Kawan - Kawan

Tuesday, December 27, 2011

Aktiviti Cuti Krismas!!

Ini cerita masa cuti Krismas . Aku dengan 6 orang opismate telah sepakat untuk ke Sg.Petani. Naik feri awal pukul 7.30 pagi. Masa di jeti aku kelam kabut cari kawan-kawan.Janji jumpa di jeti.Bila tak jumpa dengan yakin p beli tiket dan terus pegi ke feri. Mungkin kawan2 dah masuk feri. Tup-tup dapat call dari opis yang kawan-kawan dok kalut tunggu aku padahal aku dah masuk feri..kah kah kah. Diorang dapat feri pukul 8.30 pagi dek kerana tunggu aku, tapi nasib boleh naik feri pukul 7.30 gak sebab seat banyak kosong. Sampai kat jeti Kuala Perlis tahan telinga jerklah kena bambu ngan kawan-kawan.



cik ina,ratu kebaya dan hantu kak limah , roti massimo dah masuk ke langkawi, dapat gak merasa roti yang lembut ini. Jeng - jeng aku beli roti ni untuk buat roti puff..beli yang paling besar plak tu..hambikk.

Ini intinya yerk.Gigih aku buat inti dulu . Resepi boleh klik SINI.

Tapi ada yang aku ubah sikit.Jangan mare ya ratu kebaya.
Projek lipat-melipat ni aku buat sebelah malam. Sambil buat sambil aku tengok drama cerekarama.Aku lupa tajuklah..hehe. Bila dah siap dilipat aku simpan dalam fridge dulu. Gigih bangun pukul 5 pagi semata-mata nak goreng roti puff ni. Memang sedap weh!!..ini kawan-kawan yg puji tau....licin beb!!.Manalah tau makcik-makcik yang pegi rombongan cik kiah ni ada anak teruna,berkenan nak jadikan aku menantu..kah kah kah.

Ada kisah pergi ke Sg.Petani, sebenarnya aku dan geng pergi ke kenduri opismate . Tapi yang kami pergi ni sebelah perempuan sebab kawan aku ni tak buat di pihak lelaki. Lepas pergi kenduri jalan-jalan plak di Alor Setar, dah alang-alang keluar dari pulau apa salahnya shopping dan cuci mata . Habis gaklah ratus2 dek kerna terjebak membeli kain pasang di Jakel. habis duit bonus..kui kui kui. Naik feri pukul 7.00 tapi feri bertolak pukul 8.15 malam. Sampai di rumah pukul 10 malam . Walau letih tapi puas .





13 comments:

faraherda.razalan said...

Wah! Awak mengingatkan sy ms bujang2 dulu. G piknik, bwk juadah2 mcm nie. Aiseh! Rindu gile!

LadyBird said...

rs terliur sgt2..

mgkn lpr kot..

nk sikit..

Zul fattah said...

macam best je..? lapar la plak?

Chik Att said...

mana gamboo roti dah digoreng tu ...

NasQ said...

lapo!

Tie HT said...

okay la jugak ada duit bonus..leh sopin moping ..sedap arr karipap roti tu..bak cket :)

r-5 said...

peh seronoknye berjalan.. huhuhu

Cikgu Ma said...

org kedah rupanya??

**sedap!!

sejenis ketagihan

Shila said...

best nya jalan-jalan cuci2 mata...


hihi..

mintak sket roti puf tu..

Unknown said...

besnya...lama tak piknik2...

lieynanilaz said...

chik Att...ada amik gambar roti digoreng tapi bila diupload gambar jadi rosak..huhu..

Cik Ina Do Do Cheng said...

sedap kan roti masimmo, tinggal kat selatan je belum sampai : )

Renjer Sungai said...

sedapnye tgok roti tu :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...