Kawan - Kawan

Tuesday, May 15, 2012

Melaka Bandaraya Bersejarah

Aku sambung cerita pergi ke Melaka. Semalam ingat nak update tapi tak sempat sebab banyak urusan di luar. Kena ambilalih kerja member yang pergi kursus 3 hari di HQ.

Hari Jumaat (11/05/2012) bertolak pukul 8.00 pagi dari KL. Singgah kat Masjid Putra dan Taman Botani,Putrajaya. Masa diberi cuma 1 jam. Dah puas jalan-jalan,terus pergi ke Nilai. Makan tengahari dulu dan terus membeli-belah. Kat sini ramai yang memborong frame ayat-ayat suci dan cermin . Aku sekadar membeli 2 helai blous . Nak beli frame bagai tak larat nak hangkut masuk feri.haha.

Selesai shopping,kami meneruskan perjalanan ke Melaka. Sampai pukul 5 petang. Jalan-jalan di sekitar Dataran Pahlawan.

Malam selepas Maghrib kami pergi semula ke Dataran Pahlawan,Bandar Hilir.


Kami naik Menara Taming Sari dulu. Harga tiket sebanyak rm15.00. Malam operasi hanya sampai pukul 10 sahaja. Dari atas boleh lihat pemandangan indah sekitar bandar yang dipenuhi dengan cahaya lampu. Aku agak gayat (dalam hati cepatlah benda ni turun..haha.). Masa yang diambil hanya 7 minit. Yang naik pun tak sampai 10 orang.


Lepas tu kami naik pula bot River Cruise menyusuri laut/sungai. Masa yang diambil selama 40-45 minit. Tiket masuk adalah RM10.00. Ada taklimat daripada botman sepanjang perjalanan berkaitan bangunan sejarah yang dilalui. Perkhidmatan tamat pada jam 11 malam.
Ikan patin masak tempoyak . Berhenti makan di RNR Tapah (perjalanan pergi) dan RNR Sg.Perak (perjalanan balik) memang aku tak lepaskan peluang makan lauk ni. Antara feveret dan kebetulan tiada di belah Kedah.
Negeri Melaka kan terkenal dengan asam pedas . Tapi kami tak berpeluang makan sebab menu ini tidak disediakan di hotel...huhu. Tapi sempat makan di Nilai..Bolehlah. Habis dah cerita di Melaka. Stori panjang2 nanti korang muntah hijau plak..hehe.

Notanoti : gambar2 ni semua hasil cilok dari google.com. Bila dah tranfer gambar dalam pc, upload ke sini gambar tak elok. ambil gambar dari internet bolehlah plak. Aku pun tak tau apa masalah sebenar..huhu.

15 comments:

faraherda.razalan said...

Bestkan jln Melaka? Sy nak sgt jln sane (walhal bkn jauh pun dgn KL...hahaha!)

Cik Ina Do Do Cheng said...

ronda-ronda kota melaka. jeles ko asyik ronda-ronda. dah lama cik ina tak gi melaka ni.sedap ikan patin masak tempoyak tu : )

- AZIE - said...

pegi Melaka xsmpt naik river cruise tue, tingin jgk naik naik waktu mlm, mesti cantik

Hudalatip said...

Rasa macam nak naik taming sari tu lagi la..naik banyak kali pun ok, takde hal, hehe

khaifaiz said...

sampai ke la ni x sempat lagi naik taming sari

nabilah_2908 said...

haha..gayat eh naik menara tu..? sy ni nama je org melaka..tapi tak pernah naik lagi.. :)

Kakzakie Purvit said...

Kakak tengok menara Taming Sari itu pun dah gayat usah kata nak ikut naik...

miloaiskurangmanis said...

dulu iols naik river cruise tu waktu siang...
next visit - yg tak tau ntah bila.. nak try naik malam le plak....

Tie HT said...

tak abes2 lg ek problem pc tu..best nye g melaka..hari tu nan g rombongan pertanian naik benda ni la mlm2 buta...syok arr..hang ske ikan patin..wah mmg gu la kiter....masakan tempoyak dari perak lg best kut dari pahang kan :)

Dr K said...

Saya sendiri dah lama tak ke Melaka! ahaha..Eh, pergi Nilai 3 kah? Belakang rumah mertua saya aja Nilai 3 tu..:)

Unknown said...

bestnya dapat pergi jalan-jalan, last pergi melaka tahun 1996...

lieynanilaz said...

daddy ziyyad...yup pegi ke nilai 3...:)

gadisBunga™ said...

sebesar besar alam ikan patin masak tempoyak tu. seb baik tak gigit skrin!

Rina Rahamat said...

patin lemak tempoyak? perghhh peberet sy tp kat johor susah dapat

Unknown said...

oh asam pedas melaka mmg terbaik...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...