Kawan - Kawan

Monday, January 16, 2012

Kisah Semalam.....



Pagi..

Ketika masuk ke bilik mandi

pulas kepala paip

hanya bunyi yang kedengaran

namun tiada air yang keluar


Termenung seketika

sambil memandang air di dalam baldi

Mahu tidak mahu terpaksa ku habiskan

dengan harapan petang dah ada air

(adoi dahlah nak p keje ni)


Semasa dalam perjalanan ke tempat kerja

Dihadapan traffic light

Ku lihat kon2 merah menutupi jalan dihadapan dan sebelah

dah sah2 kenderaan terpaksa melencongkan haluan



Petang

Kira2 pukul 4.30 tiba2 henfon menerima sms

housemate ku memberitahu air masih tiada

nasib baik di opis tidak terlibat dengan gangguan air yg berlaku

ku selongkar pantri untuk mencari botol/bekas untuk mengisi air

bagi kegunaan "emergency" di malam hari


ketika dalam perjalanan pulang ke rumah

aku telah mengekori sebuah kereta

alahai orang depan dahlah jalan ni

bengkang bengkok dan berbukit

Agak2lah kalau yer pun nak berhemah



Dahlah banyak kenderaan

bila di selekoh janganlah makan jalan lane sebelah

Sudahnya kamu dapat bunyi hon2 daripada kenderaan yang memotong

Hingga memaksa aku terus mengekori mu (takut nak potong dengan keadaan yang sekejap ke tengah ke tepi)



Bila sampai di traffic light

Sengaja aku mengambil lane disebelah mu

Bila ku toleh pemandunya seorang pakcik memakai kopiah

Alahai maafkan ku kerna menyangka yang kamu pemandu mabuk


Notanoti : Tak pasal pagi ni aku terpaksa mandi di opis...baru sebentar tadi aku menerima sms yang air sudah ada...alhamdulillah....:)

23 comments:

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

pegi ofis pakai baju tido jela ye td..


mujur dh ada air kan..

khaifaiz said...

kat ending tu aku pun rasa lega...

KaK LimAh Si SupiR said...

susah kan kalo xd air

Ardini Humaira said...

hehe.. takpe2 kalau tunggu kat rumah belum tentu sempoat sampai opis on time kalo tunggu air ada dulu kan :)

Cik Ina Do Do Cheng said...

rimaskan bila tak de air, cian ko kena mandi kat opis. nasib baik dah ada air : )

kiera'sakura said...

biar xde letrik dari xde air... huhuhu

Papa Mifz said...

air kalo xde mmg sgt lecehkan...

Gua said...

biar tak ada letrik, jangan takda air. susah nak buang air nanti. hehe

Kakzakie said...

Mesti pagi tu Lieyna tak mandi pagi kan hihi...

miloais milo said...

bila tak de air ni memang leceh kan???
iols penah jugak le - gi mandi kat opis my hb - bila tak de air ni...
dah opis my hb yg paling dekat ngan rumah
ekekekekeke

Gen2Merah said...

ehehehe.. liku2 kehiduoan seharian yang merimaskan.. hadapi saja dengan senyuman yaa.. ehe

wahida said...

kalau saya takde air ni mmg boleh mengamuk saya dibuatnya...

Munnafendy said...

maafkan la pakcik tu..kesian..mata dh kabur kot...bhya mmandu mcm tu


*mandi kat opis?mndi p.ramlee ke?hehe

Rai said...

ingatkan tak mandi...kehkehkeh...

Rtp Farra Arisha said...

susahnya untuk meneruskan kehidupan jika tanpa air berhari2...-,- syukurlah klo diadakan kembali...:)

msredcheesecake said...

Dugaan.... Seb baik dapat mandi kat opis....

pena rozie said...

Nasib baik ending tu dah ok

محمد رازيق said...

hehe.. tak pe lah.. at last ade air gak.. hehe.. jgn kecewa.. tapi susah gak air tak ada.. free2, jmput singgah blog, jmput bc entri BURUNG BIRU SI PEMALU :)

Tukang Karut said...

biar elektrik tak ada, dari air tak ada... seksa...

Tukang Karut said...

biar elektrik tak ada, dari air tak ada... seksa...

Pembunuh Tanpa Bayang said...

hidup kalau tak ada air susah.betapa pentingnya air untuk kehidupan ni.

Qaseh Gifts said...

mujur endingnya happy :-)

Cerita mengenai hadiah tidak ternilai - Siapa Temple Grandin?

Iffah Afeefah said...

alahai siannye la

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...