Kawan - Kawan

Sunday, October 23, 2011

Lawatan TKSU ke Tempat Kerja..Bolehlah ya tajuk..

Lawatan ini telah diadakan pada 12/10/2011 diiringi bersama ahli-ahli dan wakil dari semua agensi di bawah MOA. Seramai 40 orang yang hadir dan lawatan ini selama 3 jam.





Ketibaan Dato' Dr.Baharom bersama isteri kira-kira 8.30 pagi menggunakan kenderaan jabatan. Ahli2 rombongan yang lain hadir bersama kenderaan masing-masing atau jabatan.


Semua ahli-ahli lawatan dibawa ke bilik taklimat . Penerangan telah dilakukan oleh bos.Taklimat telah diberikan selama 45 minit.




Selesai taklimat ahli-ahli di bawa untuk lawatan ladang. Ini merupakan tempat pelancong2 menunggu kenderaan di bawa ke ladang. Berdepan laluan ini terdapat kiosk cenderahati bagi pelancong2 yang inginkan gambar mereka diletakkan di dalam t-shirt atau mug sebagai kenang-kenangan dengan harga yang berpatutan.




Inilah kenderaan yang akan membawa pelancong masuk ke ladang.Maksimum seramai 16 orang dalam sebuah kenderaan.Ia merupakan sebuah lori yang telah diubahsuai bersesuaian dengan konsep sebagai kenderaan membawa pelancong.





Gambar ini dirakam di ladang.Yang berada di tengah itulah my bos.





Ahli-ahli lawatan berjalan menuju ke kenderaan. Kiosk yang berada di belakang merupakan hentian untuk pelawat2 merasa perlbagai jenis buahan yang dihidangkan secara buffet.



Setelah selesai lawatan ladang, ada acara menanam pokok yang telah dilakukan oleh Dato'. Pokok yang ditanam adalah pokok cempaka putih.




Plak pokok bersama dengan nama saintifik . Berapa lama plak ini akan berada di sini...wallahu'alam. Selesai acara ini ahli-ahli lawatan di bawa menikmati jamuan ringan yang diadakan di dewan terbuka.


Y.Bhg.Dato' Dr. Baharom bin Jani bersama isteri. Tapi yang ini bukan berstatus Datin...opsss terlebih sudaaa...ha ha.




Dato' menandatangani buku lawatan sebagai tanda penghargaan sempena lawatan beliau.




Sebelum balik,Dato' bergambar bersama semua ahli-ahli dan sebahagian kakitangan.





Last sekali, acara lepak2, berehat dan makan-makan setelah penat berkemas.

Sekiranya korang bercuti di Pulau Langkawi.Bolehlah masukkan tempat ini sebagai salah satu tempat yang boleh dilawati sekiranya ingin menikmati buah-buahan segar dari ladang di samping menikmati keindahan panorama alam.

Notanoti : Korang dah boleh agak kan di mana tempat ku bekerja.Ramai yang bertanya tapi aku agak segan untuk memberitahu secara "direct"......:)




30 comments:

Rina Rahamat said...

upssss...bukan datin maknanya hehe

NasQ said...

langkawi yea... ok... nanti aku sampai sana aku bagitau kau ek...

IntaNBerliaN said...

lori yang dah diubahsuai tu nmpak mcm syok.. hihi

IntaNBerliaN said...

lori yang dah diubahsuai tu nmpak mcm syok.. hihi

penjajah minda said...

macam tengok safari lak.hehe

lieynanilaz said...

rina...paham2 sudah..hehe.

tukang karut..ni mesti kamu nak honeymoon kat sini kan...:)

intanberlian...anda kena rasai sendiri..hehe.

penjajah minda....sini banyak pokok2 jela..:)

Acik Erna said...

lieyna kerja dilangkawai ke..
Moa kementerian kan..dibawahnya banyak jabatan..acik pun keje disalah satu jabatan dibawah Moa.

Chik Att said...

kena bagi tau kat mana ....nanti boleh lee kite2 ni pegi ....

Tie HT said...

putiss gebus binik dato itu..he3 saya sudah nampak tuan blog :)

Nasz said...

ada plan nak g langkawi. tapi tak tau bila lagi.

Umie Nadhirah said...

bestnye jadi dato.. :P

lieynanilaz said...

acik erna...yup MOA tu Kementerian entah2 kita satu jabatan..erk..erk..kenal tak Dato' tu...kihkih..

chik Att...nanti saya bagi klu sikit2 yerk...tapi sebelum ni pun ada gak klu sikit2 dalam entry sebelum2 ni pasai opis..:)

Cik Ina Do Do Cheng said...

oppp tu cik ina dah nampak, ha ha dah tahu yeak yeak.ramainya orang melawat ladang.kui kui

khaifaiz said...

langkawi ke kak long... baiklah... nti sy melawat kt sana plak...

[leily.laily] said...

cumel isteri datuk.. heheh, sempat lg !.. ;-p
psstt, awak kije ngan moa ke?
sy pun under moa, penempatan doa.. =)

lieynanilaz said...

leily...oo u kat doa yaa....saya err..err..cari sendirilah..kihkih.

Unknown said...

pengkongsian yang baik liey

kak ayu sebenarnya tak pernah kerja goment.. so tak ada pengalaman melihat2 pekerjaan dan lawatan kawan2 dan staff syarikat membuat apa2 kerja luar..

thanks syer ya

Unknown said...

hish..kenapa nak segan..kerja apa pun asalkan halal..mulia tau.. aku ni keja kerani je pun.. buat apa nak malu..hehehe..

Unknown said...

SALAM,
TERIMA KASIH SINGGAH KAT LF. NEXT GATHERING, INSYAALLAH DI BBBangi. KENA DATANG

lieynanilaz said...

aiyark...LF...jauh tu..saya ni kat utara...tapi kalau saya outstation ke HQ..insyaallah...:)

lieynanilaz said...

Rai...aku pun keje biasa2 jerk...kalau kita main teka-teki gini lagi best...kihkih..

aamalinaazman said...

ops
gosip ttg datuk pon ade ye
kekekeke
besh2 =]

Unknown said...

kenal rapat dengan Dato ni...our regular customer..very humble and nice person :)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
August said...

Saya menduga beliau adalah sahabat saya waktu studi di Shiga University Japan 1989 - 1991. Bolehkah saya mendapat nomor telpon Dr. Bahrom Jani? Terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...