Kawan - Kawan

Sunday, November 27, 2011

Bersantai Di Telaga Tujuh

Aku cerita pulak pasal Telaga tujuh. Ini merupakan kawasan rekreasi dan masuk adalah percuma. Cuma parking sahaja yang kena bayar.Kereta 2.00 dan motosikal 1.00. Dari Cable Car hanya mengambil masa 5 minit dan ia merupakan jalan mati. Lepas habis berseronok di Cable Car kami singgah di sini.


Tugu yang menyambut kedatangan pelancong. Sejarah Telaga tujuh :


"Telaga Tujuh atau The Seven Wells adalah satu rangkaian tujuh telaga semulajadi yang airnya mengalir dari tujuh mata air. Dipercayai terdapat tujuh orang puteri dari kayangan yang sering mandi dan amat suka akan kesejukan air perigi ini. Terdapat seorang putera raja yang tinggal berhampiran perigi ini dan cuba untuk memikat serta mengahwini salah seorang puteri-puteri ini tetapi masih belum berjaya. Air ini juga dipercayai mempunyai kuasa yang boleh menyembuhkan beberapa penyakit. "



Nak naik ke kawasan ini perlu menaiki anak tangga atau jalan yang mendaki. Gambar kat atas tu kira bahagian bawah. Akan jumpa kawasan ini dulu. Sekiranya nak bersantai dan kawasan yang tidak terlalu ramai orang,silalah mendaki lagi. Inipun rasa nak tercabut lutut.Mencungap gaklah. Kami lepak kat sini jerr.Tak larat nak naik atas lagi...huhu.

Bila sampai di kawasan seperti ini,kena jaga mata dan penglihatan. Banyak ikan2 dugong bersidai. Selamba jerk diorang tuh. Memang tak malu langsung!!.


Notanoti : Walaupun dah 5 tahun aku berada di sini,tapi ini kali pertama aku menjejakkan kaki ke sini.


11 comments:

Daddylicious said...

teringat 20 tahun yg lepas...hampir2 terjatuh dari aras itu....seram ..

Syat0za Zai said...

ikan dugong camne tu? cube snap sikit si dugong tu.. xD

luahfikiran said...

SALAM,
BARU DENGAR NI ... SEPATUTNYA DALAM AIR !

renjerkabloi said...

wow! mcm bes je tempat ni :P

eita said...

kat mana ni hah?..
air terjun memang best....

Papa Mifz said...

bbrp kali ke Langkawi...tapi tak pernah singgah air terjun nih...huhu

Tihara said...

best nye..aku bila tah nk sampai nyer :)

blog-tips-kurus said...

kami p air terjun tu jek, tak naik atas pon..;)

Juliet_iRa~" said...

hee..dl ms gi langkawi kan xnaik smpai atas pon..

sbb dah penat pastu byk kera laaa..huuu

CikGu Ma said...

syok nampak..lamanya tak berkelah...

Fad said...

ala..lama dah nak gi sini..tapi lum sampai lagi..insyaAllah tahun depan...awak mmg dok sana ek...boleh la tlg suggest hotel best2..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...