Kawan - Kawan

Friday, September 30, 2011

Projek Masak Di Opis

Projek ni pada hari Rabu (27/09/2011) kira-kira pukul 2.30 petang. Kebetulan cuaca hujan sepanjang hari. Perut pun asyiklah memainkan bunyi-bunyian yang mengasyikkan.



Sebelum tu dah rebus laksa tapi lupa nak snap . Terasa lambat nak tunggu telur ni masak.



Kuah ni belen open house minggu lepas . Check2 kat fridge tengok elok lagi..tu yg terjadi projek ni..haha.


tadaaa....semua dah siap walau x cukup kawan2nya...asal boleh jerklah. Laporr punya pasal.

Mereka telah bersatu

Tuang kuah...sedia untuk dingap..hehe.




Thursday, September 29, 2011

Wednesday, September 28, 2011

Cantik Tak Diriku!!!
















notanoti : korang tau nama bunga2 ni dak.Cer kabo!Semua gambar2 ni diambil di persekitaran opis....

Tuesday, September 27, 2011

Jom join bloglist genk

Berminat nak join !!! klik SINI
Tarikh tutup : 03hb Oktober 2011

Monday, September 26, 2011

Sambutan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Opis

Di akhir-akhir bulan Syawal masih ramai lagi yang buat rumah terbuka.Tidak terkecuali opis juga turut buat gak tapi tidaklah secara besar-besaran.Jemputan hanya terdiri dari staff dan keluarga dan juga beberapa orang masjid untuk bacaan doa selamat.



Majlis diadakan pada 23/09/2011 pukul 9.00 iaitu selepas isya'.Namun sebelah siang kira-kira pukul 2.30 petang staff telah membuat gotong royong untuk membuat persiapan.



Ketika ini sedang sibuk menyiapkan gulai daging. Selain itu sambal ayam juga ada.Lauk ini untuk dimakan bersama dengan ketupat palas dan ketupat segera cap nona.




Ketupat daun palas ni pulutnya dah direbus separuh masak agar tak lama untuk merebus. Part penyediaan bahan memang akan disediakan oleh staff wanita . Tukang masaknya pun wanita gak..staff lelaki plak sediakan kerusi,meja di dewan terbuka.




okeh. ini dibahagian malam.acara makan2.ini dibahagian dessert.ada puding,agar-agar,kuih raya dan kacang.





Bila dah selesai bacaan doa selamat.memasing serbu makanan. perasan tak ramai serbu bahagian sate. itu pun yg laku..cepat habis beb...hehe.





Ini bahagian makanan berat. Ada ketupat,ketupat daun palas,laksa dan bihun goreng (hat ni order)






Kek yang sangat cantik . Rasa sayang nak potong tapi kena potong gaklah.Budak2 dah siap tunggu kat tepi.Licin beb.



Last sekali acara basuh pingganlah. ini antara orang kuatnya...haha.Majlis selesai pada pukul 11.30 malam. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Tetamu yang hadir kira-kira 200 orang. Sesekali bila buat majlis sebegini boleh mengeratkan silaturrahim di antara staff dan keluarga.



Sunday, September 25, 2011

Out Station Sambil Makan-Makan

Lama tak update blog.Lepas balik dari interview di HQ terus sibuk dengan rumah terbuka opis. Kat bawah ni aku citer sikit perjalanan ke sana. Bertolak dari Lapangan Terbang Langkawi

pukul 8.55 pagi. Sampai kat LCCT lebih kurang 10.00 pagi. Memandangkan belum bersarapan kami singgah makan kat Mekdi.


Memandangkan awal lagi..memang kena amik set breakfast jerk.Aku ingat dah ada GCB..nan hado..makan jerklah set atas ni untuk lapik perut. Kami terpaksa pegi awal gara2 nak murah...haha.Udahnya kenalah kami melepak-lepak dulu kat sini . Aku dahlah tido umah member....terpaksa tunggu dia balik keje..Kira-kira pukul 11.30 kami bertolak naik bas ke KL Sentral.Lebih kurang satu jam perjalanan. Sampai kat sini aku naik LRT jalan2 kat jalan TAR.Dari 1 kedai ke satu kedai aku masuk...rambang mata tengok tudung2 dan kain2 ela. Cantik2 pattern kain ela terbaru.Tapi tak membeli pun...saja window shopping jerk..dah lama jugak aku tak jejak kaki kat sini...dulu masa dok kat Serdang..selalu gak datang sini meramaikan umat...haha.



Dah penat berjalan...aku naik LRT balik semula ke KL Sentral. Berhenti solat dan makan. Lagi sekali aku masuk mekdi.Gara2 aku x dapat GCB,lepas niat makan kat sini.Jangan terkejut ini pestime aku makan tau..bagi pendapat aku memang sedap sampai licin aku bedal...laparrr pun iya gak.


Ini pulak keadaan masa menunggu komuter.Time ni aku nak ke Serdang.Maaflah gambar gelap.Kamera cap ayam. Sebenarnya aku snap ni sebab nak tunjuk kat papan kenyataan tuh. Kat sini telah menimbulkan kekonfiusan ku . Ada signboard Seremban tapi lagi satu tulis Sg.Gadut. Aku pun cuak gaklah takut silap naik tren jerk.So aku pun beramah tamahlah dengan gadis india kat sebelah. Rupanya laluan telah ditambah ..Lepas Seremban akan ke Senawang dan last stesen adalah Sg.Gadut.



Okeh abis citer masa perjalanan pergi.Ni kisah masa perjalanan balik ke Langkawi. Habis interview kira2 pukul 12.30.Terus jerk gerak ke LCCt walau fligt sebelah petang pukul 7.55 . Sampai jerk apalagi terus tuju ke Food Court.Perut sudah berkeroncong minta diisi. Pagi tu tak lalu nak makan. Kami order nasi ayam dan milo ais di Taste of Asia. Mahal gilerr dan tak sedap plak tue. Lepas makan kami terpaksa lepak2 dulu duduk di bangku yang disediakan sementara nak check-in.



Pukul 6.00 kami sekali lagi masuk ke Mekdi untuk makan eskrem .Aku pilih oreo mcflurry dan member pilih sundae coklat . Makan sambil borak2. Terasa lambat masa berlalu. Nasib baik flight tak delay.Kami selamat sampai di Langkawi pukul 9.00 malam. Kebetulan masa dalam flight aku duduk di sebelah anak bos yang balik bercuti sebelum final exam.


Wednesday, September 21, 2011

Tenanglah Wahai Hati

berdebar

cemas

gemuruh

seram sejuk

nak terkucil

takut

semua rasa menjadi satu



notanoti:ketika ini aku sedang menunggu giliran untuk "diinterview"

Monday, September 19, 2011

Engkau Yang Ku Damba

Walaupun kamu muncul setahun sekali


namun orang pasti akan mencari

kerna kamu begitu penting


dalam kehidupan mereka




Wajahmu anggun dalam pelbagai rupa dan bentuk

namamu sering disebut2 tak kira klasik atau moden

pasti akan ada yang tertawan dan ingin memilikimu

untuk dijadikan teman di kala suka



yang pasti dirimu tetap menjadi pujaan hatiku

di hujung2 bulan Syawal ni






kah kah kah




Sunday, September 18, 2011

Mari Menternak Lemak...Oh Yeah!!

Okeh ini di majlis rumah terbuka anjuran salah satu badan kerajaan di sini. Di Langkawi kalau sebut LADA siapa yang tak kenal..Gara2 nak memenuhi jemputan ini aku terpaksa berbuka awal tau...huhu..Majlis bermula pada pukul 11 pg-4 petang pada 15/09/2011.Memang ramai yang datang khususnya dari orang perseorangan dan jabatan2 kerajaan atau swasta. Makanan yang disediakan pun memang banyak sehingga aku rasa macam nak cuba semua...tapi apa yang masuk dalam perut hanya soto,kek dan ABC.



Hanya ini yang sempat aku snap..ingat nak amik gambar makanan tapi ramai sangat orang..malas nak bersesak.




Kawan aku jaga gerai lemang,ketupat palas,ketupat daun kelapa dan rendang. Juadah ini dia yang bawak balik.Alhamdulillah rezeki malan malam..save budget...:)





Thursday, September 15, 2011

Tak Tahan Betullah Lu ni!!!



Menu berbuka semalam

walau simple tapi sedap

keh keh


notanoti : hari ni kalau ikut puasa tapi dah buka gara2 bos ajak p open house yang kebetulan tempat housemate ku bekerja...x tahan godaan tul kan aku ni...ngeh..ngeh..

Wednesday, September 14, 2011

"STRESS" Lucky Draw




Tarikh tutup : pukul 12 malam pada 25 September 2011


Join sebab tertarik ngan tajuk. Manalah tau ada rezeki..untung sabut timbul..ada ke pepatah ni..belasah jerlah..kalau salah tolong ajarkan yer cekgu..hehe. Dalam kontest ni kena sambung ayat seperti di bawah dengan cara yg ringkas .

Bila stress saya akan mendiamkan diri.Tapi peel ni pun x elok gak..kawan2 aku hanginn jerk bila diorang tanya/sembang aku buat x reti..diorang kata bercakap dengan batu kot..kah kah kah. Lagi satu aku suka tidur..sekurang2nya bila tidur dapat kurangkan stress..haha .

Nak join!! klik SINI

Tuesday, September 13, 2011

GA : Saya nak Cream Caramel Puding dari Ourkizuna




Kali ni nak join GA yang dianjurkan oleh Ourkizuna . Tengok gambar pun dah buat aku terliur . Aku memang suka makan karamel tapi yang kurang manis dan kurang bau hamis telur. Hadiah pula 1 peket cream caramel yg instant . Aku baru tau ada yg instant rupanya..haha..Kalau menang sangatlah elok buat aku yang tersangat rajin ni..hehe..Bolehlah ya puan ourkizuna..hehe.




nota : tak rugi join GA ni , ourkizuna akan buat promosi blog secara percuma...




Nak join!!! masuk SINI

Saturday, September 10, 2011

Open House Sana Sini

Semalam jadual penuh dengan menghadiri jemputan open house dan menerima tetamu di rumah.Walau rumah bujang tapi masih ada yang sudi datang beraya tau...


Pagi - kemas2 umah dulu ...yelah dah orang nak datang, nanti dikata anak dara pemalas plak .Dalam pukul 10.30 pergi ke jemputan open house opismate housemate.Dah macam kenduri kawen,siap pasang 2 khemah.Masa kami sampai orang tak berapa ramai lagi,leh makan dengan hati senang. Kemudian meneruskan perjalanan ke rumah Kak Normah (tukang jahit yg selalu housemate aku buat baju). Kami dijamu dengan bihun sup,agar2 dan kuih2. Walau dah kenyang dan perut sendat tapi pergi jugak ke satu lagi jemputan yang berdekatan. Kat sini aku cuma menjamah laksa jerr(itupun share ngan member)...makanan lain dah tak boleh nak masuk.Kenyang sesangat.


Lepas tu balik rumah...rehat sat bagi makanan2 hadam dengan sempurna dulu..hak hak.Kira-kira pukul 2 kami pergi ke jemputan cukur jambul anak kawan satu opis...walau baru 22hari tapi bb memang bambam...sempat aku gomol...ho ho..Kami dijamu dengan bihun goreng ,pulut kuning + kari ayam . Kemudian pergi plak umah kawan housemate yang kebetulan di lorong belakang. Melepak kat sini agak lama jugak..kitorang dah biasa kat sini...selalu gak bertandang.orang tuanya sporting..Pukul 4 petang kami gerak balik,kawan2 housemate nak datang beraya . Sempat gak kami beli lemang sebatang . ingat nak beli 2 tapi bila dengar 1 10.00 terus cakap nak 1 jerk...ha ha...mahallah weii...


Kira2 pukul 5.30 kami menerima kunjungan 4 orang kawan.Riuh rendah sebab memasing bawa anak2....riuh sekejap umah ...seronok pulak tengok kanak2 bermain . Kami cuma hidang lemang + serunding,goreng keropok keping dan kuih2 raya jerk...ingat nak masak bihun goreng tapi x sempat...habis licin keropok..hehe..


Malam ingat nak berehat...sekali housemate dapat sms...ada kawan nak mai umah...kelam kabut buat hidangan...nasib baik lemang ada lagi...jamu jerk ngan makanan yang sama seperti kunjungan tetamu waktu siang...Walaupun penat tapi aku suka dengan aktiviti yang bermanfaat sebegini . Raya kan sebulan . Eloklah saling ziarah - menziarahi sambil mengeratkan silaturrahim.


aku pun tak tau apa motif letak gambar kabinet tv umah...haha..

Thursday, September 8, 2011

"hasrulhassan.com cari blog baru kurang 300 followers"



Nak join!! klik SINI


Sedang berblogwalking tadi, tengok bro.Hasrul anjurkan segmen. Join mana tau boleh cukupkan kuota 300....haha. Blog ni banyak berkisarkan apa yang berlaku di sekeliling ku dan berkongsi cerita dan pendapat dengan blogger yang lain. Rajin juga join segmen sama ada dianjurkan oleh blogger otai atau baru untuk menambah kenalan dan mengeratkan silaturrahim.

Wednesday, September 7, 2011

"BLOGLIST NASZ BULAN SEPTEMBER 2011"

Tarikh tutup: 7hb September 2011 (pukul 11.59 malam).


Nasz nak bubar bloglist yang sedia ada. Aku tertarik nak join sebab dia ni kerap update dan memang ikuti blog ni sejak join segmen yang dianjurkan oleh Ben Ashaari dan kebetulan satu group iaitu perfect strangers. So, sudilah kiranya nasz senaraikan blog ni dalam bloglistnya..hehe..

Nak join!!!...Klik SINI

Tuesday, September 6, 2011

Akhirnya Dapat Gak Aku Rasa

Korang tau tak air apa tu..inilah air katira

Semasa aku di kampung , jalan-jalan di bazar ramadhan Sg.Besar

ternampak ada satu gerai jual bermacam2 jenis air termasuklah air ni

terus beli untuk rasa sebab tak penah minum

Sebelum ni pun tak penah dengar akan nama ni sehinggalah aku berjalan-jalan

di blog bujal X dan Rina Avail yang dok promote akan kesedapan air ni
Ramai yang kata air katira dari Johor dan Singapore jerk yang sedap..Wallahua'alam...


notanoti : dah lebih segelas aku minum... sedap sebab leh masuk lam tekak aku..ekeke..

Monday, September 5, 2011

Mood ooo Mood



Hari pertama bekerja

Aku masih lagi tiada mood

untuk memulakan kerja

hehe


credit to google

Saturday, September 3, 2011

Giveaway Sempena Onshop2u.blogspot.com


Tarikh tutup : 19 September 2011


Entry pertama di bulan Syawal
join GA yang dianjurkan oleh kawan baik
bagi sokongan moral sempena pembukaan kedai online
segala jenis barangan yang dijual merupakan buatan beliau sendiri dan adiknya

Berminat!!!! boleh masuk SINI
boleh jugak ushar segala macam jenis kaitan atau crochet yang dihasilkan
harga pun murah-murah tau!!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...