Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang semalam. (tarikh keramat 27/03/2012)
Kejadian ini berlaku ke atas diri sendiri. Sesuatu perkara yang selalu aku mohon supaya dijauhkan dan sentiasa dipelihara diri ini semasa di jalanraya. Namun kuasa Allah siapa yang menduga dan mampu menolak. Andai jika dah ditetapkan sesuatu itu akan berlaku pasti akan berlaku.
Sebenarnya semalam berlaku kemalangan tak sampai 1 km daripada rumah. Perjalanan balik dari opis sampai satu simpang traffic light menunjukkan warna merah. Aku berhenti dan merupakan kenderaan pertama di hadapan.
Bila lampu dah bertukar hijau dan ku lihat kenderaan dari arah bertentangan berhenti,aku masuk gear dan terus bergerak secara perlahan membelok ke kanan. Entah macam mana tiba-tiba melintas satu kenderaan dengan laju dari arah sebelah kiri dan kedengaran satu bunyi yang kuat.
Kereta ku telah melanggar kereta tersebut namun alhamdulillah kenderaan itu bergerak ke hadapan dan berpusing sebelum berhenti di tengah2 jalan .Kereta ku pun terus bergerak perlahan sebelum berhenti di tepi jalan berhadapan kedai2 menjual kuih dan Idaman Suri.
Saat itu aku tidak boleh gambarkan perasaan ini. Tidak panik tapi rasa macam kosong dan blurr sebab ini pengalaman pertama eksiden. Ada 2-3 lelaki yang mengetuk pintu cermin dan menyuruh ku matikan enjin dan keluar dari kereta. Mereka juga meminta ku menelefon saudara atau kawan. Ketika itu aku hanya menelefon housemate dan kawan opis. Masa tu memang ramai orang dan masing-masing sibuk bertanya untuk mengetahui hal sebenar.
Alhamdulillah syukur tiada kecederaan di antara kami. Orang yang dari kereta lagi satu ada berjumpa dengan ku namun tiada kata-kata yang keluar dari mulutnya. Ketika itu aku hanya memandang dan lidah ni rasa kelu nak bertanya kenapa dia memandu laju dan melanggar lampu isyarat. Polis sampai kira-kira setengah jam kemudian dan mengambil gambar di tempat kejadian. lepas tu aku dan kawan pergi ke balai untuk membuat laporan. Ku lihat pemandu kereta yang berlanggar dengan ku telah selesai membuat laporan. Apa yang aku terkilan bila pasangan suami isteri (sambil mengendong anak lelaki berumur 2-3 tahun) itu hanya memandang endah tak endah dan tiada kata yang keluar dari mulutnya.
Aku terus membuat laporan dan menceritakan perkara sebenar apa yang berlaku. Aku redha dengan kejadian ini dan anggap mungkin ada kekhilafan yang telah aku buat secara sedar atau tidak. Mungkin kejadian ini utuk menyedarkan diriku. Aku ambil perkara ini dengan fikiran yang positif dan apa yang penting sekarang adalah untuk uruskan pembaikan kereta. Kereta itu akan dihantar ke proton kerana masih baru.Baru 2 tahun aku pakai. Bila dah jadi begini agak payah untuk bergerak dan pagi tadi pun aku menumpang bos pegi opis. Harap2 semua ini boleh diselesaikan dengan cepat.
nonanoti : aku agak terkilan bila pagi tadi dengar di radio.polis trafik memaklumkan bahawa kedua-dua pemandu mendakwa lampu hijau....huhuhu. Tak sangka orang itu tidak jujur dalam membuat laporan.
