Kawan - Kawan

Sunday, September 25, 2011

Out Station Sambil Makan-Makan

Lama tak update blog.Lepas balik dari interview di HQ terus sibuk dengan rumah terbuka opis. Kat bawah ni aku citer sikit perjalanan ke sana. Bertolak dari Lapangan Terbang Langkawi

pukul 8.55 pagi. Sampai kat LCCT lebih kurang 10.00 pagi. Memandangkan belum bersarapan kami singgah makan kat Mekdi.


Memandangkan awal lagi..memang kena amik set breakfast jerk.Aku ingat dah ada GCB..nan hado..makan jerklah set atas ni untuk lapik perut. Kami terpaksa pegi awal gara2 nak murah...haha.Udahnya kenalah kami melepak-lepak dulu kat sini . Aku dahlah tido umah member....terpaksa tunggu dia balik keje..Kira-kira pukul 11.30 kami bertolak naik bas ke KL Sentral.Lebih kurang satu jam perjalanan. Sampai kat sini aku naik LRT jalan2 kat jalan TAR.Dari 1 kedai ke satu kedai aku masuk...rambang mata tengok tudung2 dan kain2 ela. Cantik2 pattern kain ela terbaru.Tapi tak membeli pun...saja window shopping jerk..dah lama jugak aku tak jejak kaki kat sini...dulu masa dok kat Serdang..selalu gak datang sini meramaikan umat...haha.



Dah penat berjalan...aku naik LRT balik semula ke KL Sentral. Berhenti solat dan makan. Lagi sekali aku masuk mekdi.Gara2 aku x dapat GCB,lepas niat makan kat sini.Jangan terkejut ini pestime aku makan tau..bagi pendapat aku memang sedap sampai licin aku bedal...laparrr pun iya gak.


Ini pulak keadaan masa menunggu komuter.Time ni aku nak ke Serdang.Maaflah gambar gelap.Kamera cap ayam. Sebenarnya aku snap ni sebab nak tunjuk kat papan kenyataan tuh. Kat sini telah menimbulkan kekonfiusan ku . Ada signboard Seremban tapi lagi satu tulis Sg.Gadut. Aku pun cuak gaklah takut silap naik tren jerk.So aku pun beramah tamahlah dengan gadis india kat sebelah. Rupanya laluan telah ditambah ..Lepas Seremban akan ke Senawang dan last stesen adalah Sg.Gadut.



Okeh abis citer masa perjalanan pergi.Ni kisah masa perjalanan balik ke Langkawi. Habis interview kira2 pukul 12.30.Terus jerk gerak ke LCCt walau fligt sebelah petang pukul 7.55 . Sampai jerk apalagi terus tuju ke Food Court.Perut sudah berkeroncong minta diisi. Pagi tu tak lalu nak makan. Kami order nasi ayam dan milo ais di Taste of Asia. Mahal gilerr dan tak sedap plak tue. Lepas makan kami terpaksa lepak2 dulu duduk di bangku yang disediakan sementara nak check-in.



Pukul 6.00 kami sekali lagi masuk ke Mekdi untuk makan eskrem .Aku pilih oreo mcflurry dan member pilih sundae coklat . Makan sambil borak2. Terasa lambat masa berlalu. Nasib baik flight tak delay.Kami selamat sampai di Langkawi pukul 9.00 malam. Kebetulan masa dalam flight aku duduk di sebelah anak bos yang balik bercuti sebelum final exam.


13 comments:

anamizu said...

mekdi! arhhhh *drooling :D









cik ana.

Acik Erna said...

lieyna..nasib baikboleh makan mekdi kan..kalau tekak nak nasik jugaklapar le jawabnya kan..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

penah sekali aje makan GCB..awak duk langkawi eh?

Tukang Karut said...

errkkkk... baru lepas makan spicy chicken mc duluxe sambil usap2 perut... hohoho...

Zul Fattah said...

bestnye.. aku x makan pun lagi ni..

Tihara said...

dap nye mekdi, 3x bedal tuuu..banjer I leh.. ;)
memang dah sedia ramai kan umat kat jln TAR tu..bile la nk jln together2 ng you yek..

nasi ayam is my fav food..sayang, x sedap ek..

n tahniah you terpilih sbg top5 commentators di blog aii :)

NasZ said...

wah..mcd. 3 kali sehari. dasat2.

jemput ke blog saya ye?

MOHD NASER.com

siti kektus said...

nak mekdi. nak mekdi. ;p
dari hari tu kite mengidam mekdi, tp tak dapat2. haha ;)

AI said...

- x pernah naik komuter...hukhuk

gedek! said...

Dulu mcflurry ada kacang hijau....

Bes!

lieynanilaz said...

acik erna...terpaksa makan mekdi..makanan lain kat food court maheii...

tukang karut..sedap ya..lepas ni boleh try..

rina..ya saya kerja di langkawi.

tihara...lama kita x jumpa yerk..bila leh gather2..

Al..kalu dok lembah klang..cer try naik..hehe..

uncle..dah takdo rasanya yg hat tu..

aimie amalina said...

waaaa
begitu jauh perjalanan yg ditemani mekdi
heeee

~iz~ said...

amboi..makan ajer..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...