Kawan - Kawan

Tuesday, February 28, 2012

Alahai...aku malu!!

Sedang aku memasukkan kunci
tetiba berbunyi ....aku terkejut
sambil tergaru-garu kepala
apahal jadi gini..sebelum ni tak pulak


bunyi itu membingitkan sekeliling
aku cuak dan panik
tetiba aku terdengar "tet"
lalu bunyi itu hilang

seseorang menyapa ku

"kereta akak ke ni??

aku memandang sambil di tangannya ada kunci kereta

"aah..tapi tak tahulah kenapa berbunyi tadi".Dengan yakin aku menjawab.

"rasa akak silap kereta kot...ini kereta saya"

Aku masih blurrr lalu berjalan ke hadapan untuk melihat plat kereta.

Alamak memang betullah bukan kereta aku..hehe. Dengan rasa yang cukup ayu (kaber malu) dan sopan aku berjalan kembali ke arah mamat tadi.

"Maaf ye saya salah.Ingatkan kereta saya tadi"

"takpe kak"

Kejadian ni petang semalam ye. Masa balik kerja aku terus singgah di pasaraya. Mungkin masa keluar aku tak perasan ada 2 buah kereta jenis dan kaler yang sama. Rupanya kereta aku yang di sebelah. Memang malu gilerrr lah dengan orang sekeliling perhati. Yang membuatkan aku cuak sebab tetiba kereta tu berbunyi sedangkan kereta aku style masuk kunci (tak tau apa masalah dengan alarm dan hantar kedai minta off alarm). Tapi tapi kan cuma nak bagitaulah mamat tu hensem.....wakakaakaka.


Notanoti : korang ada pengalaman macam ni tak???

Monday, February 27, 2012

Kelmarin,Hari ni dan Esok




Hari kelmarin telah tiada
Hari ini sedang berlangsung
Sementara hari esok belum lahir
Harimu adalah hari ini
Maka isilah ia dengan ketaatan
Nescaya engkau akan mendapat keberuntungan

Sunday, February 26, 2012

Indahnya Alam Ciptaan Tuhan






Apa yang menurutmu menyusahkan pada awalnya
boleh jadi malah menghasilkan kebahagiaan pada akhirnya
seperti mendung di langit yang awalnya berkecamuk
kilat dan petir yang menakutkan tetapi
akhirnya adalah butiran-butiran hujan yang membawa penghidupan

Saturday, February 25, 2012

jeng jeng jeng

Kejadian semalam.....

tok tok tok
kedengaran pintu bilik di ketuk
aku dengan malas melangkah ke pintu

"awat beb...
u p mana2 dak ri ni
dak..memang nak dok umah jaa..
cantik...u tolong i yerr
tolong mende..
kita jadi babysitter
haaaaaa...terus celik

kawan housemate aku minta tolong jagakan sat anak dia.Dia ada hal dan suami plak kerja. Nak hantar kat pengasuh kebetulan p Alor Setar. So,housemate aku ni konon2 prihatin bersetujulah nak tolong menjaga. si Shakir ni berumur 2 tahun dan segala kelengkapan telah dibekalkan oleh si ibu. yang menguji kesabaran kami ialah Shakir ni jenis tak reti duduk diam.Ada je benda yang nak dibuat.Ruang tamu usah cakaplah memang berkecah.Itu belum lagi dicampur dengan lantai basah ngan air/makanan yang tumpah..haha. Kami hanya memerhati asalkan perbuatannya tak melampau dah cukup.Nak marah (tapi volume suara kami pun dah hampir ke maksimum) pk gak anak orang.Umpan dia pasang citer kartun pun tak jalan. Segala remote,barang2 yg ada kat kabinet tv dibuang ke tingkat bawah (nasib baik ting.1 jer).cepat2 kutip kat bawah dan hampir2 handphone aku pun nak jadi mangsa jatuh ke bawah.Nasib nampak dan sempat amik dari tangan Shakir...huhu. Tapi ada bagus gak sebab secara tak langsung telah buat kami exercise dengan main kejar-kejar...haha.


kira-kira pukul 5 petang telefon kawan aku berbunyi:

hang ada di mana
ada di rumah
aku nak mai umah...nak pinjam tangga boleh??
mailah.

5 minit lepas tu kawan lelaki housemate datang.Disebelah kelihatan anaknya terus meluru ke arah Shakir(mereka ni dijaga oleh pengasuh yg sama).Diajak balik tidak mahu dan kawan pun minta tengok2kan anaknya sekejap sementara dia membetulkan lampu rumah yang rosak. Bila dah 2 orang budak lelaki ada di rumah lagi riuh dan maha hebat kenakalan yang dibuat. sekejap baik ,sekejap berebut mainan,sekejap mengusik dan ada juga adegan tolak menolak.Lepas tu faham2 jela dengar tangisan dan jeritan mereka. kali ini kami memang betul2 jadi tarzan. Alhamdulillah kira-kira pukul 6.30 petang ibu-ibu budak2 ni datang ambil.Lepas tu kami pengsannnn.

Notanoti : hari ni pun housemate jadi pengasuh juga pada bayi lelaki berumur 8 bulan....

Thursday, February 23, 2012

Jalan-Jalan Cari Pasal....

Hari ni opis dikunjungi oleh pihak IS dari HQ
pasal pengupgredan pc dan berkaitan dengan line
Sudahnya aku mati kutu tak leh nak buat jahat depan pc
Perlahan-lahan kakiku melangkah menuju pintu opis


Diluar aku singgah dari satu unit ke satu unit
sambil ditanganku ada beberapa kertas
yang melibatkan aset-aset opis
mula2 berkobar-kobar nak semak
antara fizikal dengan rekod

Tapi bila aku tengok banyak
benda yang tidak berada di tempatnya
aku pun dah mula pening
Sudahnya aku hanya buat tak sampai separuh
borak yang banyak...kah kah kah.

Notanoti : aku rasa line internet ni ada laju sikit...harap kekal sebegini. Nanti ada masa aku jengah rumah korang yerr.ni pun curi2 pakai pc sebab diorang p makan.

Wednesday, February 22, 2012

Sapa nak blajaq bahsa utara..meh baca...




sumber : dapat dari facebook.
Maaflah tak leh besaq lagi...akan jadi kembang.

Tuesday, February 21, 2012

Pagi yang gelap

kejadian : waktu pagi time nak g keje.

Sedang menuruni bukit
kereta depan dok main brek
aku pun main brek sama (bajet pemandu berhemah kuhnun!!)
bila dekat satu selekoh
baru ku tau sebab kereta depan buat begitu
kelihatan sebuah kereta viva sudah terbalik
mungkin kereta dipandu laju dan terbabas

notanoti : time tu rasa kaki aku tak pijak pedal minyak dan tak berani nak jeling-jeling tengok keadaan mangsa....

Monday, February 20, 2012

Korang baca jerr la...

pagi tadi aku terlibat dengan perjumpaan staff sambilan. Sebenarnya diadakan perjumpaan ini disebabkan oleh JPA yang menamatkan perkhidmatan sambilan (BKS-buruh kasar sambilan) . Tak dinafikan di sini ada seramai 14 orang staff yang berjawatan sambilan.

Jawatan ini dimansuhkan sepatutnya pada tahun lepas dan diganti dengan skim baru yang diberi nama psh (pekerja singkat harian) - biasalah kalau wujud satu skim baru mesti ada pro dan kontra. Secara dasarnya bos aku tak berapa setuju dengan yang baru ni sebab jangka waktu kontrak hanya 3 bulan dan perlu direnew kembali (mana larat kalau 6 bulan oklah jugak).

Seboleh-boleh khidmat mereka ni masih diperlukan sebab mereka2 terlibat secara langsung dengan pelancongan. Jabatan aku memang terlibat secara langsung dengan pelancongan dan dengan penjanaan hasil inilah yang membolehkan gaji2 mereka dibayar-telah diberi kelulusan dan operasi dikendalikan dan diwujudkan di bawah satu dana .Bos telah berbincang dengan pihak Sumber Manusia di HQ bagi membantu mereka2 ini. Antara jalan penyelesaian yang telah dicapai kata sepakat :
i) staff yg terlibat dengan pelancongan dilantik secara kontrak menggunakan kelayakan SPM
ii) staff yg terlibat dengan ladang terpaksa diswastakan - mereka tidak terikat dengan kami tetapi diletakkan di bawah kontraktor yg berjaya di dalam penawaran sebutharga yang dikeluarkan oleh jabatan.

Seramai 7 orang telah dilantik secara kontrak dan perjumpaan pagi tadi adalah dengan mereka bagi menerangkan skop dan syarat2 yang dikenakan kepada mereka. Kelebihan dilantik seperti ini adalah kenaikan gaji yang jaun lebih baik berbanding skim yg sebelum ini (mereka layak mendapat basic gaji & elaun2 seperti org tetap kecuali kenaikan tahunan). Kelainannya mereka terpaksa menerima hakikat bahawa hari sabtu dan cuti2 am adalah hari bekerja bagi mereka. Sebelum ni mereka layak claims OT tapi claims tu telah dimasukkan dalam perkiraan gaji siap2. Kerja aku pun senang.Tak payah nak pening buat semakan...huwa huwa.


Pertemuan dipanggil sorang2 dan duduk pun macam dalam temuduga. Aku disebelah kanan,org kedua penting di sebelah kiri dan bos di tengah2. Staff yang terlibat berada di hadapan kami. Masa ni pun aku hanya sebagai pemerhati dan yg paling banyak bercakap bos dan orang kedua. Aku sempat jugaklah memerhati gelagat2 mereka. Ada yang tenang,ada yang membangkitkan isu2 panas,ada yang jadi pak turut tapi majoriti bersetuju dengan skim yang ada. Secara tiba-tiba aku teringat masa zaman2 aku aktif mencari kerja selepas habis belajar mungkin reaksi muka aku pun sama macam mereka. Tak semena-mena tersenyum sendiri aku dibuatnya.Nasib baik ler bos kat sebelah tak perasan.haha.

notanoti : aku dulu pun bertaraf pekerja kontrak selama 5 tahun sebelum mendapat jawatan tetap......syukur alhamdulillah.

Sunday, February 19, 2012

kosong

cuma nak bagitau

*

*

*

yg semakin hari

*

*

*

aku semakin takde idea

*

*

*

untuk diisi dalam blog ini

*

*

*

mungkinkah blog ini akan berkubur??


Saturday, February 18, 2012

Penerang Hati

jom layan lagu - penerang hati - 6ixth sense feat saujana

Mencinta Mu terangkan jiwaku
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku


Tak akan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu


Chorus
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku
Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Jangan pernah kau menjauh

Ulang Chorus 2x

Notanoti : lirik yang simple tapi mempunyai maksud yang begitu bermakna.

Friday, February 17, 2012

Terjemahan Surah Al Fatihah



sumber : dapat dari fb kawan



Sekadar berkongsi Ilmu...

Thursday, February 16, 2012

BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU TAK ?

Tarikh tutup : pukul 10 malam ni


Dah lama aku tak join segmen. Tetiba tergerak nak join sebab aku nak tau kritikan jujur ikhlas berkaitan blog ini. Boleh aku perbaiki tapi jangan kritikan yg keras2 tau!! babab karang...hehe.


Nak join : Klik sini

Mutiara Kata

bersama airmata pasti ada senyuman

bersama kesedihan ada kegembiraan

bersama cubaan ada anugerah

bersama musibah ada anugerah

semuanya telah merupakan ketentuan

yang pasti dan prinsip hidup yang digariskan Allah s.w.t.


sumber : Koleksi Mutiara Kata Al-Qarni

Tuesday, February 14, 2012

Segmen Review Blog Kami

Tarikh tutup : pukul 6 petang


Aku hampir terlupa yang sahabat baik ada membuat segmen. Nasib baik sempai join. Kalau ada sesiapa yang nak blognya direview oleh penganjur, jangan lepaskan peluang untuk join . Pemenang akan diadili melalui random org.

Nak tau lebih lanjut masuk sini.

Monday, February 13, 2012

Mutiara Kata

Istighfar membuka pintu rahmat

melapangkan hati dan fikiran

serta menghilangkan kesempitan

ia adalah kunci untuk

mencari rezeki sekaligus hidayah Ilahi



sumber : Buku koleksi Mutiara Kata Al-Qarni


Sunday, February 12, 2012

Mutiara Kata

Sebaik-baik harta adalah yang membawa manfaat bagimu

Sebaik-baik ilmu adalah yang mengangkat darjatmu

Sebaik-baik rumah adalah yang membawa ketenangan di hatimu

Sebaik-baik kawan adalah yang sentiasa menasihatimu


Sumber : koleksi Mutiara Kata Al-Qarni

Thursday, February 9, 2012

Mutiara Kata

Latihlah dirimu untuk selalu bangun pagi
kerana hal itu membawa keberkatan
Pada saat itu,lakukanlah kegiatan yang positif
seperti berzikir,membaca,menghafal dan
menelaah Al-Quran atau buku-buku,
mengarang atau berjalan-jalan santai ke luar rumah


sumber : Buku koleksi mutiara kata Al-Quran Al-Qarni

Wednesday, February 8, 2012

MUTIARA KATA

Sebaik-baik sahabat ialah orang yang anda percayai,
anda merasa damai dengannya,
anda dapat mengadu kesusahan anda kepadanya,
ia dapat menceritakan kepada anda kesusahannya
dan tidak membocorkan rahsia anda.

sumber : Buku Koleksi Mutiara Kata Al-Qarni

Notanoti : Terima kasih pada kalian yang sudi menjadi sahabat saya.......:)

Tuesday, February 7, 2012

Kisah Lucu

Aku mendail
hanya kedengaran nada dering
sabar menanti namun tiada suara
akhirnya ku letak

Berapa kali ku cuba
pagi 3 kali
tengahari pun sama
namun sama jua

Mula2 aku sabar
tapi kesabaran telah mengatasi
hingga aku menyumpah2 di sebelah sana
dan tak pasal2 aku kena luku
dengan kawan opis......

(ko pehal kan HQ cuti...memanglah takde sapa nak angkat phone tuu...)

Notanoti : aku lupa selangor amik cuti Thaipusam....kihkihkih.

Monday, February 6, 2012

SEGMEN PENGOMEN TEGAR BY FYQA



Tadi masa blogwalking ternampaklah blog yang comel ini,

tetiba rasa nak join segmen.Lama wehh tak join!!


Tarik tutup : 14hb Febuari 2012. Tarikh ni pun cantik!!...hehe.


Nak join !! senang jerrr masuk sini

Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul kepada semua muslimin dan muslimat seluruh dunia.


lama aku tak update blog

lantaran tuntutan tugas

yang memerlukan aku berkursus

di luar daerah selama 2 hari

Semoga intipati selama berkursus

itu dapat aku manfaatkan

dalam menjalani kehidupan seharian

demi menjadikan aku seorang

yang ikhlas kerana pekerjaan itu satu ibadah



Kursus ini sekurang-kurangnya

membuka minda aku yang

selama ini mungkin tertutup

bahawa arus peredaran telah mengubah

segala bentuk jati diri dalam diri seseorang



Jika diperhatikan sekarang

manusia seakan tiada jati diri

ke atas diri,keluarga dan negara

kepincangan yang berlaku

seakan-akan tiada memberi kesedaran


Satu perkara lagi yang membuatkan aku terfikir

anak-anak muda sekarang

terlalu dimanjakan oleh orang tua

mudahnya kita memberi apa yang mereka inginkan

sehingga mereka tidak pandai untuk berdikari

dan tidak mengenal erti kesusahan untuk mendapatkan sesuatu



Adakah anak-anak muda

seperti ini yang diperlukan

untuk mempertahankan negara dan bangsa



Notanoti : entry merapu dek lama bercuti.......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...