Kawan - Kawan

Thursday, April 21, 2011

Jalan-Jalan Ke Thailand...Part 1

Trip ni ni sebenarnya pada 01-03hb April 2011.Seramai 20 orang geng opis yg join.Berkumpul di depan Jettypoint,Kuah pada pukul 8.00 pagi,tapi biasalah janji melayu pukul 9.30 baru naik feri.Kebetulan pagi tu hujan renyai2.Perjalanan mengambil masa 1 jam untuk sampai ke Satun,Thailand. Kami masuk menggunakan border pass dan menggunakan khidmat agensi pelancongan The Blue World Travel Sdn Bhd.


Ini di depan Jetty Pelabuhan Tammalang,Satun.Tiba di sini perlu melalui Kastam dan beratur untuk mengecop borderpass@passport.Kami dibawa ke Hatyai dengan 2 buah van dan mengambil masa selama 1 jam perjalanan.

Destinasi pertama ialah Jabatan Pertanian kot.Lupa nama tempat tu.Di sini penduduk tempatan akan diberikan pendedahan/pembelajaran pertanian secara percuma. Kami dijamu dengan bihun goreng (org Malaysia panggil)-lupalah diorang panggil apa padahal en.Edy selaku ketua guide ada mention namanya..hehehe..agak kasar sket teksturnya.

Ini merupakan rencah untuk dimakan bersama bihun tadi-ada serbuk cili,cabai potong dan 2 mangkuk lagi tu x ingat..hehehe..

Kami dijamu juga dengan jagung rebus yang besar2 dan manis. Kira berbeza dengan yang ada di Malaysia.Sempat juga kami melawat ladang jagung .Apa yg kami perhatikan buah jagung akan dibalut menggunakan kertas pembalut buah. Dalam gambar tu bukan orang Thai tau tapi rakan2ku...:)


Selepas itu kami dibawa makan tengahari pula di salah sebuah restoran Islam.Di sini agak payah sket untuk mencari restoran halal.Kena berhati-hati.Antara menu yg dihidangkan-ada kerabu dan tomyam..biasalah org Thai kan mmg terkenal dengan makanan ini.Licin kami bedal mgkn sebab cuaca yg kebetulan hujan renyai2 dan perut pun sentiasa lapar jerk.


Lepas makan acara shopping plak.Kami dibawa ke salah sebuah bazar yang terkenal di Hatyai.Nama tempat tu...err....err...err...lupalah....kihkihkih.Antara barangan yang dijual seperti baju,kasut,dompet dan lain-lain.Tak jauh beza dengan apa yg ada di sini.Kena pandai tawar-menawar.Ada sesetengah penjual boleh berbahasa melayu,agak mudah untuk urusan jual-beli. Namun timbul jugak masalah bahasa apabila berdepan dengan penjual yg tidak boleh bertutur dalam bahasa inggeris..time ni kenalah minta bantuan dengan guide sebagai orang tengah.


Di sini kami diberi masa selama 2 jam.Apalagi semua tempat kami ronda/pusing.Setelah penat kami berhenti makan di deretan gerai2 yg ada depan bazar.Harga makanan mmg murah tapi kena berhati-hati dengan anjing yang banyak berkeliaran.


Sempat berposing di deretan kedai dalam bazar..


Habis shopping kami di bawa check-in di Lee Garden Hotel.Taraf 3 bintang.Kira oklah.Masalah utama di sini tiada paip dalam tandas.So kenalah gunakan tong sampah untuk menadah air.Malamnya pula kami dibawa makan malam dan bershopping di pasar malam.Balik ke hotel pada pukul 12 mlm(waktu Malaysia)-waktu Thai lambat sejam.Maknanya pukul 11 malam.






Bersambung ke part II......







































4 comments:

Tie HT said...

at last :)

sedapnye jagung tu..ak ske jagung

Sharinginfoz said...

seronoknya dapat pi jalan2

lieynanilaz said...

tihara...aku mkn 2 ketul lagikk...dahlah besar2...kenyang gilerr...:)

sharinginfoz....jln rehatkan minda mmg best...:)

uncle gedek said...

sawadikap!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...