Kawan - Kawan

Tuesday, June 5, 2012

Dugaan

Sepatutnya semalam aku dah kerja. Tapi atas sebab beberapa halangan baru hari ni aku masuk kerja.Terpaksa sambung cuti.

Aku sepatutnya perjalanan balik ke utara pada 03/06/2012 malam . Tiket pada jam 11.30 malam. Kebiasaan tiket memang aku akan suruh adik yg kat Klang booking dan bila dah sampai Klang Sentral baru ambil tiket tu kat kaunter.

Bertolak pun dari kampung dan jem di Tg.Karang yang kebetulan pada tarikh tu ada MAHA. Adik dah bagitau awal kalau jem ni sampai Kuala Selangor memang kena berpatah baliklah. Kebetulan waktu tu dah pukul 10 malam. Namun alhamdulillah di Kuala Selangor tak jem dan kami teruskan perjalanan. Sampai di Klang Sentral lagi 15 minit ke pukul 11.30. Berkejar aku ke kaunter di ting.1 namun hampa bila dimaklumkan tiada tiket booking seperti yang aku beritahu. Call adik untuk confirm dah booking atau tak. Adik bagitau dah dan cuba call agen tu tapi tak dapat. Ini merupakan kejadian pertama sebelum ni tiada masalah. Aku pun terus tanya kat kaunter ada kosong . Malangnya tiada hanya Butterworth yg ada kosong. Aku tak mau ambil risiko sebab malam dan aku tak familiar di kawasan tu walau orang kata kat situ banyak bas. Aku merayu agar dapat naik juga dan orang tu suruh tunggu bas kalau2 ada kosong tapi tak tau pukul berapa bas sampai sebab jem. Aku ambil keputusan tunggu namun sehingga pukul 12 bayang bas pun tak nampak lagi. Malam tu diakui kebanyakan bas memang lewat sebab jem. Aku mengambil keputusan untuk balik sahaja memandangkan aku kesian dengan orang tua yg nampak keletihan. Aku pergi kembali ke kaunter untuk membeli tiket baru pada keesokan pagi.

Cadangnya nak bermalam di rumah abang di Merbau Sempak tapi bila dihubungi abang aku dah ada kat kampung. Baru sampai katanya. Terpaksa tukar plan. Adik perempuan yang kebetulan ikut mencari kunci kat dalam beg . Alhamdulillah ada dan kami singgah bermalam di sana. Sampai rumah abang dah pukul 1 dan adik perempuan teruskan perjalanan balik kampung dengan orang tua sebab pagi tu dia ada interview di Majlis Daerah Kuala Selangor. Cuma aku dan adik lelaki yang tinggal.Nasib baik adik aku ni kebetulan cuti semalam.

Pagi semalam bergerak dalam pukul 8 pagi.Sengaja aku suruh adik aku ni gerak awal takut jem. Entah macam mana dalam perjalanan tiba2 kereta tersengguk-sengguk dan adik berhenti di tepi jalan. Adik aku kata minyak habis dan dia ingat boleh sampai ke stesen minyak yang tak berapa jauh. Masa tu aku geram + susah hati pun ada. Adik berjalan membeli minyak dan aku pesan agar cepat sikit sebab aku takut tinggal sorang2.tak lama lepas tu adik sampai dengan setin minyak.Mujur ada juga yg sudi bagi dia tumpang. setelah siap bubuh minyak kami teruskan perjalanan. sampai di Klang Sentral pukul 9.30 dan bas pun dah sedia menunggu.Bas bertolak pukul 10 pagi. Dalam perjalanan hati ku risau kerana bas ni slow. Berhenti makan di Bukit Gantang pukul 1.30 dan penumpang diberi masa setengah jam. Sebelum turun aku tanya pada pemandu sempat tak sampai kat Kuala Perlis sebab last feri pukul 7 petang. Aku pun beritahu nak tak nak kena masuk Langkawi juga. Pemandu tu kata sempat tak payah risau sangat.

Sampai di Stesen Bas Shahab di Alor Setar lagi sepuluh minit pukul 6 petang. Masa tu aku dah susah hati sebab nampak2 memang tak sempat. Nasib baik pemandu tu tolong aku carikan teksi dan beritahu kena turun kat sini baru sempat ke jeti. Nak terus ke Kuala Perlis memang tak sempat sebab bas tu akan ke Changloon dulu. Kebetulan pemandu ni aku kenal sebab aku pernah naik bas ni sebelum ni dah pernah berkaraoke sekali dalam bas. Aku bersyukur di atas keperihatinan pemandu ini. Naik teksi dan dalam pukul 6.30 aku sampai di jeti Kuala Kedah. Mujur tiket feri pukul 7 masih ada. Walau aku menghadapi kesukaran namun aku bersyukur sebab berjaya juga sampai ke Langkawi.

Notanoti : terima kasih kepada kawan2 yang memberi nasihat/idea berkaitan kesihatan ayah. Insyaallah perkara ini akan aku bawa berbincang dengan keluarga

22 comments:

Iffah Afeefah said...

mmg dugaan

slamat smpai akhirnye

slalu bercuti mmg gni kot

sbb dlu sy pon cmtu gak

Saya Disini said...

dugaan betul

Rai said...

memang dugaan betul..jauh perjalanan..akak pernah dari kulai sampai ke seremban naik bas berenti2..semua bandar akak masuk..hahaha..nak balik bangi biasanya 4-5 jam je..akak 12 jam..

nur anis said...

banyak betul dugaan ni..tapi apapun, alhamdulillah sebab selamat sampai..

Kakzakie said...

Huh... kena cekal hati juga Lieyna. Sesekali kena uji tapi akal panjang dan tidak gelabah itu yg bagus...

Akhirnya selamat dah pun kerja.

~Sweet Honesty~ said...

syukurla..smpai juga la yea..(^_^)

miloais milo said...

banyak betul dugaannya
kesian kat uols...

alhamdulillah... uols dah selamat sampai langkawi!

Tihara said...

Ya Allah, letihnya aku baca story hang ni...namun syukur alhamdulillah selamat sampai di bumi bertuah tu..insya Allah dah dpt transfer nt semuanya smooth...sedap kan keje kat tpt lama kita dulu..aku je yg ngade2 gi quit...huk hik

Daddy Ziyyad said...

mesti letih gila...mau berkematu vontot kan..ekekeke

Huda said...

fuh mencabar betul, nasib awak tenang dan boleh hadapi dugaan kan..

Afasz said...

mesti penat gile ....kejang montot tu ...

dugaan mendatang

Daddy Ziyyad said...

Ni email address saya :

drfaizie@yahoo.com.au

Pok Amai-Amai said...

Adoi...merata aral die. Sy yg baca ni pun rs mcm adventure gak. Wahahah! Tapi nsb bek seme selamat, kan?

Zul Fattah said...

Smoga Allah permudahkan urusan akak.. jaga diri tu, lpas ni, rest banyak2..

Asrul "iLham" Sany said...

sy baru alek dari langkawi... siap kena kencing tiket bas ag T_T

anamizu kaito said...

ya allah alhmdulillah la slmt smpai jgak.. tu la kan pengalaman naik bas ni haduh.. cik ana dlu masa study pon jenuh.. tertinggal tren la.. tiket bas habeh la.. dah la kena beli tiket kena p sebarang sbb cik ana dok usm.. haduh jenuh..





luv,
cik ana

ABU said...

lately mmg jem gila.. jgn cakap kl.. nak gi bahau pun jem..

mungkin sbb musim cuti sekolah kot.. sabo je la..

Tukang Karut said...

xpe...dugaan tu buat jadi tabah...

nak ke langkawi lagi ni minggu depan... tapi bercuti dengan family la... huhu...

ckLah @xiiinam said...

Lieyna dari mana ni lalu Tanjung Karang? Macam dekat dengan ckLah je bunyinya....


:-)ieyna d

ckLah @xiiinam said...

Aisey....maaf salah taip di hujung tu. Screen touch mabok pagi pagi ni.....

:-)

Lynn said...

memang..kadang2 banyak dugaan dalam sehari...

kemey said...

dugaan yg menguji kesabaran..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...