Kawan - Kawan

Monday, October 31, 2011

Nampak Mudah Tapi????



Notanoti : aku dalam mood bz...itu pasal entry yg simple2 jerk. Bila free aku datang singgah rumah korang yerk...:)

Saturday, October 29, 2011

Lunch For Today



Orang lain bercuti rehat2 di rumah bersama keluarga

tapi aku kena kerja..apa kes..kah kah.

Cepatlah bos selesaikan masalah..staff mu ini dah x larat

nak bertunggu tangga kat opis nih...boleh??


Lunch aku untuk hari ni:

nasi putih,sayur campur, ikan cencaru masak sambal,

sambal belacan sket + teh ais

total semua rm5.50 . Korang rasa mahal ke murah!!..

Aku sampai bertanya 3 kali kepada kakak cashier tuh.

Friday, October 28, 2011

JOM JOIN KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWERS




Tarikh tutup : 29hb Oktober 2011 pukul 12.00 malam.






Kalau korang berminat nak naikkan trafik dan followers blog, bolehlah join kempen yang dianjurkan oleh Azim . Malahan boleh juga berblogwalking dan tambah kenalan baru.




Nak join!! klik SINI




Thursday, October 27, 2011

Nak Join My Bloglist

Aku cadang nak bubarkan bloglist "Blogger Aidilfitri".Yelah Hari Raya dah lama berlalu . Bloglist tu pun tertubuh sebab join segmen Ben Ashaari.

So aku ingat nak bagi peluang kepada rakan-rakan lain sekiranya berminat nak join bloglist yang baru. Nak follow blog ini atau tak terpulang (tiada paksaan). Caranya mudah jerk.Tak payah buat entry bagai tapi hanya tinggalkan url blog korang di kotak komen . Terhad kepada 30 blog sahaja.


notanoti : agak-agak dapat sambutan tak?...hehe.

Wednesday, October 26, 2011

Ben Ashaari Dan Rakan Blogger



Tutup : pukul 5.00 petang ni.


Blog ni sekadar blog picisan yang banyak berkisar tentang diri aku dan persekitaran . Menulis apa yang aku rasa ingin dikongsi bersama rakan yang lain. Kekadang ada jugak entry-entry merapu bergantung kepada mood di kala itu..hehe. Banyak juga join segmen/ga/kontest yang dianjurkan oleh blogger-blogger seandainya otak telah tepu untuk menulis. Boleh juga support each other kan.


Idola?? Bagi aku, follower-follower blog ini kerana masing-masing ada cara penulisan tersendiri untuk menceriakan dunia blog.

WW : Usah Tersungkur!!

Dalam melangkah , terkadang terasa lemah kaki yang diatur

Terasa letih tubuh yang menanggung

Namun , langkah harus diteruskan

Demi sebuah kehidupan.

Tuesday, October 25, 2011

Pagi - Pagi Melihat Hijau...Ku Rasa Damai..

Gambar-gambar di bawah ini merupakan persekitaran opis dari pandangan atas.



























Daripada signboard ni , korang dah boleh teka kot kat mana aku bekerja...saja nak main teka-teki baru korang pun ada feel nak tau..hehe.


Notanoti : klu - merupakan salah sebuah agensi badan berkanun di bawah MOA dan terlibat secara langsung dengan agro pelancongan. Hanya terdapat dua Taman Agro dan sebuah lagi di Cameron Highlands.















Monday, October 24, 2011

"1ST GIVEAWAY MR BAIZ ~ RM300 untuk di Menangi!!!"



Tarikh tutup: 31hb Oktober 2011.


Giveaway pertama yang dianjurkan oleh Mr.Baiz. Hadiah-hadiah yang ditawarkan pun lumayan. Manalah tau ada rezeki untuk jadi pemenang..hehe.


Jomlah join ramai-ramai.Nak tau lebih lanjut!!....Meh masuk SINI

Sunday, October 23, 2011

Lawatan TKSU ke Tempat Kerja..Bolehlah ya tajuk..

Lawatan ini telah diadakan pada 12/10/2011 diiringi bersama ahli-ahli dan wakil dari semua agensi di bawah MOA. Seramai 40 orang yang hadir dan lawatan ini selama 3 jam.





Ketibaan Dato' Dr.Baharom bersama isteri kira-kira 8.30 pagi menggunakan kenderaan jabatan. Ahli2 rombongan yang lain hadir bersama kenderaan masing-masing atau jabatan.


Semua ahli-ahli lawatan dibawa ke bilik taklimat . Penerangan telah dilakukan oleh bos.Taklimat telah diberikan selama 45 minit.




Selesai taklimat ahli-ahli di bawa untuk lawatan ladang. Ini merupakan tempat pelancong2 menunggu kenderaan di bawa ke ladang. Berdepan laluan ini terdapat kiosk cenderahati bagi pelancong2 yang inginkan gambar mereka diletakkan di dalam t-shirt atau mug sebagai kenang-kenangan dengan harga yang berpatutan.




Inilah kenderaan yang akan membawa pelancong masuk ke ladang.Maksimum seramai 16 orang dalam sebuah kenderaan.Ia merupakan sebuah lori yang telah diubahsuai bersesuaian dengan konsep sebagai kenderaan membawa pelancong.





Gambar ini dirakam di ladang.Yang berada di tengah itulah my bos.





Ahli-ahli lawatan berjalan menuju ke kenderaan. Kiosk yang berada di belakang merupakan hentian untuk pelawat2 merasa perlbagai jenis buahan yang dihidangkan secara buffet.



Setelah selesai lawatan ladang, ada acara menanam pokok yang telah dilakukan oleh Dato'. Pokok yang ditanam adalah pokok cempaka putih.




Plak pokok bersama dengan nama saintifik . Berapa lama plak ini akan berada di sini...wallahu'alam. Selesai acara ini ahli-ahli lawatan di bawa menikmati jamuan ringan yang diadakan di dewan terbuka.


Y.Bhg.Dato' Dr. Baharom bin Jani bersama isteri. Tapi yang ini bukan berstatus Datin...opsss terlebih sudaaa...ha ha.




Dato' menandatangani buku lawatan sebagai tanda penghargaan sempena lawatan beliau.




Sebelum balik,Dato' bergambar bersama semua ahli-ahli dan sebahagian kakitangan.





Last sekali, acara lepak2, berehat dan makan-makan setelah penat berkemas.

Sekiranya korang bercuti di Pulau Langkawi.Bolehlah masukkan tempat ini sebagai salah satu tempat yang boleh dilawati sekiranya ingin menikmati buah-buahan segar dari ladang di samping menikmati keindahan panorama alam.

Notanoti : Korang dah boleh agak kan di mana tempat ku bekerja.Ramai yang bertanya tapi aku agak segan untuk memberitahu secara "direct"......:)




Wednesday, October 19, 2011

SEGMEN : SAYA,BLOG DAN PEMBACA



Perkataan itu walau pendek tetapi mempunyai makna yang mendalam untuk dirungkaikan. Apa yang aku paham ialah :

SAYA - merupakan empunya atau tuan blog itu sendiri.

BLOG - merupakan wadah untuk si penulis mencurah idea,pendapat,luahan atau kritikan berkisar diri sendiri atau yang berlaku di sekeliling yang boleh dikongsi bersama malahan boleh mengeratkan ukhuwah sesama manusia walaupun hanya di alam maya.

PEMBACA - merupakan nadi utama. Tanpa pembaca tiadalah seri sebuah blog tersebut.

Nak join !! Jangan segan-segan untuk masuk SINI. Segmen tamat pada pukul 5.00 petang ni.




Memandangkan aku suka pada alam. Gambar di bawah merupakan persekitaran opis dari pandangan atas.







Thursday, October 13, 2011

Yeay!!...Aku Dapat Hadiah..Terima Kasih.

Semalam aku dapat dua envelope serentak.Tertanya-tanya jugak sapalah yang bagi nih!!.Jom tengok apa yang aku dapat...:)

Ini dapat kira-kira 2 minggu lepas kot...x berapa ingat dah..Hadiah ini dapat daripada blogger Tihara. Anda telah memberi insyaallah saya pasti akan membalas.Hairben tu nanti boleh aku bagi kat anak buah...mesti comel si Aafia nanti...:)



Ini yang aku dapat semalam. sebelah kiri daripada blogger Tihara jugak dan sebelah kanan daripada blogger ila_cheqsue . Yang ini aku dapat sempena top commentar dan teka teki yang dianjurkan..hehe.Terima kasih sekali lagi.Daripada Cheqsue aku menang join segmen "STRESS Lucky Draw". Hadiah yang cheqsue bagi tu boleh letak henfon dan duit . Elok sangat buat aku yg pemaleh nak kelek purse yg besar gabak. Korang bolehlah jengok blog diorang. Si Tihara otai dalam crochet manakala Cheqsue otai dalam masakan.


Pemberian Tihara telah selamat ku minum pagi tadi. Ini teh lipton perisa vanilla. Rasanya sedap (dah free kan..haha) dan rasa vanilla tu x berapa kuat sangat.Selalu yg aku minum teh lipton biasa jerk. Ini merupakan satu kelainan bagi tekak aku yg stereotaip. Teh lipton ni pun dah macam2 perisa dikeluarkan (aku tau pun sebab tengok rancangan Dapur Selebriti)....kihkih.


Notanoti : sedang menunggu hadiah daripada puan.Rai....:)

Tuesday, October 11, 2011

Giveaway My Blogshop 2



Memandangkan aku bz nak buat persiapan lawatan Timbalan Ketua Setiausaha MOA (err...betul ke...hentam jela...bukan dia baca blog ni pun...haha) . So join GA yang dianjurkan oleh my best fren di samping tunaikan janji yg dah dibuat. Korang boleh jengah kedai online beliau di SINI atau personal blog di SINI untuk sesiapa yang berminat dengan barangan crochet . Harga yang ditawarkan pun murah-murah dan yang paling penting hasil buatan tangan beliau dan adiknya.


Tarikh tutup : 18 Oktober 2011.

Monday, October 10, 2011

Aku Dapat Doodle...Terima Kasih



Sebenarnya aku pun dah ingat bila aku mintak doodle ni....tup-tup minggu lepas dapat mesej dari tuan blog mengatakan doodle dah siap....Terkejut dan terharu sangat!!


Doodle ni dalam versi Korean Hanbook...itu yang gambar muslimah ala-ala kimono..Cantik kan?


Kalau korang nak doodle yang macam ni atau pattern yang lain-lain...bolehlah request dengan empunya blog di SINI . Boleh jengah dan join kontest yang sedang berlangsung sekiranya berminat . Hadiah merupakan 2 helai felt name t-shirt hasil kreativiti dan rekaan sendiri.


Sunday, October 9, 2011

Ramaikan Follower,Dapatkan Pembaca



Nama Blog : Lieynanilaz


Nama Blogger : Zalina


Tahun Mula Berblog : awal tahun 2011


Jumlah Follower : 301

Monday, October 3, 2011

Ada Brani!!



Notanoti : Korang berani tak??...kalau aku idaklah...geli weii...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...