Kawan - Kawan

Thursday, April 19, 2012

Pengalaman di KK - Part II

Aku sambung kisah pergi ke Kota Kinabalu.Maaflah gambar kurang memuaskan.



Tihara - Masihkah kau ingat pada boyfried berbaju merah itu...hehe.


Sepanjang berada di Kota Kinabalu,kami menginap di hotel Deeleton.Hotel ini rate 2 bintang sahaja tapi bagi pendapat aku,ok dan selesa.Hotel ini berdepan ngan hotel Meridien (kalau tak silap) dan dekat je ngan pasar malam .

Bila malam memang itu port kami makan dan berjalan kaki sahaja dari hotel. Pasar ini bersebelahan dengan pasar philipines yang terkenal dengan jualan mutiara. Kami hanya tuju kedai Anum sahaja sebab kawan yang berbaju merah tu memang kenal dan kalau ke Sabah memang wajib singgah. Diskaun yang dibagi memang berbaloi siap dapat free gift lagi.

Pergi ke pasar philipines memang gila kooo tengok mutiara yang cantik2.Rasa nak borong semua tapi nasib baik sedar diri duit kat poket tak berapa nak tebal, aku hanya membeli untuk diri sendiri,mak + adik2 perempuan + housemate. Rabaklah jugak dalam 150.00.

Ada juga kedai-kedai yang menjual bermacam jenis ikan kering + makanan orang sabah. Aku sekadar beli ikan keropok(itupun orang kirim) + memborong kuih cincin + keropok ikan sebagai buah tangan untuk kawan2 opis.


Makan Abc sebagai penghilang dahaga setelah puas berjalan kat sekitar pasar malam. Rasa sedap dan ada buah-buahan campuran+makaroni. Ingat nak order satu lagi tapi segan nanti kena kutuk just minuk air masak je yg ada kat meja...haha.


Kat pasar malam ni ada 3 department - bahagian ikan+seafood (rege memang murah jauh beza ngan semenanjung),bahagian sayur + bahagian makanan. Banyak kedai-kedai makan dan harga lebih kurang ngan semenanjung). aku + kawan2 lebih teruja dengan ikan+seafood bakar.Ikan besar2 dan rege memang murah.



Dinner - kami makan nasi goreng.nasi punyalah banyak. Tak habis dan malam kedua just order 2 pinggan dan share 4 orang.memang puas hati makan. Adds on ikan bakar 2 jenis + sotong bakar yang dibeli.



Licin beb!! Ikan tu isi lembut dan manis. Cuma sayang nasi tak habis. Malam seterus repeat menu yang sama cuma try ikan bakar yang lain pula.



nonanoti : Ada sambungan lagi tau...tungggu..haha.



22 comments:

Kira Sakura said...

abg sepupu yg dok kat labuan kata seafood kat sana mmg murah2.. dan pernah ada sape ntah cite kt saya.. ada org yg dok kt labuan dtang semenanjung order seafood dn terkejut harga yg mmg berbeza sgt..

Afasz said...

knp ikan tu tak habis?????sy suka gila kalau ikan.....ikan apa tu ek???????byk isi !!!

Afasz said...

salam perkenalan + follow ur blog

http://afasz.blogspot.com

Tie HT said...

Ya Allah wak rahman ke tu..nape slim sgt..he3 ni yang jeles ni :)

sedap2 nye makanan kat sana..best la kalo join sekaki ni :)

khaifaiz said...

kalu yg kaki makan tu boleh la pergi kesana...

Unknown said...

wah mewah nyer dgn makanan...

lieynanilaz said...

tihara...kurus ke wak..tak prasan plak!...haha.

Rina Rahamat said...

makaroni dlm ABC? unik tu..


nasik goreng 2 pinggan blh share 4 org? wah mmg bnykla tu kan

Niza Romli said...

sotong bakaqqq...shedap woo!
tak pernah lagi ke KK...Insyaallah, satu hari nanti ;)

Asrul "iLham" Sany said...

seafood sana memang superb!

NasQ said...

erm... aku dah tak makan dekat pasar tu dah lepas nampak tikus sebesar kucing...

WuMing said...

Wah... best..best belaka...

Pondok Usang said...

belum pernah sampai sabah sarawak lagi..

Cenderahati-Perkahwinan said...

Banyaknya lauk atas meja,
teringin pulak nak mkn nasi berlauk.

nabilah_2908 said...

dah sampai Sabah..salah satu tempat yang sy belum pernah sampai...seronoknya... ;)

Cho Zila said...

ehm...seronok jalan2 kat sabah yerk.. sayapun suka tengok mutiaratu.. tapi tuler tak leh beli banyak2 poket tak tebal...
sedap yerk... nampakpun tau,,,

Afasz said...

hhoho singgah sini, tp tiada update lg...masih menunggu :D

emarieys said...

saya pergi makan kat belakang pasar filipin...tak terjumpa restorannya..

miloaiskurangmanis said...

ikan bakar!
iols suker...hiks

jauh uols jalan2....

Ujie Othman said...

saya pulak tak minat mutiara2 tu..just beli utk mak dan kakak je.

yg terkilan tak sempat nak merasa mknn laut, sbb sakit pulak..sakit perut & muntah2. dok dlm bilik hotel je..sedih betul. takde rezeki.

Unknown said...

makan ramai-ramai memang sedap, sayangnya tak habis...

Cik Ina Do Do Cheng said...

cer cite baju merah tu sapa ? opss. manalah nasi ko tak habis , makan lauk je, dah lauknya banyak sedap plak : )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...