Kawan - Kawan

Tuesday, June 28, 2011

"BLOG DAN AKU"

Nak join klik banner

Mak Dara the vazzz sedang anjurkan sesi soal jawab yg mudah...terasa nak join plak:
1) Apa nama blog anda - lieynanilaz
2) Kenapa anda memilih nama itu - gabungan nama penuh dan panggilan (mmg suka ngan nick ni)
3) Tema warna blog anda - pink (favourite kalerr)
4) Dalam sehari berapa kali anda mengupdate entry di blog - selalu 1 entri sehari dan kadang nan hado kalu otak tepu@ takde mood..:)
5) Isu atau topik yang selalu dimasukkan dalam blog anda - berkaitan diri dan sekeliling atau banyak join segmen otai2
6) Kenangan manis/pahit selama anda berblog - kenangan manis - follower makin ramai .....:) - kenangan pahit - erm takde lagi..
7) Blogger Idola (kalau ada) - selalu jenguk blog otai2..menimba ilmu..:)
8) Target follower untuk blog anda - aku dah dapat target 100 lepas ni nak target 200 dan seterusnya..hehe..boleh ke?
9) Namakan satu benda yang paling anda suka yang terdapat dalam blog anda - suka ngan snow yg turun walau tak penah tengok yg real...:)
10) kata kata ucapan untuk Blog anda - semoga blog ni sentiasa dapat dikemaskini dan dikunjungi oleh blogger lain.


Saturday, June 25, 2011

Drama Stanza Cinta



Drama Stanza Cinta diadaptasi daripada novel Stanza Cinta karya Nurull Halawati.Disiarkan pada pukul 9.00 malam setiap hari Ahad di TV3.Episod 1 pada Ahad lepas. Drama ni dah mula mencuri hatiku untuk follow..harusss....Kalau tak silap ada 13 episod.





Lagi sekali drama ni heronya Aaron Aziz,Fizz Fairuz dan heroin adalah Nur Fathia. Adakah rating drama ni seperti Nora Elena???..


Nak tau sinopsis : klik SINI - blog penulis.

Thursday, June 23, 2011

Alahai....

Walaupun rupamu cantik

tapi sayang hanya boleh dipandang....)

Tuesday, June 21, 2011

Cer Teka....

Berbudi pada tanah
insyaallah pasti akan dapat hasil

Monday, June 20, 2011

Sunday, June 19, 2011

SEGMEN SIMPLE : SAYA SAYANG AYAH

Nak join klik banner atau SINI

tutup pukul 11.59 malam ni

Segmen sempena Hari Bapa. Join walaupun aku bukanlah pandai untuk meluahkan kata-kata:

Ayah...walaupun kau kurang membelai dan memberi kata-kata manis untuk meluah rasa kasih kepada anak-anakmu,namun ku tahu kau memang sayang dan kasih yang tidak berbelah bahagi kepada kami semua.Ketegasanmu menjadikan kami amat takut dan jarang untuk melakukan kesalahan.Kata2 yg keluar dari mulutmu ibarat pistol yg diacu di kepala namun itulah yg menjadi azimat dan pembakar semangat. Setelah meningkat dewasa ni,baru ku tau kebenaran kata-katamu yg melarang kami membuat itu ini ada kebaikan demi masa depan. Jasa dan kasih sayang yg kau berikan tidak mampu ku balas dengan wang ringgit,doaku agar dirimu sentiasa sihat dan ceria.


"SELAMAT HARI BAPA"

Musim Derian..Makan Sampai Lebam!!!

Ahamdulillah musim buah tahun ni sungguh menjadi.Walaupun pokok durian x banyak yang ditanam namun boleh dikatakan setiap hari ada jerk buah yang luruh. Tapi buah2 ini takde untuk dijual hanya sekadar untuk makan2. Bolehlah bagi merasa sorang sikit staff yang telah bertungkus lumus untuk menjaga dan memelihara ladang.

projek mengopek derian..jangan ingat lelaki jerk yg pandai kopek..opss...ini bukan tangan aku tau...dah sah2 aku yg tukang snap.



tadaa....buah derian yg lemak2 gitu...ini baka D24..ulas2nya sungguh mengancam..memang terbaeklah.



Pulut tu kawan aku yg bawak....kalau di utara memang terkenal ngan pulut derian...





Saturday, June 18, 2011

SEGMEN SIMPLE : PANTUN PUJI DIRI SENDIRI



nak join klik banner atau masuk SINI

Tarikh tutup : 18 jun pukul 11.59 malam


Dah lama aku tak mengasah skills dalam pantun2 nih...bro Nasz buat segmen ni..rasa terpanggil plak nak join..hehe.Kat bawah ni pantunnya ya:


Musim buah-buahan sudah tiba

Lagi-lagi buah durian dan rambutan

Aku ini hanyalah insan biasa

Sekadar perasan awet muda dan cun - haha

Thursday, June 16, 2011

Perang Blogger....



Bro Ben bikin gempak....perang blogger...apalah yg nak dibuat ni???Sapa nak join tutup pukul 3.15 petang jerk..Cepat!Cepat!

Jom join Bloglist Cik Bunny!

Kena tag lagi.Kali ni oleh cik sueperbs - geng perfect strangers gak

Nak join klik bannner atau MASUK SINI


nak tag



Kami Kaki Blogging!!

Tarikh tutup : 02 Julai 2011


Lama tak join Contest....ni pun join sebab ditag oleh cik bulan - geng perfect strangers.Syarat2 mudah jerk...cer klik SINI .Jomlah join...manalah tau ada rezeki untuk menang..hadiah pun menarik...:)


Nak tag :


1. tihara


2. mas saari


3.mizzkechique




Wednesday, June 15, 2011

GAME ANTARA BLOGGER BERMULA

Walaupun segmen ni tadi hanya 2 jam dan baru tutup pukul 4 tadi,namun group aku sempat gak masuk dalam list walaupun no.5....heheheh...oklah tu..

NAMA KUMPULAN : PERFECT STRANGERS
SEBAB NAMA KUMPULAN INI DIPILIH :

Even tak kenal each others, but we trying to mix up dlm satu group, Blogging adalah medan utk kita kenal antara satu sama lain, Not just membaca entri, but we keep in touch in write the comment and next ia dapat membantu blogger utk terus maju dgn adenye comment-comment yang membina, strangers is someone that we need to think positive sometimes it help us :D

Memandangkan aku ada masalah nak copy n paste....cer klik SINI untuk mengetahui senarai nama kumpulan.

p/s : kepada semua ahli kumpulan...blog korang aku dah masukkan dalam bloglist...:)

GAME ANTARA BLOGGER

NAK JOIN KLIK BANNER

TUTUP PUKUL 1 TENGAHARI NI.....CEPAT!CEPAT!

Tuesday, June 14, 2011

BEN ASHAARI : 5 BLOG PILIHAN HATI

Nak join klik banner
Tarikh tutup : pukul 10 malam ni



Memandangkan bro Ben buat lagi segmen ni harus aku join lagi.Kali ni aku senaraikan 5 lagi blog:



1. http://matcham-matcham.blogspot.com/ - aku suka cara dia bercerita,kekadang ada kejutan dan humor

2. http://blogcikinadodocheng.blogspot.com/ - walaupun blogger baru tapi cik ina ni rajin bercerita apa yg berlaku di sekeliling termasuk ada blog khas berkaitan masak2

3.http://hasrulhassan.com/ - blog otai yang berkongsi pelbagai ilmu.

4.http://brutalsolo.blogspot.com/ - aku tak tau kenapa aku selalu berkunjung ke blog dia ni..mgkn dia ni agak sengal kot..bagi akulah..hehehe

5.http://gadisbunga.com/ - GB ni rajin update pasai entri jalan2 walaupun dalam Mesia jerk



Drama Nora Elena



Minggu ni minggu terakhir drama Nora Elena.Aku yakin mesti ramai yg tak sabar tunggu pukul 7 malam dah dok depan tv nak tau ending. Ramai blogger2 yang buat entri pasal citer ni dan rata-rata rasa tergoda dan terpukau dengan ketampanan dan kejelitaan si hero dan heroin.Aku pun x terkecuali beb,turut sama terjebak mengikuti citer ni.Drama ni adaptasi dari novel "Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha. Aku sendiri dah pernah baca novel ini walaupun tebal tapi ceritanya memang best.Tapi aku lagi suka tengok drama sebab pelakon yg cun dan hensem kot..haha..







Siti Saleha - heroin



Aaron Aziz - hero idaman gadis2...haha







credit to google.com



















Sunday, June 12, 2011

Andai Aku Ni Jutawan..Blogger

Nak join klik banner

Kalau aku jadi jutawan...jap aku nak berangan dulu..apa ya..haaa..perkara pertama aku nak buat mestilah mengsponsor satu kenduri/acara makan2 dengan menjemput semua blogger...dah kaya kan..mesti mampu buat besar2...ahaks
boleh aku kenal dengan blogger2 otai dan newbie....di samping boleh mengeratkan silaturrahim dan berbincang serta bertukar pendapat untuk mewarnai dunia blogger secara sihat.

perkara kedua....aku cadang nak buka satu sekolah atau rumah perlindungan khusus untuk golongan susah dan anak-anak yatim
dan ditadbir oleh blogger2 yg cerdik pandai dalam bidang masing2

p/s : kekadang sesuatu kejayaan itu datang dari angan-angan.

Saturday, June 11, 2011

BEN ASHAARI : JOM KENAL BLOG SAYA

Nak join klik banner


Salam.....saya masih baru dalam menceburi dunia blogging.Masih lagi belajar untuk lebih mahir dalam membuat blog yang menarik minat pembaca atau blogger lain untuk berkunjung ke blog ini. Dengan menyertai segmen2 otai membolehkan aku untuk menambah follower dan rakan di alam maya . Saya berharap blogger2 lain sudi berkunjung ke blog yg x seberapa ini dengan menjadi follower atau memberi komen2 yg memberansangkan.Insyaallah aku akan menghargai setiap komen yg diberi dan akan membuat kunjungan balas terhadap blogger2 yg sudi menjenguk di sini.

Musim Buah Dah Tiba....Memang Terbaek dari Ladang



Nak punch tadi terpandang ada 5 biji durian di tepi dinding bersebelahan tempat punch card.Entah sape yg tolong kutip kat ladang pun tak taulah. Kawan2 lain dok tanya2 dan jeling2 kat buah tu.Aku yg serba salah bagi sebiji yg paling besar suruh diorang kopek dan makan sorang sikit.Belen ada lagi 4 biji aku bawa ke pantry dan terus kopek walau aku bukanlah mahir nak belah tapi hentam jerklah dan akhirnya berjaya jugak.Dari aku pening hidu bau dalam aircond baik aku belah dan simpan dalam fridge.Sambil belah sambil masuk mulut.....hahahaha....


p/s : memang terbaek dari ladang...esok pakat makan ramai2 ngan klik opis.

Tuesday, June 7, 2011

Blank

Abaikan tajuk tu yerk....benonya pala aku tengah bengong

pening pala asyik tengok nombor2....mana yg silap dah x nampak

sungguh mencik bila buat kunci kira2 tetiba x balance

nak semak balik...carik hat mana x betoi tu

adehhh boleh bikin kepala serabut....


aku benonya x suka ngan nombor2...dulu masa zaman sekolah

sungguh x suka ngan subjek maths...time peksa dah tentu2 merah

tapi bila bekerja terjebak plak ngan benda yg aku x sukooo

nak buat gena redha jerklah....ada hikmahnya kot

mengajar aku erti kehidupan kekadang seronok bermain ngan nombor nih

perkara yang x boleh nak elak...bila kena buat budget,hitung duit keluar masuk,

kawal aliran duit tunai,kena kontrol agar x terlebih belanja...hadoiii..

(ada kena mengena ke...ontah...pala dah poning...ginilah kekdahnya)



boh gambo ni sesaja nak menghepikan diri sendiri...hikhik...



p/s : bila dah pening entri pun merapu...korang paham ke????

Saturday, June 4, 2011

Berehat Sebentar Di Dalam Hutan

Masa masuk hutan hari tu

sempat kami berehat sebentar di wakaf check point pertama

Di sini merupakan tempat kepada aktiviti lasak hutan

buaian ni mereka yg tolong buat dan tempat berehat

sementara menunggu kedatangan pelancong

yang ingin mencuba dan merasai aktiviti seperti flying fox

(ada 4 games tapi x ingat..hehehe)


yg jadi model ni my opismate

Sesekali kita bertukar daripada asyik berbaring di atas katil

kepada pukat/jaring yang diikat pada pokok

sambil menikmati kenyamanan udara persekitaran hutan
(
sori gambar x berapa jelas...kamera cap ayam)

Thursday, June 2, 2011

Keunikan Buah Hutan

Unik kan buah ni?

pokoknya tiada daun

tapi aku tak tau apa namanya

dan x berani nak makan

bila kawan yg sama2 masuk hutan

bgtau x de binatang yg makan

takut beracun dan boleh mengancam nyawa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...