Kawan - Kawan

Monday, February 28, 2011

Ragam Pelancong



aku benonya tengah boring
tak tau nak buat apa
godek2lah gambo lam pc..
entah macam mana aku tergerak
nak tulis entri pasai pelancong


korang akan melihat pelbagai aksi gelagat pelancong
yang datang dari pelosok dunia
sama ada benua eropah,asia dan tanah arab
nak tengok yg seksi,yg  bertudung litup
sebut jerk...itu semua penah aku tengokk
udah depa tunjuk..kita pun tengoklah free show..ahakss..

kat bawah ni aku tunjuk sebahagian jerk tau
ini pun pilih yg sopan2 gitu
lain entrilah aku letak gambar pelancong yg menarik2

                                          Makanlah buah-buahan tempatan...segar dari ladang...
                                          Pelancong yang bersedia di atas kenderaan
                                          berehat sebentar sambil menikmati buah
                                                                  tangan sapa plak niiii
pandangan belakang
                                      
                                                    aku pun nak interframe gak..ahakss....

Saturday, February 26, 2011

Lunch yang simple....

Memandangkan aku malas nak meredah panas terik
selongkar punya selongkar
terjumpa roti dan telur

                                                                            Roti Telur
                                                                         with teh tarik

                                                

                                          Sambil layanzzz citer "Mujhse Dosti Karoge"

Ulam-Ulaman

Kali ini aku buat entri pasal sayuran/ulam-ulaman
Kaedah yang digunakan ialah sistem hidroponik dan sistem fertigasi
Sistem hidroponik-kaedah tidak menggunakan tanah
(sesuai untuk tanaman sayuran yg tidak memerlukan masa yg lama untuk dituai hasil -contoh sawi,kailan dll)
Sistem fertigasi - kaedah penanaman menggunakan poliybeg di rumah lindungan hujan 
 sesuai untuk tanaman seperti cili,melon,tomato dll)

Sistem Hidroponik
                                                                            Daun Selom
                                                                            Daun Kesum
                                                                    Daun Kaduk

Rusa Pulak....




                                          Kali ni aku buat entri pasal rusa plak...
                                          Sebenarnya rusa ni baru jerk dibela...ada 8 ekor
                                          Jinak-jinak tau...pantang sua makanan...semua dingap..
                                          Sebagai salah satu tarikan kepada pelancong..
                                          Mesti korang heran dan tertanya-tanya....
                                          Aku ni keje kat mana? ada membela haiwan bagai
                                          Ha3...kalau nak tau...jeng..jeng..jeng..
                                          Tapiiiii....biarlah rahsia duluuu...:)

Wednesday, February 23, 2011

Kehijauan....

Di bawah ni aku buat entri pasal ladang jambu batu...

Pandangan dari depan.....

Ladang yang dikawal selia dengan rapi...elok jerk kawasan...

Ini pokok mempelam yang ditanam di teres tepi bukit...

Buah jambu batu yang baru dipetik...

Nampak elok jerk buahnya

Dari pandangan tepi...

Makan-Makan

Gambar-gambar kat bawah ni sebenarnya menu lama yg dok ada lam pc.Masa ni buat jamuan simple untuk meraikan my bos yang akan pergi menunaikan Haji.Kalau tak silap bulan Oktober tahun lepas.


Cucur udang yg marbeles....belah utara makan cicah kuah kacang

Bihun goreng...hidang ngan periuk sekali...ha3...agar2 dalam tupperware pink tu sponsor by aku..kengkawan dok puji sodapp....yolaaaa tuuuuu...

Mee goreng...x oder banyak sebab bihun sajerrr dah seperiuk...banyak lebih...tapau bawak balik sorang sikit..

Agar- Agar roti...tapi yg habisss cepat opkos agar2 belang yg aku bawak....satu bekas kat atas tu jerk .....semua pakat marah sebab bawak sikit sangat......ha3....

Tuesday, February 22, 2011

Trilogi Cinta

Cerita ni disiarkan pada setiap hari ahad - selasa di TV1...
berdasarkan kepada novel nukilan Sharifah Abu Salem..
boleh dikatakan aku follow citer ni (ada gak yg aku termiss)..he3..

novel ni tebal dan aku memang  dah baca..
tapi lama dahlah...mgkn masa aku di bangku sekolah lagi..
aku mmg pembaca novel...dedulu lagi gilerr baca..
cuma sekarang ni jerr aku dah kureng...sebab dah x de geng yg supply ..
well masa zaman sekolah banyak pinjam member/library dari beli sendiri..ekeke

apa yang aku perhatikan..
drama ni mmg sebijik ikut  novel...
yg paling best watak salmi dah mati...yahooo..
aku menciii dia ni...dahlah x sedar dek untung..
ada suami baik macam tu boleh disia-siakan...
sukaaaa bila anak2 pun x berapa nak rapat ngan ibu sendiri..

malam ni watak seha plak tinggal kat kl (umah nurjinah)
x sabar nak tengok aksi gedik2 manja goda abang ipar sendiri..
drama ni x tau berapa episod tapi lambat lagi kot nak endinggg...
jangan makin lama makin boring udahhh....tapi citer ni happy endingg..
apa2pun kita layanzzzz jerrr......

Apa Itu Cinta......

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain,
dan kamu masih mampu tersenyum,
sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

************************************************

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal
jika kamu masih mau mencuba.
Jangan sesekali menyerah
jika kamu masih merasa sanggup.
Jangan sesekali mengatakan
 kamu tidak mencintainya lagi
jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Jika kita mencintai seseorang,
kita akan sentiasa mendoakannya
walaupun dia tidak berada disisi kita.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata,
 sedangkan rasa suka dimulai dari telinga.
Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang,
cukup dengan menutup telinga.
Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai,
cinta itu berubah menjadi titisan air mata
dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang
sehingga dia meninggal dunia ,
lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan
kata-kata cinta itu pada pusaranya .
Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta
 yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Cinta bukan mengajar kita lemah,
tetapi membangkitkan kekuatan.
Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri,
tetapi menghembuskan kegagahan.
Cinta bukan melemahkan semangat,
tetapi membangkitkan semangat.

*************************************************

Cinta…
Jika anda memilikinya,
anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain
Dan jika anda tidak memilikinya,
apa pun yang lain yang anda miliki tidak banyak bererti
Cinta tidak dapat dipaksakan
Cinta tidak dapat dipujuk dan digoda
Cinta muncul dari Syurga tanpa topeng dan tanpa dicari
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis,
debu beralih emas, keruh menjadi bening,
sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga,
derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Cinta yang dikaitkan dengan kepentingan peribadi
akan berubah menjadi putus asa.
Cinta bukanlah dari kata-kata
tetapi dari segumpal keinginan
diberi pada hati yang memerlukan.
Cinta pertama adalah kenangan,
Cinta kedua adalah pelajaran, dan cinta yang seterusnya
adalah satu keperluan kerana hidup
 tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam.
Kerna itu jagalah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya
 agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.

************************************************

Tangisan bukanlah pengubat cinta
 kerana ia tidak mengerti perjalanan hati nurani.
Siapapun pandai menghayati cinta,
 tapi tak seorangpun pandai menilai cinta
kerna cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh kasat mata,
sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.
Dalam sebuah percintaan,
janganlah kamu sesali perpisahan tetapi sesalilah pertemuan.
Kerna tanpa pertemua tidak akan ada perpisahan.
Ibaratkanlah kehilangan cinta itu seumpama hilangnya cincin permata
di lautan luas yang tiada bertepi dan harus dilupakan.
Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang,
bukanlah dari pemberian semata.
Hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam.
Oleh kerna itu, kejarlah cinta seperti kau mengejar waktu
dan apabila kau sudah mendapat cinta itu,
jagalah ia seperti kau menjaga dirimu.
Sesungguhnya cinta itu kurniaan Tuhan Yang Maha Esa.

***********************************************

Cinta sebenarnya tidak buta.
Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.
Yang buta adalah bila cinta itu menguasai dirimu
tanpa suatu pertimbangan.
Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang
bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu,
jangan mengharapkan balasan cinta,
tunggulah sampai cinta berkembang dihatinya,
tetapi jika tidak, berbahagialah karena cinta tumbuh dihatimu.
Cinta tidak selalu bersama jodoh, tapi jodoh selalu bersama cinta.
Cinta lebih mudah mekar dihati yang sedang dilanda kecewa,
cinta seperti ini adalah cinta yang mengharapkan belas kasihan,

**************************************************

oleh kerana itu, bila sepi telah punah maka biasanya cinta juga akan turut terbang.
Cinta dimulai dengan senyuman,
tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir dengan air mata.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu,
tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang
dan kamu tidak pernah memiliki keberanian
 untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Hal yang menyedihkan dalam hidup
adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu.
 Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti
dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang,
ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. 
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai”darinya,
dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang
yang mencintai kamu sepenuh hati,
sehinggalah kamu kehilangannya.

*************************************************

Pada saat itu, tiada guna sesalan kerna perginya tanpa berpatah lagi.
Cinta tidak pernah meminta,
 ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan,
tetapi tidak pernah berdendam,
tak pernah membalas dendam.
Di mana ada cinta di situ ada kehidupan;
 manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.
Jangan mencintai seseorang seperti bunga,
kerana bunga mati kala musim berganti.
Cintailah mereka seperti sungai,
kerana sungai mengalir selamanya.
Permulaan cinta adalah membiarkan orang
yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri,
dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan.
Jika tidak, kamu hanya mencintai
pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu,
membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya
serta membuat budak menjadi pemimpin.
Inilah dasyatnya cinta !

***********************************************

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir
dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga,
 manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas
mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta.
namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,
dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut
 tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah
dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak.
Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka.
Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah.
Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

*************************************************

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang,
 ialah jangan menuntut agar kita dicintai,
tetapi mulailah memberi kasih sayang
kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
Jika kamu mengerti seperti apa cinta yang tulus,
cintailah aku seperti itu.
Jangan lebih, sebab hanya cinta seperti itu yang kubutuh.
Jika kamu mengerti seperti apa kasih suci itu, kasihilah diriku,
seputih kasih itu, kerna hanya putih kasihmu yang kumau.
Jika memang benar kau dan aku ditakdirkan bersatu,
maka takkan ada satupun yang boleh memisahkan kita.
Hal terberat yang kita lakukan
adalah melihat orang yang kita cintai mencintai orang lain.
Hanya diperlukan waktu seminit untuk mentafsir seseorang,
sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang,
tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

***************************************************

Rasa cinta akan semakin terasa ketika kita kehilangan
dan sedar bahwa betapa kita telah mensia-siakannya.
Aku mencintaimu kekasihku, sebelum kita berdekatan,
sejak pertama kulihat engkau.
Aku tahu ini adalah takdir.
Kita akan selalu bersama dan tidak akan ada yang memisahkan kita.
Cinta adalah tamu yang selalu datang
tanpa undangan tapi pemergiaanya tidak pernah diharapkan.
Dan sesungguhnya hati akan merasa memiliki cinta apabila cinta itu telah pergi.
Cintailah orang yang kau cintai sekadarnya saja
siapa tahu pada suatu hari kelak ia akan berbalik menjadi orang yang kau benci
dan bencilah orang yang kau benci sekadarnya saja
siapa tahu pada suatu hari kelak ia akan menjadi orang yang kau cintai.
Satu-satunya tujuan dalam suatu hubungan
adalah belajar bagaimana kita dapat menjadi manusia yang mencinta.

Monday, February 21, 2011

Haiwan peliharaan

Di bawah adalah beberapa haiwan peliharaan yang terdapat di opis...
mesti korang heran...aku ni keje kat mana yaaa...siap ada haiwan bagai...

arnab

itik...tapi sori yee tak berapa nampak..hehe..

burung-burung merpati..

Di sinilah port yg selalu aku lepak sekiranya stress ngan keje...rasa satu keseronokan bila melihat haiwan-haiwan ini....:)

Tuesday, February 15, 2011

Perjalananku.....

Ingat lagi tak sebelum ni aku ada bagitau nak wat entri pasai perjalanan balik kg dari langkawi ke klang...di bawah adalah beberapa gambar untuk tatapan semua.Tapi maaflah hanya ini yang sempat snap.Keadaan agak kelam kabut dengan ramai orang yang nak balik menuju destinasi masing-masing... 


Ini di Klang Sentral pada 06/02/11. Waktu ni aku tengah tunggu bas untuk ke Kuala Perlis.Ini di dalam terminal,kat luar lagi ramai orang..kalu x silap dah pukul 12.30.Ramai yang terkandas disebabkan kelewatan bas.Difahamkan jalan jem teruk terutamanya yg nak ke pantai timur.Bas aku pun sampai pukul 2 pg daripada jadual sepatutnya pukul 11 mlm...huhuhuhu...seb baik ramai orang lagi...kalu idak lagi haruuuu..


Ini pula sewaktu aku menunggu bas di terminal Kuala Perlis. Naik bas pukul 9.45 mlm pada 02/02/2011  menuju Klang Sentral.Bas yang tertera itulah yang akan membawa aku menuju ke destinasi.

Gambar ni pula kat JettyPoint,Kuah,Langkawi.Waktu ni mgkn pukul 6 lebih untuk menaiki feri last pukul 7.

Monday, February 14, 2011

Cari Jodoh - Wali Band

Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku

*
Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan

**
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

***
Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Back to *, **, ***

Ibu bapak punya anak
Bilang-bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

Back to ***


Sentap beb bila hayati lirik2 lagu ni.........

Sunday, February 13, 2011

Buah gajus/janggus

Kalau semalam aku buat entri pasal pucuk janggus.....
sekarang aku tulis pasal buahnya plak...
buah gajus ini selain boleh dimakan begitu sahaja
juga boleh dibuat lauk/masakan...
jeng...jeng...jeng...kalau sebelah utara...
ceh almaklumlah aku kan kat utara..
buah ni sedap dibuat gulai....rasa lemak2 gitu...
salah satu makanan pelik tapi sedapp...
cubalah bagi sesiapa yang tak pernah merasainyaaa....
gajus

Saturday, February 12, 2011

Pucuk gajus/janggus


Adakah anda kenal dengan pucuk di atas ni? Kalau belah utara depa panggei pucuk janggus...sedap dibuat ulam cicah ngan budu/sambal belacan...rasanya lemak-lemak kelat.Bagi sesiapa yang tak penah makan....trylah...lagipun makan ulam ni baik untuk kesihatan dan awet muda.....

p/s...sejak aku merantau/mencari rezeki di belah utara...first time aku makan ulam ni...kat selangor x glemer..he3..

Si Kecil Hadif



gambar kat atas ni pulak anak bongsu abang sulung ku....nama diberi Muhammad Faiz Hadif...Tahun ni genap setahun umurnya..tapi x leh jalan lagi...berat montot dak tecit ni...

Anak Buah Baru



Alhamdulillah pada 02/02/2011 jam 9.00 pagi adik telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.75kg di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang. Nama diberi Afia Rusydina.

Tuesday, February 8, 2011

Kisah Kehidupan

Kisah Kehidupan

http://milkadeal.com/deals/valentine-red-velvet-cupcakes-or-red-velvet-cakes-for-RM10-from-Kitchen-Guardian?utm_campaign=nuffnang_cpa_1011031&utm_medium=nn_banner&utm_source=nn_7311042

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...