula.Dapatlah tengok secara dekat. Mula2 aku dengan kawan tengok di landasan,makin lama makin ke belakang,tak tahan dengan cuaca...haha. Panas terik. Aku tunggu kawan habis bertugas (gigih tunggu sebab aku pow t-shirt LIMA..kihkih) .

Di dalam Dewan pulak,terdapat booth yang mempamerkan model2 kapal. Aku tak pusing2 sangat.Ramai gak yang aku tengok di tangan kanan kiri penuh dengan beg2 souvenier. Rajin diorang pegi menjelajah dari satu booth ke satu booth. Aku setakat harapkan souvenier dari TUDM...hehe. Kat bawah ni adalah beberapa gambar yang sempat aku snap,nak amik secara dekat,dah kena halau sebab pertunjukan nak mula. Kapal2 ni yang TUDM punya.








yang kat belakang tu boyfren aku...kah kah kah.

nyibuk jerk interframe...hehe.




Notanoti : Bila bertemu dengan "seseorang" yg pernah bertahta di hati,luaran nampak okay tapi di dalam......


Tuesday, December 6, 2011

LIMA

Hari ni dah bermula LIMA hingga 10hb Disember 2011. Ramai orang di bumi Langkawi ni. Pening plak rasa bila tengok orang ramai.haha. Malam tadi dah bermula pameran dan ada pertunjukan pentas. Aku saja jalan-jalan ikut member rumah yang kebetulan jaga booth.



Ini booth kawan aku. Kawan aku kerja di bahagian Geopark, LADA.Pernah dengar??Kalau nak tau lebih lanjut boleh berkunjung ke sini.



Antara batuan2 yang dipamerkan. Sekiranya berminat nak tau lebih lanjut berkenaan geopark boleh bertanya lanjut kepada staff yang bertugas.



Ini lagi antara batuan dan galian yang dipamerkan. Yang buat peace tulah member aku.


Ini di booth Mah Meri Kraf (negeri selangor). Mula2 aku ingat patung. Masa aku dok renung tu tetiba bergerak.Terkejut gaklah aku.Nasib baik aku takde sakit jantung. Lepas tu aku tanya kat orang sebelah patung ke orang. Tiba-tiba aku dengar "tada". Sweet jerk aku tengok muka makcik ni. Tengok pandai plak posing.




ini booth pameran. Ada bermacam barangan yang dijual. Antaranya produk makanan,batik dan juga beberapa agensi kerajaan yang turut serta menjayakan. Ada juga pentas disediakan.Pengacaranya ialah Mahadzir Lokman dan ada artis gak iaitu Ning Baizura. Tarian tradisonal juga ada seperti zapin, inang,tarian india dan cina. Kita kan 1 Malaysia.


Kalau ada event macam ni, mesti ramai yang menjual makanan dan minuman. Aku tertarik dengan gerai ni. Mesti yang dok meniaga ni teruna2 belaka.kahkahkah.


Notanoti : Nanti aku update lagi yaaa......:)






Monday, December 5, 2011

Bila Mereka Bertemu Dan Beraksi!!

Ini lagi sebahagian dari anak buah atau anak saudara. Kalau di belah utara dipanggil anak menakan. Aku mempunyai 8 orang anak buah. Abang sulung ada 4 orang anak (kesemua lelaki),abang kedua ada 2 orang anak lelaki dan adik ada 2 orang anak perempuan. Gen lelaki menguasai perempuan.Dalam adik beradik pun lelaki seramai 5 orang berbanding hanya 3 orang perempuan sahaja.


Ini antara aksi mereka bila berkumpul.Time ni masa cuti hari raya haji ri tu. Ini masa mereka baik bolehlah tengok aksi2 mesra gini. Kalau time bergaduh bergelut ,tumbuk menumbuk abis satu rumah riuh dan rumah jadi tongkang pecah. Belum termasuk dengan tangisan2 mereka lagi. Kadang-kadang boleh mengundang paras darah naik ke kepala.

Mereka ni dua beradik. Beza cuma setahun jerk. Sebelah tu (berbaju biru) memang hiperaktif sikit. Dalam apa2 jua projek yang dilakukan mesti angah yg akan jadi kepala. Yg lain2 tu sebagai pengikut.hehe. Pernah si angah ni main anak kucing sampai lembik kucing tu. Anak2 ayam kat kg tu entah berapa banyak yg mati di tangan dia tak taulah.


Bakal pelapis skuad Harimau Muda.kah kah kah.


Notanoti : Sekarang ni dah boleh kedengaran bunyi2 jet yang membuat latihan sempena LIMA...terasa bingit telinga..hehe.


Friday, December 2, 2011

Tempat Lahir Lagi Dikenang!!....

Port lepak ngan kawan-kawan masa zaman sekolah







Notanoti : Kalau balik kg aku memang takkan lepaskan peluang melepak di sini. Depan rumah jerk pun..kih kih kih.




Thursday, December 1, 2011

Junior Skuad Harimau Muda.......












Terima kasih ya pada kakak,abang,makcik,pakcik,atok dan nenek yang baca kisah adik kat blog acik....:)








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...