Kawan - Kawan

Monday, November 28, 2011

Shopping di Beras Terbakar & Kedai Gamat

Hari last adik di sini,aku bawaklah shopping di Beras Terbakar dan Kedai Gamat. Langkawi kan terkenal dengan produk gamat. Sebelum tu adik dah memborong coklat dan pinggan di pekan Kuah. Di sepanjang lebuhraya akan ternampak beberapa kedai gamat. Hanya perlu pilih mana yang berkenan. Aku bawak sampai 3 kedai gamat bila ada produk yang dipesan tiada di satu kedai tersebut.




Ini kawah minyak gamat.Pengunjung boleh mencelup tangan ke dalam ni.Walau kawah ni menggelegak tapi tak panas mana pun. Ramai yang mengambil peluang mengambil gambar di sini. Opss ini di kedai gamat Nusantara Maju. Tak susah nak cari. Di tepi2 jalan dah nampak botol gamat yang besar. Pelbagai produk di jual seperti balm,minyak panas,minyak urut,syampoo,minyak rambut,krim panas, sabun,pelembab dan pelbagai lagi. Hanya sediakan duit sahaja dan rege tidaklah mahal mana pun. Berpatutan.




Ini sample herba-herba yang digunakan. Bila tengok ni aku pun belajar nama herba.Ada yang aku tak pernah tengok dan ada nama yang unik..hehe.

Dah habis shopping di sini, aku bawak ke Beras Terbakar. Ada banyak kedai2 yang menjual t-shirt Langkawi,kain batik,produk makanan seperti ikan bilis dan makanan laut. Kena pandai pilih kedai dan harga boleh ditawar .




Tugu tu menceritakan kisah beras terbakar dan di dalam pinggan tu beras terbakar yang ada. Tidaklah banyak mana. Tapi yang mengherankan aku di sebelah tu ada plak orang bagi duit. Aku takut ada perbuatan khurafat di sini. Waalahu'alam.Di sebelah ada tapak kawasan tempat beras terbakar. Kat sini pun boleh nampak duit2 syiling bertaburan. Beras terbakar tu betul2 di dalam halaman rumah Ku Halim. Cadang nak amik gambar gak kat umah tuh tapi ramai orang dok q nak amik gambar malas plak aku...huhu.




Suasana di sekitar Beras Terbakar.


Notanoti : Sekarang memang ramai orang luar membanjiri bumi Langkawi.Minggu depan sempena LIMA tak taulah canerr sesak di jalanraya...huhu.

16 comments:

Sunah Sakura said...

seronoknye..teringin sangat nak gi langkawi... T_T

Tie HT said...

sakan no depa berjalan... :)

Tie HT said...

aku takleh nk bukak emel rini...line tak clear, byk sgt tentera duk buat serangan hendap..hihi :)

Acik Erna said...

lieyna..kawan opis acik tak pernah tinggal ke lima..setiap tahun..minat sangat dia.

Daddylicious said...

cuti sekolah pulak tu kompom juta org datang ke pulau...:)

Unknown said...

hari tuh papa mifz borong byk gak minyak gamat...:)

khaifaiz said...

hotel dah penuh wei time lima ni... rumah ko ada kosong tak

Kakzakie Purvit said...

Tahun ini langkawi tak masuk list kakak. Sebab anak-anak periksa besar. Minggu depan pulak target nak ke pantai timur dulu...

Kakak sentiasa simpan minyak gamat di rumah

Rina Rahamat said...

sy dh gi langkawi ni lamaaaaa dulu..zaman masih hidup bawah ketiak mak bapa..nantilah..ada rezeki nk pegi lg sana..

Zul fattah said...

tak pernah sampai lg langkawi.. nak g eh, cuti sem ni

wahida said...

saya borong shopping coklat kat langkawi sampai sekarang tak habis lagi...hehe...

Unknown said...

teringat pula pada coklat daim...sedapppp!

Unknown said...

rahsia org yg lhir bulan september :

http://sun3tpini.blogspot.com/2009/09/rahsia-orang-yang-lahir-bulan-september.html

matahati-aishahazhar said...

tak pernah g langkawi... bestnya banyak tempat soping.

ct kektus said...

dah pernah sampai langkawi ni. masa form5. kemain jakun masa tu. haha :p

aksarafendi said...

hahhaa akan ke lgkwi bulan januari nnti..hrap2nye org xla rmai sgt..last gi sne tahun 2005

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...