Kawan - Kawan

Monday, June 25, 2012

Duit


Kutipan hasil untuk 3 hari (21,23 dan 24hb/06/2012) adalah berjumlah RM22,551.40.
Dengan gigih aku mengira secara manual (sambil dalam kepala terbayang mesin kira duit yg macam kat bank)
*
*
*
merasa juga pegang duit banyak dan berangan makcik kayo!!..haha.
*
*
*
mulalah di fikiran ni bisikan syaitan menghasut macam-macam
*
*
*
tapi itu semua bakal terjadi  kalau duit itu aku yg punya...hehe.


notanoti : takut2 berani jerr masa bawa duit tu ke bank. Nasib baik my opismate lelaki sudi jadi bodyguard...hehe.

Monday, June 18, 2012

Lemau

Bila dah cuti tu
paham-paham jela
rasa malas nak pegi keje
lagi2 bila semalam  cuti isra' & mikraj

Pagi tadi
kebetulan hujan lebat
rasa nak tarik jerk selimut
sambung mengulit mimpi

notanoti : tuan blog akan menyepi seketika.Ada kursus kat HQ.Ini pun bikin aku lemau juga...hehe.

Thursday, June 14, 2012

WW Semalam

Daripada entry semalam, ramai yang memberi maklumbalas nan hado dan scary. Tapi kata- kata korang tu memang ada benarnya,bagi kaum melayu memang takkan jumpa pakaian tu dan jarang nak memakai topeng.

Sebenarnya mereka ini adalah masyarakat Orang Asli Mah Meri,Pulau Carey,Banting. Gambar semalam pun aku snap masa ada event apa tah (lupa) awal tahun ritu. Ada booth bagi setiap negeri dan Selangor diwakili oleh komuniti ini.



Pakaian ini kebiasaan mereka akan pakai sekiranya ada persembahan kebudayaan atau ada upacara kepercayaan.

Nak tau lebih lanjut pasal mereka ini,boleh jenguk di sini . sumber gambar cilok dari pakcik gogel.

Monday, June 11, 2012

Mutiara Kata



                     

                                                       sumber : facebook.com


Notanoti : Aku sebenarnya takde idea.  "kata-kata" ini aku cilok dari fb kawan yg rajin publish. Sekadar perkongsian dan untuk diri sendiri juga.

Sunday, June 10, 2012

Thursday, June 7, 2012

Menegur

Kadang-kadang agak sukar untuk menegur seseorang
tak kiralah atas urusan kerja atau peribadi
takut2 kalau teguran itu tidak kena cara
akan mengakibatkan perselisihan faham dan bermasam muka

Macam aku yang tengah dilema sekarang
sama ada nak menegur atau tidak
anak buah di bawah seliaan(jgn anggap aku bos pulak.aku pun kuli juga)
yang semakin teruk dari segi disiplin dan kualiti kerja

Sebelum ini bukan tidak pernah aku tegur
tapi sekejap jer berubah lepas tu balik kepada feel lama
dan aku ni pulak jenis menegur hanya boleh setakat 3 kali je
lepas tu aku malas nak cakap benda yang sama berulang-ulang

Entah lerr..
kalau dibiarkan aku yang sakit hati
bos atau orang lain akan berkata atau menyampaikan
bak kata pepatah ditelan mati mak,diluah mati bapak

Wednesday, June 6, 2012

Tuesday, June 5, 2012

Dugaan

Sepatutnya semalam aku dah kerja. Tapi atas sebab beberapa halangan baru hari ni aku masuk kerja.Terpaksa sambung cuti.

Aku sepatutnya perjalanan balik ke utara pada 03/06/2012 malam . Tiket pada jam 11.30 malam. Kebiasaan tiket memang aku akan suruh adik yg kat Klang booking dan bila dah sampai Klang Sentral baru ambil tiket tu kat kaunter.

Bertolak pun dari kampung dan jem di Tg.Karang yang kebetulan pada tarikh tu ada MAHA. Adik dah bagitau awal kalau jem ni sampai Kuala Selangor memang kena berpatah baliklah. Kebetulan waktu tu dah pukul 10 malam. Namun alhamdulillah di Kuala Selangor tak jem dan kami teruskan perjalanan. Sampai di Klang Sentral lagi 15 minit ke pukul 11.30. Berkejar aku ke kaunter di ting.1 namun hampa bila dimaklumkan tiada tiket booking seperti yang aku beritahu. Call adik untuk confirm dah booking atau tak. Adik bagitau dah dan cuba call agen tu tapi tak dapat. Ini merupakan kejadian pertama sebelum ni tiada masalah. Aku pun terus tanya kat kaunter ada kosong . Malangnya tiada hanya Butterworth yg ada kosong. Aku tak mau ambil risiko sebab malam dan aku tak familiar di kawasan tu walau orang kata kat situ banyak bas. Aku merayu agar dapat naik juga dan orang tu suruh tunggu bas kalau2 ada kosong tapi tak tau pukul berapa bas sampai sebab jem. Aku ambil keputusan tunggu namun sehingga pukul 12 bayang bas pun tak nampak lagi. Malam tu diakui kebanyakan bas memang lewat sebab jem. Aku mengambil keputusan untuk balik sahaja memandangkan aku kesian dengan orang tua yg nampak keletihan. Aku pergi kembali ke kaunter untuk membeli tiket baru pada keesokan pagi.

Cadangnya nak bermalam di rumah abang di Merbau Sempak tapi bila dihubungi abang aku dah ada kat kampung. Baru sampai katanya. Terpaksa tukar plan. Adik perempuan yang kebetulan ikut mencari kunci kat dalam beg . Alhamdulillah ada dan kami singgah bermalam di sana. Sampai rumah abang dah pukul 1 dan adik perempuan teruskan perjalanan balik kampung dengan orang tua sebab pagi tu dia ada interview di Majlis Daerah Kuala Selangor. Cuma aku dan adik lelaki yang tinggal.Nasib baik adik aku ni kebetulan cuti semalam.

Pagi semalam bergerak dalam pukul 8 pagi.Sengaja aku suruh adik aku ni gerak awal takut jem. Entah macam mana dalam perjalanan tiba2 kereta tersengguk-sengguk dan adik berhenti di tepi jalan. Adik aku kata minyak habis dan dia ingat boleh sampai ke stesen minyak yang tak berapa jauh. Masa tu aku geram + susah hati pun ada. Adik berjalan membeli minyak dan aku pesan agar cepat sikit sebab aku takut tinggal sorang2.tak lama lepas tu adik sampai dengan setin minyak.Mujur ada juga yg sudi bagi dia tumpang. setelah siap bubuh minyak kami teruskan perjalanan. sampai di Klang Sentral pukul 9.30 dan bas pun dah sedia menunggu.Bas bertolak pukul 10 pagi. Dalam perjalanan hati ku risau kerana bas ni slow. Berhenti makan di Bukit Gantang pukul 1.30 dan penumpang diberi masa setengah jam. Sebelum turun aku tanya pada pemandu sempat tak sampai kat Kuala Perlis sebab last feri pukul 7 petang. Aku pun beritahu nak tak nak kena masuk Langkawi juga. Pemandu tu kata sempat tak payah risau sangat.

Sampai di Stesen Bas Shahab di Alor Setar lagi sepuluh minit pukul 6 petang. Masa tu aku dah susah hati sebab nampak2 memang tak sempat. Nasib baik pemandu tu tolong aku carikan teksi dan beritahu kena turun kat sini baru sempat ke jeti. Nak terus ke Kuala Perlis memang tak sempat sebab bas tu akan ke Changloon dulu. Kebetulan pemandu ni aku kenal sebab aku pernah naik bas ni sebelum ni dah pernah berkaraoke sekali dalam bas. Aku bersyukur di atas keperihatinan pemandu ini. Naik teksi dan dalam pukul 6.30 aku sampai di jeti Kuala Kedah. Mujur tiket feri pukul 7 masih ada. Walau aku menghadapi kesukaran namun aku bersyukur sebab berjaya juga sampai ke Langkawi.

Notanoti : terima kasih kepada kawan2 yang memberi nasihat/idea berkaitan kesihatan ayah. Insyaallah perkara ini akan aku bawa berbincang dengan keluarga

Saturday, June 2, 2012

Ada Suka dan Duka

Alhamdulillah
^
^
^
aku dah sampai kampung
^

^
^

sebelum tu aku & famili berkampung di Port Dickson
^
^
^
menghabiskan masa di cuti sekolah
^
^
^
melayan karenah kanak-kanak
^
^
^
yang seronok bermandi-manda di pantai & kolam hotel

notanoti : aku puas bila melihat wajah gembira kedua orang tua. Namun aku juga sedih melihat ayah yang agak terbatas pergerakan dek kerana penglihatan yang semakin terjejas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...