Kawan - Kawan

Sunday, May 13, 2012

Kuala Lumpur

credit : google.com

Ini aku cerita sedikit pasal  pergi lawatan ke KL & Melaka (10-12/05/2012).
Bertolak pukul 7.30 pagi tapi biasalah kalau pergi ramai2 ni mesti akan slack juga.
Dalam group ni hampir salah seorang tak dapat pergi gara2 lambat.(group minggu lepas seorang dah tertinggal,nasib baik bos bagi masuk group ni). Pergi lawatan ni terpaksa dipecah kepada 2 group. 
Nasib baik sempat walau orang feri dah marah2. Mungkin kebetulan ada pesakit yang perlu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah,Alor Setar dan penghantaran banduan ke tanah besar. Kami duduk bersekali dengan geng2 polis.

Perjalanan mengambil masa satu jam setengah dan bila sampai di Kuala Kedah bas dan sedia menunggu. Oh ya lupa plak group ni seramai 20 orang dan 2 orang sebagai guide. Pergi ni menggunakan travel agent. Di gurun kami berhenti sekejap untuk breakfast . Kemudian perjalanan diteruskan tapi biasalah rombongan cik kiah ni berhenti-henti di RNR atas permintaan sekiranya nak jumpa "mr.tan". Kami berhenti makan tengahari dan solat di Tapah.

Sampai di KL pukul 5.15 petang. Alhamdulillah perjalanan lancar. Kami menginap di hotel Citin betul-betul bersebelahan Masjid India dan berdepan dengan Bazar bumbung hijau. Lepas check-in kami terus shopping di sekitar jalan TAR. Kalau sampai sini memang rambang mata . rasa semua nak beli..haha. Kat sini kena pandai tawar harga. Mungkin kami sampai dah petang dan kebanyakan kedai nak tutup , kami guna kesempatan dengan baik dengan tawar sehabis boleh..hehe. Balik ke hotel pun dah pukul 10 malam.

notanoti : Berhabis duit jugalah aku dengan beli kain pasang 5 helai untuk raya+baju kerja. Itu belum termasuk dengan memborong tudung..haha. Nanti aku update pasal Melaka plak.

22 comments:

Cik Ina Do Do Cheng said...

la kenapa ta cakap gi KL, boleh jumpa.dah lama cik ina tak pegi Jalan TAR , sana banyak tempat boleh shopping kain baju : )

Tihara said...

waw borong sakan youu... :)

-gedek! said...

ada banduan hensem tak?

haha

Papa Mifz said...

mesti berterbangan jer duit kalo dah sampai jalan TAR tu kan...

Iffah Afeefah said...

Shopping sakan le tu

9n0L4 said...

dh lame bonar tak gi jln TAR. mesti byk choice kn. ;)

Cik FaRiZaM said...

slalu kalau p jalan -jalan , tak sah kalau tak beli apa2...nak nak kite perempuan :D

Elysa Sofia said...

KL memang syurga shopping lagi2 jalan TAR..Barang2 murah!! :)

ainraus said...

wahhh. sakan bershopping. :)

ABU said...

amboi rombongan cek kiah nak jumpa gak mr tan kan hahahaha

dah beli kain tuk raya wah awalnya,, tapi awal lagi aku, dah kirim p sabah dah hahahahah

Citarasa Rinduan said...

wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. sambil makan angin shopping ya??

kak ayu lama tak pi Kl,. 4-5 tahun rasanya..
tapikan betul kata kawan2 blogger lain.. awat adik tak habaq awal2... pasti ramai kawan2 yang ingin bertemu dengan kamu

pena rozie said...

banyak shopping nampak....

Gen2Merah said...

pegi KL kalau tak shoping memang tak sah... mesti kena borong banyak2 baju.. ehehe

Emma said...

Sometime serabut sangat KL ni..poning pala eden..heeee

khaifaiz said...

xpa... duit bonus byk lg

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

p/s: dah beli baju raya.. nampaknya is blum fikirkan tema warna lagi.... hohoho (^___^)

miloais milo said...

shopping sakan uols kat jalan TAR....

dah lama iols tak gi sana... nama aje duduk KL!

sudipVSsenduk said...

7.30am sampai 5.15pm... mak oiii, lamanya! berasap punggung duduk dalam bas

munna said...

klu ke KL... TAR tu mmg wajib kena singgah

Sherwieyna Muzzawer said...

salam kenal.i dah follow blog ni.follow i balik ye..tq..;D

~Sweet Honesty~ said...

lama gilerrr tak pegi jalan msjid india tu..

Acik Erna said...

lieyna..dah shopping baju dan tudung raya la ye

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...