Kawan - Kawan

Showing posts with label Herba. Show all posts
Showing posts with label Herba. Show all posts

Thursday, March 22, 2012

"Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya"



Aku suka dengan perumpamaan ini. Minta maaf jika tiada kaitan dengan entry ini. Tiba-tiba ini yang terlintas untuk tajuk.


Inilah yang dikatakan kalau berbudi pada tanah insyaallah pasti akan mendapat hasil yang lumayan sekiranya rajin diusahakan.


Alhamdulillah dengan hasil jualan ini boleh tampung duit belanja dapur. Ada sahaja "supplier" yang datang ke rumah untuk mengambil bekalan. Biasanya dari penjual/peruncit yang berniaga di pasar . Adalah juga sayur-sayur lain tapi atas permintaan.

Tanaman serai ini diusahakan oleh orang tua ku . Tanah depan rumah yang tak berapa luas telah digunakan dengan sehabis baik.


Keliling rumah memang penuh dengan sayur ngan buahan seperti keladi,pisang,kelapa,rambutan,mata kucing, ubi kayu dll.


Tapi jangan harap akan nampak pokok bunga depan rumah. Mak tak berminat ke arah itu. Yang ada pun cuma 2-3 jenis pokok bunga kertas .


Notanoti : hati ni cepat rasa sayu/sebak bila bapak selalu buat ayat "kalau korang ingat kat aku yang tua ni jenguk2lah sementara kami belum menutup mata".



Saturday, February 26, 2011

Ulam-Ulaman

Kali ini aku buat entri pasal sayuran/ulam-ulaman
Kaedah yang digunakan ialah sistem hidroponik dan sistem fertigasi
Sistem hidroponik-kaedah tidak menggunakan tanah
(sesuai untuk tanaman sayuran yg tidak memerlukan masa yg lama untuk dituai hasil -contoh sawi,kailan dll)
Sistem fertigasi - kaedah penanaman menggunakan poliybeg di rumah lindungan hujan 
 sesuai untuk tanaman seperti cili,melon,tomato dll)

Sistem Hidroponik
                                                                            Daun Selom
                                                                            Daun Kesum
                                                                    Daun Kaduk

Sunday, February 13, 2011

Buah gajus/janggus

Kalau semalam aku buat entri pasal pucuk janggus.....
sekarang aku tulis pasal buahnya plak...
buah gajus ini selain boleh dimakan begitu sahaja
juga boleh dibuat lauk/masakan...
jeng...jeng...jeng...kalau sebelah utara...
ceh almaklumlah aku kan kat utara..
buah ni sedap dibuat gulai....rasa lemak2 gitu...
salah satu makanan pelik tapi sedapp...
cubalah bagi sesiapa yang tak pernah merasainyaaa....
gajus

Saturday, February 12, 2011

Pucuk gajus/janggus


Adakah anda kenal dengan pucuk di atas ni? Kalau belah utara depa panggei pucuk janggus...sedap dibuat ulam cicah ngan budu/sambal belacan...rasanya lemak-lemak kelat.Bagi sesiapa yang tak penah makan....trylah...lagipun makan ulam ni baik untuk kesihatan dan awet muda.....

p/s...sejak aku merantau/mencari rezeki di belah utara...first time aku makan ulam ni...kat selangor x glemer..he3..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...