Kawan - Kawan

Monday, February 20, 2012

Korang baca jerr la...

pagi tadi aku terlibat dengan perjumpaan staff sambilan. Sebenarnya diadakan perjumpaan ini disebabkan oleh JPA yang menamatkan perkhidmatan sambilan (BKS-buruh kasar sambilan) . Tak dinafikan di sini ada seramai 14 orang staff yang berjawatan sambilan.

Jawatan ini dimansuhkan sepatutnya pada tahun lepas dan diganti dengan skim baru yang diberi nama psh (pekerja singkat harian) - biasalah kalau wujud satu skim baru mesti ada pro dan kontra. Secara dasarnya bos aku tak berapa setuju dengan yang baru ni sebab jangka waktu kontrak hanya 3 bulan dan perlu direnew kembali (mana larat kalau 6 bulan oklah jugak).

Seboleh-boleh khidmat mereka ni masih diperlukan sebab mereka2 terlibat secara langsung dengan pelancongan. Jabatan aku memang terlibat secara langsung dengan pelancongan dan dengan penjanaan hasil inilah yang membolehkan gaji2 mereka dibayar-telah diberi kelulusan dan operasi dikendalikan dan diwujudkan di bawah satu dana .Bos telah berbincang dengan pihak Sumber Manusia di HQ bagi membantu mereka2 ini. Antara jalan penyelesaian yang telah dicapai kata sepakat :
i) staff yg terlibat dengan pelancongan dilantik secara kontrak menggunakan kelayakan SPM
ii) staff yg terlibat dengan ladang terpaksa diswastakan - mereka tidak terikat dengan kami tetapi diletakkan di bawah kontraktor yg berjaya di dalam penawaran sebutharga yang dikeluarkan oleh jabatan.

Seramai 7 orang telah dilantik secara kontrak dan perjumpaan pagi tadi adalah dengan mereka bagi menerangkan skop dan syarat2 yang dikenakan kepada mereka. Kelebihan dilantik seperti ini adalah kenaikan gaji yang jaun lebih baik berbanding skim yg sebelum ini (mereka layak mendapat basic gaji & elaun2 seperti org tetap kecuali kenaikan tahunan). Kelainannya mereka terpaksa menerima hakikat bahawa hari sabtu dan cuti2 am adalah hari bekerja bagi mereka. Sebelum ni mereka layak claims OT tapi claims tu telah dimasukkan dalam perkiraan gaji siap2. Kerja aku pun senang.Tak payah nak pening buat semakan...huwa huwa.


Pertemuan dipanggil sorang2 dan duduk pun macam dalam temuduga. Aku disebelah kanan,org kedua penting di sebelah kiri dan bos di tengah2. Staff yang terlibat berada di hadapan kami. Masa ni pun aku hanya sebagai pemerhati dan yg paling banyak bercakap bos dan orang kedua. Aku sempat jugaklah memerhati gelagat2 mereka. Ada yang tenang,ada yang membangkitkan isu2 panas,ada yang jadi pak turut tapi majoriti bersetuju dengan skim yang ada. Secara tiba-tiba aku teringat masa zaman2 aku aktif mencari kerja selepas habis belajar mungkin reaksi muka aku pun sama macam mereka. Tak semena-mena tersenyum sendiri aku dibuatnya.Nasib baik ler bos kat sebelah tak perasan.haha.

notanoti : aku dulu pun bertaraf pekerja kontrak selama 5 tahun sebelum mendapat jawatan tetap......syukur alhamdulillah.

12 comments:

pena rozie said...

syukur dr kontrak ke tetap

Kakzakie said...

Kakak tak pernah kerja kerajaan. Kerja swasta after probation period terus confirmed dan gaji diselaraskan sebagai pekerja tetap...

kiera'sakura said...

Alhamdulilah dh dpt tetap.. x sia2 bersabar 5 tahun kan? :)

Tihara said...

teringat kenangan lama kan...namun aku antara org yg tk sabar..heheh :)

miloais milo said...

rezeki tu...

iols tak penah keja gomen... dari dulu memang kerja swasta - so tak de le penah rasa kontrak bagi ni...
takat probation aje - which is perkara biasa danlumrah

Pok Amai-Amai said...

Kwn sy ms g tebiu, diorang kata jawatan tu TETAP. Tp dpt offer letter, terus jdk kontrak. Ckp setahun, kene berhenti. Seme yg kontrak seme diberhentikan. Sedih gile.

Nieda said...

ila dah pegang jawatan tetap bersyukur sgt berbanding pekerja sementara

Papa Mifz said...

alhamdulillah penantian 5 tahun yg berbaloi kan...:)

Woofer Storm said...

syukur lah,bukan senang dari pada kontrak ke tetap..tapi klau dah rezeki takkan kemana..ye dak?


follow sini

Zul Fattah said...

ok r tu.. sekurang2nya dah ada kerja kan?

Cik Ina Do Do Cheng said...

keja kerajaan , mula-mula kontrak lepas tu baru tetap baru cik ina tau. Alhamdulillah ko dah dapat jawatan tetap.

gadisBunga said...

yang penting kene sabar dan doa. dan mungkin kene usaha sedikit kan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...