Salam Maulidur Rasul kepada semua muslimin dan muslimat seluruh dunia.
lama aku tak update blog
lantaran tuntutan tugas
yang memerlukan aku berkursus
di luar daerah selama 2 hari
Semoga intipati selama berkursus
itu dapat aku manfaatkan
dalam menjalani kehidupan seharian
demi menjadikan aku seorang
yang ikhlas kerana pekerjaan itu satu ibadah
Kursus ini sekurang-kurangnya
membuka minda aku yang
selama ini mungkin tertutup
bahawa arus peredaran telah mengubah
segala bentuk jati diri dalam diri seseorang
Jika diperhatikan sekarang
manusia seakan tiada jati diri
ke atas diri,keluarga dan negara
kepincangan yang berlaku
seakan-akan tiada memberi kesedaran
Satu perkara lagi yang membuatkan aku terfikir
anak-anak muda sekarang
terlalu dimanjakan oleh orang tua
mudahnya kita memberi apa yang mereka inginkan
sehingga mereka tidak pandai untuk berdikari
dan tidak mengenal erti kesusahan untuk mendapatkan sesuatu
Adakah anak-anak muda
seperti ini yang diperlukan
untuk mempertahankan negara dan bangsa
Notanoti : entry merapu dek lama bercuti.......
11 comments:
salam maulidur rasul...
eh, bagus apa entry macam ni..selamat bercuti :)
salam maulidurrasul..=)
selwat atas nabi..
salam maulidur rasul, salam dan selawat ke atas rasul junjungan kita nabi Muhammad SAW.
jangan merajuk ye cik ina dah lama tak ke sini .muahhh
salam maulidur rasul..
salam maulidr rasul fyqa ucapkan, peacee :)
salam maulidur rasul.salam perkenalan juga.hmmm...anak muda skang memang jauh berbeza kan.makin canggih,pemikiran manusia pon mula la berubah.pening2.
ps : dah follow sini.thanks sudi tinggal komen kat blog saya
salam maulidur rasul kat awk gak :)
salam maulidur,, khusus mnde ni ? xpham.. hehe
harus dikembalikan mentaliti anak2 muda kepada yang asal agar boleh berfikiran dengan waras dan cerdas! :)
salam maulid!
harap2 lebih bermotivasi selepas berkursus ni ya..hihi
Post a Comment