Kawan - Kawan

Wednesday, April 27, 2011

MRS FIZA GIVEAWAY!!




Tarikh tutup : 18/05/2011 jam 3petang






Lama x join GA atau kontest...tetiba rasa nak join..

so excited tengok FM yg comel2..

mana tau salah satu akan menjadi milikku....:)


Kalau korang nak join..klik banner ya...

Tuesday, April 26, 2011

Kezutan yang x disangka...Ouchhh..

Sedang aku asyik buat keje...tiba-tiba:
Mr A :Kamu dah makan belom,ini saya belikan makanan..
Aku :Erk...untuk saya ?terima kasih ya..dgn malu2 kucen aku menyambut huluran bungkusan tu (padahal dalam hati dah rasa kembang sebab dibelanja..hehehe)...Siyesss aku terkejut beb..

Perbualan ringkas di atas antara aku dan ex-bos masa bertugas kat HQ dulu.Kebetulan dia datang bercuti bersama famili dan datang menziarah ke opis.Yg membuatkan aku terharu ialah x sangka dia ingat kat aku walau dulu aku idaklah staff yg glemer dan fofular.Jeles sehh kawan2 aku yg lain...

Derian tu kami pakat makan sorang sikit...yolah bau jerk dah satu opis..serba salah x semawa org len...aku p beli sambal ayam kat cafe untuk gu ngan pulut.lagipun aku x leh makan cenggitu...x massyukk bagi aku yg tekak bukan orang utara...hehehehe...

p/s : ex bos aku ni dah pencen...jgn korang ingat mudoo..:)




Monday, April 25, 2011

BEN CARI BLOG BARU LAH



Segmen terbaru dari Ben Ashaari

blogger baru macam aku ni haruslah join

okeh..kena jawab soalan :


1.5 blog baru yang aku suka







2. 5 blog lama yang aku suka








Kalau korang nak undi Ben..masuk SINI

Undian anda amatlah dihargai oleh beliau....


sekian......:)



Sunday, April 24, 2011

Petang yang Dingin

Cuaca mendung kat luar..mata pun ngantuk...boring plak asyik mengadap monitor jerk..rasa nak tembus dah ni. So aku pun jenjalan sekitar opis..bagi segar sket mata...

Ini di kandang rusa...seronok tengok binatang ni bermain sesama sendiri...jinak sangat...akan dekat ngan orang lagi2 bila kita sua makanan...sebelum ni pun aku ada buat en3 pasai ni..nak tau masuk SINI



Ini sesaja jerk snap...pokok2 hutan yg terdapat di sini...umur pokok2 ni dah melebihi 15 tahun..berhampiran ni ada hutan..hajat di hati nak masuk tapi idaklah berani sebab sorang2 kan..takut kalu jadi apa2 menyusahkan orang lain plak..kat dalam hutan ada aktiviti lasak..kalu rajin nanti aku masuk dan tulis en3 pasai ni...he3...



haaaaaaa...kalu korang berani cer naik menara ni...dari atas boleh melihat pemandangan sekitar langkawi...setakat ni aku hanya naik setakat tingkat 1 jerk...nak melangkah lagi rasa gayat sehhh...






okeh mata pun dah segar.....sila masuk opis balik yaaa......:)...peace.











Saturday, April 23, 2011

Jalan-Jalan Ke Thailand- Part II

Assalamualaikum
okeh aku buat sambungan pada hari kedua.Selepas sarapan di hotel kami bertolak ke Songkla. Di sini kami di beri masa selama 1 jam.Apa yg menarik cuma ada replika ikan duyung sebagai tarikan untuk ambil gambar.Kiri-kanan jalan terdapat penjual yg menjual cenderahati berbentuk key-chain,patung ikan duyung dll. Harga amat murah.



Inilah Pantai Samila...lebih kurang dengan pantai Cenang,Langkawi.

Sementara tunggu kawan2 bershopping....sempat berposing..ahakss...


Perjalanan diteruskan ke Muzium Songkla. Tiket Masuk RM10 seorang.Tapi gambar atas ni sebuah kedai yg menjual pokok2 bunga dan peralatan pertanian.



Gambar ini diambil di atas menara,Muzium Songkla.Di belakang tu jambatan yang terpanjang di Thailand.Itu yg diterangkan oleh guide kami.




Gambar ini di dalam Muzium.Di sini boleh mengetahui sejarah dan tinggalan warisan berkaitan Thailand.





Ini pula di Pasar Terapung,Hatyai.Pasar ini dibuka pada pukul 4.00 petang-7.00 petang.Di sini ada dijual pelbagai barangan berbentuk pakaian,cenderamata dan makanan.Banyak pilihan makanan tempatan. Yang uniknya makanan di jual di dalam perahu.Harga memang murah.




Suasana di kawasan tepi sungai.Peniaga akan melabuhkan perahu di tebing.Sekiranya ingin membeli...hanya berikan duit dan makanan akan disua melalui kayu kecil.



Baek punya posing akak ni....tengoklah apa yg dijual..



Lepas habis shopping di Pasar Terapung,kami terus di bawa ke sebuah restoran untuk menjamu selera.




Inilah peserta pertama ke Thailand seramai 20 orang.Bergambar di hadapan Lee Garden Hotel.Kumpulan kedua pula pada 28hb-30hb April 2011.














Thursday, April 21, 2011

Jalan-Jalan Ke Thailand...Part 1

Trip ni ni sebenarnya pada 01-03hb April 2011.Seramai 20 orang geng opis yg join.Berkumpul di depan Jettypoint,Kuah pada pukul 8.00 pagi,tapi biasalah janji melayu pukul 9.30 baru naik feri.Kebetulan pagi tu hujan renyai2.Perjalanan mengambil masa 1 jam untuk sampai ke Satun,Thailand. Kami masuk menggunakan border pass dan menggunakan khidmat agensi pelancongan The Blue World Travel Sdn Bhd.


Ini di depan Jetty Pelabuhan Tammalang,Satun.Tiba di sini perlu melalui Kastam dan beratur untuk mengecop borderpass@passport.Kami dibawa ke Hatyai dengan 2 buah van dan mengambil masa selama 1 jam perjalanan.

Destinasi pertama ialah Jabatan Pertanian kot.Lupa nama tempat tu.Di sini penduduk tempatan akan diberikan pendedahan/pembelajaran pertanian secara percuma. Kami dijamu dengan bihun goreng (org Malaysia panggil)-lupalah diorang panggil apa padahal en.Edy selaku ketua guide ada mention namanya..hehehe..agak kasar sket teksturnya.

Ini merupakan rencah untuk dimakan bersama bihun tadi-ada serbuk cili,cabai potong dan 2 mangkuk lagi tu x ingat..hehehe..

Kami dijamu juga dengan jagung rebus yang besar2 dan manis. Kira berbeza dengan yang ada di Malaysia.Sempat juga kami melawat ladang jagung .Apa yg kami perhatikan buah jagung akan dibalut menggunakan kertas pembalut buah. Dalam gambar tu bukan orang Thai tau tapi rakan2ku...:)


Selepas itu kami dibawa makan tengahari pula di salah sebuah restoran Islam.Di sini agak payah sket untuk mencari restoran halal.Kena berhati-hati.Antara menu yg dihidangkan-ada kerabu dan tomyam..biasalah org Thai kan mmg terkenal dengan makanan ini.Licin kami bedal mgkn sebab cuaca yg kebetulan hujan renyai2 dan perut pun sentiasa lapar jerk.


Lepas makan acara shopping plak.Kami dibawa ke salah sebuah bazar yang terkenal di Hatyai.Nama tempat tu...err....err...err...lupalah....kihkihkih.Antara barangan yang dijual seperti baju,kasut,dompet dan lain-lain.Tak jauh beza dengan apa yg ada di sini.Kena pandai tawar-menawar.Ada sesetengah penjual boleh berbahasa melayu,agak mudah untuk urusan jual-beli. Namun timbul jugak masalah bahasa apabila berdepan dengan penjual yg tidak boleh bertutur dalam bahasa inggeris..time ni kenalah minta bantuan dengan guide sebagai orang tengah.


Di sini kami diberi masa selama 2 jam.Apalagi semua tempat kami ronda/pusing.Setelah penat kami berhenti makan di deretan gerai2 yg ada depan bazar.Harga makanan mmg murah tapi kena berhati-hati dengan anjing yang banyak berkeliaran.


Sempat berposing di deretan kedai dalam bazar..


Habis shopping kami di bawa check-in di Lee Garden Hotel.Taraf 3 bintang.Kira oklah.Masalah utama di sini tiada paip dalam tandas.So kenalah gunakan tong sampah untuk menadah air.Malamnya pula kami dibawa makan malam dan bershopping di pasar malam.Balik ke hotel pada pukul 12 mlm(waktu Malaysia)-waktu Thai lambat sejam.Maknanya pukul 11 malam.






Bersambung ke part II......







































Wednesday, April 20, 2011

Jom timbang blog korang sama ada berat atau ringan

Tadi buat blogwalking...masuk ke dalam blog NI....dia ada buat en3 pasai tajuk kat atas tu...tetiba terasa nak join plak...yelah mana tau kot2 blog berat...menyampah kang korang nak tunggu loading tu...hikhikhik..

Alhamdulillah ringan jerk blog...cuma 127.77 KB daripada 200 KB...so korang cubalah check sama ada blog korang ringan ke dak...kalau lebih 200 KB tu...eloklah korang buang widget2 yg memberatkan blog tu...bukan apa...untuk memudahkah sesapa yg nak masuk blog tu tak menunggu lama...hehehehe...

Kalau korang nak check...MASUK SINI

Tuesday, April 19, 2011

Bersantai Sambil Makan

semalam ada sorang kontraktor yang buat kerja
kat sini mengadakan kenduri kesyukuran
sempena dah selesai semua dan kedua-dua belah pihak puas hati
kebetulan kenduri ni dibuat berhampiran kolam
rasa syok jerk makan sambil menikmati keindahan alam
tenang jerk rasa


jemput makan kangkung celur...ekekeke..sori yee gambar x jelas..

geng2 lelaki yg sedang berehat lepas makan


tunjuk apa tuuu...hehehe...


menu:nasi putih,gulai udang+betik,ikan kembung goreng,sayur kobis goreng,ulam,sambal belacan dan air mangga










Sunday, April 17, 2011

BEN ASHAARI GEGAR LAGI

Segmen terbaru dari Ben Ashaari

image

Berminat nak join...klik SINI

Thursday, April 14, 2011

Jom Pakat Makan Ramai2....

                                             Lama tak hapdet blog
                                        2-3 hari ni agak bz ngan keje

                                     Makanlah buah-buahan tempatan
                                     baik untuk kesihatan dan murah...:)

Monday, April 11, 2011

Beg Chochet Dah Sampai!!!!!

                                       Terima kasih pada blogger tihara
                                        so cute...pink kaler lagi...:)

Sunday, April 10, 2011

Main Masak-Masak Di Opis

                  pegi kafe tapi dah takde apa...huhuhu...
                  perut plak berkeroncong minta diisi
                  beli jerklah ini

                                  mi bandung keluaran agromas
 selongkar fridge...ternampak bawang dan telur....rembat jerklah...ikikii.
sayur kailan tu amik kat rumah hidroponik..kalu ada cili...baru kick...tapi guna jerklah bahan yg ada
  kuah yg sedang menggelegak...mi kena masak lama sket sebab agak keras...
                                           siap!!!....mi bandung segera

Tuesday, April 5, 2011

Yey...Dah Dapat!!!!

Baru tadi abang posmen datang bawa satu ikatan surat2
belek punya belek ada 2 surat untuk aku..hikhik..
cerrr tengok apa yang aku dapat...
dapat key-chain hadiah GA Rama-Rama Merah daripada Izzatul Iman

Monday, April 4, 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL - BERMULA !

Santai Bersama BEN ASHAARI

Nak Join  KLIK SINI
Tarikh tutup : 05/04/2011 tepat jam 5 petang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...