Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut
Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...
Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini
Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...
Notanoti : sekarang tengah hujan lebat dan kepala ni semakin lama semakin menunduk ke meja...haha.
19 comments:
Tempat kakak sini cerah belum ada tanda nak hujan tapi biasa petang memang hujan juga...
Fav song saya ni.....sudirman! Teringat peristiwa indah bila dgr lagu ni!!
tpt aku panas lip lip..hujan mmg sedap tido..ape lagii..haha :)
kenapa, bila hujan, automatik kita jadi mengantuk? :P
sini pun ujan ni..
lagu yang suka didengari...semalam je Tawau hujan satu hari
haha..hujan memang sedap tido la
haha..hujan memang sedap tido la
kat sini tiap2 petang ujan, errr ada kena mengena jgk kan dgn lagu nie.
semalam hujan lebat je.dlm hati dgn kat luar rumah.hihi
lieyna..bukan setakat kepala makin menunduk..perut pulak asek berbunyi kan.
hujan = mata ngantuk = perut kosong!
pekena kopi panas best
hujan dipagi hari...perghhh...layaaannnn....pastu minum kopi panas....wow!lagila setailo!heheheh :P
hujan = tido = syok wor
hujan + lapar= itu saya
kalau ujan tue... tarik comfoter cnfirm lena...hihihihi
skarang ni ujan kat tempat dill
dill.
best giler lirik ni....
Post a Comment