Kawan - Kawan

Saturday, November 12, 2011

Musim Kenduri Kawen!!

Tak lama lagi cuti sekolah.Time-time ginilah ramai pasangan muda-mudi yang merancang untuk naik pelamin.Mesti korang dah banyak menerima kad-kad undangan kenduri kahwin yang perlu dihadiri. Kalau kat sini kenduri kawin bukan hanya setakat buat pada hujung minggu malah ada yang mengadakan pada hari bekerja. Aku yakin kalau di belah Tanah Besar (masa mula2 sampai sini,bila orang dok sembang dan sebut nama tuh...ingatkan di China rupa-rupanya orang sini menyebut sebelah darat itu sebagai tanah besar...kihkih) jarang-jarang diadakan kenduri pada waktu bekerja. Itu yang kadang-kadang seorang boleh terima 5-6 jemputan dalam satu hari(aku dah penah kena jadi driver pada orang tua yg ada 5 buah rumah nak kena singgah..huhu...nasib baik lokasi taklah jauh-jauh sangat,masih dalam daerah yang sama).

Satu lagi keunikan penduduk di sini ialah mengadakan kenduri kahwin pada sebelah malam sahaja. Tempat korang ada. Mungkin bagi orang lain nampak pelik, tapi di sini tiada yang pelik malah bagi pendapat aku sama meriah dengan kenduri yang diadakan pada sebelah siang. Lagi satu kebaikannya belah malam ni takdelah panas sangat. Malam tadi aku menghadiri satu majlis perkahwinan opismate housemate ku. Kira kawan aku gak sebab kitorang rajin melepak sekali.Ini di sebelah lelaki. Di sebelah perempuan tidak dapat hadir sebab kawan aku ni orang Port Dickson.Dan secara jujurnya ini merupakan pertama kali aku menghadiri majlis kenduri kawin yang diadakan pada sebelah malam sahaja.



Pasangan pengantin yang sama padan sama cantik

Tahniah diucapkan kepada pasangan Izharudin & Norasiken


Aku pun nak ucapkan "Selamat Pengantin Baru" kepada Tukang Karut yang bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan ni. Sori ya tak ingat tarikh...hehe.



notanoti: Bila pegi majlis kenduri kawin...selalu "verangan" bilakah saat aku yang bersanding kat pelamin tuh!!

6 comments:

Tie HT said...

tukang karut marah dak..ko tak ingat tarikh tu..hehe

comel gambo pengantin tu..tgk pelamin skrg lawa2 kan..baju pun..jeles lak :)

EmpayarUtama said...

Ermmm selamat pengantin baru kepada opismate housemate papermate erkkk salah hehe semoga kekal hingga ke akhir hayat. Yang penting majlis selamat sejahtera :)

Abu Bagi said...

oooh tempat kitaorng kat sabah daripada petng sampai ke malam...hahahaha

mmg la mcm ni kalau musim cuti..banyak jemputan kawin..tak yah masa kat rumah..makan kat rumah pengantin je haha

Ardini Humaira said...

ramai betul kawen smalam kan... hospital pon penuh ramai orang nak bersalin :)

Acik Erna said...

lieyna..insyaallah..tak lama lagi tu..nanti boleh jemput kawan2 untuk memeriahkan majlis ye..

Niena Muhammad said...

cuti skolah adalah musim knduri kawen

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...