Kawan - Kawan

Sunday, May 8, 2011

Tips Diet

Ilmu yang berguna bagi sesiapa yang ingin kekal cantik dan sihat.Jom baca dan praktikkan..


Tip #1: Minum air yang banyak
Air akan terhidrat dari badan terlebih dahulu. Tapi air juga adalah salah satu medium penting untuk ‘menipu’ badan anda bahawa anda sudah kenyang. Air kosong sangat membantu. Minuman lain seperti jus buah tidak mampu memberi kesan yang sama seperti air kosong. Minuman yang lain tidak mempunyai jumlah kalori yang mampu menampung badan anda ketika anda diet. Bonus; kulit kekal elastik walaupun anda sudah hilang berat.


Tip #2: Set gol anda
Set gol anda adalah satu perkara penting semasa diet. Kalau boleh, gol anda itu agresif tapi masih boleh dicapai. Anda akan cepat putus asa jika tidak mempunyai gol yang realistik. Cabaran selalunya memberi inspirasi untuk kita mencapai sesuatu. Jika anda boleh mencari pasangan untuk bertanding menurunkan berat badan dengan anda, proses diet anda akan menjadi lebih menarik dan anda akan mencapai hasil yang lebih baik.


Tip #3: Makan banyak
Ya. Makan banyak. Baca lagi dan lagi. Makan banyak. Makan banyak makanan yang mempunyai jumlah serat yang tinggi. Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan. Kenyangkan diri anda dengan diet ini bagi mengelakkan diri anda ‘mengidam’ makanan tinggi kalori seperti makanan ringan.


Tip# 4: Gerak!
Ini cara paling mudah. Berdiri atau bergerak beberapa langkah mungkin merupakan salah satu cara paling senang dalam hidup untuk membakar kalori. Berkebun, bermain bola sepak, berjalan kaki, berbasikal atau bermanja-manja dengan si dia mampu membakar kalori dengan banyak. Rahsianya ialah anda tidak akan hilang berat jika anda tidak menggunakan kalori lebih dari yang anda makan. Lebih banyak aktiviti ringan yang anda lakukan, lebih tinggi nilai kalori anda akan bakar, lebih banyak berat anda akan hilang. Anda hanya perlu rajin meggerakkan badan tanpa perlu benar-benar melakukan senaman.











Sumber : masuk SINI











p/s : sekiranya menjadi amalan...insyaallah akan berjaya...:)

3 comments:

Tihara said...

Aku rasa sb ak tk senam la brat ak makin naik..

ღ p!nk veLvet ღ said...

thanks 4 sharing tis *wink wink*

Akulah.com said...

makan julappppppppp

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...