Kawan - Kawan

Tuesday, March 29, 2011

Hujan yang turun...



Tempat korang hujan tak??? Di bumi Langkawi ni dari petang semalam membawa ke malam hujan lebat.Pagi ni pun matahari belum menampakkan diri lagi..hujan lebat lagi...

Pegi keje dengan perasaan bercampur baur...aku jarang nak drive dalam keadaan hujan lebat..tapi terpaksa gaklah kang x pasai punch card merah..lagi haru. drive pun dengan kelajuan yg slow dan berhati2..kena bagi perhatian pada penunggang motor..cuba elakkan daripada melanggar percikan air...aku paham perasaan diorang...dulu aku pun minah rempit...akan maki hamunlah pada kete2 yg x reti nak slow pada lopak2 air..habis basah ...grrrr.....

waktu ni pun aku tengah menggigil kesejukan...ekon dah mati pun tapi masih sejukk...perut pun lapar...hujan2 gini sedap makan sekut dicicah air kopi...tingat zaman2 kecik...time2 ni mmg makan jerklah kejenya..ihikss...bila hujan berenti...p berkubang atau main air... x pk bahaya...yg penting hepi main  ngan kengkawan...alangkah best kalu nostalgia itu boleh diputar balik...

notakaki:walau kita kekadang merungut ..tapi kene pk positif..ada rahmat kenapa Allah turunkan hujan supaya manusia ni sentiasa bersyukur dan memandang ujian atau bala itu sebagai sesuatu yang baik untuk direnungi bersama...renung-renungkan dan selamat beramal.

2 comments:

miloais said...

iols kat KL
dari semalam panas sangat

tho pagi tadi cam nak hujan
macam jer lah....
tapi tak hujan pun

Lieynanilaz said...

miloais..kat sini hari2 ujan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...