Kawan - Kawan

Sunday, July 31, 2011

Selamat Berpuasa Semua...

Assalamualaikum....

Insyaallah....malam ni akan diumumkan sama ada esok@lusa umat Islam akan menyambut bulan Ramadan yang mulia...tapi kompem esok mula puasa sebab belah utara esok cuti sempena awal Ramadan..hehehe..

Di kesempatan ini aku nak wish selamat berpuasa kepada semua sahabat-sahabat blogger tak kira di mana jua korang berada....:)




Sama-samalah kita mengambil peluang di bulan yang mulia ini untuk meningkatkan amal ibadat dan memperbanyakkan sedekah.





nota : credit to google





Thursday, July 28, 2011

Persekitaran Yang Menenangkan


Korang agak ni kat mana?? Percaya tak kalau aku kata ini adalah persekitaran kawasan opis .. Tempat keje ku dikelilingi oleh flora dan fauna..setiap hari menerima kunjungan pelancong dari serata dunia.Sesekali bila aku dah stress atau jemu dengan lambakan keje yang balik2 buat benda yang sama jerk...di sinilah tempat untuk aku bermonolog dan menikmati keindahan ciptaan Allah s.w.t.




Tuesday, July 26, 2011

Kenal Tak Buah Ni???

Korang kenal tak buah ni??Kalau tak kenal..ni aku bagitau..


ini buah markisa atau buah susu


Ada 2 varieti iaitu jenis kuning dan ungu..yang kat atas ni belum masak tau...


Ini jenis varieti kuning..rasanya sedikit masam dan manis..boleh dimakan begitu saja tapi tak ramai yang suka akan rasanya..sedap kalau dibuat jus minuman
Ini pulak kelopak buah markisa


Ini bunga buah markisa...Cantik kan??




Ini plak pokoknya...Di sini memang kami tanam begini sebab ia merupakan spesies pokok yang menjalar bagi mendapatkan cahaya matahari .Pokok ni pun sesuai dijadikan landskap terutama diletak dihadapan rumah.




Monday, July 25, 2011

Musibah Yang Menimpa.....

Musibah itu bukan berlaku ke atas diriku....tetapi aku telah dikejutkan dengan satu sms oleh adikku kira2 pukul 2 pagi...rumah orang tuaku telah dipukul ribut...Sudahnya bila mendapat sms tu...aku langsung x tidur dan saling berbalas sms untuk mengetahui keadaan sebenar...Hatiku dah libang-libung...

Boleh dikatakan ini merupakan ribut yang terburuk berlaku di pekan Sg Besar...tapi alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dan yang teruk pun cuma di bahagian dapur dan beberapa keping bumbung habis diterbangkan angin..Syukur jugak sebab masa kejadian 4 orang adik balik..bolehlah tolong mengemas dan buat apa-apa yang patut...:)


Semoga kejadian ini akan menjadi iktibar dan peringatan kepada semua...kepada mangsa - mangsa terlibat - semoga tabah menghadapi ujian ini.


nota : Kalaulah aku dekat...mungkin sekarang ni dah ada kat kg...huhu..

BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ?



Tarikh tutup : pukul 10 malam ni...

Nak join : Klik SINI


okeh...diharap korang dapat memberi kritikan secara ikhlas dan membina...:)

Thursday, July 21, 2011

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER

Nak join!!klik SINI.

Tutup : pukul 9 malam ni

Aku memang ler blogger baru...follower pun x ramai lagi...memanglah layak join segmen ni..Boleh dikatakan kalu bro.Ben buat segmen...aku akan join...ini salah satu cara untuk aku tonjolkan blog aku yang biasa-biasa ni...agak2 boleh jadi luarbiasa tak...ahakss...


Kepada yang dah follow tu diucapkan ribuan terima kasih...atas sokongan koranglah membuatkan aku semakin bersemangat untuk terus berblogging...Semoga kita akan terus berkawan dan berkongsi cerita dan informasi...



SEGMEN : TERLIUQ WAKTU BERBUKA PUASA



Nak join klik banner

Tarikh tutup : 22 Julai 2011


Tak lama lagi umat islam akan menyambut bulan puasa.Masa nilah kita akan berjumpa dengan makanan yang beraneka jenis dan ada yang pelik-pelik . Kalau tak kuat iman nafsu membeli akan melebihi daripada nafsu nak makan.Sudahnya akan berlaku pembaziran.


Kalau nak ikutkan memang banyak makanan yang akan buat aku terliuq.Antaranya :


ayam golek


murtabak


pasemboq


popia basah


nasi kerabu


nasi dagang


nasi kandaq


ikan bakar


air tebu


ABC


cendol



cukuplah dulu ya.....tengok menu ni pun dah terliuq..haha.....

Wednesday, July 20, 2011

“Segmen Khas ar-rifke.com | Pencarian 200 Blog Top Blogger Baru”

Join segmen Ar-rifke pulak. NAk join Klik SINI

Soalan :

1) Serba sedikit berkaitan kamu:
Seorang yang simple . Agak pendiam dan pemalu tapi akan jadi peramah jika seseorang itu pandai merangsang untuk aku bercakap. hehe.

2)Sudah berapa lama berblogging
sejak januari 2011...baru jerk lagi...:)

3)Tujuan berblogging
sekadar suka2 untuk mengasah skills dalam penulisan. Di samping itu boleh menambah ilmu pengetahuan dan mencari kenalan baru.

" Firdaus Life : Berkawan Dalam Kumpulan "

Tarikh tutup : pukul 12 malam ni


Join segmen lagi.Kali ini dianjurkan oleh Firdaus.
"Mari Kita Sama-Sama Berkawan"
Nak join !!! klik SINI

Tuesday, July 19, 2011

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER



Segmen dianjurkan oleh ciklunalanun . Nak join klik banner ya........:)

Tarikh tutup: 25 Julai 2011

Sunday, July 17, 2011

Segmen : Jom Terjah Blog Newbie



Slogan bagi segmen ini...err...err.....KITA KASI TERJAHHHHH...haha..ok tak??


Nak tengok entri pilihan : klik SINI


ok...siap!!!


Berminat nak join!!! klik SINI

Tarikh tutup : 17 Julai 2011 pukul 12.00 malam.

Saturday, July 16, 2011

Aku Blogger Kedah

Klik banner nak join...tak dinyatakan bila tarikh tutup



Lama aku tak update blog...ini gara2 line tenet yang sengal...mood nak update pun ke laut..hehe

okeh aku nak join segmen ni..aku asal orang selangor tapi bekerja di negeri kedah..

apa yang menarik kat sini...ala korang mesti tau punyaaa..daerah yang terkenal dengan tempat pelancongan dan bebas cukaii...haaaa tau kan..:)

boleh dikatakan ramai pelancong akan menjadikan tempat ni sebagai destinasi percutian bersama keluarga atau berbulan madu bagi pasangan yang baru berkahwin..

tempat-tempat yang menarik banyak wooo...kalau nak pergi ke tempat2 bersejarah...sila ke Beras Terbakar,Makam Mahsuri,Taman Lagenda ...

kalau nak bersantai...jemput ke beberapa buah pantai yang cantik seperti pantai cenang,pantai pasir hitam,tanjung rhu dan banyak lagi...ada juga pakej pusing pulau sama ada Tasik Dayang Bunting,Pulau Payar dan Kilim Geoforest...ini bagi sang pencinta keindahan alam...:)


Makanan pula...memang banyak woo...memandangkan daerah ni dah dekat sangat ngan Thailand...so boleh makan kerabu,somtam dan tomyam dengan mudah...hehe..x susah nak cari makan...banyak kedai2 makan...


Tempat shopping...orang kata syurga dunia...macam-macam ada....coklat,pinggan mangkuk,rokok,beg dan baju dengan harga yang amat berpatutan..


okeh...panjang dah ni....kepada sesiapa yang belom pernah datang sini...mailah jalan-jalan...:)


Saturday, July 9, 2011

Alhamdulillah....Bertuah juga Aku Nii

credit to google.com


Hari ni aku dalam mood hepi sesangat..walaupun aku sekarang kat opis ...cuti2 apalah buat kat opis ye dak...huhu...kena datang sebab ada keje yang tak dapat dielakkan.



Nak tau ke sebab apa aku hepi...hik..hik..check blog tadi tup tup aku disenaraikan sebagai pemenang segmen...yehaaaa......bertuah gak kiranya aku ni...klik SINI ya kalau nak tau apa yang aku dapat..



credit to google.com



p/s : teruskan memberi senyuman kerana ianya satu sedekah yang boleh memberikan keceriaan dan kegembiraan kepada orang lain...
































Thursday, July 7, 2011

" BRO , KASI KRITIK BLOG GUA SKIT , BLEH ?

Nak join klik banner yerr

tutup pukul 10 malam ni

Kepada kawan-kawan yang join segmen ni,sudi-sudikanlah komen blog ini secara jujur dan berhemah.Segala kritikan korang amatlah dihargai.sekian,terima kasih......:)...peace...

Wednesday, July 6, 2011

'SEGMEN SIMPLE : JOM KOMEN ENTRY SAYA"



Kalau korang nak join klik banner ya

tarikh tutup : 07/07/2011 pukul 11.59 mlm


Sudi-sudikanlah korang tinggalkan jejak yaa...sambil kita berblogwalking sambil kita berkenal-kenalan dan support antara satu sama lain....:)

Tuesday, July 5, 2011

Maafkan cucu....tok!!!

Kejadian ni berlaku minggu lepas ketika aku membeli kuih di tepi jalan.
seorang nenek sambil membawa beg biru telah berdiri di tepi kereta
Setelah selesai membeli kuih nenek itu menegurku :

tok : cu nak p mana?
aku : p keja tok..
tok : hang lalu mana..leh tok tumpang ke bangunan MARA
aku : maaflah tok,saya ikut jalan ni x lalu situ
tok : tak pa

Dari cermin side mirror ku lihat nenek itu berjalan menyeberang jalan.Di dalam hati rasa sedih dan serba salah sebab tak dapat nak menolong. Kejamkah aku???

Sunday, July 3, 2011

GEGAR BLOG JULAI 2011



Tarikh tutup: 4hb Julai 2011 pukul 2.00 petang.

Yang menariknya ada hadiah tau..Jom kita GEGAR ramai2....:)

Nak join klik SINI

Saturday, July 2, 2011

JUARA IMAM MUDA MUSIM KEDUA


Pada Tanggal 1 Julai 2011 telah menyaksikan Imam Muda Hassan dinobatkan sebagai Imam Muda Unggul yang telah disiarkan secara langsung dari Dewan Muktamar,Pusat Islam,Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Semoga rancangan sebegini akan diteruskan dan mendapat sambutan ramai dari golongan remaja dan belia untuk melahirkan lebih ramai pemuda-pemuda yang berilmu agar dapat memacu dan mengemudi negara menjadi sebuah negara islam yang sebenar.

p/s : Tahniah diucapkan.Imam Muda Hassan dan Imam Muda Nazrul sama hebat dalam memberikan hujah yang bernas.

credit to : beritagempak.com dan beautifulnara.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...