Kawan - Kawan

Sunday, April 29, 2012

Hari Anugerah

baru saja habis event Hari Anugerah.Ini merupakan kali kedua. Sebenarnya hari anugerah ini diwujudkan bagi penyampaian APC bagi kakitangan sambilan cemerlang. Untuk penambahbaikan telah ditambah 4 anugerah yang baru bagi meraikan staff dan orang luar yang banyak menyumbang kepada pencapaian yang telah diperolehi oleh my opis.

Sesi pagi ada 2 ceramah yang telah disampaikan oleh 2 orang pegawai dari HQ. Seorang bercakap berkaitan motivasi dan seorang lagi berkaitan sumber manusia. Banyak input yang aku dapat terutama mengenai motivasi tentang diri dan kerja berpasukan.

Waktu tengahari pula diadakan jamuan (part ni yg paling ditunggu..haha) dan penyampaian sijil dan plak kepada pemenang. hanya calon APC sahaja yang menerima wang tunai bagi memotivasikan diri dan menghargai jasa mereka walaupun bukan kakitangan tetap. Bila ada majlis seperti ini staff boleh mendapat ilmu dan saling berkongsi bergembira dan meraikan  dengan kejayaan orang lain. Bukan mudah untuk menilai dan mencari calon yang tepat. Segala kriteria diteliti dan keputusan dibuat bersama. Moga majlis seperti ini akan diteruskan lagi.

Nonanoti : aku sempat berjumpa dengan pengarah Sumber Manusia berkaitan permohonanku. Semoga aku akan mendapat berita gembira.Doa-doakanlah.

7 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

Tahniah pada semua penerima APCt

Ibuhani said...

Semoga ada rezeki n dipermudhkn....insyaallah!

si para para said...

segala yang terbaik untuk kamu...

:)

miloais milo said...

bab makan jugak yg di tunggu kan???
hak hak hak

bagus banget ada anugerah2 ni
sekurang2nya ada jugak motivasi buat staff

gadisBunga said...

insyaAllah...nanti kite semua akan terima berita gembira. :)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Alhamdulillah.. harap2 cepat dapat berita gembira tu.. :-)

Cik Ina Do Do Cheng said...

InsyaAllah cik ina doakan yang terbaek utk ko, arghh jangan lupa plak belanja cik ina sekerim bila daapat berita gembira tu nanti.yezaaaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...