Kawan - Kawan

Tuesday, December 20, 2011

Masak Lemang Cara Moden

Sekarang kan zaman teknologi. Berbagai-bagai benda dicipta untuk kemudahan manusia yang sibuk berkerjaya. Tidak terkecuali dengan majikanku yang terkenal dengan penyelidikan. Salah satu rekacipta yang berjaya adalah mesin lemang. Kaedahnya sama je macam masak lemang cara traditional. Cuma berbeza adalah ianya mesra alam dan memudahkan kerja.Tak perlu nak tunggu berjam-jam dan dok jaga api.



Inilah mesin lemang. Terdapat 13 batang besi lemang. Ada yang bersaiz besar tau. Yang ini kami beli yang kecil.Tujuan beli untuk mempelbagaikan jualan dan dapat meningkat hasil pendapatan. Beli bulan lepas tapi dok tersadai jerk kat pantry sebab takde yg tau guna mesin ni. Sudahnya terpaksa kami import tenaga pakar dari luar. kihkih.




Beras pulut kena rendam semalaman. Untuk 13 batang kena guna 6 kilo beras pulut. tak kisahlah nak guna beras pulut biasa atau beras pulut susu. Kami guna cuma 5 kilo beras pulut susu.



Ini antara barang-barang yang diperlukan. Ada penimbang,garam,bekas penyukat dan santan. Setiap batang ada sukatan yang sama bagi rasa tu sekata. Masa demo cikgu dok sukat segala jenis bahan.




Ini batang lemang. Saiznya panjang sikit daripada buluh . Aku tak ukur plak..hehe.


Batang besi ni boleh dibuka seperti gambar tu supaya mudah nak keluarkan bila dah masak.




batang besi yang kat atas akan dimasukkan ke dalam batang besi ni plak sebelum dimasukkan ke dalam lubang yang ada di mesin.



Ini cara-cara gulung daun pisang supaya mudah nak masuk dalam batang besi.Ini bukan cikgu yerr tapi anak murid yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan mesin lemang.Nak mudah guna empulur@batang pisang yang kita lurut daunnya. Seeloknya guna daun yang warnanya hijau tua.





ok.Ini lah cikgu demo. Kami import dari Alor Setar. En.Zaman memang mahir dalam bab2 ni. Tu pasal jemput dia untuk mengajar cara guna mesin ni. Ni dia tengah tunjuk cara nak masuk daun tu. Kena buat elok2 agar daun tak terkoyak dan masuk cantik.




Lepas tu boleh masukkan beras pulut. Kemudian masukkan santan yang telah dicampur sedikit garam. Bila dah siap set suhu pada 170-180'C dan bakar selama 2 jam. Kena tengok2 gak sebab mesin ni bukan automatik akan off sendiri. Hasilnya lemang memang terbakar elok dan tidak berkerak. Aku tak sempat nak snap lemang tu sebab masing2 dok sibuk nak potong dan makan. Siap ada yang sponsor gulai daging dan serunding.


Tengok.Masing-masing tak sabar nak makan. Bayangkanlah kebetulan waktu lemang masak time staff balik. Tu yang berebut -rebut nak makan.




18 comments:

Pok Amai-Amai said...

Rs die sehebat msk dlm buluh tak? Msk dlm besi tu lagi cpt msk tak?

Pembunuh Tanpa Bayang said...

lemang....sekarang susah betul nak jumpa lemang yang betul-betul masak sempurna dan sekata rasanya.

Tukang Karut said...

sedap ke? itu je yang aku nak tau...

gadisBunga said...

eh..cool jugak cara moden ni kan? penah nampak mesin lemang nih kat pasar tani.

missSenget said...

menarik...

argghh...rasa lapar..!
walaupun xde gmbr lemang tu..tp terbayang2..

LAici KAng Ais said...

hari-hari sambut hari raya. haha

Chik Att said...

nak sikit ....

Cikgu Ma said...

sedapnya...nak sket...ada lagi tak???

Tihara said...

aku kan ske lemang yg lembut2 tu..masak guna ni mesti syiokk giler :)

Bidadari Syurga said...

PERGHHHH... sedap tak adik? sama tak rasa?

KaK LimAh Si SupiR said...

wahhhh..lemang..sedap3..dunia semakin maju, masak lemang p0n dh ad mesin sndr :P

Cik Ina Do Do Cheng said...

tedapnya lemang panas cicah rendang. terliur ni , makan sorang tak ajak : (

khaifaiz said...

fuyyo... kerja semakin senang dan mudah

lieynanilaz said...

pok amai-amai...rasa sama seperti dalam buluh...masak cuma dalam 2 jam

pembunuh tanpa bayang...betul kalau guna buluh rasa selalu x sekata..

tukang karut..sedap weh!!

laici kang ais...kalau hari2 jemu kot!!..haha.

cik Att dan cikgu Ma...abis dah

cik ina...nak ajak jauhlah...hehe.

bidadari syurga sedap dan rasa sama je ngan yg masak lam buluh..hehe.

dill said...

macam sangat menarik ye. tapi stakat ni tak jumpe lagi

dill.

Mimi Jazman said...

kretifnye.. :)

siti kektus said...

dah tak payah susah2 nak p cari buluh kan. hehe :p

Santri T.P.I.N.I said...

rasa wangi buluh takdela yer...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...