Kawan - Kawan

Tuesday, November 29, 2011

Puding Karamel Yang Mudah dan Cepat!!

Aku dapat puding karamel instant ni dah lama.Mungkin awal bulan hari tu kot dan dah selamat di makan pun. Ini baru terhegeh-hegeh nak buat entry.kihkihkih.

Puding ni aku dapat daripada Rai sempena menang dalam segmen yang dianjurkan. Mula2 dapat bungkusan aku cuak gak.Pengirim lelaki,dah aku terpk2 siapakah gerangan yang memberi ni.Bila tengok pada kandungan tertulis puding,baru aku teringat siapa yang menghantar. Terima kasih ya Rai.Meh tengok cara-cara nak buat puding ni:


Puding dan sebelah tu karamel atau gula hangus. Dah disediakan.Tinggal nak tuang jerk.

Hanya perlu tambah susu cair sahaja sebanyak 1 tin. Tin ini juga digunakan untuk menyukat air sebanyak 2 tin. Tak kisahlah guna jenama apa pun janji susu cair....

Masukkan puding dan susu cair dalam periuk.Kacau perlahan menggunakan api yang kecil.Jangan biarkan berketul atau bergentel. Kena sentiasa kacau dan tunggu sehingga mendidih.



Bila puding dah mendidih,matikan api dan boleh dituang ke dalam bekas. Karamel tu boleh dituang ke atas puding tersebut. Masukkan dalam fridge untuk mempercepatkan proses pembekuan. Sedap dimakan bila sejuk.




Notanoti: Resepi ni aku dapat dalam blog Rai. Budak-budak pun boleh buat. Senang jerr!!



Monday, November 28, 2011

Shopping di Beras Terbakar & Kedai Gamat

Hari last adik di sini,aku bawaklah shopping di Beras Terbakar dan Kedai Gamat. Langkawi kan terkenal dengan produk gamat. Sebelum tu adik dah memborong coklat dan pinggan di pekan Kuah. Di sepanjang lebuhraya akan ternampak beberapa kedai gamat. Hanya perlu pilih mana yang berkenan. Aku bawak sampai 3 kedai gamat bila ada produk yang dipesan tiada di satu kedai tersebut.




Ini kawah minyak gamat.Pengunjung boleh mencelup tangan ke dalam ni.Walau kawah ni menggelegak tapi tak panas mana pun. Ramai yang mengambil peluang mengambil gambar di sini. Opss ini di kedai gamat Nusantara Maju. Tak susah nak cari. Di tepi2 jalan dah nampak botol gamat yang besar. Pelbagai produk di jual seperti balm,minyak panas,minyak urut,syampoo,minyak rambut,krim panas, sabun,pelembab dan pelbagai lagi. Hanya sediakan duit sahaja dan rege tidaklah mahal mana pun. Berpatutan.




Ini sample herba-herba yang digunakan. Bila tengok ni aku pun belajar nama herba.Ada yang aku tak pernah tengok dan ada nama yang unik..hehe.

Dah habis shopping di sini, aku bawak ke Beras Terbakar. Ada banyak kedai2 yang menjual t-shirt Langkawi,kain batik,produk makanan seperti ikan bilis dan makanan laut. Kena pandai pilih kedai dan harga boleh ditawar .




Tugu tu menceritakan kisah beras terbakar dan di dalam pinggan tu beras terbakar yang ada. Tidaklah banyak mana. Tapi yang mengherankan aku di sebelah tu ada plak orang bagi duit. Aku takut ada perbuatan khurafat di sini. Waalahu'alam.Di sebelah ada tapak kawasan tempat beras terbakar. Kat sini pun boleh nampak duit2 syiling bertaburan. Beras terbakar tu betul2 di dalam halaman rumah Ku Halim. Cadang nak amik gambar gak kat umah tuh tapi ramai orang dok q nak amik gambar malas plak aku...huhu.




Suasana di sekitar Beras Terbakar.


Notanoti : Sekarang memang ramai orang luar membanjiri bumi Langkawi.Minggu depan sempena LIMA tak taulah canerr sesak di jalanraya...huhu.

Sunday, November 27, 2011

Bersantai Di Telaga Tujuh

Aku cerita pulak pasal Telaga tujuh. Ini merupakan kawasan rekreasi dan masuk adalah percuma. Cuma parking sahaja yang kena bayar.Kereta 2.00 dan motosikal 1.00. Dari Cable Car hanya mengambil masa 5 minit dan ia merupakan jalan mati. Lepas habis berseronok di Cable Car kami singgah di sini.


Tugu yang menyambut kedatangan pelancong. Sejarah Telaga tujuh :


"Telaga Tujuh atau The Seven Wells adalah satu rangkaian tujuh telaga semulajadi yang airnya mengalir dari tujuh mata air. Dipercayai terdapat tujuh orang puteri dari kayangan yang sering mandi dan amat suka akan kesejukan air perigi ini. Terdapat seorang putera raja yang tinggal berhampiran perigi ini dan cuba untuk memikat serta mengahwini salah seorang puteri-puteri ini tetapi masih belum berjaya. Air ini juga dipercayai mempunyai kuasa yang boleh menyembuhkan beberapa penyakit. "



Nak naik ke kawasan ini perlu menaiki anak tangga atau jalan yang mendaki. Gambar kat atas tu kira bahagian bawah. Akan jumpa kawasan ini dulu. Sekiranya nak bersantai dan kawasan yang tidak terlalu ramai orang,silalah mendaki lagi. Inipun rasa nak tercabut lutut.Mencungap gaklah. Kami lepak kat sini jerr.Tak larat nak naik atas lagi...huhu.

Bila sampai di kawasan seperti ini,kena jaga mata dan penglihatan. Banyak ikan2 dugong bersidai. Selamba jerk diorang tuh. Memang tak malu langsung!!.


Notanoti : Walaupun dah 5 tahun aku berada di sini,tapi ini kali pertama aku menjejakkan kaki ke sini.


Saturday, November 26, 2011

Jom Naik Kereta Kabel!!

Musim cuti sekolah ramai yang mengambil kesempatan bercuti-cuti bersama keluarga. Tidak ketinggalan keluarga adik aku yang datang bercuti di Pulau Langkawi . Aku sebagai kakak yang prihatin dan baik hati telah menawarkan diri menjadi "tour guide". Semalam kami pergi ke Kereta Kabel atau lebih popular dikenali sebagai "Cable Car". Bila sampai je,pergi ke kaunter sudah disambut dengan satu kenyataan bahawa "operasi ditutup sementara disebabkan oleh angin kencang. huhu sudah tergambar kekecewaan pada wajah adik dan suami.Inilah yang dikatakan tiada rezeki. Operasi akan ditutup bila keadaan hujan dan angin kencang. Patutlah ramai pengunjung di sekitar kawasan.


Inilah keluarga kecil adik.Bergambar di hadapan pintu masuk.


Kami mengambil peluang berjalan-jalan di sekitar kedai2 menjual barangan cenderahati. Dalam setengah jam menunggu adik mulai bosan dan tiada tanda2 kaunter dibuka,adik mengajak pergi ke tempat lain. Sebaris dengan pintu masuk adik terpandang satu kaunter "duck tour" lantas mengajak kami untuk mencuba.


Kaunter "Duck Tour"


Tiket berharga 38.00 untuk dewasa dan 18.00 untuk kanak-kanak berumur 5-12 tahun. Perjalanan selama 45 minit melalui Harbour Park dan Pantai Kok. Di Pantai Kok pengunjung akan dibawa ke Pulau buatan berdekatan untuk menikmati panorama keindahan alam. Pengunjung akan dibawa menggunakan kenderaan yang disediakan sesuai untuk jalan darat dan laut. Walau bagaimanapun,setelah membeli tiket untuk trip 12.30 tengahari lagi sekali adik kecewa apabila trip pukul 11.30 telah kembali,difahamkan kenderaan mempunyai masalah pada tayar. Trip terpaksa dibatalkan "kapten" tidak mahu mengambil risiko atas keselamatan pengunjung,kenderaan hanya sebuah sahaja. Namun wajah adik kembali ceria apabila staff yang bertugas memaklumkan kaunter kereta kabel telah dibuka. Wang dikembalikan dan di situ juga ada menjual tiket sementara kereta kabel. Rezeki adik dapat merasa naik kereta kabel.


Inilah kereta kabel@gondola.Maksimum satu gondola boleh memuatkan 6 orang.


Tiket untuk dewasa berharga 30.00 dan 20.00 bagi kanak-kanak berumur 2-12 tahun.Untuk warganegara ada diskaun diberikan iaitu sebanyak 15.00 untuk dewasa dan 10.00 untuk kanak-kanak dengan syarat kena tunjuk Mykad semasa membeli tiket.


Atas tu Gunung Mat Chinchang.Terasa udara sejuk dan segar.


Nak naik kereta kabel ni perlukan kesabaran yang tinggi ya. Maklumlah orang ramai dan perlu beratur semasa menuggu giliran untuk menaiki gondola.



Panorama alam yang boleh dilihat.


Terdapat 3 check point untuk pengunjung menikmati keindahan alam. Check point pertama di mana tempat bermula naik gondola. Check point kedua ada teropong bagi pengunjung melihat kawasan sekitar.Check point ketiga ni ada jambatan gantung (maaf kalau istilah salah). Ala kat sinilah yang ada penggambaran filem Don pelakon Shah Rukh Khan. Nak sampai ke sini pengunjung perlu turun tangga dan naik tangga. Bila berselisih dengan warga tua,mereka mengadu sakit lutut. Padahal kami yang muda2 ni ni pun mencungap2 gak bila nak naik tangga ni.huhuhu.



Bersama dengan Auni Firdina


Kalau kawan2 nak merasai pengalaman menaiki kereta kabel dan gondola,boleh berkunjung ke Kereta Kabel. tak sah kalau ke Pulau Langkawi tidak merasai pengalaman menaiki gondola. Pada sesiapa yang gayat tu bolehlah mencuba ....hehe.



Notanoti:ini kali ketiga aku naik kereta kabel,tak rasa takut berbanding pertama kali dulu.Tapi perasaan tu datang bila ada mamat yang dok sebelah adik ipar kaku dan mulut terkumat-kamit membaca surah2 pilihan.Kalau setakat dalam hati atau slow takpelah jugak ini kuat!!...hadoii.





Tuesday, November 22, 2011

Aku Dah Tak Tau Nak Boh Tajuk!!!

Tahniah kepada Harimau Muda, Ramai jugak blogger yang buat entry pasal ni. Malam tadi pun riuh rendah kedai makan tepi rumah aku. Semangat tul mereka.Aku pun hanya tengok sikit jerk pada awal pusingan pertama. Seri 1-1. Sebagai rakyat Malaysia aku berbangga kerana kita dapat pingat emas setelah sekian lama. Tunggu gak kalau2 PM umum cuti..hehe.



Gambar kat atas ni anak abang yang ketiga. Kami panggil Irfan jerk. Khusyuk main games dalam henfon. Yang tak seronoknya henfon aku plak tu. Dalam ramai-ramai makcik dan pakcik,henfon aku gak yang dia berkenan. Bila dah pegang tu alamatnya memang payahlah aku nak dapat balik. Takpe acik bagi peluang main puas-puas. Henfon mama dan ayahnya tak pulak dia nak usik,isk...isk..isk. Sajalah tu nak bikin panas hati aku.



Notanoti : Aku dah sengal!! Gara-gara badan tak sihat...demam daa. Ni pun aku gagahkan jugak buat entry. Aku akan blogwalking slow2 ya....:)

Sunday, November 20, 2011

Tag dari Miloais

Ini kali kedua aku dapat tag seperti ini.Entry sebelum ini boleh baca di SINI.Untuk tidak menghampakan orang yang dah tag,aku jawab soalan yang diberikan. Macam biasalah aku ngelat.hahaha. Meh tengok jawapan :

1. anak ke berapa?
ke 3.

2.kerja sebagai apa?
menghadap pc 8 jam sehari.

3.perkara paling mengembirakan anda dalam tempoh yang terdekat ini?
Pada besday aku bulan 9 lepas, aku telah dapat "surprise" sejambak bunga ros yang dihantar ke opis. Memang kecoh . Kawan2 bzbody tanya sapa yg hantar tuh!dok korek sapa boyfriend aku.kah kah kah. padahal yg antor tu housemate aku.kihkih.memang plan gitu gara2 teringin nak rasa dapat bunga..wakakaka.kerja gila!!

4.steysen radio yang paling anda sukai, kenapa ?
aku ni x tetap pada 1 radio...selalu aku akan layan stesen radio yg banyak putar lagu berbanding celoteh deejay.

5. berapa jam sehari anda online?
Aku ni pengguna yang tegar lagi2 bila guna reta opis. kui kui kui.

6.antara blog dan fb, mana yang lebih anda suka?
Blog. fb dah kena block dan memang tumpu pada blog sahaja.

7.berapa kali anda/pasangan sehari sapu/mop umah?
sekali seminggu . Rajin kan aku.hehe. Lagipun aku dok ngan sorang kawan jerk.Rumah pun bukan bersepah/kotor sangat.

8.berapa kali anda/pasangan mesin baju seminggu?
sekali seminggu pada hujung minggu. Barulah berbaloi . kah kah kah.

9.selalu tak anda ditag?
tak selalu.

Kalau ikut rules kena jawab 11 soalan tapi milo hanya bagi 9 jerk. Lagi sekali aku mohon maaf pada milo sebab tak dapat nak ikut rules tag ni.

Notanoti : Korang jangan tag aku pasal games ni lagi tau!! Nanti aku perasan retiss plak.kah kah kah.

Thursday, November 17, 2011

Makan jer kejenya..Seronok apa!!..kihkih.

Tajuk tah apa-apa..abaikan jerklah yee...


Masa aku tengah upload gambar dari kamera ke pc,godek2 mak aii ada gambar makanan. Haruslahkan aku ni kalau berjalan,kat beg mesti ada kamera untuk aku snap2 gambar2 yang aku suka macam makanan dan alam.kah kah kah. Sebelum ni aku dah buat entry pasal ni tapi nan hado gambar. Nak buek camno tertinggal kabel daaa.


Korang tengok ni terliur dak. Sesapa yang penggemar fastfood,bolehlah cepat2 pi kfc...kihkih. Ni aku amik set apakenamatah...tetiba terlupa. Yang ini ayamnya original!! Bagi aku kurang kick.Selalu amik yang spict tapi nan hadoooo. Penggantinya yang perisa tomyam. Bila tanya leh amik seketul perisa tomyam seketul original walau pilih bukan set punya tapi cashier tu cakap tak leh..huhu.Aku ingat nak try yg tomyam tu tapi banyak testimoni2 dari kawan2 yang mengatakan tomyan tu x sedap. Last2 aku pilih yg set dan amik original!!. KFC pun dah ikut konsep macam mekdi. Sos kena amik sendiri dah takde botol2 sos atas meja. Tapi aku x pastilah cara ni dah lama ke dak maklumlah aku ni setahun cuma 2-3 kali jerk makan fastfood.Takut aku yang ketinggalan keretapi......kui kui kui.




Masa pergi ke Jusco Kepong adik aku pow makanan jepun ni..Apakenamatah... sushi kot..apa yang membezakan cuma isi atas jer..ada isi ikan,udang dan lain-lain..bawah pulut yang dikepal. Dan aku pun bukan penggemar makanan jepun.hehe.



Ini pun adik aku yg pow gak..Sotong goreng tepung...Masa amik ni adik tak perasan pun ini sotong kurita...bila makan agak liat . So, kepada yang takde gigi tu takyahlah makan ni yee.



Ini Mee udang. Makan di pantai BNO,Sabak Bernam.Ramai yang kata mee udang kat sini sedap.Masa ambik adik dari politeknik,singgahlah ke sini.Tapi ternyata ia indah khabar dari rupa (ayat yg selalu di guna dalam rancangan Masterchef). Tak sedap langsung. Rasa sos jerk lebih.




Muka model masam mencuka.Dia order nasi putih dan tomyam.Tapi terus spoiled mood dia nak makan bila tengok tomyam tu dah rupa sup. Sudahnya dia cuma amik isi2 jerk dan kuah dia cedok mee udang aku...kui kui kui. Orang sebelahnya plak order nasi goreng udang. Adik aku yang bongsu ni kalau makan kat luar memang wajib order nasi goreng x kira apa pun .


Sekian dulu yaaaa citer pasal makanan...kita bertemu lagi di entry yang lain...kah kah kah.


Notanoti: Bila aku baca balik gaya penulisan dah macam cik ina plak dah. Ampunn bukan tiru tau!!




Tuesday, November 15, 2011

Giveaway My Granny Square

Tarikh tutup : 20hb November 2011


Tihara melancarkan giveaway yang ke-3.Kali ini beliau mencari 10 orang pemenang menggunakan random.org . Hadiahnya merupakan granny square yang tertera seperti di gambar tu. Kepada kawan-kawan yang ingin memiliki granny square yang comel dan kiut buatan tangan beliau,sila-silakan join. Mana ler tau ada rezeki!!..


Nak Join!! Klik SINI

Monday, November 14, 2011

Aku kena tag!! Ada plak soalan kena jawab....

Aku dapat tag dari Rai masa Hari Raya Haji berkaitan games ni.Aku tengok ramai gak yang dapat tag cam gini. Terlebih dahulu aku nak minta maaf pada Rai sebab lewat buat entry ni. Kebetulan masa dapat tag ni ada kat kampung.Tak dapat nak buat sebab bagi laluan kat anak buah main games kat laptop.Sekurang-kurangnya aman sikit rumah bila diorang ada aktiviti.kihkih. Panjang plak aku membebel.Jom tengok apa jawapan aku dari soalan yang diberikan :

1) Jenis manusia yang paling benci
Aku paling benci orang yang hipokrit.Depan kita cakap lembut tapi belakang kutuk kow2.

2) Cita-cita sebenar
Masa zaman sekolah bila cikgu tanya@suruh buat karangan pasal cita-cita,aku selalu tulis guru.Tapi bila dah dewasa ni baru ku sedar yang profession tu tak sesuai dengan diriku.Maklumlah aku ni kurang kesabaran dan budak2 zaman sekarang mana boleh dicubit sikit.Tak pasal2 muka aku yang cun ni terus jadi glemer masuk suratkhabar.kahkahkah.

3) Pekerjaan sekarang@belajar kos apa
Aku ni kuli jerk tapi bersyukur dengan pekerjaan sekarang.Bidang yang aku belajar dulu memang lari jauh tapi bolehlah direlated jugak.

4) Tempat yang ingin dilawati,kenapa
Aku suka pada pemandangan cantik dan alam. So,aku teringin nak pergi ke negara macam New Zealand,Jepun dan Ireland.

5)Perkara yang korang tak suka nak buat
Dalam banyak perkara aku paling tak suka nak melipat kain. Kalau ada mesin @ robot yang boleh kasi setel,aku orang pertama beli.Mahal pun aku sanggup.

6) Kereta idaman
Kereta yang dok ada ni pun aku tak larat nak bayar. Kahkah.Inikan pulak nak berangan kereta import.

7) Binatang apa yang paling korang geli
Aku tak suka pada binatang2 yang kulit licin seperti ular dan katak.Memang meremang bulu roma.

8) Apakah perkara yang paling suka korang buat
Aku suka makan.Tak kiralah apa jua jenis makanan depan mata,insyaallah tak tolak kecuali batu dan kayu.hehe.

9) Makanan kegemaran
Aku suka makanan yang pedas.

10) Kalau sekarang ni dalam tangan ada RM500 korang nak buat apa
Aku guna untuk shopping dan makan. Kat Malaysia ni ada bermacam jenis varieti makanan,so kalau boleh aku nak cuba dan shopping benda-benda yang aku minat macam beli buku motivasi dan novel.

11) Impian korang
Impian aku nak beli rumah@tanah. Tak kisahlah rumah kos rendah ke asalkan aku tak perlu menyewa rumah lagi.Sekurang-kurang aku dah ada keperluan wajib untuk persediaan masa depan.

Okeh siap!!

Sebenarnya games ni ada rules:

Rules you must post these rules. Each person must post 11 things about themselves in their journal. answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer. you have to choose 11 people to tag and link them on the post. go to their page and tell them you have tagged him/her no tag back! no stuff in the tagging section about " you are tagged if you are reading this" you legitimately (a.k.a really, trust, with all honesty) have tagged 11 people.
**syaratnya copy dari Rai

Maaf ya Rai aku tak dapat nak ikut rules tuh!! Takde istimewanya aku ni,perasan macamlah korang nak tau kan.....kahkah. Rules yang terakhir tu pun aku tak dapat nak penuhi gak.Aku ni merupakan orang yang tak rajin nak tag2 orang.Kalau aku join ga atau segmen,memang aku pilih yang takde nak kena tag.

Sunday, November 13, 2011

"GIVEAWAY SIMPLE : KEYCHAIN DARI PADANG BESAR"



Tarikh tutup : 13hb November 2011 pukul 11 malam.


Mana tau ada rezeki,bolehlah tambah koleksi key-chain yang sedia ada.


Nak join!! klik SINI

Saturday, November 12, 2011

Musim Kenduri Kawen!!

Tak lama lagi cuti sekolah.Time-time ginilah ramai pasangan muda-mudi yang merancang untuk naik pelamin.Mesti korang dah banyak menerima kad-kad undangan kenduri kahwin yang perlu dihadiri. Kalau kat sini kenduri kawin bukan hanya setakat buat pada hujung minggu malah ada yang mengadakan pada hari bekerja. Aku yakin kalau di belah Tanah Besar (masa mula2 sampai sini,bila orang dok sembang dan sebut nama tuh...ingatkan di China rupa-rupanya orang sini menyebut sebelah darat itu sebagai tanah besar...kihkih) jarang-jarang diadakan kenduri pada waktu bekerja. Itu yang kadang-kadang seorang boleh terima 5-6 jemputan dalam satu hari(aku dah penah kena jadi driver pada orang tua yg ada 5 buah rumah nak kena singgah..huhu...nasib baik lokasi taklah jauh-jauh sangat,masih dalam daerah yang sama).

Satu lagi keunikan penduduk di sini ialah mengadakan kenduri kahwin pada sebelah malam sahaja. Tempat korang ada. Mungkin bagi orang lain nampak pelik, tapi di sini tiada yang pelik malah bagi pendapat aku sama meriah dengan kenduri yang diadakan pada sebelah siang. Lagi satu kebaikannya belah malam ni takdelah panas sangat. Malam tadi aku menghadiri satu majlis perkahwinan opismate housemate ku. Kira kawan aku gak sebab kitorang rajin melepak sekali.Ini di sebelah lelaki. Di sebelah perempuan tidak dapat hadir sebab kawan aku ni orang Port Dickson.Dan secara jujurnya ini merupakan pertama kali aku menghadiri majlis kenduri kawin yang diadakan pada sebelah malam sahaja.



Pasangan pengantin yang sama padan sama cantik

Tahniah diucapkan kepada pasangan Izharudin & Norasiken


Aku pun nak ucapkan "Selamat Pengantin Baru" kepada Tukang Karut yang bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan ni. Sori ya tak ingat tarikh...hehe.



notanoti: Bila pegi majlis kenduri kawin...selalu "verangan" bilakah saat aku yang bersanding kat pelamin tuh!!

Thursday, November 10, 2011

Ceritera Hari Raya AidilAdha..Edisi Masak-Masak

Orang lain daripada Hari Raya pertama dah buat entry pasal daging korban,aku baru terhegeh-hegeh nak citer....kihkih.


Ini sebahagian daging korban yang kami dapat. Ini pada hari raya pertama



Tulang-tulang mak buat sup,organ-organ lain direbus sampai empuk.Letak sedikit garam.




Daging dah empuk,toskan daging tapi air rebusan tak payah dibuang.Boleh digunakan untuk apa jua jenis masakan.Kemudian potong daging nipis-nipis.




Ini rencah untuk rendang daging pedas. Bahan-bahannya merupakan bawang merah,bawang putih,bawang besar,halia,lengkuas,cili kering,kunyit hidup dan serai.



Kemudian letak minyak secukupnya.Bila minyak dah panas masukkan rencah tadi.Kacau dengan perlahan sehingga pecah minyak.Api jangan besar sangat.




Bila bahan-bahan tadi dah "mesra".Masukkan daging yang dah dipotong tadi.Tak perlu masak lama sebab daging tadi dah direbus terlebih dahulu.



Kemudian boleh dimasukkan santan dan kerisik.Boleh juga dimasukkan daun limau purut(jika suka). Biarkan kuah agak kering.Tapi yang ini sengaja dibuat berkuah.Hiriskan daun kunyit untuk aroma yang wangi.Dah siap!!.



Notanoti : rendang ini dimasak oleh abang sulungku....hehe.


Wednesday, November 9, 2011

Bermulalah Tugas.....

Alhamdulillah aku dah sampai ke langkawi
Perjalanan dari Klang Sentral pukul 11.30 malam
dan selamat tiba di Kuala Perlis pukul 7.10 pagi tadi
Namun sayang tak dapat nak naik feri awal
terpaksa naik feri pukul 8.15 pagi.

Kalau dari Kuala Perlis mengambil masa 45 minit-1 jam
Sampai di jeti Kuah pukul 9.30 pagi
Walau tahu lewat tapi masuk jugak keje
Nak kene pelangkung tambah cuti lagi...kihkih
Mood nak buat keje masih lagi ke laut

Notanoti : masuk petang jerk mulalah mata ni berat dan badan rasa letih.Rasa kejap lagi nak "menghilangkan diri" kat surau..keh keh.

Tuesday, November 8, 2011

Izinkan Aku Pergi.....

Masih lagi di kampung.
terasa malas dan berat jerk rasa
bila tiba untuk melangkah pergi
namun tekad perlu dilaksana


Terasa belum puas ku menatap wajah orang tua
belum puas untuk bergurau senda,bermanja
dan bertikam lidah dengan adik beradik
begitu jua untuk bermain-main dengan anak saudara

jika sebelum ini riuh dengan gelak tawa
kini hanya sepi yang menemani
kuatlah wahai hati
tekadkan azam
demi mencari rezeki di rantauan orang

Andainya ada kelapangan
insyaallah pasti aku akan kembali
menatap wajahmu dan semoga
diri kalian dirahmati dan dipelihara oleh Allah s.w.t

notanoti:malam ni naik bas dari klang sentral ke Kuala Perlis.Doakan semoga aku selamat sampai.

Friday, November 4, 2011

Perjalananku......

Hari ni aku bersiaran dari kampung halaman tercinta.Alhamdulillah aku dah selamat sampai.

Bertolak dari Langkawi pada petang semalam.Naik feri last pukul 7 petang dan sampai di jeti Kuala Perlis kira-kira pukul 8 malam. Sementara nak tunggu bas aku lepak kat terminal bas.

Naik bas pukul 9.45 malam. Biasalah kalau menggunakan kenderaan awam,belum boleh dibanggakan.Bas gerak pukul 10.15 malam. Bas berhenti mengambil orang di stesen2 berikut dan selepas terminal shahab perdana,bas tidak berhenti kecuali di Tapah.Kalau dalam bas....dah sah2 aku tido jerk. Syukur sebab jalan tak jem dan tiba di terminal Klag Sentral pukul 6-30 pagi.Adik dah sedia menunggu dan bergerak ke rumah abang di Kg.Merbau Sempah. Aku sambung tido lagi dan kira2 pukul 11 gerak untuk balik ke kampung.

Tapi masih banyak persinggahan. Kitorang pergi ke Jusco,Kepong.Aku nak survey aksesori kereta.Lepas tu gerak ke Dengkil umah kawan adik sebab nak amik lemang.Dari sini patah balik untuk balik ke Sungai Besar. Singgah amik adik bongsu di politeknik Sabak Bernam. Adik aku dok bunyi lapar,kami singgah makan di pantai Bagan Nakhoda Omar Sabak Bernam.Sampai kat sini kedai dah nak tutup tapi kakak tu masih sudi amik order. Kami pun makan dengan kadar yang cepat...kih kih kih. Sampai kat rumah kira-kira pukul 7-30 petang.Pengsan adik aku sebab dia yg drive.ha ha.

Notanoti : buat entry ni dengan kadar yg cepat sebab nak tengok Anugerah Skrin yang dah mula...

Daaaa....

Thursday, November 3, 2011

Sesuatu yang Berlaku Pasti Ada Hikmah...Betulkah??

Sebuah kisah benar yang berlaku pada 31/10/2011.


Kisah 1 :


Beberapa orang pemandu teksi/guide yang berada di wakaf rehat menjerit2 supaya berhenti.Namun tidak diendahkan.Kereta tersebut masih terus berundur secara perlahan.Tiba-tiba gedegang. Bunyi tersebut memecahkan kesunyian petang. Terlihat di sebalik pokok itu sepasang warga emas telah terselit di celah motosikal. Diam tidak bergerak. Masing-masing terkaku dan tergamam. Sedikit demi sedikit terdengar erangan dari pakcik tersebut. Bantuan segera dihulur. Ambulans segera dihubungi. Alhamdulillah pakcik dan makcik hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.


Notanoti: menurut tuan punya kereta, memang diakui ada masalah dengan handbrek. Ada pepatah mengatakan "benda nak jadi".Kenyataan itu memang benar tapi sekiranya kita mengambil tindakan segera mungkin boleh mencegah atau mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku.Wallahu'alam.





Kisah 2 : Berlaku tidak jauh dari kejadian pertama dan hanya selang 1 jam sahaja.


Di satu selekoh tajam telah berlaku pertembungan antara sebuah kereta iswara putih dan kereta pacuan 4x4wd jenama hilux . Bunyi yang kuat boleh didengari sehingga ke ladang. Beberapa staff yang terkejut segera melompat pagar untuk memberi bantuan kepada mangsa. Apa yang lebih mengejutkan mangsa kereta iswara putih merupakan rakan sekerja. Orang ramai segera berkumpul dan tidak lama kemudian kelihatan polis dan ambulans sampai.Luluh hati bila melihat keadaan mangsa yang tersepit.Bersebelahan pemandu terlihat 2 orang kanak-kanak perempuan sedang menangis. Umur dalam lingkungan 5-6 tahun. Mangsa dikatakan mengalami patah kaki dan tangan. Pemandu kereta Hilux seorang wanita hanya mengalami kecederaan ringan sahaja. Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Langkawi.


Pada 01/11/2011 kami telah membuat lawatan ke Hospital untuk melihat keadaan beliau. Namun hampa .Difahamkan beliau masih berada di bilik bedah . Dah alang-alang sampai,kami terus melawat anak beliau. Alhamdulillah kanak-kanak terbabit hanya mengalami luka-luka kecil sahaja dan ketika itu telah pun dibenarkan pulang.




Anak beliau yang ingin menarik selimut bila nak diambil gambar.
Hanya luka kecil di dahi dan kaki.


Dilaporkan keadaan beliau stabil tapi kami pun tak pasti sehingga ke hari ini beliau telah sedar atau belom selepas dari pembedahan. Semoga keluarga dan rakan tabah menghadapi ujian ini.



Notanoti : Ramai yang mengatakan jalanraya depan opis ni "keras".Wallahu'alam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...