Kawan - Kawan

Thursday, November 10, 2011

Ceritera Hari Raya AidilAdha..Edisi Masak-Masak

Orang lain daripada Hari Raya pertama dah buat entry pasal daging korban,aku baru terhegeh-hegeh nak citer....kihkih.


Ini sebahagian daging korban yang kami dapat. Ini pada hari raya pertama



Tulang-tulang mak buat sup,organ-organ lain direbus sampai empuk.Letak sedikit garam.




Daging dah empuk,toskan daging tapi air rebusan tak payah dibuang.Boleh digunakan untuk apa jua jenis masakan.Kemudian potong daging nipis-nipis.




Ini rencah untuk rendang daging pedas. Bahan-bahannya merupakan bawang merah,bawang putih,bawang besar,halia,lengkuas,cili kering,kunyit hidup dan serai.



Kemudian letak minyak secukupnya.Bila minyak dah panas masukkan rencah tadi.Kacau dengan perlahan sehingga pecah minyak.Api jangan besar sangat.




Bila bahan-bahan tadi dah "mesra".Masukkan daging yang dah dipotong tadi.Tak perlu masak lama sebab daging tadi dah direbus terlebih dahulu.



Kemudian boleh dimasukkan santan dan kerisik.Boleh juga dimasukkan daun limau purut(jika suka). Biarkan kuah agak kering.Tapi yang ini sengaja dibuat berkuah.Hiriskan daun kunyit untuk aroma yang wangi.Dah siap!!.



Notanoti : rendang ini dimasak oleh abang sulungku....hehe.


12 comments:

dill said...

sedap rupenye~

dill.

Tihara said...

master chef masak..hehee :)

Tukang Karut said...

kalau dapat sup tulang memang terbaik la... tak bangun dibuatnya...

khaifaiz said...

nak try masak juga la

miloais said...

sedapnya rendang pedas....

hajat iols nak jugak buat rendang pedas daging this weekend... harap2 jadik lah... :P

Papa Mifz said...

hebat abg nyer yer...kalo papa mifz ntah apo la jadi nyer...hehe

budak penjara said...

sdpnya nmpk sup tu

Pembunuh Tanpa Bayang said...

nampak sangat menyelerakan.

アヌムちゃん said...

wah byk tu..sedapnyaaa

ABU said...

terlalu indah untuk di makan :P
bak sini aku rasa hahaha

Aza/Rin/Na said...

assalamualaikum ... kak rin pun masih ada lagi daging korban dalam freezer tu - tak tau nak masak apa lagi..:-)
..nampak sedap jer dalam kuali panas2 tu ....

cx's said...

wow. baru berangan nk wut rendang. hehehe tq share dis :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...