Kawan - Kawan

Tuesday, January 31, 2012

Ronda-Ronda Di Jusco Rawang

Masa cuti hari raya cina ri tu sebelum balik kampung,aku transit dulu di rumah abang no.2 di Sg.buloh.Adik ajak ke Jusco Rawang yang baru buka untuk tengok pasaraya yg sepatutnya dia keje dulu. Walaupun kami termasuk salah jalan tapi alhamdulillah sampai juga..kui kui kui.



Bila sampai naik ke tingkat atas dulu ke kedai buku popular. Aku ushar buku2 motivasi tapi tak beli pun sebab bodyguard2 yang ikut mengadu lapar. Rimas ngan rengekan (benonya aku pun takut kalau2 diorang ni nangis jenuh nak pujuk..huhu) cepat2 turun tingkat satu ke kedai2 makan yg ada. Bagi diorang pilihan tapi tak leh nak ikut sangat(dah tunjuk pizza hut n kedai fastfood apa tah tak ingat..hehe).Last2 aku amik keputusan masuk ke kedai chicken rice shop (kebetulan dah pukul 12 lebih dan nasi itu lebih mengenyangkan)..hehe.Aku dan adik sepakat pilih set untuk hidangan 2 orang walaupun kami 4 orang. Cuma kena tambah air jerk.



Ini salah seorang bodyguard yang ikut. si adik di bawah jagaan adik aku. Jenis tak reti nak duduk diam.Asyik nak berdiri dan melompat. Makan pun kena bersuap baru nak makan.
Tapi si adik ni kalau bab makan memang laju jerk lagi2 kalau disuap.


Okeh ini si abang.Umur 7 tahun. Dia ni kalau bab2 makan agak pemilih tapi akan makan banyak kalau lauk telur. Hari2 lauk telur pun takpe. Tapi bila makan kat sini agak terkejut jugaklah bila disuap tu nak makan.Sampai makcik2nya lah rasa tak cukup sampai kena oder nasi tambah...kih kih kih. Akibat aku dah letih dan nak makan dengan selesa aku pujuk si abang makan sendiri ..haha.



Walaupun lauk2 tu tak berapa nak licin tapi kira oklah makan kat sini. lepas makan kami masuk ke Jusco.Adik jumpa ngan bekas kawan2 dia sementara aku lepak kat satu kiosk berhampiran sambil memerhati anak2 buah bermain. Lepas tu kami gerak balik.


Monday, January 30, 2012

Sediakan payung sebelum hujan




Nasib baik dah ada hebahan awal.Dijadualkan terdapat gangguan bekalan air bermula 8.00 pagi tadi hingga 8.00 pagi esok.


Sunday, January 29, 2012

Apabila Mood Rajin Menjelma....

Ini projek hari jumaat. Tetiba datang mood rajin nak masak.Kebiasaannya aku akan makan di luar atau tapau nasi siap2 di kedai. Kadang nak masak rasa membazir sekadar aku sorang jerk yang nak makan. Meh tengok apa yang aku masak.hehe.






Nak resepi ke?? Tak yahlah kot. Ini versi orang bujang yang masak main campak2 jer .


Saturday, January 28, 2012

Kisah Hari Ini....

Aku kena memotong/menyediakan buahan untuk pelancong di kiosk ladang.

(Model itu bukan aku)


Hari ini aku kena mengganti orang lain
Ini bukan kali pertama yer berlaku sebegini
Sudah acap kali diberitahu
sekiranya tidak dapat bertugas pada waktu cuti
Cari pengganti atau maklum segera pada pegawai




Aku ni pun manusia biasa
akan berasa kecil hati/marah
bila diberitahu kena mengganti
pada saat-saat akhir
Walau boleh claim "ot"
tapi bukan itu yang aku kejarkan
namun kesal dengan segelintir perangai manusia
yang tidak bertanggungjawab dengan komitmen yang diberikan
dan menyusahkan orang lain


Notanoti : aku sedang muhasabah diri agar ikhlas untuk menerima semua ini.....

Thursday, January 26, 2012

Kerja

Pagi ni bangun ku terasa malas....golek ke kiri golek ke kanan

gagahkan juga bangun bila teringat kerja yang menanti

*

*

*

*

*

*

*

*

dah sah2 berlambak bila semalam aku terpaksa "tambah cuti "

gara2 bas lewat sampai di Terminal bas Kuala Perlis..keh keh.

Sunday, January 22, 2012

Gembira

tiada bicara
cuma aku gembira
kerna dah selamat
tiba di kg halaman
.
.
.
.
.
.
.
.
.
selamat bercuti
-
-
-
-
-
-
-
aku ingin manfaatkan
dengan berehat sepuas-puasnya
bersama keluarga tersayang


Notanoti : aku dah plan macam2...harap menjadilah..........

Thursday, January 19, 2012

Kisah Hari Ini

Sedang aku sibuk mengira duit,ada seseorang masuk melalui pintu belakang

Si A : Weh hang tak cium bau ka!!

Aku : Awat!! ada cium bau tapi baru ingat nak p tengok!!

Si A : Mai sini tengok!!

Aku bergegas ke tempat yang ditunjuk. 1 periuk nasi telah hangit. Nasib baik ada orang masuk kalau tidak mau terbakar kot opis.


Ini gara-gara kawan aku masak nasi tapi pesan kat kawan lagi sorang yang kebetulan masa tu ada kat bilik bos sedang buat kerja. tapi tidak plak pesan kat aku yang berada di luar ni. Jadi aku tak tau pun kat pantry ada projek masak nasi. Kawan aku ni keluar sekejap ke kedai.

Sudahnya kawan aku yg kat bilik bos terpaksa membuang nasi itu ke tong sampah!!Kan dah membazir dan memasak nasi semula. Aku pesan tunggu nasi tu nanti hangit lagi. Kes dia sedang bercakap di telefon hingga terlupa.keh keh.

Bila kawan aku balik dari kedai dan tau perkara sebenar,apa lagi membebellah. Padahnya kawan aku ni tadah telinga jerk. Dah salah baik diam. Aku hanya memerhati dan ada rasa sedikit lucu di hati. Nasib baik bos takde.

notanoti : hatiku girang sebab malam ni aku akan bertolak balik menaiki bas ke kampung halaman. Doakan semoga aku selamat dalam perjalanan pergi dan balik. Seriau gak bila hari2 ada jerk kes kemalangan maut.

Wednesday, January 18, 2012

Makanan Tradisi


Mood nak buat kerja dah ke laut. Sekarang aku dah terbayang-bayang kampung halaman. Kebetulan aku dok google ternampak gambar2 makanan tradisi masyarakat Jawa. Terus aku teringat akan makanan yang menjadi kegemaran.


Salah satu makanan peberet ialah nasi ambeng. Tapi kat kampung aku pun dah susah nak jumpa melainkan masa bulan puasa.Ramai lerr yang jual. Kalau aku turun Selangor mesti akan transit kat rumah adik kat Klang sebelum balik Sg.Besar. Ada pasar malam setiap hari Jumaat dengan hari apa tah kat Kg.Delek. Memang tak miss akan beli kat situ.Balutan nasi tu pun comel2 jerk tapi jenuh jugak nak perabih!!...hehe.



kredit to Sobri Mansor


Yang kedua aku suka sambal goreng. Citarasa ikut masing-masing. Tapi aku suka yang takde letak santan. Mungkin agak renyah sebab masak ini bahan-bahan kena digoreng terlebih dahulu sebelum digaul dengan bahan samabal. Kat sini pun aku pernah buat 1-2 kali jerk. Yelah kat utara ni bukan makanan tradisi mereka,so kawan2 tak berapa nak gemar. Lepas tu malas nak masak dah...kihkih.



kredit to catzscafe

Yang ketiga paling aku suka sambal tahun. Nama jer sambal tapi cara masak macam masak lemak. Kalau mak aku suka buat time raya puasa @ raya haji @ ada request dari anak2. Makan ni lagi lama perangat lagi terangkat!!. Majoriti orang buat memang pedas. Kalau sapa yang tak makan pedas memang tak digalakkan.Makan ni boleh mengalir airmata. Tapi aku kurang suka kalau isi dalamnya babat@kulit lembu.Lebih suka kalau isi kerang@seafood. Masak ni pun mudah. Kena letak lengkuas ,halia dan yang paling penting cili padi banyak2.Semua tu lebur dalam periuk bersekali dengan santan.

kredit to Che Zaid


Notanoti : Aku dah request kat mak nak makan sambal tahun dan sambal goreng balik cuti raya cina....

Monday, January 16, 2012

Kisah Semalam.....



Pagi..

Ketika masuk ke bilik mandi

pulas kepala paip

hanya bunyi yang kedengaran

namun tiada air yang keluar


Termenung seketika

sambil memandang air di dalam baldi

Mahu tidak mahu terpaksa ku habiskan

dengan harapan petang dah ada air

(adoi dahlah nak p keje ni)


Semasa dalam perjalanan ke tempat kerja

Dihadapan traffic light

Ku lihat kon2 merah menutupi jalan dihadapan dan sebelah

dah sah2 kenderaan terpaksa melencongkan haluan



Petang

Kira2 pukul 4.30 tiba2 henfon menerima sms

housemate ku memberitahu air masih tiada

nasib baik di opis tidak terlibat dengan gangguan air yg berlaku

ku selongkar pantri untuk mencari botol/bekas untuk mengisi air

bagi kegunaan "emergency" di malam hari


ketika dalam perjalanan pulang ke rumah

aku telah mengekori sebuah kereta

alahai orang depan dahlah jalan ni

bengkang bengkok dan berbukit

Agak2lah kalau yer pun nak berhemah



Dahlah banyak kenderaan

bila di selekoh janganlah makan jalan lane sebelah

Sudahnya kamu dapat bunyi hon2 daripada kenderaan yang memotong

Hingga memaksa aku terus mengekori mu (takut nak potong dengan keadaan yang sekejap ke tengah ke tepi)



Bila sampai di traffic light

Sengaja aku mengambil lane disebelah mu

Bila ku toleh pemandunya seorang pakcik memakai kopiah

Alahai maafkan ku kerna menyangka yang kamu pemandu mabuk


Notanoti : Tak pasal pagi ni aku terpaksa mandi di opis...baru sebentar tadi aku menerima sms yang air sudah ada...alhamdulillah....:)

Sunday, January 15, 2012

"Mangrove Tour " Di Sg Kilim

Semalam aku berkesempatan untuk pergi Mangrove Tour di Sg.Kilim Geopark. Aku dah lama teringin nak ke sini dan alhamdulillah dapat peluang itu. Sebelum aku cerita edisi lawatan ini,meh aku stori sikit berkaitan geopark.

Kepulauan Langkawi diistihar sebagai geopark oleh Kerajaan Negeri Kedah pada tahun 2006, dan diterima menjadi ahli Global Geopark Network (GGN) di bawah naungan UNESCO pada Jun 2007. Pengiktirafan GGN UNESCO ini menjadikan Langkawi, global geopark pertama di Malaysia dan Asia Tenggara dan yang ke-52 di dunia.

"Geopark" - park atau taman yg merupakan kata dasar kedua menggambarkan satu kawasan hutan diurus secara formal dan dilindungi oleh pihak berkuasa untuk tujuan perlindungan hutan dan/atau landskap.Manakala geo pula menggambarkan satu kawasan yang istimewa disebabkan keunikan ciri-ciri geo yang tidak terdapat di tempai lain. Ciri-ciri geo ini dianggap sebagai aset dan sumber,yang membawa nilai kepada manusia yang hidup di sekelilingnya. (sumber : SINI). Cukuplah kot info ni panjang2 nanti korang boring plak.

Okeh...meh aku stori plak sepanjang perjalanan "mangrove tour" ini. Aku pergi dengan sepupu housemate yg kebetulan datang "honeymoon". Nasib kami baik gak sebab housemate aku ni memang bekerja di bahagian Geopark,LADA. Pergi dengan dia ni bolehlah kami dapat murah sket dari segi harga bot dan selok belok Sg Kilim. Ala kawan aku ni dah biasa bawak trip anjuran jabatannya.



Ini merupakan pakej yang disediakan. Korang boleh pilih nak pakej yang mana mengikut ketebalan poket masing-masing. Kami pilih pakej selama 2 jam. Tapi pergi ke sini korang tak boleh "gamble" begitu sahaja. Perlu melalui "guide" yang diberi lesen untuk mengetuai tour ini. Ala yang ini tak perlu bimbang,seandainya datang ke sini melalui jalan darat atau udara,akan ada orang yang memberi pamplet berkaitan aktiviti yang menarik sekitar sini. Cuma korang kena pandai pilih pakej mengikut budget masing-masing.



Sebelum turun ke jeti, lebih baik baca pantang larang atau larangan yang disediakan oleh pihak LADA agar terjamin keindahan flora dan fauna yang terdapat di sini.


Okeh ini jeti yang akan membawa pelancong pusing pulau. Bot2 yang disediakan banyak dan tak perlu nak menunggu lama. Difahamkan ada lebih kurang 70 bot yang boleh memuatkan 10 orang. Destinasi pertama ialah Gua Kelawar yang terletak di kawasan paya bakau di tepi anak Sungai Kilim. Di dalam gua ini kawasan agak gelap dan perlu dibantu dengan lampu suluh dan agak berbau sedikit. Di sini dilarang mengambil gambar menggunakan flash dikhuatiri mengganggu kelawar2 yg sedang tidur. Tidak dinafikan memang banyak kelawar2 yang bergantungan di batu kapur. Berpeluang menyusuri ruangan berbentuk terowong panjang yang kaya dengan stalaktit dan stalagmit yang unik kerana ia membengkok ke arah sisi mencari cahaya matahari.


Kawasan ini memang dipenuhi oleh pokok kayu bakau. Difahamkan pokok2 bakau ni dah hidup puluhan tahun.


Masih lagi di Gua Kelawar. Anda dilarang untuk membawa makanan dan minuman.Sebaiknya ditinggal di dalam bot atau disimpan di dalam beg. Ini bagi menggelakkan korang diserbu dengan monyet-monyet yang ada.


Kat sini banyak disediakan papan-papan maklumat untuk pengetahuan pelancong. Salah satu contoh ialah berkaitan dengan fosil.


Kemudian kami dibawa ke Gua Buaya. Di sini bot melalui kawasan ini tetapi tidak sehingga ke dalam kerana air surut. Selepas itu kami singgah ke "Fishfarm" sebentar kerana cousin housemate nak makan di "Hole In The Wall".Nak mudah kami order pakej satu kepala RM38.00.Kemudian botman meneruskan perjalanan untuk melihat kehidupan burung helang kira-kira 1 kilometer sahaja jaraknya. Uniknya di sini botman akan mengocak air di sungai menggunakan enjin bot untuk membolehkan helang-helang itu mendekati bot dan boleh melihat secara jelas. Tapi sayang dah tak boleh nak bagi helang2 ini makan seperti dulu. Tak tahulah kenapa. Kebiasaannya helang2 ini akan diberi makan lemak ayam dan roti.




Perjalanan diteruskan menuju ke Andaman Sea Tour. Sebelum sampai ke sini akan melalui pulau/bukit kecil yang kelihatan seperti Aparche Head (kepala Red Indian), Baby Face dan juga seperti kasut (pulau kasut). Kami juga bertuah sebab dapat lihat dolphin. Selama kawan aku bawak trip, ini kali pertama dia nampak. Kalau korang tengok betul2 pada gambar, batu2 itu menyerupai penyu.



Seterusnya perjalanan kembali semula ke Fishfarm. Di sini terdapat kolam atau kelong pusat penternakan yang kaya dengan pelbagai hidupan laut antaranya ikan pari,belangkas,ikan kerapu dan udang lipan.



Nama sebenar ikan ni aku tak pasti. Tapi budak2 yg bertugas kat sini gelar "ikan sumpit". Uniknya ikan ini adalah cara nak dapatkan makanan. Ikan2 ini akan menyumpit roti yang dibasahkan sedikit dengan air sebelum dilekat di kayu tiang.


Ini pun kolam ikan pari yang terbesar dan tertua. Ada namanya tau tapi yg aku ingat Mohsein dan Fatimah. Ikan pari ni jinak dan cara nak beri makan seperti di dalam gambar tu. Sekiranya kita mencampak makanan seperti isi ikan ke dalam kolam, ikan pari itu tidak akan makan. Ini berdasarkan info yang diberi oleh budak yang bertugas itu.


Dah puas tengok ikan2, kat sini yang sangat excited ialah suami cousin sebab dia kaki pancing, kami masuk ke Hole In The Wall sebab nak makan. Nasib baik dah order awal, jadi bila sampai tu terus dihidang dengan makanan. Menu adalah nasi putih,ikan siakap bakar 2 ekor,sayur campur,udang masak tak tau nama keh keh tapi sedap sebab ini yg licin awal!!,tom yam campur,sambal belacan dan sotong goreng tepung(yg ini tauke kedai yg belanja). Ikan siakap tu habis dibedal dek aku ngan cousin...keh keh. Rugi koo kalau tak habis!!Mahal tuuu. Dah habis makan kitorang kembali semula ke jeti . Satu pengalaman yan seronok dan boleh mengetahui ilmu berkaitan"geopark" dan menikmati keindahan alam ciptaan Allah s.w.t.


Sumber gambar di sini dan sini .



Notanoti : Aku seronok sebab trip ini dibelanja oleh cousin housemate...keh keh.



Thursday, January 12, 2012

Rezeki yang Datang Jangan Ditolak......

pagi lagi opis telah didatangi seseorang

*

*

*

dan

*

*

*

kami dapat ini

*

*

*




Tak lama lagi kan raya cina

ini merupakan rezeki pertama

mana tau minggu depan

lagi murah rezeki...keh keh.



Notanoti : err....errr...ini bukan rasuah kan.....

Tuesday, January 10, 2012

Tolong!!

kenapa

.

.

.

.

.

.

.

bila upload

.

.

.

.

.

.

.

jadi begini

.

.

.

.

.

.

.

.







sedangkan gambar elok

Ada sesiapa yang tau apa masalah sebenar!!

Sunday, January 8, 2012

Ronda-Ronda Di KL

Ini aku cerita sepanjang pengalaman ronda-ronda di KL semalam. Aku dan kawan seramai 5 orang cadang nak ke Sogo. Dari 06-07/01 ada sale untuk member card. Kami bertolak dari stesen LRT Sg Besi pukul 8.30 pagi. Nasib baik pegi dengan kawan-kawan,tidaklah aku terpinga-pinga bila nak beli tiket tu .Pertama kali memang aku "blur" bila kaunter dah tiada.Sebarang pembelian hanya melalui mesin . haha. Kalut gaklah.



Ini lagi satu yang membuatkan aku terperanjat. Kalau dulu pakai kad tapi sekarang dibuat token. Memang lama tak guna pengangkutan awam.haha. naik LRT menuju ke Bandaraya. Walau sampai awal tapi dah ramai orang. Aku pun turut sama menyelit untuk mencuci mata dan shopping. Dah alang-alang sampai,rembatlah jugak 2-3 helai baju. Masa di sini sempatlah jugak aku perhatikan ramai orang lelaki yang pegang handbag@memegang anak di tepi-tepi sudut.Mungkin memberi peluang kepada si isteri untuk memilih barang.Bagi aku mereka patut diberi pujian sebab sanggup menunggu dengan penuh kesabaran. Masa diperuntuk selama 3 jam dan kira-kira pukul 12.30 kami bertolak balik. Di sini kami berpecah sebab aku berhenti di Masjid Jamek sementara kawan2 yg lain balik ke Serdang.



Di Masjid Jamek , aku singgah di Masjid India.Sementara nak tunggu masuk waktu Zohor aku merehatkan badan dan kaki yang dah sakit.hehe. Letih woo berjalan.




Kebetulan semalam ada pasar malam.Aku sekadar berjalan-jalan di situ sambil rembat 2-3 helai tudung. Pukul 3.30 aku gerak ke KL Sentral untuk pergi LCCT. Di sini aku tak sempat nak pusing2 sangat takut terlewat. Naik bas ke LCCT dan sampai pukul 5.00 petang. Flight pukul 6.25 dan kebetulan aku dah check-in by website,sempatlah aku makan2 di Fourt Court. Walau mahal tapi dah takde pilihan.Ingat nak makan di mekdi atau kfc tapi penuh.Memandangkan aku pun dah lapar terpaksalah masuk ke situ dan order mee kari dan milo ais.




Tepat jam 7.30 sampailah aku di Langkawi. Gambar2 ni bukan aku yg snap tapi diimport di sini.
Kalau nak tengok gambar2 yang cantik boleh pergi ke blog tersebut.Pemilik blog memang meminati fotografi.



Nonanoti: Walau letih tapi seronok. Boleh "release tension". Kira tujuan "out-station" mencapai matlamat...hehe.


Thursday, January 5, 2012

Giveaway From Cinoscaraku art and design

Lama rasanya aku tak join mana-mana segmen atau GA.Memandangkan aku kena tag oleh renjersungai, kenalah join. Caranya mudah sahaja!! Kalau susah nanti tak ramai plak yang join ye dak..hehe. Masuk blog cik risya atau klik banner kat bawah yerr kalau berminat nak join!!






Kat bawah contoh t-shirt + muka pemenang nanti. Walau penganjur hanya mencari seorang pemenang tapi tak salah nak join untuk nak support each other.






Tarikh tutup : 15/01/2012


Nak tag : Tihara

Wednesday, January 4, 2012

WW : JANGAN!


♥ saya nak MARAH tapi ALLAH kata JANGAN !

♥ saya nak BENCI tapi ALLAH kata JANGAN !

♥ saya nak LAWAN tapi ALLAH kata JANGAN !

♥ saya nak PUTUS ASA tapi ALLAH kata JANGAN !

♥ saya nak MEMBERONTAK tapi ALLAH kata JANGAN !...


♥ KERANA ALLAH kata jadi saya cuba LUPAKAN apa orang KATA dan BUAT pada saya!

♥ KERANA ALLAH kata jadi saya cuba SABARKAN HATI IKHLASKAN JIWA TAWAKALKAN DIRI !

♥ KERANA ALLAH kata jadi saya cuba dan teruskan cuba AGAR terus BERJAYA bukan di dunia saja TAPI di akhirat SANA !✿◠‿◠


sumber : SINI

Tuesday, January 3, 2012

03.01.2012



Walaupun hari ni bukan Wordless Wednesday tapi sekadar perkongsian untuk diri sendiri. Semakin hari aku rasa macam dah takde idea untuk dicurah ke dalam blog ini. Adakah kerana kesibukan keje(macamlah bz bebeno..hakhak) atau aku yang mempunyai masalah dalaman lain.Entahlah. Memang sukar untuk aku jelaskan di sini. Semoga aku boleh harungi hari-hari yang mendatang dengah tabah dan cekal.


Notanoti : Mungkin peluang "outstations" ke HQ pada hujung minggu ini akan kugunakan untuk mencari ketenangan diri....Ada sesiapa yg nak gader2 dengan aku tak??...keh keh.

Monday, January 2, 2012

02.01.2012

Sepi


*


*


*


*


*


*


*


*


tiada bicara


*


*


*


*


*


*


*


hanya mata yang memandang


*


*


*


*


*


*


*


nombor-nombor hingga nak terjojol jer rasa...


*


*


*


*


*


*


*


i need a break!!



Notanoti : Aku lebih rela "stress" tengok angka berbanding kerenah manusia yg busuk hati!!

Sunday, January 1, 2012

01.01.2012

Di dalam bilik mesyuarat

Bos : Prestasi tahun 2011 dah siap?

Aku : dah

Bos : SKT 2011 dan SKT 2012?

Aku : dah

Bos : Ada masalah dengan penutupan akaun 2011?

Aku : takde

Bos : Ada hal-hal berbangkit??

Aku : takde

Bos : Laporan boleh dihantar ikut dateline ?

Aku : saya cuba..kalau takde masalah dengan kunci kira-kira...insyaallah

Bos : Dah buat laporan pelupusan ??

Aku : Baru 30% . tugas ni saya serah pada xxxx.

Bos : Ada masalah dengan bayaran sewa @ penyewa tahun 2011??

Aku : dari segi bayaran takde masalah tapi penyewa bla bla bla.

Bos : Dah siap laporan kewangan(perbelanjaan & pendapatan) tahun 2011??

Aku : err....tak buat pun lagi.....

.
.
.
.
.
.
.
.
.

.

Dari gaya pandangan tu...aku rasa kecik besar kecik besar je rasa diri ni.Kawan-kawan yang lain dok pakat renyeh dengan jawapan selamba aku...kih kih.


Notanoti : Aku pulun nak siapkan keje.Ada dateline yang perlu dikejar. Lepas ni nak kena fokus tahun 2012. Ada masa nanti aku datang berkunjung rumah korang yerk.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...