Kawan - Kawan

Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Wednesday, May 9, 2012

Tumpuan

memberi tumpuan
mata memandang ke hadapan
harap input masuk ke kepala
bukan menerawang entah ke mana

Kalau dalam keadaan begini
dalam suasana dingin
mata akan menjadi layu
tumpuan menjadi lemah

tetapi saat begini
apa yang ditunggu
adalah jamuan/hidangan
yang dihidang

bila tiba saat itu
kelihatan ramai yang gembira
wajah yang suram
menjadi ceria

notanoti : ketika ini aku berada di dalam bilik taklimat. Ada kursus daa. nasib baik dibuat kat my opis. esok skip sebab pegi lawatan...yeayyy.

Tuesday, May 8, 2012

Kerja Oh Kerja

Selamat Petang
Setelah 2 hari tak menjenguk
bersawang dah rumah..haha.

tuan rumah agak kebizian
disebabkan dek kerna bulan Mei
ramai yang buat event kat jabatan ini
agak tertonggeng2 kami
yang tak seberapa ramai ni
nak menyediakan tempat/kemudahan

Ada juga event yang bertembung tarikh
nasib baik dari HQ (tapi department lain2)
so mereka tidak kisah sekiranya tempat
tidak berapa memuaskan dari segi facilities
asalkan sampai juga ke langkawi
(kadang aku pun tak paham mentaliti mereka..datang sini atas urusan keje atau nak shopping lebih..haha.)


Kesian
pada bos yang aku tengok nampak serabut
sebab jadualnya penuh
dengan event2/kursus/mesyuarat

Diharap program2 yg diatur
tidak dihentam oleh pihak2 yang lain
kami akan cuba membantu
apa yang termampu bagi menjayakan majlis

notanoti : hanya esok sahaja kerja.lusa akan pergi lawatan ke KL dan Melaka...yeayyyy.

Sunday, April 29, 2012

Hari Anugerah

baru saja habis event Hari Anugerah.Ini merupakan kali kedua. Sebenarnya hari anugerah ini diwujudkan bagi penyampaian APC bagi kakitangan sambilan cemerlang. Untuk penambahbaikan telah ditambah 4 anugerah yang baru bagi meraikan staff dan orang luar yang banyak menyumbang kepada pencapaian yang telah diperolehi oleh my opis.

Sesi pagi ada 2 ceramah yang telah disampaikan oleh 2 orang pegawai dari HQ. Seorang bercakap berkaitan motivasi dan seorang lagi berkaitan sumber manusia. Banyak input yang aku dapat terutama mengenai motivasi tentang diri dan kerja berpasukan.

Waktu tengahari pula diadakan jamuan (part ni yg paling ditunggu..haha) dan penyampaian sijil dan plak kepada pemenang. hanya calon APC sahaja yang menerima wang tunai bagi memotivasikan diri dan menghargai jasa mereka walaupun bukan kakitangan tetap. Bila ada majlis seperti ini staff boleh mendapat ilmu dan saling berkongsi bergembira dan meraikan  dengan kejayaan orang lain. Bukan mudah untuk menilai dan mencari calon yang tepat. Segala kriteria diteliti dan keputusan dibuat bersama. Moga majlis seperti ini akan diteruskan lagi.

Nonanoti : aku sempat berjumpa dengan pengarah Sumber Manusia berkaitan permohonanku. Semoga aku akan mendapat berita gembira.Doa-doakanlah.

Tuesday, December 20, 2011

Masak Lemang Cara Moden

Sekarang kan zaman teknologi. Berbagai-bagai benda dicipta untuk kemudahan manusia yang sibuk berkerjaya. Tidak terkecuali dengan majikanku yang terkenal dengan penyelidikan. Salah satu rekacipta yang berjaya adalah mesin lemang. Kaedahnya sama je macam masak lemang cara traditional. Cuma berbeza adalah ianya mesra alam dan memudahkan kerja.Tak perlu nak tunggu berjam-jam dan dok jaga api.



Inilah mesin lemang. Terdapat 13 batang besi lemang. Ada yang bersaiz besar tau. Yang ini kami beli yang kecil.Tujuan beli untuk mempelbagaikan jualan dan dapat meningkat hasil pendapatan. Beli bulan lepas tapi dok tersadai jerk kat pantry sebab takde yg tau guna mesin ni. Sudahnya terpaksa kami import tenaga pakar dari luar. kihkih.




Beras pulut kena rendam semalaman. Untuk 13 batang kena guna 6 kilo beras pulut. tak kisahlah nak guna beras pulut biasa atau beras pulut susu. Kami guna cuma 5 kilo beras pulut susu.



Ini antara barang-barang yang diperlukan. Ada penimbang,garam,bekas penyukat dan santan. Setiap batang ada sukatan yang sama bagi rasa tu sekata. Masa demo cikgu dok sukat segala jenis bahan.




Ini batang lemang. Saiznya panjang sikit daripada buluh . Aku tak ukur plak..hehe.


Batang besi ni boleh dibuka seperti gambar tu supaya mudah nak keluarkan bila dah masak.




batang besi yang kat atas akan dimasukkan ke dalam batang besi ni plak sebelum dimasukkan ke dalam lubang yang ada di mesin.



Ini cara-cara gulung daun pisang supaya mudah nak masuk dalam batang besi.Ini bukan cikgu yerr tapi anak murid yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan mesin lemang.Nak mudah guna empulur@batang pisang yang kita lurut daunnya. Seeloknya guna daun yang warnanya hijau tua.





ok.Ini lah cikgu demo. Kami import dari Alor Setar. En.Zaman memang mahir dalam bab2 ni. Tu pasal jemput dia untuk mengajar cara guna mesin ni. Ni dia tengah tunjuk cara nak masuk daun tu. Kena buat elok2 agar daun tak terkoyak dan masuk cantik.




Lepas tu boleh masukkan beras pulut. Kemudian masukkan santan yang telah dicampur sedikit garam. Bila dah siap set suhu pada 170-180'C dan bakar selama 2 jam. Kena tengok2 gak sebab mesin ni bukan automatik akan off sendiri. Hasilnya lemang memang terbakar elok dan tidak berkerak. Aku tak sempat nak snap lemang tu sebab masing2 dok sibuk nak potong dan makan. Siap ada yang sponsor gulai daging dan serunding.


Tengok.Masing-masing tak sabar nak makan. Bayangkanlah kebetulan waktu lemang masak time staff balik. Tu yang berebut -rebut nak makan.




Sunday, December 11, 2011

Cerita LIMA lagi!!

LIMA dah berakhir semalam. Dari hari khamis lagi ada beberapa jalan di Langkawi ni sesak. Lagi-lagi jalan yang di airport dan pantai chenang. Memang ramai orang luar yang masuk untuk menyaksikan LIMA.

Sejak dari tahun 2006 aku menjejakkan kaki ke sini,LIMA 2011 pertama kali aku masuk ke Dewan Pameran. Tahun2 sebelum ni aku hanya tengok pertunjukan dari opis sahaja yang kebetulan dekat dan berada di atas bukit. Tahun ni masuk pun sebab ada kawan yang bekerja sebagai tentera udara bertugas sempena LIMA. Kalau tak kerana kawan aku tu takdenyerrr aku nak masuk..haha. Tiket tahun ni pun murah.Hanya rm10.00 berbanding rm30.00 tahun sebelum ni. Dibuka untuk orang awam pada 09-10hb/12 sahaja. Tapi rezeki aku masuk free sebab kebetulan aku nak masuk dewan terserempak dengan member opis yang nak keluar dewan. Dia bagi pass suami,dapatlah pengecualian beli tiket.

Berpeluang masuk ke sini dapatlah lihat beberapa jet atau kapal milik TUDM dan dari negara2 luar. Kebetulan aku masuk pertunjukan udara nak bermula.Dapatlah tengok secara dekat. Mula2 aku dengan kawan tengok di landasan,makin lama makin ke belakang,tak tahan dengan cuaca...haha. Panas terik. Aku tunggu kawan habis bertugas (gigih tunggu sebab aku pow t-shirt LIMA..kihkih) .

Di dalam Dewan pulak,terdapat booth yang mempamerkan model2 kapal. Aku tak pusing2 sangat.Ramai gak yang aku tengok di tangan kanan kiri penuh dengan beg2 souvenier. Rajin diorang pegi menjelajah dari satu booth ke satu booth. Aku setakat harapkan souvenier dari TUDM...hehe. Kat bawah ni adalah beberapa gambar yang sempat aku snap,nak amik secara dekat,dah kena halau sebab pertunjukan nak mula. Kapal2 ni yang TUDM punya.








yang kat belakang tu boyfren aku...kah kah kah.

nyibuk jerk interframe...hehe.




Notanoti : Bila bertemu dengan "seseorang" yg pernah bertahta di hati,luaran nampak okay tapi di dalam......


Tuesday, December 6, 2011

LIMA

Hari ni dah bermula LIMA hingga 10hb Disember 2011. Ramai orang di bumi Langkawi ni. Pening plak rasa bila tengok orang ramai.haha. Malam tadi dah bermula pameran dan ada pertunjukan pentas. Aku saja jalan-jalan ikut member rumah yang kebetulan jaga booth.



Ini booth kawan aku. Kawan aku kerja di bahagian Geopark, LADA.Pernah dengar??Kalau nak tau lebih lanjut boleh berkunjung ke sini.



Antara batuan2 yang dipamerkan. Sekiranya berminat nak tau lebih lanjut berkenaan geopark boleh bertanya lanjut kepada staff yang bertugas.



Ini lagi antara batuan dan galian yang dipamerkan. Yang buat peace tulah member aku.


Ini di booth Mah Meri Kraf (negeri selangor). Mula2 aku ingat patung. Masa aku dok renung tu tetiba bergerak.Terkejut gaklah aku.Nasib baik aku takde sakit jantung. Lepas tu aku tanya kat orang sebelah patung ke orang. Tiba-tiba aku dengar "tada". Sweet jerk aku tengok muka makcik ni. Tengok pandai plak posing.




ini booth pameran. Ada bermacam barangan yang dijual. Antaranya produk makanan,batik dan juga beberapa agensi kerajaan yang turut serta menjayakan. Ada juga pentas disediakan.Pengacaranya ialah Mahadzir Lokman dan ada artis gak iaitu Ning Baizura. Tarian tradisonal juga ada seperti zapin, inang,tarian india dan cina. Kita kan 1 Malaysia.


Kalau ada event macam ni, mesti ramai yang menjual makanan dan minuman. Aku tertarik dengan gerai ni. Mesti yang dok meniaga ni teruna2 belaka.kahkahkah.


Notanoti : Nanti aku update lagi yaaa......:)






Sunday, October 23, 2011

Lawatan TKSU ke Tempat Kerja..Bolehlah ya tajuk..

Lawatan ini telah diadakan pada 12/10/2011 diiringi bersama ahli-ahli dan wakil dari semua agensi di bawah MOA. Seramai 40 orang yang hadir dan lawatan ini selama 3 jam.





Ketibaan Dato' Dr.Baharom bersama isteri kira-kira 8.30 pagi menggunakan kenderaan jabatan. Ahli2 rombongan yang lain hadir bersama kenderaan masing-masing atau jabatan.


Semua ahli-ahli lawatan dibawa ke bilik taklimat . Penerangan telah dilakukan oleh bos.Taklimat telah diberikan selama 45 minit.




Selesai taklimat ahli-ahli di bawa untuk lawatan ladang. Ini merupakan tempat pelancong2 menunggu kenderaan di bawa ke ladang. Berdepan laluan ini terdapat kiosk cenderahati bagi pelancong2 yang inginkan gambar mereka diletakkan di dalam t-shirt atau mug sebagai kenang-kenangan dengan harga yang berpatutan.




Inilah kenderaan yang akan membawa pelancong masuk ke ladang.Maksimum seramai 16 orang dalam sebuah kenderaan.Ia merupakan sebuah lori yang telah diubahsuai bersesuaian dengan konsep sebagai kenderaan membawa pelancong.





Gambar ini dirakam di ladang.Yang berada di tengah itulah my bos.





Ahli-ahli lawatan berjalan menuju ke kenderaan. Kiosk yang berada di belakang merupakan hentian untuk pelawat2 merasa perlbagai jenis buahan yang dihidangkan secara buffet.



Setelah selesai lawatan ladang, ada acara menanam pokok yang telah dilakukan oleh Dato'. Pokok yang ditanam adalah pokok cempaka putih.




Plak pokok bersama dengan nama saintifik . Berapa lama plak ini akan berada di sini...wallahu'alam. Selesai acara ini ahli-ahli lawatan di bawa menikmati jamuan ringan yang diadakan di dewan terbuka.


Y.Bhg.Dato' Dr. Baharom bin Jani bersama isteri. Tapi yang ini bukan berstatus Datin...opsss terlebih sudaaa...ha ha.




Dato' menandatangani buku lawatan sebagai tanda penghargaan sempena lawatan beliau.




Sebelum balik,Dato' bergambar bersama semua ahli-ahli dan sebahagian kakitangan.





Last sekali, acara lepak2, berehat dan makan-makan setelah penat berkemas.

Sekiranya korang bercuti di Pulau Langkawi.Bolehlah masukkan tempat ini sebagai salah satu tempat yang boleh dilawati sekiranya ingin menikmati buah-buahan segar dari ladang di samping menikmati keindahan panorama alam.

Notanoti : Korang dah boleh agak kan di mana tempat ku bekerja.Ramai yang bertanya tapi aku agak segan untuk memberitahu secara "direct"......:)




Monday, September 26, 2011

Sambutan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Opis

Di akhir-akhir bulan Syawal masih ramai lagi yang buat rumah terbuka.Tidak terkecuali opis juga turut buat gak tapi tidaklah secara besar-besaran.Jemputan hanya terdiri dari staff dan keluarga dan juga beberapa orang masjid untuk bacaan doa selamat.



Majlis diadakan pada 23/09/2011 pukul 9.00 iaitu selepas isya'.Namun sebelah siang kira-kira pukul 2.30 petang staff telah membuat gotong royong untuk membuat persiapan.



Ketika ini sedang sibuk menyiapkan gulai daging. Selain itu sambal ayam juga ada.Lauk ini untuk dimakan bersama dengan ketupat palas dan ketupat segera cap nona.




Ketupat daun palas ni pulutnya dah direbus separuh masak agar tak lama untuk merebus. Part penyediaan bahan memang akan disediakan oleh staff wanita . Tukang masaknya pun wanita gak..staff lelaki plak sediakan kerusi,meja di dewan terbuka.




okeh. ini dibahagian malam.acara makan2.ini dibahagian dessert.ada puding,agar-agar,kuih raya dan kacang.





Bila dah selesai bacaan doa selamat.memasing serbu makanan. perasan tak ramai serbu bahagian sate. itu pun yg laku..cepat habis beb...hehe.





Ini bahagian makanan berat. Ada ketupat,ketupat daun palas,laksa dan bihun goreng (hat ni order)






Kek yang sangat cantik . Rasa sayang nak potong tapi kena potong gaklah.Budak2 dah siap tunggu kat tepi.Licin beb.



Last sekali acara basuh pingganlah. ini antara orang kuatnya...haha.Majlis selesai pada pukul 11.30 malam. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Tetamu yang hadir kira-kira 200 orang. Sesekali bila buat majlis sebegini boleh mengeratkan silaturrahim di antara staff dan keluarga.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...