Saturday, March 24, 2012
Thursday, March 22, 2012
"Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya"
Inilah yang dikatakan kalau berbudi pada tanah insyaallah pasti akan mendapat hasil yang lumayan sekiranya rajin diusahakan.
Alhamdulillah dengan hasil jualan ini boleh tampung duit belanja dapur. Ada sahaja "supplier" yang datang ke rumah untuk mengambil bekalan. Biasanya dari penjual/peruncit yang berniaga di pasar . Adalah juga sayur-sayur lain tapi atas permintaan.
Tanaman serai ini diusahakan oleh orang tua ku . Tanah depan rumah yang tak berapa luas telah digunakan dengan sehabis baik.
Keliling rumah memang penuh dengan sayur ngan buahan seperti keladi,pisang,kelapa,rambutan,mata kucing, ubi kayu dll.
Tapi jangan harap akan nampak pokok bunga depan rumah. Mak tak berminat ke arah itu. Yang ada pun cuma 2-3 jenis pokok bunga kertas .
Notanoti : hati ni cepat rasa sayu/sebak bila bapak selalu buat ayat "kalau korang ingat kat aku yang tua ni jenguk2lah sementara kami belum menutup mata".
Subscribe to:
Posts (Atom)
