Kawan - Kawan

Monday, November 14, 2011

Aku kena tag!! Ada plak soalan kena jawab....

Aku dapat tag dari Rai masa Hari Raya Haji berkaitan games ni.Aku tengok ramai gak yang dapat tag cam gini. Terlebih dahulu aku nak minta maaf pada Rai sebab lewat buat entry ni. Kebetulan masa dapat tag ni ada kat kampung.Tak dapat nak buat sebab bagi laluan kat anak buah main games kat laptop.Sekurang-kurangnya aman sikit rumah bila diorang ada aktiviti.kihkih. Panjang plak aku membebel.Jom tengok apa jawapan aku dari soalan yang diberikan :

1) Jenis manusia yang paling benci
Aku paling benci orang yang hipokrit.Depan kita cakap lembut tapi belakang kutuk kow2.

2) Cita-cita sebenar
Masa zaman sekolah bila cikgu tanya@suruh buat karangan pasal cita-cita,aku selalu tulis guru.Tapi bila dah dewasa ni baru ku sedar yang profession tu tak sesuai dengan diriku.Maklumlah aku ni kurang kesabaran dan budak2 zaman sekarang mana boleh dicubit sikit.Tak pasal2 muka aku yang cun ni terus jadi glemer masuk suratkhabar.kahkahkah.

3) Pekerjaan sekarang@belajar kos apa
Aku ni kuli jerk tapi bersyukur dengan pekerjaan sekarang.Bidang yang aku belajar dulu memang lari jauh tapi bolehlah direlated jugak.

4) Tempat yang ingin dilawati,kenapa
Aku suka pada pemandangan cantik dan alam. So,aku teringin nak pergi ke negara macam New Zealand,Jepun dan Ireland.

5)Perkara yang korang tak suka nak buat
Dalam banyak perkara aku paling tak suka nak melipat kain. Kalau ada mesin @ robot yang boleh kasi setel,aku orang pertama beli.Mahal pun aku sanggup.

6) Kereta idaman
Kereta yang dok ada ni pun aku tak larat nak bayar. Kahkah.Inikan pulak nak berangan kereta import.

7) Binatang apa yang paling korang geli
Aku tak suka pada binatang2 yang kulit licin seperti ular dan katak.Memang meremang bulu roma.

8) Apakah perkara yang paling suka korang buat
Aku suka makan.Tak kiralah apa jua jenis makanan depan mata,insyaallah tak tolak kecuali batu dan kayu.hehe.

9) Makanan kegemaran
Aku suka makanan yang pedas.

10) Kalau sekarang ni dalam tangan ada RM500 korang nak buat apa
Aku guna untuk shopping dan makan. Kat Malaysia ni ada bermacam jenis varieti makanan,so kalau boleh aku nak cuba dan shopping benda-benda yang aku minat macam beli buku motivasi dan novel.

11) Impian korang
Impian aku nak beli rumah@tanah. Tak kisahlah rumah kos rendah ke asalkan aku tak perlu menyewa rumah lagi.Sekurang-kurang aku dah ada keperluan wajib untuk persediaan masa depan.

Okeh siap!!

Sebenarnya games ni ada rules:

Rules you must post these rules. Each person must post 11 things about themselves in their journal. answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer. you have to choose 11 people to tag and link them on the post. go to their page and tell them you have tagged him/her no tag back! no stuff in the tagging section about " you are tagged if you are reading this" you legitimately (a.k.a really, trust, with all honesty) have tagged 11 people.
**syaratnya copy dari Rai

Maaf ya Rai aku tak dapat nak ikut rules tuh!! Takde istimewanya aku ni,perasan macamlah korang nak tau kan.....kahkah. Rules yang terakhir tu pun aku tak dapat nak penuhi gak.Aku ni merupakan orang yang tak rajin nak tag2 orang.Kalau aku join ga atau segmen,memang aku pilih yang takde nak kena tag.

15 comments:

Tihara said...

nak gi ireland sekali..nak nak :)

missSenget said...

best kan kalo dpt jln2 dan makan2...

Rai said...

kalau ko jumpa mesin lipat kain tu tolong order utk aku satu okeh.. berlonggok kain kat rumah ni.. hahaha..

thanks sudi jawab tag..

ratusiput said...

wah rajinnye jawab tag.ratu suke bace tag org buat tp sndiri sangat2 lemau nak buat.ehehe...

Papa Mifz said...

teringin jugak nak ke new zealand...huhu

Tukang Karut said...

impian aku pun nak beli rumah...

Halim RSaga said...

ha.. betul tu .. kalau ada mesin lipat kain nak order jugak .. saya ni malas la nk lipat .. basuh rajin la... hahah .. sebab tekan je...

Sunah Sakura said...

sama la..tak rajin lipat kain... T_T

Iffah Afeefah said...

xley mkn pedasss

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

ramai jer yg derhaka bila buat tag yg nih..sy jer skima ikut rules kiki..


tp betul ler..keje lipat kain paling membosankan..

wahida said...

no 7 ngan no 9 tu kita sama la...hehe...

khaifaiz said...

orang kata new zealand tu cantik... aku teringin juga nak ke sana

wak gelas said...
This comment has been removed by the author.
en_me said...

vahh rajinnyer wat tag tewww.. ehehe

HappyIrfa said...

hai salam kenal dr saya..
oo kawan Rai jugak ker?
saya pun ada hutang tag ngan Rai tapi smpai sekarang belum buat lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...