Kawan - Kawan

Sunday, December 11, 2011

Cerita LIMA lagi!!

LIMA dah berakhir semalam. Dari hari khamis lagi ada beberapa jalan di Langkawi ni sesak. Lagi-lagi jalan yang di airport dan pantai chenang. Memang ramai orang luar yang masuk untuk menyaksikan LIMA.

Sejak dari tahun 2006 aku menjejakkan kaki ke sini,LIMA 2011 pertama kali aku masuk ke Dewan Pameran. Tahun2 sebelum ni aku hanya tengok pertunjukan dari opis sahaja yang kebetulan dekat dan berada di atas bukit. Tahun ni masuk pun sebab ada kawan yang bekerja sebagai tentera udara bertugas sempena LIMA. Kalau tak kerana kawan aku tu takdenyerrr aku nak masuk..haha. Tiket tahun ni pun murah.Hanya rm10.00 berbanding rm30.00 tahun sebelum ni. Dibuka untuk orang awam pada 09-10hb/12 sahaja. Tapi rezeki aku masuk free sebab kebetulan aku nak masuk dewan terserempak dengan member opis yang nak keluar dewan. Dia bagi pass suami,dapatlah pengecualian beli tiket.

Berpeluang masuk ke sini dapatlah lihat beberapa jet atau kapal milik TUDM dan dari negara2 luar. Kebetulan aku masuk pertunjukan udara nak bermula.Dapatlah tengok secara dekat. Mula2 aku dengan kawan tengok di landasan,makin lama makin ke belakang,tak tahan dengan cuaca...haha. Panas terik. Aku tunggu kawan habis bertugas (gigih tunggu sebab aku pow t-shirt LIMA..kihkih) .

Di dalam Dewan pulak,terdapat booth yang mempamerkan model2 kapal. Aku tak pusing2 sangat.Ramai gak yang aku tengok di tangan kanan kiri penuh dengan beg2 souvenier. Rajin diorang pegi menjelajah dari satu booth ke satu booth. Aku setakat harapkan souvenier dari TUDM...hehe. Kat bawah ni adalah beberapa gambar yang sempat aku snap,nak amik secara dekat,dah kena halau sebab pertunjukan nak mula. Kapal2 ni yang TUDM punya.








yang kat belakang tu boyfren aku...kah kah kah.

nyibuk jerk interframe...hehe.




Notanoti : Bila bertemu dengan "seseorang" yg pernah bertahta di hati,luaran nampak okay tapi di dalam......


11 comments:

luahfikiran said...

SALAM,
SERONOK KALAU DPT PERGI LIMA. LF MEMANG MINAT TENTANG PERKARA2 BERKAIT DGN ALAT KETENTERAAN INI.

Tihara said...

hensem boipren youu..best nye, aku tk penah tengok LIMA..

Acik Erna said...

assalam lieyna..acik pun tak pernah tengok LIMA..seronok ye dapat tengok pamean sempena LIMA tu

lieynanilaz said...

dato LF..memang seronok...:)

tihara....itu bukan boyfren aku la..haha.brother tu sibuk jerk berdiri kat belakang...

acik erna...sesekali tengok pameran memang best..:)

Papa Mifz said...

jeles nyer...dapat tgk jet2 tuh semuo secara live...huhu

ORLANDO AHMAD said...

murah jugak tiketnye

Kakzakie said...

Seumur hidup kakak hanya melihat melalui media saja. tak pernah liht live lagi depan mata

Chik Att said...

notanoti... heheheh ... di dalam macm gunung berapi ....

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

x penah berpeluang pergi LIMA..


boyfren nape gambar jejauh hehe

Cik Ina Do Do Cheng said...

tak pernah lagi gi Lima, bawak cik ina ke sana : )

Irfa said...

xpenah pegi LIMA..
belum ada kesempatan sbb kat opis pun hari2 tgk kapal terbang :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...