Kawan - Kawan

Saturday, December 31, 2011

Sayangilah Mereka

♥ Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat..
♥ Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu..
♥ Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang..
♥ Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai..::
Bila hati kita terguris, kita kata ..." Mak memang tak pernah faham... "::
Bila hati kita terhiris, kita kata ..." Ayah memang tak ambil kisah... "

TETAPI...

♥ Bila hati mak kita terguris, mak kata ..."Tak apa , dia masih muda... "
♥ Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata ... "Tak mengapa , belum sampai akalnya... "
♥ Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari hingga bagai hilang kaki..."
♥ Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena..."
♥ Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal...
♥ Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga...

#Maka, hargailah dan sayangilah selagi mereka masih ada di dunia
Anak yang soleh tidak akan melupakan ibubapanya hatta di hujung doanya , maka perbanyakkanlah berdoa kepada mereka...

Sumber : Google.com

Notanoti : Selamat Tahun Baru 2012. Semoga kehidupan kita akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun lepas.....:)

14 comments:

Unknown said...

Betol
dorg ttp time kite wlaupon kite kecewekn dorg byk kali

Tie HT said...

doa utk ibu bapa tu mmg tgak boleh lupa..semuga mereka sentiasa sihat dan sejahtera selalu..selamat tahun baru..lupa nak wish lam emel :)

Unknown said...

hargai la org tua selagi berkesempatan...

Unknown said...

SALAM,
Singgah dan Ucapan selamat tahun baru 2012M dan 1433H drpd LF dan isteri. Mendoakan moga kita semua sentiasa di atas landasanNYA.

Ce'gu JAERA said...

ya betulll.. saya setuju.. hargailah mak dan ayah kita sebaiknya kan... mereka hanya ada satu dalam hidup kita..

anyway, selamat tinggal kenangan 2011... kita mulakan lembaran baru 2012

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 buat lieyna... thanx sudi jadi sahabat saya di alam maya ini...

Unknown said...

itulah yg akak rasa bila sudah menjadi seorg ibu...mudah2an kamu sentiasa menghargai ibu kamu..

.drakula. said...

selalunya..bila depan mata benci bila tiada baru terasa rindu...

~Sal Ismail~ said...

selalu sgt mohon dgn Allah diberi peluang utk balas jasa mereka walopun tahu sebanyak mana yg kita buat xkan terbalas segala jasa yg tercurah..hargai mereka seadanya~ =)

EmpayarUtama said...

Abah dah tak ada, mak makin tua... kita pula makin berusia. Hidup ajar kita macam-macam...

Cik Ina Do Do Cheng said...

Selamat tahun baru 2012, semoga hidup Lieyna sekeluarga akan lebih baik pada tahun 2012 dan tahun-tahun seterusnya, InsyaAllah : )

zati embong said...

happy new year!hihi

kes jat lain plak,nk balik kg xleh, sbb ma takut jat kena saman.hoho

Hafizin Jamil said...

time kita senang ni susah sangat nak hargai kan..?hehe

ewanthology said...

harap2 tahun 2012 ni dapa luangkan lebih masa untuk parents.

Kira Sakura said...

walau ape pown yg kita buat diorang x pernah sisihkan kita,,,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...