Kawan - Kawan

Showing posts with label Melancong. Show all posts
Showing posts with label Melancong. Show all posts

Tuesday, May 15, 2012

Melaka Bandaraya Bersejarah

Aku sambung cerita pergi ke Melaka. Semalam ingat nak update tapi tak sempat sebab banyak urusan di luar. Kena ambilalih kerja member yang pergi kursus 3 hari di HQ.

Hari Jumaat (11/05/2012) bertolak pukul 8.00 pagi dari KL. Singgah kat Masjid Putra dan Taman Botani,Putrajaya. Masa diberi cuma 1 jam. Dah puas jalan-jalan,terus pergi ke Nilai. Makan tengahari dulu dan terus membeli-belah. Kat sini ramai yang memborong frame ayat-ayat suci dan cermin . Aku sekadar membeli 2 helai blous . Nak beli frame bagai tak larat nak hangkut masuk feri.haha.

Selesai shopping,kami meneruskan perjalanan ke Melaka. Sampai pukul 5 petang. Jalan-jalan di sekitar Dataran Pahlawan.

Malam selepas Maghrib kami pergi semula ke Dataran Pahlawan,Bandar Hilir.


Kami naik Menara Taming Sari dulu. Harga tiket sebanyak rm15.00. Malam operasi hanya sampai pukul 10 sahaja. Dari atas boleh lihat pemandangan indah sekitar bandar yang dipenuhi dengan cahaya lampu. Aku agak gayat (dalam hati cepatlah benda ni turun..haha.). Masa yang diambil hanya 7 minit. Yang naik pun tak sampai 10 orang.


Lepas tu kami naik pula bot River Cruise menyusuri laut/sungai. Masa yang diambil selama 40-45 minit. Tiket masuk adalah RM10.00. Ada taklimat daripada botman sepanjang perjalanan berkaitan bangunan sejarah yang dilalui. Perkhidmatan tamat pada jam 11 malam.
Ikan patin masak tempoyak . Berhenti makan di RNR Tapah (perjalanan pergi) dan RNR Sg.Perak (perjalanan balik) memang aku tak lepaskan peluang makan lauk ni. Antara feveret dan kebetulan tiada di belah Kedah.
Negeri Melaka kan terkenal dengan asam pedas . Tapi kami tak berpeluang makan sebab menu ini tidak disediakan di hotel...huhu. Tapi sempat makan di Nilai..Bolehlah. Habis dah cerita di Melaka. Stori panjang2 nanti korang muntah hijau plak..hehe.

Notanoti : gambar2 ni semua hasil cilok dari google.com. Bila dah tranfer gambar dalam pc, upload ke sini gambar tak elok. ambil gambar dari internet bolehlah plak. Aku pun tak tau apa masalah sebenar..huhu.

Sunday, May 13, 2012

Kuala Lumpur

credit : google.com

Ini aku cerita sedikit pasal  pergi lawatan ke KL & Melaka (10-12/05/2012).
Bertolak pukul 7.30 pagi tapi biasalah kalau pergi ramai2 ni mesti akan slack juga.
Dalam group ni hampir salah seorang tak dapat pergi gara2 lambat.(group minggu lepas seorang dah tertinggal,nasib baik bos bagi masuk group ni). Pergi lawatan ni terpaksa dipecah kepada 2 group. 
Nasib baik sempat walau orang feri dah marah2. Mungkin kebetulan ada pesakit yang perlu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah,Alor Setar dan penghantaran banduan ke tanah besar. Kami duduk bersekali dengan geng2 polis.

Perjalanan mengambil masa satu jam setengah dan bila sampai di Kuala Kedah bas dan sedia menunggu. Oh ya lupa plak group ni seramai 20 orang dan 2 orang sebagai guide. Pergi ni menggunakan travel agent. Di gurun kami berhenti sekejap untuk breakfast . Kemudian perjalanan diteruskan tapi biasalah rombongan cik kiah ni berhenti-henti di RNR atas permintaan sekiranya nak jumpa "mr.tan". Kami berhenti makan tengahari dan solat di Tapah.

Sampai di KL pukul 5.15 petang. Alhamdulillah perjalanan lancar. Kami menginap di hotel Citin betul-betul bersebelahan Masjid India dan berdepan dengan Bazar bumbung hijau. Lepas check-in kami terus shopping di sekitar jalan TAR. Kalau sampai sini memang rambang mata . rasa semua nak beli..haha. Kat sini kena pandai tawar harga. Mungkin kami sampai dah petang dan kebanyakan kedai nak tutup , kami guna kesempatan dengan baik dengan tawar sehabis boleh..hehe. Balik ke hotel pun dah pukul 10 malam.

notanoti : Berhabis duit jugalah aku dengan beli kain pasang 5 helai untuk raya+baju kerja. Itu belum termasuk dengan memborong tudung..haha. Nanti aku update pasal Melaka plak.

Thursday, May 3, 2012

Layanzzz....










Bergambar bersama di atas menara (sila rujuk gambar pertama). Sejuk sebab berkabus.
Ini my ex-housemate . Kebetulan minggu lepas dia datang bercuti. Itu yang ambil kesempatan berjalan - jalan sakan..haha.
Masa minum petang kami makan pizza Artisan . Mungkin kat tempat lain takde kot .
Tapi dari segi citarasa aku lebih suka pizza hut lagi.

Ini sebagai hiasan di atas meja kat menara .

Lokasi : Gunung Raya, Langkawi.

Sebenarnya kat atas ni takde apa pun. Cuma boleh lihat pemandangan yang cantik dan boleh nampak Thailand juga. Masa kami sampai ni dah petang dan keadaan berkabus. Rasa sejuk sangat!!. Kalau nak feeling2 rasa macam di oversea bolehlah singgah di sini...haha.

Sunday, April 22, 2012

Pengalaman Di KK - Part Last


Ini masa last day sebelum balik kami singgah di Kundasang. Sebenarnya banyak gambar yang diambil sebab tertarik dengan keindahan Gunung Kinabalu. dari KK mengambil masa dalam 1 setengah jam ke 2 jam. layankan jelah gambar yang tak berapa nak ada ni...huhu. Tak tahulah apa masalahnya.



Thursday, April 12, 2012

Pengalaman di KK

Alhamdulillah telah selamat sampai ke Langkawi. Pertama kali menjejakkan kaki di bumi negeri di bawah bayu agak teruja. Memang dah lama teringin nak sampai sini. Dapat peluang walaupun atas urusan kerja tidak aku sia-siakan.


Dari airport langkawi pukul 11 pagi (08/04/2012) dan alhamdulillah tidak delay dan sampai pada waktunya. Sementara nak tunggu penerbangan ke KK, aku dan member pergi makan di Food Court.


Kira-kira pukul 1.00 tengah hari datang pula 2 orang lagi dari HQ. Kami telah bergabung untuk menjadi 1 team. Pukul 2.15 petang bertolak dari KLIA dan mengambil masa selama 2 jam setengah.


Lepas sampai di airport KK dan check in hotel,kami terus pergi minum petang di Tanjung Aru.Subhanallah!! Cantik sungguh pemandangan lagi2 bila matahari nak terbenam.

my partner. ini dia yg minta diambil gambar.Teruja kot ngan ABC tuh!!...haha.


Ini mungkin dalam waktu 6.30 petang. Kat sini gelap awal.Member dari HQ dah pesan awal2 subuh masuk dalam pukul 4.45 pagi dan pukul 6.30 tu dah terang benderang.....


notanoti : Akan ada entry sambungan..insyaallah akan upload lebih banyak gambar...tunggguuuuuuuuuuuuuuu...haha.



Sunday, January 15, 2012

"Mangrove Tour " Di Sg Kilim

Semalam aku berkesempatan untuk pergi Mangrove Tour di Sg.Kilim Geopark. Aku dah lama teringin nak ke sini dan alhamdulillah dapat peluang itu. Sebelum aku cerita edisi lawatan ini,meh aku stori sikit berkaitan geopark.

Kepulauan Langkawi diistihar sebagai geopark oleh Kerajaan Negeri Kedah pada tahun 2006, dan diterima menjadi ahli Global Geopark Network (GGN) di bawah naungan UNESCO pada Jun 2007. Pengiktirafan GGN UNESCO ini menjadikan Langkawi, global geopark pertama di Malaysia dan Asia Tenggara dan yang ke-52 di dunia.

"Geopark" - park atau taman yg merupakan kata dasar kedua menggambarkan satu kawasan hutan diurus secara formal dan dilindungi oleh pihak berkuasa untuk tujuan perlindungan hutan dan/atau landskap.Manakala geo pula menggambarkan satu kawasan yang istimewa disebabkan keunikan ciri-ciri geo yang tidak terdapat di tempai lain. Ciri-ciri geo ini dianggap sebagai aset dan sumber,yang membawa nilai kepada manusia yang hidup di sekelilingnya. (sumber : SINI). Cukuplah kot info ni panjang2 nanti korang boring plak.

Okeh...meh aku stori plak sepanjang perjalanan "mangrove tour" ini. Aku pergi dengan sepupu housemate yg kebetulan datang "honeymoon". Nasib kami baik gak sebab housemate aku ni memang bekerja di bahagian Geopark,LADA. Pergi dengan dia ni bolehlah kami dapat murah sket dari segi harga bot dan selok belok Sg Kilim. Ala kawan aku ni dah biasa bawak trip anjuran jabatannya.



Ini merupakan pakej yang disediakan. Korang boleh pilih nak pakej yang mana mengikut ketebalan poket masing-masing. Kami pilih pakej selama 2 jam. Tapi pergi ke sini korang tak boleh "gamble" begitu sahaja. Perlu melalui "guide" yang diberi lesen untuk mengetuai tour ini. Ala yang ini tak perlu bimbang,seandainya datang ke sini melalui jalan darat atau udara,akan ada orang yang memberi pamplet berkaitan aktiviti yang menarik sekitar sini. Cuma korang kena pandai pilih pakej mengikut budget masing-masing.



Sebelum turun ke jeti, lebih baik baca pantang larang atau larangan yang disediakan oleh pihak LADA agar terjamin keindahan flora dan fauna yang terdapat di sini.


Okeh ini jeti yang akan membawa pelancong pusing pulau. Bot2 yang disediakan banyak dan tak perlu nak menunggu lama. Difahamkan ada lebih kurang 70 bot yang boleh memuatkan 10 orang. Destinasi pertama ialah Gua Kelawar yang terletak di kawasan paya bakau di tepi anak Sungai Kilim. Di dalam gua ini kawasan agak gelap dan perlu dibantu dengan lampu suluh dan agak berbau sedikit. Di sini dilarang mengambil gambar menggunakan flash dikhuatiri mengganggu kelawar2 yg sedang tidur. Tidak dinafikan memang banyak kelawar2 yang bergantungan di batu kapur. Berpeluang menyusuri ruangan berbentuk terowong panjang yang kaya dengan stalaktit dan stalagmit yang unik kerana ia membengkok ke arah sisi mencari cahaya matahari.


Kawasan ini memang dipenuhi oleh pokok kayu bakau. Difahamkan pokok2 bakau ni dah hidup puluhan tahun.


Masih lagi di Gua Kelawar. Anda dilarang untuk membawa makanan dan minuman.Sebaiknya ditinggal di dalam bot atau disimpan di dalam beg. Ini bagi menggelakkan korang diserbu dengan monyet-monyet yang ada.


Kat sini banyak disediakan papan-papan maklumat untuk pengetahuan pelancong. Salah satu contoh ialah berkaitan dengan fosil.


Kemudian kami dibawa ke Gua Buaya. Di sini bot melalui kawasan ini tetapi tidak sehingga ke dalam kerana air surut. Selepas itu kami singgah ke "Fishfarm" sebentar kerana cousin housemate nak makan di "Hole In The Wall".Nak mudah kami order pakej satu kepala RM38.00.Kemudian botman meneruskan perjalanan untuk melihat kehidupan burung helang kira-kira 1 kilometer sahaja jaraknya. Uniknya di sini botman akan mengocak air di sungai menggunakan enjin bot untuk membolehkan helang-helang itu mendekati bot dan boleh melihat secara jelas. Tapi sayang dah tak boleh nak bagi helang2 ini makan seperti dulu. Tak tahulah kenapa. Kebiasaannya helang2 ini akan diberi makan lemak ayam dan roti.




Perjalanan diteruskan menuju ke Andaman Sea Tour. Sebelum sampai ke sini akan melalui pulau/bukit kecil yang kelihatan seperti Aparche Head (kepala Red Indian), Baby Face dan juga seperti kasut (pulau kasut). Kami juga bertuah sebab dapat lihat dolphin. Selama kawan aku bawak trip, ini kali pertama dia nampak. Kalau korang tengok betul2 pada gambar, batu2 itu menyerupai penyu.



Seterusnya perjalanan kembali semula ke Fishfarm. Di sini terdapat kolam atau kelong pusat penternakan yang kaya dengan pelbagai hidupan laut antaranya ikan pari,belangkas,ikan kerapu dan udang lipan.



Nama sebenar ikan ni aku tak pasti. Tapi budak2 yg bertugas kat sini gelar "ikan sumpit". Uniknya ikan ini adalah cara nak dapatkan makanan. Ikan2 ini akan menyumpit roti yang dibasahkan sedikit dengan air sebelum dilekat di kayu tiang.


Ini pun kolam ikan pari yang terbesar dan tertua. Ada namanya tau tapi yg aku ingat Mohsein dan Fatimah. Ikan pari ni jinak dan cara nak beri makan seperti di dalam gambar tu. Sekiranya kita mencampak makanan seperti isi ikan ke dalam kolam, ikan pari itu tidak akan makan. Ini berdasarkan info yang diberi oleh budak yang bertugas itu.


Dah puas tengok ikan2, kat sini yang sangat excited ialah suami cousin sebab dia kaki pancing, kami masuk ke Hole In The Wall sebab nak makan. Nasib baik dah order awal, jadi bila sampai tu terus dihidang dengan makanan. Menu adalah nasi putih,ikan siakap bakar 2 ekor,sayur campur,udang masak tak tau nama keh keh tapi sedap sebab ini yg licin awal!!,tom yam campur,sambal belacan dan sotong goreng tepung(yg ini tauke kedai yg belanja). Ikan siakap tu habis dibedal dek aku ngan cousin...keh keh. Rugi koo kalau tak habis!!Mahal tuuu. Dah habis makan kitorang kembali semula ke jeti . Satu pengalaman yan seronok dan boleh mengetahui ilmu berkaitan"geopark" dan menikmati keindahan alam ciptaan Allah s.w.t.


Sumber gambar di sini dan sini .



Notanoti : Aku seronok sebab trip ini dibelanja oleh cousin housemate...keh keh.



Monday, November 28, 2011

Shopping di Beras Terbakar & Kedai Gamat

Hari last adik di sini,aku bawaklah shopping di Beras Terbakar dan Kedai Gamat. Langkawi kan terkenal dengan produk gamat. Sebelum tu adik dah memborong coklat dan pinggan di pekan Kuah. Di sepanjang lebuhraya akan ternampak beberapa kedai gamat. Hanya perlu pilih mana yang berkenan. Aku bawak sampai 3 kedai gamat bila ada produk yang dipesan tiada di satu kedai tersebut.




Ini kawah minyak gamat.Pengunjung boleh mencelup tangan ke dalam ni.Walau kawah ni menggelegak tapi tak panas mana pun. Ramai yang mengambil peluang mengambil gambar di sini. Opss ini di kedai gamat Nusantara Maju. Tak susah nak cari. Di tepi2 jalan dah nampak botol gamat yang besar. Pelbagai produk di jual seperti balm,minyak panas,minyak urut,syampoo,minyak rambut,krim panas, sabun,pelembab dan pelbagai lagi. Hanya sediakan duit sahaja dan rege tidaklah mahal mana pun. Berpatutan.




Ini sample herba-herba yang digunakan. Bila tengok ni aku pun belajar nama herba.Ada yang aku tak pernah tengok dan ada nama yang unik..hehe.

Dah habis shopping di sini, aku bawak ke Beras Terbakar. Ada banyak kedai2 yang menjual t-shirt Langkawi,kain batik,produk makanan seperti ikan bilis dan makanan laut. Kena pandai pilih kedai dan harga boleh ditawar .




Tugu tu menceritakan kisah beras terbakar dan di dalam pinggan tu beras terbakar yang ada. Tidaklah banyak mana. Tapi yang mengherankan aku di sebelah tu ada plak orang bagi duit. Aku takut ada perbuatan khurafat di sini. Waalahu'alam.Di sebelah ada tapak kawasan tempat beras terbakar. Kat sini pun boleh nampak duit2 syiling bertaburan. Beras terbakar tu betul2 di dalam halaman rumah Ku Halim. Cadang nak amik gambar gak kat umah tuh tapi ramai orang dok q nak amik gambar malas plak aku...huhu.




Suasana di sekitar Beras Terbakar.


Notanoti : Sekarang memang ramai orang luar membanjiri bumi Langkawi.Minggu depan sempena LIMA tak taulah canerr sesak di jalanraya...huhu.

Sunday, November 27, 2011

Bersantai Di Telaga Tujuh

Aku cerita pulak pasal Telaga tujuh. Ini merupakan kawasan rekreasi dan masuk adalah percuma. Cuma parking sahaja yang kena bayar.Kereta 2.00 dan motosikal 1.00. Dari Cable Car hanya mengambil masa 5 minit dan ia merupakan jalan mati. Lepas habis berseronok di Cable Car kami singgah di sini.


Tugu yang menyambut kedatangan pelancong. Sejarah Telaga tujuh :


"Telaga Tujuh atau The Seven Wells adalah satu rangkaian tujuh telaga semulajadi yang airnya mengalir dari tujuh mata air. Dipercayai terdapat tujuh orang puteri dari kayangan yang sering mandi dan amat suka akan kesejukan air perigi ini. Terdapat seorang putera raja yang tinggal berhampiran perigi ini dan cuba untuk memikat serta mengahwini salah seorang puteri-puteri ini tetapi masih belum berjaya. Air ini juga dipercayai mempunyai kuasa yang boleh menyembuhkan beberapa penyakit. "



Nak naik ke kawasan ini perlu menaiki anak tangga atau jalan yang mendaki. Gambar kat atas tu kira bahagian bawah. Akan jumpa kawasan ini dulu. Sekiranya nak bersantai dan kawasan yang tidak terlalu ramai orang,silalah mendaki lagi. Inipun rasa nak tercabut lutut.Mencungap gaklah. Kami lepak kat sini jerr.Tak larat nak naik atas lagi...huhu.

Bila sampai di kawasan seperti ini,kena jaga mata dan penglihatan. Banyak ikan2 dugong bersidai. Selamba jerk diorang tuh. Memang tak malu langsung!!.


Notanoti : Walaupun dah 5 tahun aku berada di sini,tapi ini kali pertama aku menjejakkan kaki ke sini.


Saturday, November 26, 2011

Jom Naik Kereta Kabel!!

Musim cuti sekolah ramai yang mengambil kesempatan bercuti-cuti bersama keluarga. Tidak ketinggalan keluarga adik aku yang datang bercuti di Pulau Langkawi . Aku sebagai kakak yang prihatin dan baik hati telah menawarkan diri menjadi "tour guide". Semalam kami pergi ke Kereta Kabel atau lebih popular dikenali sebagai "Cable Car". Bila sampai je,pergi ke kaunter sudah disambut dengan satu kenyataan bahawa "operasi ditutup sementara disebabkan oleh angin kencang. huhu sudah tergambar kekecewaan pada wajah adik dan suami.Inilah yang dikatakan tiada rezeki. Operasi akan ditutup bila keadaan hujan dan angin kencang. Patutlah ramai pengunjung di sekitar kawasan.


Inilah keluarga kecil adik.Bergambar di hadapan pintu masuk.


Kami mengambil peluang berjalan-jalan di sekitar kedai2 menjual barangan cenderahati. Dalam setengah jam menunggu adik mulai bosan dan tiada tanda2 kaunter dibuka,adik mengajak pergi ke tempat lain. Sebaris dengan pintu masuk adik terpandang satu kaunter "duck tour" lantas mengajak kami untuk mencuba.


Kaunter "Duck Tour"


Tiket berharga 38.00 untuk dewasa dan 18.00 untuk kanak-kanak berumur 5-12 tahun. Perjalanan selama 45 minit melalui Harbour Park dan Pantai Kok. Di Pantai Kok pengunjung akan dibawa ke Pulau buatan berdekatan untuk menikmati panorama keindahan alam. Pengunjung akan dibawa menggunakan kenderaan yang disediakan sesuai untuk jalan darat dan laut. Walau bagaimanapun,setelah membeli tiket untuk trip 12.30 tengahari lagi sekali adik kecewa apabila trip pukul 11.30 telah kembali,difahamkan kenderaan mempunyai masalah pada tayar. Trip terpaksa dibatalkan "kapten" tidak mahu mengambil risiko atas keselamatan pengunjung,kenderaan hanya sebuah sahaja. Namun wajah adik kembali ceria apabila staff yang bertugas memaklumkan kaunter kereta kabel telah dibuka. Wang dikembalikan dan di situ juga ada menjual tiket sementara kereta kabel. Rezeki adik dapat merasa naik kereta kabel.


Inilah kereta kabel@gondola.Maksimum satu gondola boleh memuatkan 6 orang.


Tiket untuk dewasa berharga 30.00 dan 20.00 bagi kanak-kanak berumur 2-12 tahun.Untuk warganegara ada diskaun diberikan iaitu sebanyak 15.00 untuk dewasa dan 10.00 untuk kanak-kanak dengan syarat kena tunjuk Mykad semasa membeli tiket.


Atas tu Gunung Mat Chinchang.Terasa udara sejuk dan segar.


Nak naik kereta kabel ni perlukan kesabaran yang tinggi ya. Maklumlah orang ramai dan perlu beratur semasa menuggu giliran untuk menaiki gondola.



Panorama alam yang boleh dilihat.


Terdapat 3 check point untuk pengunjung menikmati keindahan alam. Check point pertama di mana tempat bermula naik gondola. Check point kedua ada teropong bagi pengunjung melihat kawasan sekitar.Check point ketiga ni ada jambatan gantung (maaf kalau istilah salah). Ala kat sinilah yang ada penggambaran filem Don pelakon Shah Rukh Khan. Nak sampai ke sini pengunjung perlu turun tangga dan naik tangga. Bila berselisih dengan warga tua,mereka mengadu sakit lutut. Padahal kami yang muda2 ni ni pun mencungap2 gak bila nak naik tangga ni.huhuhu.



Bersama dengan Auni Firdina


Kalau kawan2 nak merasai pengalaman menaiki kereta kabel dan gondola,boleh berkunjung ke Kereta Kabel. tak sah kalau ke Pulau Langkawi tidak merasai pengalaman menaiki gondola. Pada sesiapa yang gayat tu bolehlah mencuba ....hehe.



Notanoti:ini kali ketiga aku naik kereta kabel,tak rasa takut berbanding pertama kali dulu.Tapi perasaan tu datang bila ada mamat yang dok sebelah adik ipar kaku dan mulut terkumat-kamit membaca surah2 pilihan.Kalau setakat dalam hati atau slow takpelah jugak ini kuat!!...hadoii.





Saturday, April 23, 2011

Jalan-Jalan Ke Thailand- Part II

Assalamualaikum
okeh aku buat sambungan pada hari kedua.Selepas sarapan di hotel kami bertolak ke Songkla. Di sini kami di beri masa selama 1 jam.Apa yg menarik cuma ada replika ikan duyung sebagai tarikan untuk ambil gambar.Kiri-kanan jalan terdapat penjual yg menjual cenderahati berbentuk key-chain,patung ikan duyung dll. Harga amat murah.



Inilah Pantai Samila...lebih kurang dengan pantai Cenang,Langkawi.

Sementara tunggu kawan2 bershopping....sempat berposing..ahakss...


Perjalanan diteruskan ke Muzium Songkla. Tiket Masuk RM10 seorang.Tapi gambar atas ni sebuah kedai yg menjual pokok2 bunga dan peralatan pertanian.



Gambar ini diambil di atas menara,Muzium Songkla.Di belakang tu jambatan yang terpanjang di Thailand.Itu yg diterangkan oleh guide kami.




Gambar ini di dalam Muzium.Di sini boleh mengetahui sejarah dan tinggalan warisan berkaitan Thailand.





Ini pula di Pasar Terapung,Hatyai.Pasar ini dibuka pada pukul 4.00 petang-7.00 petang.Di sini ada dijual pelbagai barangan berbentuk pakaian,cenderamata dan makanan.Banyak pilihan makanan tempatan. Yang uniknya makanan di jual di dalam perahu.Harga memang murah.




Suasana di kawasan tepi sungai.Peniaga akan melabuhkan perahu di tebing.Sekiranya ingin membeli...hanya berikan duit dan makanan akan disua melalui kayu kecil.



Baek punya posing akak ni....tengoklah apa yg dijual..



Lepas habis shopping di Pasar Terapung,kami terus di bawa ke sebuah restoran untuk menjamu selera.




Inilah peserta pertama ke Thailand seramai 20 orang.Bergambar di hadapan Lee Garden Hotel.Kumpulan kedua pula pada 28hb-30hb April 2011.














LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...