Hari ni aku bersiaran dari kampung halaman tercinta.Alhamdulillah aku dah selamat sampai.
Bertolak dari Langkawi pada petang semalam.Naik feri last pukul 7 petang dan sampai di jeti Kuala Perlis kira-kira pukul 8 malam. Sementara nak tunggu bas aku lepak kat terminal bas.
Naik bas pukul 9.45 malam. Biasalah kalau menggunakan kenderaan awam,belum boleh dibanggakan.Bas gerak pukul 10.15 malam. Bas berhenti mengambil orang di stesen2 berikut dan selepas terminal shahab perdana,bas tidak berhenti kecuali di Tapah.Kalau dalam bas....dah sah2 aku tido jerk. Syukur sebab jalan tak jem dan tiba di terminal Klag Sentral pukul 6-30 pagi.Adik dah sedia menunggu dan bergerak ke rumah abang di Kg.Merbau Sempah. Aku sambung tido lagi dan kira2 pukul 11 gerak untuk balik ke kampung.
Tapi masih banyak persinggahan. Kitorang pergi ke Jusco,Kepong.Aku nak survey aksesori kereta.Lepas tu gerak ke Dengkil umah kawan adik sebab nak amik lemang.Dari sini patah balik untuk balik ke Sungai Besar. Singgah amik adik bongsu di politeknik Sabak Bernam. Adik aku dok bunyi lapar,kami singgah makan di pantai Bagan Nakhoda Omar Sabak Bernam.Sampai kat sini kedai dah nak tutup tapi kakak tu masih sudi amik order. Kami pun makan dengan kadar yang cepat...kih kih kih. Sampai kat rumah kira-kira pukul 7-30 petang.Pengsan adik aku sebab dia yg drive.ha ha.
Notanoti : buat entry ni dengan kadar yg cepat sebab nak tengok Anugerah Skrin yang dah mula...
Daaaa....
20 comments:
Assalam lieyna..dah sampai kampung ye..selamat menyambut aidiladha..
bestnya balik kampung..
Selamat hari raya aidil adha ....
mak ai banyaknya destinasi...hehe
selamat hari raya aidil adha.
kesian adik tue.ish3
selamat berhari raya aidil adha!
memang cepat sungguh perjalanan kamu. haha.
semalam x boleh tgok anugerah skrin sebab hujan.
jauhnya perjalanan...
usha spoiler ke?
salam aidiladha lieyna...
mujur ada driver yang pantas... hehehhe
kak tunggu entry raya haji kamu ya..
SALAM AIDILADHA. BILA BALIK SEMULA? BERHATI2
oh banyak desyinasi.. banyak tujuan.. busy busy.. slmt beraya :D
selamat ari raya korban..:)
gambo nye mane..hik3..best arr dah sampai sg.besar..selamat hari raya :)
salam kenal salam aidiladha :P
renjersungai singgah sini :P
wahhh, banyaknya persinggahan... semoga selamat sampai ye.... (",)
kalu sy pun pengsan juga tu...
bestnya balik kampung. lenkali kalau cik ina gi perlis, bawak cik ina jalan ye. cik ina belum sampai utara lagi.teringin nak nengok ladang tebu.
Post a Comment