Kawan - Kawan

Wednesday, March 28, 2012

Sukar untuk terima namun aku redha...

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang semalam. (tarikh keramat 27/03/2012)

Kejadian ini berlaku ke atas diri sendiri. Sesuatu perkara yang selalu aku mohon supaya dijauhkan dan sentiasa dipelihara diri ini semasa di jalanraya. Namun kuasa Allah siapa yang menduga dan mampu menolak. Andai jika dah ditetapkan sesuatu itu akan berlaku pasti akan berlaku.

Sebenarnya semalam berlaku kemalangan tak sampai 1 km daripada rumah. Perjalanan balik dari opis sampai satu simpang traffic light menunjukkan warna merah. Aku berhenti dan merupakan kenderaan pertama di hadapan.

Bila lampu dah bertukar hijau dan ku lihat kenderaan dari arah bertentangan berhenti,aku masuk gear dan terus bergerak secara perlahan membelok ke kanan. Entah macam mana tiba-tiba melintas satu kenderaan dengan laju dari arah sebelah kiri dan kedengaran satu bunyi yang kuat.

Kereta ku telah melanggar kereta tersebut namun alhamdulillah kenderaan itu bergerak ke hadapan dan berpusing sebelum berhenti di tengah2 jalan .Kereta ku pun terus bergerak perlahan sebelum berhenti di tepi jalan berhadapan kedai2 menjual kuih dan Idaman Suri.

Saat itu aku tidak boleh gambarkan perasaan ini. Tidak panik tapi rasa macam kosong dan blurr sebab ini pengalaman pertama eksiden. Ada 2-3 lelaki yang mengetuk pintu cermin dan menyuruh ku matikan enjin dan keluar dari kereta. Mereka juga meminta ku menelefon saudara atau kawan. Ketika itu aku hanya menelefon housemate dan kawan opis. Masa tu memang ramai orang dan masing-masing sibuk bertanya untuk mengetahui hal sebenar.

Alhamdulillah syukur tiada kecederaan di antara kami. Orang yang dari kereta lagi satu ada berjumpa dengan ku namun tiada kata-kata yang keluar dari mulutnya. Ketika itu aku hanya memandang dan lidah ni rasa kelu nak bertanya kenapa dia memandu laju dan melanggar lampu isyarat. Polis sampai kira-kira setengah jam kemudian dan mengambil gambar di tempat kejadian. lepas tu aku dan kawan pergi ke balai untuk membuat laporan. Ku lihat pemandu kereta yang berlanggar dengan ku telah selesai membuat laporan. Apa yang aku terkilan bila pasangan suami isteri (sambil mengendong anak lelaki berumur 2-3 tahun) itu hanya memandang endah tak endah dan tiada kata yang keluar dari mulutnya.

Aku terus membuat laporan dan menceritakan perkara sebenar apa yang berlaku. Aku redha dengan kejadian ini dan anggap mungkin ada kekhilafan yang telah aku buat secara sedar atau tidak. Mungkin kejadian ini utuk menyedarkan diriku. Aku ambil perkara ini dengan fikiran yang positif dan apa yang penting sekarang adalah untuk uruskan pembaikan kereta. Kereta itu akan dihantar ke proton kerana masih baru.Baru 2 tahun aku pakai. Bila dah jadi begini agak payah untuk bergerak dan pagi tadi pun aku menumpang bos pegi opis. Harap2 semua ini boleh diselesaikan dengan cepat.

nonanoti : aku agak terkilan bila pagi tadi dengar di radio.polis trafik memaklumkan bahawa kedua-dua pemandu mendakwa lampu hijau....huhuhu. Tak sangka orang itu tidak jujur dalam membuat laporan.

34 comments:

Rina Rahamat said...

alhamdulillah tiada sebrg kecederaan..mmg kdg-kdg kemalangan ni terjadi akibat kecuaian org lain kan..



psttt lieyna, sy malu ni entri pg td awak bc tu sy salah post!

Unknown said...

org yg benar selalunyer peroleh keuntungan...sabar dgn ujian....

MizzTina said...

byk² sabar..mujur awk ok.. tp melampau la bila dia xmengaku salah.. klu ada cctv, mesti dia dh kena saman..

Unknown said...

saya lebih terkilan lagi sebab diorang bawa kereta dengan bahaya tanpa fikir keselamatan anak.. mak bapak dah hidup lama ye lah.. yang anak tu baru nak kenal dunia..

hish..tak paham jenis manusia macam ni..dah jadi macam tu pun sombong..

Tie HT said...

Ya Allah, kesiannya kat hang...takpe ina, orang tu dia ingat boleh lepas kat dunia je, nak nipu orang..syukurlah hang selamat..harap hang takde pape, tenang ey, ptt nye mana2 traffic light ada cctv..polis tak check ke..ni mesti kes nak kejar lampu merah, main redas je org tu....

miloaiskurangmanis said...

alhamdulillah uols selamat - tak de cedera apa2 pun...

tak baik lah depa tu - menipu nak lepaskan diri sendiri....

faraherda.razalan said...

Klu kes mcm nie, polis tuntut saksi tak?

Shila said...

Allah..

kesiannya... kejamnye orang tu..

takde saksi..? ke kes ni jadi mcm mana..?

Niza Romli said...

tak patut menipu macam tu sbb nak selamatkan diri...dah la tak mintak maaf. byk2 sabar k

Ibuhani said...

Sib baik x der kecederaan.....alhamdulillah!

nabilah_2908 said...

kena saman tak..?

kalau tak kena saman..maknanya kamu tak salah...

pastinya kereta yg rosak tu..insurance mereka yg akan cover semuanya... ;)

lieynanilaz said...

terima kasih pada kawan2 yang memberikan kata-kata semangat..

kes macam ni kalau ada saksi mesti kukuh kot..tapi saya tak cam kereta2 yg ada di sekeliling...

nabilah..pasal saman tu belom lagi sebab polis tak panggil untuk siasatan.

nak claim atas orang tu pun ..dia pakai kereta saga lama...tak taulah issued berapa..entah2 third party..

sekarang ni saya claim atas insurans sendiri..huhuhu.berat sebenarnya nak buat keputusan ni tapi nanti kalau tak buat macam ni lagi lama...ini pun mau kena tunggu 2-3 bulan untuk settle insurans.

nur anis said...

nasib baik x cedera...mungkin orang tu nak lari dari salah..dia pun dakwa lampu hijau..saya pun pernah hampir nak kena langgar dengan kereta macam tu..nasib saya sempat break..harap, semua orang tak kejar lampu isyarat dah lepas ni..

Unknown said...

kdg2 org lain punyo silap kito pun keno sekali...

NasQ said...

biasanya masa dekat traffict light kena hati2 bila kita kat depan... tengok jalan clear ke tak dulu...

Cik Ina Do Do Cheng said...

Alhamdulillah ko tak apa-apa, lepas ni lebih berhati-hati ye.anak cik ina baru pakai kereta tak sampai setahun 3 kali dah kena cam tu, benda-benda cam ni tak boleh nak elak, kadang -kadang kita berhati-hati orang lain plak langgar kita. bertabah ye, buat sementara waktu ko kena bersusah sikitlah menumpang orang.

Unknown said...

Ya Allah...
nampaknya ianya bukan salah kamu..
dik..
kau mmg tabah,. harap2 kalau berlaku pd kak.. kak tak gabra....
moga y baik2 bt kamu ya

Kasih Salina said...

Salam.

Benar org itu cuba melepaskan diri dari kesalahn dgn mengaku dia lalu ketika lampu hijau..

tapi jika dikira dari segi saksi..sepatutnya ada yg tampil pada masa itu jugak.

Saya geram kes mcm ni, memang dia terlepas hukuman dunia tapi kita geram tetap geram.

AnakPakZohar said...

hurm, maybe dia kejar lampu masa kuning, and terlepas time merah.. biasalah orang kita kan..

nasib tak ada apa2.. sabar je lah. lain kali hati2 k. =)

Kancil 8349 said...

sabarlah jelah...yang penting kamu selamat...soal dia menipu tu..urusan dia dengan Tuhan...

musang said...

alhamdulillah selamat

Acik Erna said...

liyna..alhamdulillah selamat..biar la dia..tuhan tau siapa benar dan siapa salah..

fieda said...

nasib baik tak ape2..cuma geram jugak dgr bila org yg salah mengaku tak salah..

:: Mrs.SyahNia :: said...

alhamdulillah kamu tdk cedera..ain pernah skali kene lnggr dr arah blakang ktika bhnti di trffclght..mmg takot + fobia..org yg mlanggar pulak hanya bg RM80 sbgai gnti rugi katanya slebihnya akan dbankin tp smpai skang ntah kemana.. ;((

Munn Jaafar said...

so jadinya mcm mana?? ape la diorang ni..tak ngaku salah plak..

sib baik awk ok..isy3..

Norzie said...

Alhamdulillah selamat.

Lin Maa said...

salam perkenalan..
singgah menyinggah...
alhamdulillah allah masih sygkan awak.
semoga cpt sembuh dr trauma...

www.azrulin.blogspot.com

Lin Maa said...

salam perkenalan..
singgah menyinggah...
alhamdulillah allah masih sygkan awak.
semoga cpt sembuh dr trauma...

www.azrulin.blogspot.com

sue perbs.. said...

alhamdulillah awak selamat.. bhye lah pemandu2 ni yg tk ikut praturan jalan raye.. lampu merah pon nk langgar

Unknown said...

kadang bila lampu hijau ni kita kena tunggu dulu dalam beberapa saat kerana takut terjadi perkara sebegini dan saya hampir melaluinya dan sempat membrek kereta. kadang kita tak tau ada org yg sedang kejar lampu hijau dan dia tak sempat bila dah merah dia terus redah je...

Cikgu Ma said...

hati2 lagi...

~Sal Ismail~ said...

part yg x jujur tu buat kita terkilan amat~

sudipVSsenduk said...

Alhamdulillah awak ok.. itu lebih penting. Ada hikmah setiap kejadian yg Allah berikan, sabarlah.

aksarafendi said...

alhmdulillah selamat tp yg sakit ati nya bila phak lg satu tu xbrlaku jujur..saya yg baca ni pun jadi sakit ati..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...