Kawan - Kawan

Sunday, July 1, 2012

Sakit

Lama aku tak update blog

*
*
*
Bukan disebabkan busy dengan kerja
*
*
*
tetapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan
*
*
*
Ingatkan demam saja tapi tekanan darah naik juga...huhu.
*
*
*
Tak pasal doktor bagi ubat-ubatan selama sebulan. 


Notanoti : Sehingga hari ni aku masih mengalami sakit kepala.Tapi tidaklah seteruk minggu lepas.Ingat macam nak pergi berurut untuk bagi cergas badan yang sakit-sakit urat ni.Ke nak pergi ke klinik balik yerr??.

Monday, June 25, 2012

Duit


Kutipan hasil untuk 3 hari (21,23 dan 24hb/06/2012) adalah berjumlah RM22,551.40.
Dengan gigih aku mengira secara manual (sambil dalam kepala terbayang mesin kira duit yg macam kat bank)
*
*
*
merasa juga pegang duit banyak dan berangan makcik kayo!!..haha.
*
*
*
mulalah di fikiran ni bisikan syaitan menghasut macam-macam
*
*
*
tapi itu semua bakal terjadi  kalau duit itu aku yg punya...hehe.


notanoti : takut2 berani jerr masa bawa duit tu ke bank. Nasib baik my opismate lelaki sudi jadi bodyguard...hehe.

Monday, June 18, 2012

Lemau

Bila dah cuti tu
paham-paham jela
rasa malas nak pegi keje
lagi2 bila semalam  cuti isra' & mikraj

Pagi tadi
kebetulan hujan lebat
rasa nak tarik jerk selimut
sambung mengulit mimpi

notanoti : tuan blog akan menyepi seketika.Ada kursus kat HQ.Ini pun bikin aku lemau juga...hehe.

Thursday, June 14, 2012

WW Semalam

Daripada entry semalam, ramai yang memberi maklumbalas nan hado dan scary. Tapi kata- kata korang tu memang ada benarnya,bagi kaum melayu memang takkan jumpa pakaian tu dan jarang nak memakai topeng.

Sebenarnya mereka ini adalah masyarakat Orang Asli Mah Meri,Pulau Carey,Banting. Gambar semalam pun aku snap masa ada event apa tah (lupa) awal tahun ritu. Ada booth bagi setiap negeri dan Selangor diwakili oleh komuniti ini.



Pakaian ini kebiasaan mereka akan pakai sekiranya ada persembahan kebudayaan atau ada upacara kepercayaan.

Nak tau lebih lanjut pasal mereka ini,boleh jenguk di sini . sumber gambar cilok dari pakcik gogel.

Monday, June 11, 2012

Mutiara Kata



                     

                                                       sumber : facebook.com


Notanoti : Aku sebenarnya takde idea.  "kata-kata" ini aku cilok dari fb kawan yg rajin publish. Sekadar perkongsian dan untuk diri sendiri juga.

Sunday, June 10, 2012

Thursday, June 7, 2012

Menegur

Kadang-kadang agak sukar untuk menegur seseorang
tak kiralah atas urusan kerja atau peribadi
takut2 kalau teguran itu tidak kena cara
akan mengakibatkan perselisihan faham dan bermasam muka

Macam aku yang tengah dilema sekarang
sama ada nak menegur atau tidak
anak buah di bawah seliaan(jgn anggap aku bos pulak.aku pun kuli juga)
yang semakin teruk dari segi disiplin dan kualiti kerja

Sebelum ini bukan tidak pernah aku tegur
tapi sekejap jer berubah lepas tu balik kepada feel lama
dan aku ni pulak jenis menegur hanya boleh setakat 3 kali je
lepas tu aku malas nak cakap benda yang sama berulang-ulang

Entah lerr..
kalau dibiarkan aku yang sakit hati
bos atau orang lain akan berkata atau menyampaikan
bak kata pepatah ditelan mati mak,diluah mati bapak

Wednesday, June 6, 2012

Mutiara Kata





sumber : cilok dari facebook.com

Tuesday, June 5, 2012

Dugaan

Sepatutnya semalam aku dah kerja. Tapi atas sebab beberapa halangan baru hari ni aku masuk kerja.Terpaksa sambung cuti.

Aku sepatutnya perjalanan balik ke utara pada 03/06/2012 malam . Tiket pada jam 11.30 malam. Kebiasaan tiket memang aku akan suruh adik yg kat Klang booking dan bila dah sampai Klang Sentral baru ambil tiket tu kat kaunter.

Bertolak pun dari kampung dan jem di Tg.Karang yang kebetulan pada tarikh tu ada MAHA. Adik dah bagitau awal kalau jem ni sampai Kuala Selangor memang kena berpatah baliklah. Kebetulan waktu tu dah pukul 10 malam. Namun alhamdulillah di Kuala Selangor tak jem dan kami teruskan perjalanan. Sampai di Klang Sentral lagi 15 minit ke pukul 11.30. Berkejar aku ke kaunter di ting.1 namun hampa bila dimaklumkan tiada tiket booking seperti yang aku beritahu. Call adik untuk confirm dah booking atau tak. Adik bagitau dah dan cuba call agen tu tapi tak dapat. Ini merupakan kejadian pertama sebelum ni tiada masalah. Aku pun terus tanya kat kaunter ada kosong . Malangnya tiada hanya Butterworth yg ada kosong. Aku tak mau ambil risiko sebab malam dan aku tak familiar di kawasan tu walau orang kata kat situ banyak bas. Aku merayu agar dapat naik juga dan orang tu suruh tunggu bas kalau2 ada kosong tapi tak tau pukul berapa bas sampai sebab jem. Aku ambil keputusan tunggu namun sehingga pukul 12 bayang bas pun tak nampak lagi. Malam tu diakui kebanyakan bas memang lewat sebab jem. Aku mengambil keputusan untuk balik sahaja memandangkan aku kesian dengan orang tua yg nampak keletihan. Aku pergi kembali ke kaunter untuk membeli tiket baru pada keesokan pagi.

Cadangnya nak bermalam di rumah abang di Merbau Sempak tapi bila dihubungi abang aku dah ada kat kampung. Baru sampai katanya. Terpaksa tukar plan. Adik perempuan yang kebetulan ikut mencari kunci kat dalam beg . Alhamdulillah ada dan kami singgah bermalam di sana. Sampai rumah abang dah pukul 1 dan adik perempuan teruskan perjalanan balik kampung dengan orang tua sebab pagi tu dia ada interview di Majlis Daerah Kuala Selangor. Cuma aku dan adik lelaki yang tinggal.Nasib baik adik aku ni kebetulan cuti semalam.

Pagi semalam bergerak dalam pukul 8 pagi.Sengaja aku suruh adik aku ni gerak awal takut jem. Entah macam mana dalam perjalanan tiba2 kereta tersengguk-sengguk dan adik berhenti di tepi jalan. Adik aku kata minyak habis dan dia ingat boleh sampai ke stesen minyak yang tak berapa jauh. Masa tu aku geram + susah hati pun ada. Adik berjalan membeli minyak dan aku pesan agar cepat sikit sebab aku takut tinggal sorang2.tak lama lepas tu adik sampai dengan setin minyak.Mujur ada juga yg sudi bagi dia tumpang. setelah siap bubuh minyak kami teruskan perjalanan. sampai di Klang Sentral pukul 9.30 dan bas pun dah sedia menunggu.Bas bertolak pukul 10 pagi. Dalam perjalanan hati ku risau kerana bas ni slow. Berhenti makan di Bukit Gantang pukul 1.30 dan penumpang diberi masa setengah jam. Sebelum turun aku tanya pada pemandu sempat tak sampai kat Kuala Perlis sebab last feri pukul 7 petang. Aku pun beritahu nak tak nak kena masuk Langkawi juga. Pemandu tu kata sempat tak payah risau sangat.

Sampai di Stesen Bas Shahab di Alor Setar lagi sepuluh minit pukul 6 petang. Masa tu aku dah susah hati sebab nampak2 memang tak sempat. Nasib baik pemandu tu tolong aku carikan teksi dan beritahu kena turun kat sini baru sempat ke jeti. Nak terus ke Kuala Perlis memang tak sempat sebab bas tu akan ke Changloon dulu. Kebetulan pemandu ni aku kenal sebab aku pernah naik bas ni sebelum ni dah pernah berkaraoke sekali dalam bas. Aku bersyukur di atas keperihatinan pemandu ini. Naik teksi dan dalam pukul 6.30 aku sampai di jeti Kuala Kedah. Mujur tiket feri pukul 7 masih ada. Walau aku menghadapi kesukaran namun aku bersyukur sebab berjaya juga sampai ke Langkawi.

Notanoti : terima kasih kepada kawan2 yang memberi nasihat/idea berkaitan kesihatan ayah. Insyaallah perkara ini akan aku bawa berbincang dengan keluarga

Saturday, June 2, 2012

Ada Suka dan Duka

Alhamdulillah
^
^
^
aku dah sampai kampung
^

^
^

sebelum tu aku & famili berkampung di Port Dickson
^
^
^
menghabiskan masa di cuti sekolah
^
^
^
melayan karenah kanak-kanak
^
^
^
yang seronok bermandi-manda di pantai & kolam hotel

notanoti : aku puas bila melihat wajah gembira kedua orang tua. Namun aku juga sedih melihat ayah yang agak terbatas pergerakan dek kerana penglihatan yang semakin terjejas.

Thursday, May 31, 2012

Mutiara Kata

sumber : cilok dari facebook.com


nonanoti : 2 hari menyepi dek gara2 talian telefon,fax dan internet kena sambar kilat. Ini baru pulih. Petang2 sikit aku jalan2 rumah korang yerk. Tengah pulun buat kerja sebab malam ni nak balik kampung...yeayyy. Doakan semoga selamat dalam perjalanan pergi dan balik. 

Sunday, May 27, 2012

Kisah semalam dan hari ini..


Dah bermula cuti sekolah. Maknanya faham-fahamlah. Ramai yang akan mengadakan kenduri. Bila dah dijemput tu wajib pula untuk menghadiri. Breakfast di rumah pun sekadar makan roti untuk alas perut.Semalam saja aku pergi ke 3 jemputan. Plan nak pergi pukul 12 tengahari tapi ada beberapa halangan pukul 1 baru pergi ke rumah yang pertama. Jemputan ni tak jauh dari rumah dan merupakan kawan my housemate. Ini jemputan kenduri berkhatan. Lepas tu kami pergi ke rumah kedua pula. ini kenduri kahwin kakak opismate my housemate. Memandangkan dah kenyang di rumah pertama walau makan hanya sedikit(kes beringat ada rumah lain..haha) tapi aku hanya meratah lauk. dah tak boleh nak masuk nasi dah.

Lepas tu kami ke rumah ketiga pula. Memang dah target tak lama2 di satu rumah. Lepas habis makan terus je jumpa tuan rumah. Ini jemputan kawan opis. Dia buat kenduri perkahwinan adik ipar+berkhatan.Kat rumah kawan kami sekadar makan pencuci mulut iaitu serawa pisang+keledek. Balik tu memang kekenyangan.


Okeh habis sudah cerita semalam. Pagi ni masuk2 opis jer kepala dah pening cium bau . Siapalah yang letak buah durian kat opis. Baunya saja sudah bikin pusing.Ada 3 biji. Kebetulan tak ramai yg ada kat opis. cepat2 kopek dan buah tu masuk dalam tuppaware siap-siap.Simpan dalam peti ais. Rehat tadi dah licin!!.

Alhamdulillah pokok durian yang ada kat opis ni ada juga buah yang boleh dinikmati. Jenis apa jangan tanya,aku hanya pandai makan jerk...haha.


sumber : cilok dari google.com

Thursday, May 24, 2012

Wednesday, May 23, 2012

WW

sumber : cilok dari facebook.com

Tuesday, May 22, 2012

Monday, May 21, 2012

Sibuklah Sangat!!

Terabai rumah ku ini
Bukan disengajakan tetapi
tuntutan tugas memerlukan
aku untuk lebih fokus

Bukan itu sahaja
Aku pun agak sibuk untuk mengemas
rumah sewa baru
walau bukan rumah sendiri
tetapi dalamannya yang agak kotor
dengan contengan2 di dinding
membuatkan aku terpaksa melabur
duit sedikit agar tidak sakit mata memandang

Selesai projek mengecat
(ini upah orang yerr)
buat pulak projek dril mendril
ini ku mohon pertolongan kawan seopis

sekarang tugas yang amat tidak disukai
operasi kemas barang-barang
serta pindah memindah
adohai pasti meletihkan!!

Thursday, May 17, 2012

Mutiara Kata

Memberi maaf adalah lebih lazat daripada membalas dendam
bekerja lebih nikmat daripada menganggur
qanaah lebih bernilai daripada harta
dan kesihatan lebih baik dari kekayaan

sumber : koleksi Mutiara Kata Al-Qarni

Wednesday, May 16, 2012

Pagi yang Sejuk..


Suasana pagi yang dingin dan sejuk.Menyegarkan minda dan fizikal.Rasa tenang.

Notanoti : tepat pukul 7 pagi aku dah tercongok kat opis dan jadi tukang buka pintu. Pagi ni kawasan opis digunakan oleh staff2 polis seramai 70 orang untuk aktiviti kecergasan (jogging). Dah namanya menumpangkan kenalah ikut time bos keluar...huhu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...