Kawan - Kawan

Monday, April 30, 2012

Astro



Sekarang ni aku kemaruk nak tengok tv
 ^
 ^
 ^
sementara Astro dengan baik hatinya
 ^
^
^
 mempelawa semua pelanggan boleh melihat semua channel
^
^
^
sehingga 06hb Mei 2012
^
^
^
Jangan lepaskan peluang...keh keh.

Sunday, April 29, 2012

Hari Anugerah

baru saja habis event Hari Anugerah.Ini merupakan kali kedua. Sebenarnya hari anugerah ini diwujudkan bagi penyampaian APC bagi kakitangan sambilan cemerlang. Untuk penambahbaikan telah ditambah 4 anugerah yang baru bagi meraikan staff dan orang luar yang banyak menyumbang kepada pencapaian yang telah diperolehi oleh my opis.

Sesi pagi ada 2 ceramah yang telah disampaikan oleh 2 orang pegawai dari HQ. Seorang bercakap berkaitan motivasi dan seorang lagi berkaitan sumber manusia. Banyak input yang aku dapat terutama mengenai motivasi tentang diri dan kerja berpasukan.

Waktu tengahari pula diadakan jamuan (part ni yg paling ditunggu..haha) dan penyampaian sijil dan plak kepada pemenang. hanya calon APC sahaja yang menerima wang tunai bagi memotivasikan diri dan menghargai jasa mereka walaupun bukan kakitangan tetap. Bila ada majlis seperti ini staff boleh mendapat ilmu dan saling berkongsi bergembira dan meraikan  dengan kejayaan orang lain. Bukan mudah untuk menilai dan mencari calon yang tepat. Segala kriteria diteliti dan keputusan dibuat bersama. Moga majlis seperti ini akan diteruskan lagi.

Nonanoti : aku sempat berjumpa dengan pengarah Sumber Manusia berkaitan permohonanku. Semoga aku akan mendapat berita gembira.Doa-doakanlah.

Thursday, April 26, 2012

Hujan....Rezeki Tak Disangka.


Hari ini seharian hujan lebat. Waktu-waktu macam ni di kepala mesti teringat 2 benda jerr iaitu perut lapar dan mengantuk . Ibarat mengantuk disorongkan bantal ada member belanja nasi ayam untuk semua orang. Mekasih . Moga murah rezeki!!

sumber : google.com

Wednesday, April 25, 2012

Cerah jadi mendung

Selamat Pagi
^
^
^
Buka cimb clicks
^
^
^
Bibir tersenyum lebar
^
^
^
Ada kemasukan yang luarbiasa
^
^
^
tranfer sana sini
^
^
^
nilai yang tadi 4 angka
^
^
^
kini jadi 3 angka
^
^
^
adehss..ngerii

Tuesday, April 24, 2012

Bila Tiada Mood

Aku pun tak tau kenapa dengan ku hari ni . Dalam kereta pun tak banyak bicara dengan bos . Apa yang ditanya itulah aku jawap (sekadar 2-3 patah). Sampai bos tanya "kamu sihat ke". Aku sekadar mengangguk...hahaha.

Dengan opismate pun x banyak bicara (aku bukanlah peramah sangat tapi ada masa2 memang riuh opis ni aku buat..haha). Dalam pantry tadi pun aku seolah-olah tak wujud di situ. Mereka semua heran.

Entahlah  . Mungkin aku serabut . Aku mengambil pendekatan berdiam diri daripada nanti aku hangin tak pasal-pasal. Bila mood dah ok nanti barulah aku bercerita.

notanoti :  aku sedang menanti perkhabaran gembira . Doakan agar bukan khabar duka yang aku terima. Semoga dipermudahkan.

Monday, April 23, 2012

Aku sedang mengenali kamu

Bertemu kamu
berubah wajah
Aku terkedu
hanya terpaku

Sesungguhnya
tiada perkataan yang terkeluar
kerna aku pasti
kena mengenali kamu

Sebenarnya aku terkejut bila template/layout tiba-tiba berubah baru. Dahlah yang lama pun aku masih belajar dan tiba-tiba ada yang baru plak kenalah aku memahami function button2 yang ada. Mencik tau!!.

Sunday, April 22, 2012

Pengalaman Di KK - Part Last


Ini masa last day sebelum balik kami singgah di Kundasang. Sebenarnya banyak gambar yang diambil sebab tertarik dengan keindahan Gunung Kinabalu. dari KK mengambil masa dalam 1 setengah jam ke 2 jam. layankan jelah gambar yang tak berapa nak ada ni...huhu. Tak tahulah apa masalahnya.



Thursday, April 19, 2012

Pengalaman di KK - Part II

Aku sambung kisah pergi ke Kota Kinabalu.Maaflah gambar kurang memuaskan.



Tihara - Masihkah kau ingat pada boyfried berbaju merah itu...hehe.


Sepanjang berada di Kota Kinabalu,kami menginap di hotel Deeleton.Hotel ini rate 2 bintang sahaja tapi bagi pendapat aku,ok dan selesa.Hotel ini berdepan ngan hotel Meridien (kalau tak silap) dan dekat je ngan pasar malam .

Bila malam memang itu port kami makan dan berjalan kaki sahaja dari hotel. Pasar ini bersebelahan dengan pasar philipines yang terkenal dengan jualan mutiara. Kami hanya tuju kedai Anum sahaja sebab kawan yang berbaju merah tu memang kenal dan kalau ke Sabah memang wajib singgah. Diskaun yang dibagi memang berbaloi siap dapat free gift lagi.

Pergi ke pasar philipines memang gila kooo tengok mutiara yang cantik2.Rasa nak borong semua tapi nasib baik sedar diri duit kat poket tak berapa nak tebal, aku hanya membeli untuk diri sendiri,mak + adik2 perempuan + housemate. Rabaklah jugak dalam 150.00.

Ada juga kedai-kedai yang menjual bermacam jenis ikan kering + makanan orang sabah. Aku sekadar beli ikan keropok(itupun orang kirim) + memborong kuih cincin + keropok ikan sebagai buah tangan untuk kawan2 opis.


Makan Abc sebagai penghilang dahaga setelah puas berjalan kat sekitar pasar malam. Rasa sedap dan ada buah-buahan campuran+makaroni. Ingat nak order satu lagi tapi segan nanti kena kutuk just minuk air masak je yg ada kat meja...haha.


Kat pasar malam ni ada 3 department - bahagian ikan+seafood (rege memang murah jauh beza ngan semenanjung),bahagian sayur + bahagian makanan. Banyak kedai-kedai makan dan harga lebih kurang ngan semenanjung). aku + kawan2 lebih teruja dengan ikan+seafood bakar.Ikan besar2 dan rege memang murah.



Dinner - kami makan nasi goreng.nasi punyalah banyak. Tak habis dan malam kedua just order 2 pinggan dan share 4 orang.memang puas hati makan. Adds on ikan bakar 2 jenis + sotong bakar yang dibeli.



Licin beb!! Ikan tu isi lembut dan manis. Cuma sayang nasi tak habis. Malam seterus repeat menu yang sama cuma try ikan bakar yang lain pula.



nonanoti : Ada sambungan lagi tau...tungggu..haha.



Wednesday, April 18, 2012

Terharu...

Rentetan cerita semalam


ramai yang boleh meneka


apa yang aku maksudkan


dengan boyfriend




Tak sangka ramai yang


mengetahui berkaitan


rentetan kisah2 yang


berlaku kebelakangan ini




Aku terharu


dengan keprihatinan korang


sayang korang ketat2


muah muah muah




Notanoti : Ada juga yang menyangka "boyfriend" itu adalah orang. Mudah-mudahan doa2 kalian itu akan menjadi kenyataan..insyaallah..ahaks.


Tuesday, April 17, 2012

kosong

mati kutu

^

^

^

^

^

bila system down

^

^

^

^

^

sekejap lagi nak keluar

^

^

^

^

^

tengok keadaan boyfriend

^

^

^

^

^

rindu sangat..haha.

Monday, April 16, 2012

Pagi Yang Mendung....


Selamat Pagi semua...

plan nak update cerita kat KK namun apakan daya pc ni ada problem plak,bila upload tu gambar jadi atas kaler lain bawah kaler lain...huhuhu. Insyaallah bila dah ok nanti aku upload yerr.

sejak aku mengalami eksiden, memang agak payah nak bergerak ke mana-mana lagi2 bila cuti hujung minggu. Pergi keje pun seawal 7.10 dah terpacak tepi pagar tunggu opismate@bos pick up (mkgn nak mengajar aku keluar awal kebiasaan pukul 7.30 baru keluar rumah..hihi).


Hujung minggu pula aku jadi wanita melayu terakhir..hehe. Duduklah kat rumah. Kalau boring tahap gaban aku keluar jalan2 sekitar rumah. Bila dah terjadi sebegini memang mengharap belas ehsan orang lain. Takpelah aku harap semua ini ada hikmah buat diriku.

Aku berharap agar semua ini dapat selesai dengan cepat dan baik. Minggu depan genap sebulan tapi pihak polis masih belum buat siasatan berkaitan kes aku...huhuhu. (janganlah pending lama2 aku malas nak pk sangat, buat sakit kepala jerrr)



Ini air jagung. tetiba rasa nak try bila driver yg bawa kami minta air ni masa di Tanjung Aru. Rasa sedap gak!!. Ini jela gambar yg boleh diupload.


Thursday, April 12, 2012

Pengalaman di KK

Alhamdulillah telah selamat sampai ke Langkawi. Pertama kali menjejakkan kaki di bumi negeri di bawah bayu agak teruja. Memang dah lama teringin nak sampai sini. Dapat peluang walaupun atas urusan kerja tidak aku sia-siakan.


Dari airport langkawi pukul 11 pagi (08/04/2012) dan alhamdulillah tidak delay dan sampai pada waktunya. Sementara nak tunggu penerbangan ke KK, aku dan member pergi makan di Food Court.


Kira-kira pukul 1.00 tengah hari datang pula 2 orang lagi dari HQ. Kami telah bergabung untuk menjadi 1 team. Pukul 2.15 petang bertolak dari KLIA dan mengambil masa selama 2 jam setengah.


Lepas sampai di airport KK dan check in hotel,kami terus pergi minum petang di Tanjung Aru.Subhanallah!! Cantik sungguh pemandangan lagi2 bila matahari nak terbenam.

my partner. ini dia yg minta diambil gambar.Teruja kot ngan ABC tuh!!...haha.


Ini mungkin dalam waktu 6.30 petang. Kat sini gelap awal.Member dari HQ dah pesan awal2 subuh masuk dalam pukul 4.45 pagi dan pukul 6.30 tu dah terang benderang.....


notanoti : Akan ada entry sambungan..insyaallah akan upload lebih banyak gambar...tunggguuuuuuuuuuuuuuu...haha.



Thursday, April 5, 2012

Menyepi seketika

Blog akan ditutup sementara

^

^

^

^

^

tuan blog ada urusan kerja di Sabah



nonanoti : mungkin peluang ini aku gunakan untuk relakskan minda..hehe.

Wednesday, April 4, 2012

Kena buat pilihan

penat...fuhhh...
letih fizikal dan minda
pagi tadi pergi ke LADA
aku dapat umah sewa

staff tu bagi 2 kunci
satu untuk ting.2 dan satu lagi di.ting 3
yg ting.2 tu sebelah blok aku jer
senang kalau nak pindah nanti
tapi dinding penuh dengan conteng2
rasa bekas penghuni rumah ni
ada anak kecil
lepas tu tombol pintu rosak


rumah lagi satu tingkat paling tinggi
dan blok agak jauh sikit
siling pun ada kesan air
lumrahlah kalau tingkat paling atas
cat di dinding masih elok dan tak banyak kerosakan

aku dalam dilema untuk memilih......

notanoti : sepatutnya kunci kena pulang selewatnya pukul 5. Esok jela aku bagi kat member..haha.

Tuesday, April 3, 2012

serabut

Lama tak update
tangan ni terasa nak mengetuk keyboard
tapi tersekat dek kerna
minda yang berserabut

"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya" ~ Hamba Allah


entahlah
mungkin disebabkan oleh kekalutan yang berlaku
aku pun seperti sedang mencari punca dan arah
untuk menyelesaikan satu persatu

Benarlah
apabila kita diuji dengan musibah
apabila tidak menghadapinya sendiri
kita tidak akan rasa sakitnya itu

"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~ Albert Camus


ku mohon
agar segala permasalahan
ini akan terlerai dengan baik
dan membuat jiwaku tenang

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus."

sumber : sini (bagi ayat-ayat yg bold dan italic)

Sunday, April 1, 2012

Segmen Superstar blog5



tarikh tutup : 04/04/2012



Berminat nak join : klik sini untuk maklumat lanjut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...