Kawan - Kawan

Thursday, March 22, 2012

"Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya"



Aku suka dengan perumpamaan ini. Minta maaf jika tiada kaitan dengan entry ini. Tiba-tiba ini yang terlintas untuk tajuk.


Inilah yang dikatakan kalau berbudi pada tanah insyaallah pasti akan mendapat hasil yang lumayan sekiranya rajin diusahakan.


Alhamdulillah dengan hasil jualan ini boleh tampung duit belanja dapur. Ada sahaja "supplier" yang datang ke rumah untuk mengambil bekalan. Biasanya dari penjual/peruncit yang berniaga di pasar . Adalah juga sayur-sayur lain tapi atas permintaan.

Tanaman serai ini diusahakan oleh orang tua ku . Tanah depan rumah yang tak berapa luas telah digunakan dengan sehabis baik.


Keliling rumah memang penuh dengan sayur ngan buahan seperti keladi,pisang,kelapa,rambutan,mata kucing, ubi kayu dll.


Tapi jangan harap akan nampak pokok bunga depan rumah. Mak tak berminat ke arah itu. Yang ada pun cuma 2-3 jenis pokok bunga kertas .


Notanoti : hati ni cepat rasa sayu/sebak bila bapak selalu buat ayat "kalau korang ingat kat aku yang tua ni jenguk2lah sementara kami belum menutup mata".



31 comments:

Niza Romli said...

serai! macam mak sy jgk..rajin tanam pokok2 sayur je.

Cik Ina Do Do Cheng said...

betul tu dik, cik ina pernah nampak sorang perempuan tu tanam serai kemudian jual kat pasar, dapat gak hasil dari duk rumah cam tu je.

betullah tu jenguk-jenguklah ayah tu sementara dia masih ada.

nabilah_2908 said...

kat rumah siap berbeli serai...3 btg 30 sen...huhu.. :)

MizzTina said...

rajinnya.. dl kt kg, tanam keladi, keledek, cili, ubi.. tapi pas banjir besar kt johor tu, hbs ranap.. pokok rambutan pun mati..

Saya Disini said...

rajinye bercucuk tanam,,dh xyah beli pat pasar dh

miloaiskurangmanis said...

hobi yang mendatangkan hasil kekdahnya
elok sangat2 tu - juga dapat menyihatkan badan...

iols tersentuh notanoti uols tu beb....

Hudalatip said...

untung la kan tanam serai..

Kakzakie Purvit said...

Itulah Lieyna org tua kita memang pandai cari rezeki dan rajin teramat sangat kalau nak banding kita.

Berkat rajin itulah tanah tak ada yg kosong dan herhasil...

faraherda.razalan said...

Sy klu ada rumah sendiri n umah lak ade tanah kan, mmg nak tanam tanaman yg bermanfaat mcm nie.

Apa kata awak balik jenguk org tua selalu. Mak sy pun pnh tegur kami mcm tu. Sayu tau! Huhuhuhuhu!

munna said...

sama dgn rumah mak munna banyak tanam pokok sayuran je... bunga2 mmg takde

Mia Liana said...

mia tak berapa minat tanam pokok bunga hehehe..

p/s: terjah dari segmen mak dara dan trus followwwww

Lina said...

bestnya kalau ada tanah kan...mcm2 bole tanam

p/s : membalas kunjungan :)

NasQ said...

aku sayu baca notanoti tu...

Tie HT said...

Memang sonok lah belah s'ngor.mkteh ak pn ada org datang bli pucuk2 kayu n sayur..kalo rajin dpt hasil :)

Shila said...

mak kite suka bunga..

abah suka buah2..kdg2 sayur2.. tp mmg best suasana masa kutip hasil tu..


ayat ayah tu syahdu gila..!!

Unknown said...

macam macam leh ada kat serai tu..huhu *gatal gatal* kalau kena kaki kan

zati embong said...

ayah ma pun sama.siap buat kebun berpagar kat belakang rumah. tp yg xbleh blah ayahlah.dia buat rajin nk mesin lalang2 yg tmbuh,selamat dgn anak2 sayur sekali kena mesin.hahaha.

Rain said...

syukur dengan budi yang ditabur, hasilnya Allah memberi rezeki kepada yang berbakti..

moga diberi ruang dan kelapangan untuk selalu menjenguk mak ayah ..

:)

budakijaupendek said...

same like my parents la.
hehe. diri sendiri je kurang rajin nk berkebun :)

Anonymous said...

kalau ayah saya cakap macam tu pun, mesti sedih jugak. :(

Dabel Aa said...

singgah dri segmen mak dara

p/s : ingatkan itu ruyungnya hahahaha

Chik Att said...

tull.... CA pun suka .. bab bercucuk tanam ni

Scha Nazri said...

betul lah orang cakap. berbudi pada tanah banyak faedahnya. teruskann! :)

Crazy Dolphin said...

bila cakap pasal serai,mesti teringat kan kucing .

sebab dulu ada seekor kucing.dia dah mati lepas tu bangkainya ditanam dan serai tumbuh atas tempat dia dikebumikan tu. hmm :(

mak saya pula jenis yang suka bunga. :)


tanah yang kosong sayang kan kalau tak diusahakan.kalau diusahakan dapat juga pendapatan =)

anamizu said...

wahhh ni la yg org kata "berbudi pada bumi pasti takkan rugi" hehe


mak cik ana pon suke menanam sayur2 cmtu gak..mmg green-thumb dorang ni =P






luv,
cik ana

Unknown said...

hahah baru laa jimat duit xyah g pasar...kehkehkehh

YatieOwner said...

datang dari segmen mak dara :) follow kamu sama :)

HeNRieTTa JoSe said...

pokok serai.....wah.....rajinnnye....

adan said...

perghh.. kata-kata org tua tu terus menikan ke hati..!

Cik Pulau said...

untung tanam sayur sdri ni..
kat umah ada 2 pohon je.. untuk kegunaan sendiri..
^^,

Juliet_iRa~" said...

kat tepi umah sy pn ada serai..hee..sng nk msk xyah beli..:)

mmg untung berbudi kat tanah ni..

kannnnn

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...