Kawan - Kawan

Monday, September 26, 2011

Sambutan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Opis

Di akhir-akhir bulan Syawal masih ramai lagi yang buat rumah terbuka.Tidak terkecuali opis juga turut buat gak tapi tidaklah secara besar-besaran.Jemputan hanya terdiri dari staff dan keluarga dan juga beberapa orang masjid untuk bacaan doa selamat.



Majlis diadakan pada 23/09/2011 pukul 9.00 iaitu selepas isya'.Namun sebelah siang kira-kira pukul 2.30 petang staff telah membuat gotong royong untuk membuat persiapan.



Ketika ini sedang sibuk menyiapkan gulai daging. Selain itu sambal ayam juga ada.Lauk ini untuk dimakan bersama dengan ketupat palas dan ketupat segera cap nona.




Ketupat daun palas ni pulutnya dah direbus separuh masak agar tak lama untuk merebus. Part penyediaan bahan memang akan disediakan oleh staff wanita . Tukang masaknya pun wanita gak..staff lelaki plak sediakan kerusi,meja di dewan terbuka.




okeh. ini dibahagian malam.acara makan2.ini dibahagian dessert.ada puding,agar-agar,kuih raya dan kacang.





Bila dah selesai bacaan doa selamat.memasing serbu makanan. perasan tak ramai serbu bahagian sate. itu pun yg laku..cepat habis beb...hehe.





Ini bahagian makanan berat. Ada ketupat,ketupat daun palas,laksa dan bihun goreng (hat ni order)






Kek yang sangat cantik . Rasa sayang nak potong tapi kena potong gaklah.Budak2 dah siap tunggu kat tepi.Licin beb.



Last sekali acara basuh pingganlah. ini antara orang kuatnya...haha.Majlis selesai pada pukul 11.30 malam. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Tetamu yang hadir kira-kira 200 orang. Sesekali bila buat majlis sebegini boleh mengeratkan silaturrahim di antara staff dan keluarga.



17 comments:

Rai said...

wah bagusnya..instead of guna khidmat katering masak ramai2 secara gotong royong..jimat kos.. selain dari tu rapatkan silaturrahim..kat opis ni tak ramai melayu..susah sikit nak buat mcm ni..

Prince Halilintar said...

baguslah wat gotong royong...skrg opis klu buat open house mesti pakai catering....seronok lagi klu dpt gotong royong mcm ni kan..

Zul Fattah said...

wahh.. best r.. siap ada gotong royong lg..

Tukang Karut said...

wuaaa... bagus... bergotong royong mengeratkan silaturahim...

Tihara said...

ingatkan ketupat cap ina td..
sedap nye..best merewang camni..aii tercari2 u di mana ..

aah..kalo aii pn mesti serbu sate my fav tu..

time basuh pgan tu..u kuat tangkap gambo je la kan.. :)

NasZ said...

bila gotong royong ni, rasa apa yang dibuat berbaloi sangat. walaupun penat.

MOHD NASER.com

Cik Ina Do Do Cheng said...

meriah sangat, mintak gulai daging tu skit boleh . sedap tu kalau dapat daging tetel.puding pun ada.

lieynanilaz said...

tihara....aii adalah terselit celah2 tu..gambar2 ni pun bukan aii amik tau.cilok dari fb kawan..haha.

mizzkechique said...

wahh, ada masak2.. dh mcm nk kenduri kawen lak.. hehe

JIJI YU said...

gotong royong masak2 best

Ujang9897 said...

awat yg basuk pinggan kaum hawa..hihi

aimie amalina said...

weeeee
besnyeeee..tgk meriah je
heee
kek tu
menggoda dikalbu
heeee

AI said...

- wahhhh yg mane satu lah tuan blog ni yerrr...nak cari

miloais said...

bestnya ada majlis macam ni...
opis iols jangan harap lah...
sementelah staff melayu tak ramai
takat enam-tujuh orang jahhh!~

Isteri Encek Bard said...

sangat meriah u alss

Tihara said...

i tagged uuuu

~iz~ said...

seronok dpt berkerja sama camni kn..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...