Kawan - Kawan

Thursday, November 3, 2011

Sesuatu yang Berlaku Pasti Ada Hikmah...Betulkah??

Sebuah kisah benar yang berlaku pada 31/10/2011.


Kisah 1 :


Beberapa orang pemandu teksi/guide yang berada di wakaf rehat menjerit2 supaya berhenti.Namun tidak diendahkan.Kereta tersebut masih terus berundur secara perlahan.Tiba-tiba gedegang. Bunyi tersebut memecahkan kesunyian petang. Terlihat di sebalik pokok itu sepasang warga emas telah terselit di celah motosikal. Diam tidak bergerak. Masing-masing terkaku dan tergamam. Sedikit demi sedikit terdengar erangan dari pakcik tersebut. Bantuan segera dihulur. Ambulans segera dihubungi. Alhamdulillah pakcik dan makcik hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.


Notanoti: menurut tuan punya kereta, memang diakui ada masalah dengan handbrek. Ada pepatah mengatakan "benda nak jadi".Kenyataan itu memang benar tapi sekiranya kita mengambil tindakan segera mungkin boleh mencegah atau mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku.Wallahu'alam.





Kisah 2 : Berlaku tidak jauh dari kejadian pertama dan hanya selang 1 jam sahaja.


Di satu selekoh tajam telah berlaku pertembungan antara sebuah kereta iswara putih dan kereta pacuan 4x4wd jenama hilux . Bunyi yang kuat boleh didengari sehingga ke ladang. Beberapa staff yang terkejut segera melompat pagar untuk memberi bantuan kepada mangsa. Apa yang lebih mengejutkan mangsa kereta iswara putih merupakan rakan sekerja. Orang ramai segera berkumpul dan tidak lama kemudian kelihatan polis dan ambulans sampai.Luluh hati bila melihat keadaan mangsa yang tersepit.Bersebelahan pemandu terlihat 2 orang kanak-kanak perempuan sedang menangis. Umur dalam lingkungan 5-6 tahun. Mangsa dikatakan mengalami patah kaki dan tangan. Pemandu kereta Hilux seorang wanita hanya mengalami kecederaan ringan sahaja. Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Langkawi.


Pada 01/11/2011 kami telah membuat lawatan ke Hospital untuk melihat keadaan beliau. Namun hampa .Difahamkan beliau masih berada di bilik bedah . Dah alang-alang sampai,kami terus melawat anak beliau. Alhamdulillah kanak-kanak terbabit hanya mengalami luka-luka kecil sahaja dan ketika itu telah pun dibenarkan pulang.




Anak beliau yang ingin menarik selimut bila nak diambil gambar.
Hanya luka kecil di dahi dan kaki.


Dilaporkan keadaan beliau stabil tapi kami pun tak pasti sehingga ke hari ini beliau telah sedar atau belom selepas dari pembedahan. Semoga keluarga dan rakan tabah menghadapi ujian ini.



Notanoti : Ramai yang mengatakan jalanraya depan opis ni "keras".Wallahu'alam.

11 comments:

Hantu Kak Limah said...

keh..keh..keh...gua bace entry lu macam pemberita tv 9 la pulak..keh..keh..keh.....
keras tang mane tu...opss...!!!!!!!

Munn Jaafar said...

ada bakat jadi wartawan =)


smoga mgsa2 yg tlibat selamat..kesian budak tu xtahu pape lg..

Rina Rahamat said...

kejadian 1 tu mmg malang x berbau..


kejadian 2 tu dh namanya selekoh tajam mmg merbahayalah..tp sy percaya juga kalau org kata sesetengah jalanraya tu suka 'makan' org..kerja syiatan kan suka mengaburi mata manusia


moga rakan sekerja tu sihat spt sediakala..aminn

Chik Att said...

semoga semuanya selamat ...

Tie HT said...

Insya Allah..mintak2 semuanya selamat yer..betui la mcm baca berita dlm suratkabo..caiyok!! :)

bujal X said...

semoga kawan tu selamat~~

Unknown said...

ngeri kan bab2 eksiden ni.. takutt..semoga kawan awak cepat sembuh..

lieynanilaz said...

ada tokoh jadi wartawan lah ni...aku ingat nak wat cerpen..kihkih..

Unknown said...

salam,

saya ada tag awak..

http://ourkizuna.blogspot.com/2011/11/missina-tanya-ourkizuna-jawab-11-soalan.html

Prince Halilintar said...

harap kawan tu cepat baik dan cepat keluar hsptal..

Pembunuh Tanpa Bayang said...

mencegah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...